Tuesday, February 22, 2011

IBU TuNggAL : InDAhnya TAKdir DiRiku

Dulu... bila UMMi toLak MRSM Arau Perlis utk ank suLung UMMi. ramai org kata UMMi giLa. Bodoh. ToLak TUAh. UMMi nak kata apa wakTu itu! Sdg UMMi asyik menyEmak buku2 latihan pelajar2 UMMi di BIlik GUru, meluru masuk seorg lelaki berkedudukan, " Awak tau dak Fatimah tu sapa? Dia ank emas saya tau? Apa jnis ibu awak ni. tak kenaL potensi anak sendiri? Awak tau dak cita2 dia nak jadi apa? Dia nak jadi doktor! Yg awak pi hantar dia sek agama tu wat apa. Esok bila keluar kigha ceramah kat oghaaaaag jaaa!..."

Bukan UMMi tak sedih dia marah2 UMMi depan guru2 lain camtu. CUma UMMi faham kasih dia pada anak sulung UMMi sgt tbaL. " Terima Kasih Ckg. Saya tahu ckg keciwa. Saya tahu dia nak jadi DokTOr. Saya yg bela dia selama nii. Soghang ckgu! Saya bela sepuluh oghang soghang2 dighi. Saya bukan saja kenaL Fatimah soghang. saya kenaL semua. Tpi sekaghang saya tak boleh nak jelaskan tindakan saya. Tunggulha 10-15 tahun akan dtg. Ckg akan faham Ckg sendiri akan dtg jumpa saya..." Itu saja yg mmpu UMMi jelaskan pd ketika guru itu sdg memuncak api kemarahannya. Dia nampak sgt keciwa dgn keputusan UMMi menghantar Fatimah ke Maahad Mahmud Alor Star, Kedah. Bughuk sgt sek tu waktu tuuu... Dinding2 kayu saja. berbandingkan dgn MRSM..SBP...SMKA...

Tapi UMMi tahu apa yg UMMi nak dari anak2 UMMI semua. Dulu dah kaya raya... UMMi tak kisahkan harta sgt daaah. Nak glamour, balik sana glamour UMMi dah rasa. walaupun tak kerap masuk TV.  UMMi mahukan sesuatu yg lebih besar harganya. UMi dahagakan AGAMA dlm jiwa setiap ank yg lahir dari rahim UMMi. UMMI mengandung bukan mcm org lain. Pedih..Perit...Penanggungan perasaan. Tapi UMMi lawan dgn soLat dan bacaan al Quran. Kesedihan UMMi tidak dicurahkan pada tempat yg salah. Tidak pd IBu tidak juga pd kawan2 atau jiran2. UMMi tumpahkan di tikar sembahyang sbb IBu UMMi selalu kata, itulah antara teman yg setia selain ALQuran dan buku2...Bila nak bersaLiin, IBU jugak yg setia menDOAkan keselamatan UMMi. Biar pnjang UmUr dan kembali sihat. IBu jg jaga makan minum dan bakar tunggu ketika lama UMMi dlm pantang!

UMi banyak kali accident. AsaL ngandung saja, mesti accident. Anak tak cacat mati. UMMi pown tak jejas lama... UMMi amat erasa diri di pelihara segenap penjurunya. Sampai sekarang pown UMMi rasa UMMi masih mahu dikawaL meski buka lagiu terikat pada siapa2 melainkan Allah swt...Takkanlah susah2 payah UMMi lahirkan anak, UMi nak jahanamkan pulak? UMMi bela sorang2... Tapi itulah rahmat yg tersirat... Hubungan kami jd sgt akrab dan kami berkongsi minat.

