Tuesday, May 31, 2011

Guru Oh Guru : BaK LiLin MmbakaR DiRi MeNERanGi DuNIa...

SATURDAY, MAY 15, 2010

:. SAJAK GURU OH GURU : USMAN AWANG 1979 .:



Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.





P/S : \
jasa guru tiada tandingannya.... hargailah guru anda... tanpa mereka siapalah kita... :)

Sunday, May 15, 2011

AnTAra yg MAhaL taPi SUsah & Yg MuRAh BersePah TaPI MUDah

bILa UMMi nakkan AbdUL rahMan masuk ke DQ, macam2 tohmahan menerJAh gerBang miNDa anAk UMMi ini. saMPAikan HAtinYa kdGKaLa berBeLah bahaGi... UMMi tidak prnah rasa berat teruji dan Lebih hebat dihentaM tubi begiNi. LamaN fb UMMi jadI medaN MeracuNi minDa waris laki2 UMMi setiAP hari. SamPaikan ada yg UMMi terpaksa edit terUS keluaR dari senarAi rakan  mesKi HATi beraT meMBuat KepuTUSan...

NakKan luar IPTA...tawaraN dah ada. Nakkan tingKATan 6, mmang nama dLm senarai awal2 lagi. Maktab? dan sbgnya... TaPi biLa tiBA tawaraN ke KoLej INsaNIAh utk proGRAM Dip. TahfiZ QuraN, UMMi terpaKS sediakan AbduL rahMAn utK caBaran di seSi teMUduGa... tn emPunYA diri mesTi pamerkn keWIbawaaN yg meYAkinkaN PenemUDuga... SuRah QAF ;; aYAt 16-35 dlm temPuh 1jam. "...Bukan senang nak hafal 30 juzuk al Quran... saya harapkan semua ibubapa toLong bagi dorongan dan sokongan di rumah. Bantu2 anak2 anda..." iniLah permintaan Dekan, Dr Azharuddin dlm ucapan aLu2annya... UMMi faham sgt. UMMi dok buat lama daaah sbb dlm perjuangan seumpama ini, yg nak patahkan semangat lkebih ramai dari yg datang ucapkan kata2 yg membakar keinginan utk berjuang habis2an. UMMi dah masak sgt dgn dakyah2 songsang dari bicara2 lisan yg manis lemak kononnya nak bagi ingatan... hah! Depa ingat  mengaji Quran utk buat duit? SiLap tu weeeh! letak tempughoung depan, nyanyi lagu ALLeycats pown ramai yg lempaQ syiLing! hih!

Bukan UMMi tak fikir panjang bab  menerima tawaran niii... bila datang bersusun2, masa tu mmg HATi berbeLah bahagi. Sejak ank suLung duLu lagi dah macam niii. Tapi Fatimah mmg sendiri hebat pad! UMMi pown tak tau apa itun DQ masa tuu... Laa ni, kalau ada yg nak tanya fasaL DQ, boleh mai biLa2 masa. Ank2 UMMi yg dah duduk situ leh jadi DUTA atau jurucakap yg meyakinkan. Jgn sapa2 dok kata, " Kalau masuk situ, balik kerja ceramah dan dakwah kat oghaaaang jaaa ..." Mmg silap sgt tanggapan tuu. UMMi dah pos 4 orang ke situ. yg ke 6 ni susah puLak nak dapat sebab dunia dah bukak mata biLa DQ dah nak naik taraf University! Huh! Sebab tu UMMi ikhtiarkan di lain tempat. Mengaji, tetap kna mengaji. kalau tak dak air pown, kita kna ikhtiarkan tayammum kan? Gitu lah kira2nya... mana ada alasan tak reti. gagaL. tak mampu! Usaha tetap kna usaha. Cari sedaya upaya sampai hujung dunia... biar rebah di jalanan  dan mati di situ tak kesampaian hajat. AsaLkan kita niat CAntiiiiiiik! Ini prinsiP uMMi... Nak tanamkan keyakinan dalam dada anak2 tentang Kebesaran MUkjiZAT AL Quran ni bukan senang,. Bukan boLeh main bisik2. Gosok2. Janji2 nak bagi itu ini. SeMuanya berMuLa dari sebeLum benih jatuh ke rahim UMMi ni lagiiii.. Dok pupuk boh baja kata2 setiap masa... ajar sikit2. hantar sana sini...kutip2 iLmu dari ramai GURU... baru tunjuk laluan yg seterusnya. selangkah demi seLangkah dirintis jalan kebahagiaan ni...Dan kini giLiran AbduL rahman puLa... Maryam akn tamat dah hujung  tahun iniii....

