Utk semua anak2 uMMi... permata di JIWa...
Setiap saat UMMi tak pernah lupa, kalian amanh2 atas UMMi sehingga diizinkan tutup maTa selamanya...dan kembaLi dijemput mengadapNYA... Sehingga datangnya detik bahagia itu, UMMi mahu hiaskan setiap turun naik nafas uMMi dgn sajian dan sntapan IMAn buat kalian semua. rajin2lah buka bLoG uMMi, kerna UMMi hampiri kalian setiap hari dgn kaedah ini... Dari ALLah, kerana ALLah, Kepada
ALLah !
Monday, August 10, 2009
Kelebihan Membaca Al-Quran dan Berzikir
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w,
”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya
besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana
menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w.,
banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan
dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa
kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan
dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang
tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para
syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa
kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan
dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim,
mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu
seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para
sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan
kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk
berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi
petunjuk dengan Agama Islam, dan telah
bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar
baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan
kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi
Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas
tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula:
“Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah
kerana aku masih meragukan kebenaran kamu,
tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku,
bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di
hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim,
bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok
orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka
ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan,
sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang
menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu
sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw,
Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut
wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata:
"Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu
nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar
untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir
ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku
sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut.
Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya
itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka
hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga
tempat iaitu , tempat orang membaca al
Quran sama ada kamu membacanya
atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis
pengajian yang mengingatkan hatimu kepada
Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu
yang sesuai supaya kamu dapat beribadat
kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita
ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar
hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT.
Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk
dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya:
"Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku
berlindung dengan-Mu daripada hati yang
tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari,
dan daripada nafsu yang tidak puas serta
ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung
dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi
dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah
Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu
pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa
ketenteraman, menghapuskan dari hati segala
perkara yang merungsingkannya. Ini adalah
mujarab bagi orang yang biasa membaca
al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala,
kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi
dan penawar bagi semua penyakit hati dan
ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

Tuesday, May 24, 2011
3 Manusia Apabila Datang Nikmat
Manusia itu dalam kedatangan nikmat atas mereka
adalah atas 3 bahagian:
Orang awam
Manusia yang gembira dengan nikmat, bukan dari
Orang awam
Manusia yang gembira dengan nikmat, bukan dari
kerana yang menciptakannya dan yang menjadikannya,
dan tetapi adalah dengan terdapat kesenangannya
manusia pada nikmat itu, maka manusia yang
semacam ini termasuk dari orang-orang yang lalai.
Di mana terbenar ke atasnya firman Allah s.w.t:
"Sehingga apabila gembira mereka itu dengan
apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami
ambil tindakan (siksa) terhadap mereka secara
tiba-tiba." (Al-An'am: 44)
Orang Khawas
Manusia gembira melihat nikmat-nikmat kerana
Orang Khawas
Manusia gembira melihat nikmat-nikmat kerana
melihat bahawasanya manusia melihat nikmat-
nikmat itu merupakan nikmat yang yang datang
dari yang mengirimnya dan merupakan nikmat
yang datang dari yang menyampikannya (yakni Allah).
Atas manusia ini benarlah firman Allah s.w.t:
"Katakanalah: Dengan limpah kurnia dan rahmat
Allah, maka dengan demikian itu hendaklah mereka
bergembira. Itulah lebih baik dari apa yang mereka
kumpulkan." (Yunus: 58)
Maka dapatlah difahami dari ayat ini bahawa orang
Maka dapatlah difahami dari ayat ini bahawa orang
khawas itu gembira dengan nikmat Allah, kurnia Allah,
di antaranya yang paling utama ialah nikmat iman.
Dan apabila mereka melihat nikmat Allah, maka
menarik dirinya untuk ingat kepada Allah, maka ini
adalah lebih baik daripada dunia yang mereka
himpunkan dan mereka kumpulkan, tetapi mereka
lupa kepada Allah.
Orang Khawasul Khawas
Manusia yang bergembira dengan Allah, serta
Orang Khawasul Khawas
Manusia yang bergembira dengan Allah, serta
tidaklah menyibukkan kepadanya nikmat-nikmat
itu, baik lahiriah keenakannya nikmat dan juga
bathin dari nikmat itu sendiri, bahkan yang
bersangkutan disibukkan oleh pandangan
bathin kepada Allah (seperti Maha Pemurah dan
Maha Penyayang), jauh dari segala sesuatu
selain Allah. Dan disibukkan pula oleh kebulatan
hatinya terhadap Allah. Atas manusia ini firman
Allah s.w.t: "Katakanalah: Allah! Kemudian
biarkanalah mereka berlarut-larut dalam
kesesatan mereka." (Al-An'am: 91)
Maksud ayat ini apabila dikaitkan dengan maqam
Maksud ayat ini apabila dikaitkan dengan maqam
khawasul khusus, ingatlah Allah atas segala
sesuatu, bahawasanya semua itu akan hancur
dan tidak ada yang kekal selain Dia. Tinggalkanlah
semua manusia itu bermain-main dan berlarut-larut
di dalam khayalan lintasan hati mereka. Inilah
yang menyebabkan hilang semuanya ini dalam
hati mereka apabila hati mereka senang dalam
keadaan asyik melihat Allah dan bermunajat
dengan Allah.
Maka adalah orang-orang Arif dalam segala
Maka adalah orang-orang Arif dalam segala
hal-hal selalu dalam keadaan diliputi oleh kebesaran
Allah dan sifat-sifat keagunganNya.
"Dari Allah, Dengan Allah, Kerana Allah, Kepada
"Dari Allah, Dengan Allah, Kerana Allah, Kepada
Allah, Dalam rahmat Allah, Atas keredhaan Allah,
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."
Itulah perasaan mereka yang telah meliputi
Itulah perasaan mereka yang telah meliputi
lahiriah dan batiniah mereka.
No comments:
Post a Comment