ResuLt SPM dah nak keluaQ... Ank2 dah mula berdebar2 jantung. Harap semuanya sudah buat perancangan mana nak tala kaki lepas nii. STPM kelmarin ramai yg senyum. Kita tunggulah yg selanjutnya. Ini mgingatkan UMMi masa Fatimah dah 3 tahun di Maktab Mahmud. Kemudian sambung sekejap lagi... Tambah 2 tahun! Lepas SPM budak2 lein cepat2 cari kejer tp Fatimah bawa pulang satu berita ( yg kini dirntis adik2nya dan ramai budak2  Selama yga antaranya ada yg mak ayah mereka dulu kata UMMi GiLa...) " UMMi Kak Long nak masuk DQ xpa kaa?" Fatimah memulakan bicara. " DQ tu apa?" ... UMMi mmg tak penah dengar pown.

" DQ tu DaruL QURan. Tempat oghang hafaz quran. Nanti pegawai2 Jakim akan turun ke Mak Tab Mahmud. Cari budak2 maaahad yg ada potensi hafaz Quran. Kak Long nak cuba ya UMMi?"... Allahuakbar3!!! Pucuk dicita Ulam yg mnerjah datang. Bagaikan BULAN, BinTANg, MAtaHAri menjunam jatuh bersusun atas ribaan UMMi... SubhanaLLaaah... Fatimah yg bertuah. Yg sejuk perut UMMI tatakal mengandung duLu. Lahirnya mudah. Bicaranya petah sejak awal kanak2. Tidak pelat2 mcm kebanyakan budak2 lain. CoMel dan cerdik! Kesukaan ramai... mana dia dibawa, akan ada saja orang kata," nampak cerdik..." MMg cerdik pown! Bukan sebb dia anak UMMi, makanya uMMi kata begini tapi sbb UMMi dpt rasa sejak dlm perut lagi. Makan minum tak blh sembarangan. Masuk banyak, keluar berlambak jik adari awal2 rasa tak sedap perasaan. Rupanya Allah nak bentuk satu jasad dan tiupkan ROH yg membawa rahmat dlm hidup kami sekeluarga... PenyeLamat keturunan!

52 org hadir temuduga. Ramai yg gagal ujian pertama. TinggaL 38. kemudian tinggal 11. Akhirnya lekat 8 org saja. Itulah kumpuLan pertama yg merintis laluan ke DarUL Quran... 18 bulan utk khatam dan hafaz 30 juzuk tpi Fatimah mampu penuhi tuntutan dlm masa lebih singkat lagi...10 bulan! Terus maju ke UIAM P/Jaya, GomBak dan seterusnya ke Kuantan...BIO-MeDic ! 7tahun lamanya baru selesai dan capai impian genggam ijazah. SITI FATIMAH AZ ZAHRAH al Hafizah?... Pandai akademik...Bijak agama... Lancar dan hafaz al quran pula... Lengkaplah satu pusingan yg UMMi idam2kan selama ini... INilah penjelasannya pda tindakan UMMi dulu.

Bekas suami UMMi dulu pernah kutuk UMMi depan2 kawannya, CKg RosLi, di stesyen keretapi Taiping ketika kami sedang nikmati hidangan minuman..." Bini aku ni peLik..." Waktu itu UMMi tertanya2, adakah kata2 itu benar. UMMI rasa sgt maLu lalu minta diri naik keretapi ke UPSI tanpa membenarkan dia mengangkat beg ke gerabak. Sepanjnag jalan UMMi menangis.... Malu sgt dihina begitu depan kawannya. Mentang2lah UMMi menumpang kereta ckg tu utk ke stesyen malam2 buta dan dlam hujan lebat pula!... Itulah kali terakhir UMmi mintak tolong suami hantar UMMi ke stesyen sbb tidak mahu dia pinjam kereta ajak kawan ikut sama lagi!