Monday, May 9, 2011

KoLej UniVersiTi InSaniAH :TeMuduGA Dip.TahFiz Al-QuraN

TakLimat WaRis yg sgt mneyentuh perasaaN ... " AhLan Wa SaHLan ke DatARan PeMAHamaN & PENGhayaTAN AL QuRan... "... InsyALLaaah... AbDuL RahMan aKn MuncuL AL-Hafiz Laki2 pErTAma dLm FaMiLy UMMi...

8hb Mei 2011- tggal yg dinanti2kan uMMi dan AbDuL Rahman penuh debaran. " UMMi nak pi ke nanti" Abd Rahman mengajukan soalan. " InsyaALLah. UMMI nak pi. Lagipun jatuh pd hari Ahad kan? Jannah pun ad akat sana. BOleh UMMi ziarah dia sama. Dia nak exam mggu depan. Bagi semangat kat dia sikiiiiit...." Abd Rahman nampak sikit happy.

Sebenarnya UMMi sgt yakinkan seperkara ini. IBUbapa msti ada dekaaaaat dgn anak2 mereka ketika senang dan suasahnya mereka. Lebih2 lagi dlm usaha mendOroNg mereka utk lebih yakin pada keboLehan diri. UMMi sejaka daria ank suLung mengamaLkan tabiat ini. Bila anak2 nak exam, UMMi akn bagi kata2 semangat. UMMi mahu mereka melangkah penuh kesejhahteraan di hati. tidak ada sangkut2 perasaan tak puas hati, sedih atau apa juga yg meracuni fikiran mereka utk tenang2 berdepan dgn cabaran di dewan peperiksaan. Selebuhnya uMMi dah maafakan semua dan DOAkan dari jauh supaya lancar mereka menjawab semua soaLan.

Peluang ini bukan datang selalu. masa mereka keciL, muda dan sedang belajar iniLah kita berpeluang buata segaLa macam kebaikan utk proses tumbesaran dan perkembangan emosi dan intelektual mereka. Mudah2an terbentuk jati diri yg mantap...tetap pendirian dan teguh pegangan AQIDAh... sebelum UMMi lepaskan mereka bergelandangan di tengah2 dunia yg berkecamuk dengan segala macam maksiat  DOsa & NOda. Disajikan maksiat yg berbaur NIKmat menggunung janji2 kenikmatan dunia sekali pun mereka akan menoLak serakus2nya... Bir hidup susah tapi tetap pada laluan yg berhikmah... diredhai AlLah swt... Ini prinsip hidup UMMi...

Jgn siLau dgn sirna kenikmatan duniawi. Harta, kuasa dan wanita sudah seumpama satu sumpahan melalaikan manusia. MemesOngkan aqidah. Tapi hamba yg teguh keimanan akn mmpu menundukkan ketiga2nya dan pijak rapat di telapak kaki sampaikan ia tunduk patuh pada ketetapan Ilahi...  Tidak berani angkuh sama sekali! Tunduk..patuh... akur pada segaLa perintahNYa dan menjauhi laranganNYA tanpa kompromi lagi...

3.30am UMMi dah kejutKan AbdUL rahMaN. Pening2, pisat2 mata dia bangund an mandi serta seduakan diri dgn segala keperluan utk temuduga. Baju2nya sudah UMMi gosok dan sangkut dlm kereta. UMMi bayangkan dia segak sekali duduk di antara ramai2 caLon yg mmperjudikan nasib mereka di kamar temuduga. Dia sudah segak lahiriah. UMMi nak kemaskan lagi batiniahnya. Padatkan dgn KALIMAH2 sUci dari dada KalamuLLah... Masa itu UMMi lahyg paling bahagia punya anak laki2 begini. BiarLah UMMi tak punya harta menimbun. kereta muarah. rumah MUrah. perabOt2 rumah murah. Pakaian2 dan aksesoRi2 murah juga... UMMi akn rasa paling kaya antara semua manusia yg ada. janji anak2 UMMi semua pandai al Quran dan Bijak Agama...

" Bnayak pakai duit, UMMi...." AbDuL Rahman menyuarakan kebimbangannya di pagi yg hening. UMMi faham maksudnya. Semua kakak nya pun duLu macam itu juga nada mereka. Bimbangkan perbelanjaan yg besar utk lanjutkan pelajaran. UMMi jawab ringkas," Jika kita merintis Jalan ALLah swt, DIA akan permudahkan lalauan tanpa kita ketahui arah datangnya...." abd Rahman tidak menyampuk pown. Inimmberkan UMMi peluang utk panjangkan penjelasan :

" Peluang menghafaz al Quran hanya datang sekaki dlm hidup kita. UMMi dulu tak siapa yg bagi tahu perkara2 begini. AtOk yg hebat dok hafaz Quran pown tak bagi tau UMMi kepentingannya. Mak UMMi pown kuat ngaji qUran. UMMi terlepas semua peluang walau pun UMMi berminat sgt nak ke sekOalah agama dan pandai Quran macam ni...BersyukurLah.  mas aumur muda iniLah nak boelh hafaL apa pown. Bila dah tua macam UMMi, 2-3 baris ayat pown ingat2 lupa. Puas perah otak. Ingat pagi, petang dah ke mana2... Tak boleh simpan lama..."

Dunia sgt2 mengajak kepada yg indah dan menawan. Ramai yg bagi pandangan negative bila mereka tahu UMMi dok harap sgt Abd Rahman menerima tawaran  ini. UMMi paling marah pada gOLongan ini. Tak mahu hantar ank2 hgpa ngaji agama, itu hgpa punya fasaLlah. jgn nak jadi batu api dok patahkan semangat anak2 UMMi.  Sapa kata bila kita HafaZ Quran, kita tinggaLkan dunia? Sains, mathematics dan banyak lagi segaLa benda mak neneknya itu smeua dari al quran jugak. Al Quran ini ilmu sepanjang zaman. Dunia akhirat dah tawan jika berjaya kuasai isinya...Mak ayah dah fahamn macam nii, macamana nak hantar anak2 ke bidang agama! huh!

Muqaddimah masa taklimat waris oelh dekan U Insaniah poiwn cantik. " ... Selamat datang ke Dataran Pemahaman dan Pengahayatan Al Quran ..." UMMi sgt2 tertarik hati dgn isi ucapannya. pakaian simple tanpa blazer atau bush-jacket! tak dak brief-case pown... Tapi BI berkaPOOr dgn arabiC yg fasih serta al Quran lancar meluncur dari muLutnya... Sapa kata jika hafaZ al quran sudah ketinggalan zaman.,.? Jual dunia? Huh!

AbduL rahman kna Surah Qaf Ayat 16-35...Kna quaranteen. HafaL sejam sebelum semuLa utk membacanya di hadapan penemuduga. 5 jam proses berlalu. abduL rahman paling akhir dipanggiL. surah yg dia hafaL tak disuruh baca tapi dia kena baca AL-Waqiah, Al-MULk dan Ar-Rahman... dia keluar dari biLik ujian bertuLis  sambiL berkata," aman tak jawab habis. Bah Arab Aman tak berapa pandai..." ...UMMi segera menenangkan," InsyaALLaaah. Bila dah duduk di sini esOK, abd rahman akan menguasai Bah arab juga. Macam UMMi dulu laaah. Mana tau Bi pown tapi biLa dah duduk dlm kalangan yg bijak BI, lama2 pandai jugak. Boleh ngajOr oghang poen! Hih..." Dia tersenyum.

Kami bergerak pulang. Ke Maktab Mahmud Pusat. Asrama puteri. Jemput Siti Aminah Nur Jannah, anak ke 8 UMMi. Bawak dia keluar jalan2 dan makan2 di Pekan Rabu. ( Boleh tengOk gambar dlm AlBum yg UMMi muatkan )  abduL Rahman soLat Jamak Qasar di situ. kami rOnda2. akasyah dapat sepasang sandaL baru! buat kenangan. Dia dtg dgn selipar JEPUN saja...Pilihan UTAMA dia! Dia dan abangnya sudah siap mandi dan solat jamak qasar jugak di surau Insaniah tadi. Lepas makan kami hantar Jannah kembaLi ke asrama. Senyum gembira dia. Mintak restu dari UMMi, dia pown nak periksa ! UMMi peluk dan cium dia... Dlm HATI," pergi Lah nak. ReDHA UMMi sentiasa mengiringi..."
PaRa WAriS menANti penUH KeSAbaraN dLm kepanASAn cuACa di LUaR BiLik TeMUdUga. UMMi kagUM...MeREka berKORban maSa, teNAga & Rm jUGa ... berTANdaNG daRi jauH utK meREbuT PELuanG yg Ada...NamUN ada jUGA SUAra2 yg cuBA meMATAhKan seMAngaT & KeYAkinaN merEKa...

Kami Balik. UMMi sesat baghat sampai ke Kepala Batas. salah laluan sbb dah letih sangat, tak nampak jalan.  Dah malam. abduL rahman ganti jadi drebar sbb UMMi dah tak daya nak bukak mata. hahahaha... dia dah pening kepala tengOk uMMi  asyik salah jalan. Tak jumpa laluan ke KuLim... Sampai Sg tengas, depa ke Masjid berdekatan. jamak qasar Magrib & Isyak Pula. Kami samapi ke rumah agak2 jam 11 malam... AbduLlah tak dapat UMMi hantar balik ke asrama hari tu juga sbb UMMi dah keletihan sgt.  " Esok, jam 3 pg kita mula jalan. Sempat lagiii..." Kami terus tidOOr! kehabisan tenaga utk panjangkan cerita... hahahaha... lena segera!

Friday, May 6, 2011

SeLAMaT HaRi IBu SeMUa


TangAN Yg MGhaYUn BUai BisA JugA MggONCAng DuNIa ... LeMBUt buKAn UTk Di sUDU2...TUNduk BUkaN utk DiPIjak2...BuKAN sEMUa WAnIta  diLAHiRKan Lemah !

SeLamat Hari Ibu Maaak. Syukran kerana melahirkan cek ke dunia. Membesarkan dgn susah payahnya dan mndidik Cek utk knaL erti ibadah & tgjwb pd agama, bangsa & negara. Pada diri, keluarga dan seanter dunia isinya. Syukraaan. Syukraaaan. Syukraaan wajazakiLLaaaah.

TanggaL 8 Mei datang lagi & cek tak pernah lupa ini hari istimewa utk kita yg bergeLar IBu. Pown cek tak lupa jasa2 mak mnyediakan cek utk cabaran demi cabaran samapi hari ini...sehingga ke tahap begini ! Syukur AlhamduLiLLaaah. cek tidak pernah lupa meski disuLami duka nestapa yg silih berganti. Namun, Cek terima atas dasar REDHA dgn ketentuanNYA... Mudah2an HIKMAH besar tersirat antara himpitan2 ujian yg tidak tergambarkan tekanan dan pedih perit penanggungan jasad & perasaan cek serta anak2 yg diamanahkan.

Cek tidak mampu memanjangkan coretan. sekadar menukilkan kata2 cinta, hormat dan penghargaan yg tidk terhingga pada jasa2 MAK terhadap diri CEk... ank bongsu MAk yg kerap benar menyusahkan Mak dlm aneka bentuk yg CEk sendiri tidak rencanakan. maafkan CEk. haLaLkan pemberian...kasaih sayang, harta, tenaga dan masa Mak. tidak mampu Cek balas meski dgn lambakan HARTA sedunia... Syukran Mak. syukran. SyukranwajazakiLLaaaah..
SiTi KARtiWi ZaiNAL AbiDiN : MOTher @ TeaCHer @ CatereR @  cOUnseLLoR @ MAnaGEr @ INNoVAtOR @ MoTIVAToR @ INStruCtOr @ EdiTOr @ GarDeNER @ CLeaNEr @ LEctUreR @ SUPerVIsOR @ CasHIer @ ADvIsOr @ ChauffEUr  @ TreaSurer  @ WriTER @ PuBLiSHeR @ DoCToR @ DisH WasHer @ etc.... just name any! heee...

Thursday, May 5, 2011

Di sebaLIK yg TERsurat : TerBUKTi LIdah ManuSIA TAk BERtULAng

GURU martabat kita tinggi. SeGala yg kita buat jadi perhatian  ...kna jaga muLut lidah, tgn kaki...jgn dok nyakitkan sekeliling. Mak Guru Bapak DokTOr...ank2 beLum tentu lawyeR atau EnGINeeR !

Monday, May 2, 2011

BErat Yg SAma Di PIKuL : PrOJEk KErePEk PisANg UMMi

" Muka & tangan yg terbakar dek kepanasan menyediakan sajian utk keluarga akn diharamkan dari sentuhan neraka..."

SambiL mnonton ank2 suka mengunyah. Dok sudahkan kejer2 sek pown depa boleh mengunyah. Bersantai di halaman rumah petang2, dagu mesti nak senaman ligat. UMMi pulak anak ramai berderet. Jika nak dibeLi mmg parah ! UMMi cuba2 kopek pisang rmah mak. goreng main2 saja di dapor mak. Sekejap saja dah penuh balang. Tapi sekelip mata hilang. Ank2 berangkut...beruLang2 samapi licin. esoknya depa mintak lagi...

BiLa diceraikan dgn anak2 yg ramai, UMMi hidupkan kembali kemahiran ini. bezanya hanya pada perlaksanaannya yg lebih terancang dan berani mati berjaga samapi larut mlm. UMmi bg ank2 bawak bekaL ke asrama utk gantikan biskut2 di kedai. mmendekkan belanja jika dibuat begitu. Depa pown tak kisah. UMmi tukar2 gak menunya. Kadang2 buat kerepek gunting. Pedas, Manis, Masin... rasa udang... rasa Ikan... Rasa Bilis... atau kari gitu saja! Depa suka sgt. Kwn2 yg rasa mmuji kerepek UMMi dan muLa tempah setiap kali ank2 balik bercuti. UMMi pown buka lembaran baru... Kerepek UMMi maju setapak lagi. kali ni ke dunia pasaran tempatan!

UMMi peket2... ank2 bawak ke asrama juaL. itulah yg menampung perbelanjaan sekOlah mereka sampai hari ini. Gaji UMMi dah masuk tahun ke 30 tak cukup dan biayai semuanya. Maklumlah A-Z semuanya di alam persekoLahan dan Pengajian Tinggi...bukan saja yg dok dapat bulan2 tak mncukupi, tapi yg dari kelas tuition UMMi pown habis jugak. UMMi tak kesaL. UMMi suka lagi adaaa! Sebab masa UMMi penuh dgn aktiviti mnjana ekonoMi keluarga. Hak UMMi ada pada bekas suami. Hak anak2 10 orang ni lagi banyak ada pada ayah mereka. Tapi bkas suami dah bagi kata dua pada UMMi dudlu," kalau nakkan sgt anak2 sekoLah agama, saralah sendiri! " Semua ni bg yg dia lafazkan tepat2 ke batang hidung UMMi," Padan muka, biar rasa..."  Dgn kalam itu, nafkah anak2 ditahan samapi hari ni. Tambahan lagilah bila UMMi diceraikan. Inilah paku buah keras yg UMMi terima? UMMi faham tujuan dia nak halang UMMi hidup selesa lepa diceraikan. ank2 pandai agama akan berani tegur banyaknya siLap dia nanti! Hih!...

UMMi buat kerepek lebih kerap lagi lepas itu. Banyak pengalaman pahit yg UMMi lalui. letak di kedai, sekejap saja dah habis. Letak lagi, habis juga. letak dan letak lagi. Lama2 merosot. Seminggu. 2 minggu! seBulan? Huish! macam ada yg tak kena... jenguk di kedai, kerepek UMMi di letek di belakang2... pelanggan tak nampak! hih! Kami berpaling pada koperasi sek. dulu, semua org buata mata buta hati nak buat yg sama. Bila tengOk UMMi kaut untung rm++++ sebulan, depa mula keluarkan prOduk sendiri. tapi depa beLi dari pembekaL bukan Islam. Itu saja bezanya. Makanan depa keluaran yg meragukan halalnya...MOtif utama ahnya 'RM masuk dlm poket'  hih!

Lama kelamaan UMMi nampak depa letak kerepek UMMi bawah meja. tak dikeluarkan. mana nak lakuuu...hih! UMMi stop sekejap. sekarang nak mula balik! Harap2 depa tak ulangi sikap lama mereka itu... Allahuakbar3!!!