Hari ini UMMi senyum lebar. Sudah 4 orang anak UMMi hantar ke DQ. Yg kata UMMi gila, bodoh, dan tak kenal anak sendiri dulu, kini menyusuL belakang UMMi. Merintis laluan yg UMMi dan anak2 jejaki. Mereka juga hantar anak2 mereka ke DQ bila tengOk ank2 UMMi berjaya satu demi satu. Lancar Quran dan boleh join kumpulan tadarruz. Boleh jd IMAM dan baca doa bila2 masa di suruh. Ank2 UMMi lasak juga tapi soLat tetap terpelihara. Baru semua orang SeLAMA nampak...UMMI yg dikatakan PeLik hari ni menampakkan mereka sendiri yg peLik...Yg tinggalkan anak tanpa diberikan pndidikan agama yg sempurna. Yg biarkan ank2 buta al quran.! tak kenal Nabi Muhammad. Mempersenda2kan Tuhan!...

UMMi nak bagi tau semua UMMi mmg pelik juga sebenarnya... Sbb UMMi nampak dulu jika anak2 cerdik mampu 5A dlm akademik, naper mesti sekat minda dia daripada menguasai ilmu2 alquran dan bahasa Syurga?... Tu sajaa... UMMi nakkan itu saja.  Pandai Quran. Bijak agama. Fasih Bahasa Syurga! Selebihnya ikut suka hangpa laaa nak pilih jadi apa sbg sumber rezki dnia. Janji haLal. Jaga SoLat! HaLaaaaL! Al quran itu santapan jiwa uMMI. Lagu merdu yg UMMi tak jemu2. Penawar kaLbu. Irama syahdu. Hiburan samBiL kerja...teman sepanjang hayat!Pelindung...Penyelamat...PembeLa...Pencetus bahagia ... di akhirat snaaa! Lantak komerlah nak kata apa kat UMMi. UMMi kepung jaga kawal seLia ank UMMi 10 orang ni saja. UMMi tak kacau oghang. UMMi tak goncang pintu rumah sapa2 pown utk mintak hutang! UMMI tak ganggu duit poket, hatta ayah budak2 ni sendiri pown!!! UMMi mmg peLik kan? Hak mereka ada di tangan ayah mereka tapi UMMi tak mengamuk mintak diserahkan! UMMi Pelik juga kan?

Dan hari ni bila tengOk anak2 UMMi satu demi satu lancar QuRan, UMMi lagiLah peLik agaknya? Allahuakbar3!!! Jika inilah yg dikatakan Pelik pd mata dunia, UMMi terima dgn lapang dada. UMMi sgt bahagia. Keringat tenaga, harta dan masa UMMi tercurah utk merealisaikan impian pelik ini... Dapat gaji, gaji habis. Untung berniaga, untung pown habis. Upah memasak, upah habis. Upah buat assignments, upah tu juga lesap! Pendekkata UMMi buat mcm2 kerja sebb nak bayar kos utk capai impian pelik ini. UMMi pelik lah agaknya kan?...

Indhanya Takdir diri UMMi. Nakkan ISLAM. Nakkan AlQuran penuh ranjau sepanjang jalan. Hak anak2 UMMi sampai sekarang ditahan tapi UMMI bersyukur, Allah swt rezkikan  UMMi sedikit sebanyak kepandaian utk jana pendapatan. Kini tinggal ank ke 10... 9 sudah mengorak langkah jauh menimba ilmu. TinggaL lagi Akasyah yg mencabar kewibawaan UMMi... Allahuakbar3!!!... Tiada daya dan tiada upaya ku, melainkan dgn izin dan limpah kurniaMU...Cantiknya Takdir Diriku...

Monday, February 21, 2011

IBu Mu IBu kU JuA : AMbiLLah IktibAR

UMMi hari berbicara 4 mata dgn seorg teman yg banyak mmbantu UMMi dlm memajukan diri di dunia katering. UMMi nmpak kesedihan dlm anak matanya. sesuatu yg UMMi selalu cuba eLak dari terus mengyingkap rahsia peribadi tapi itulah juga yg menerjah diri ini kerapkali UMMi cuba melarikan diri.

PanggiLan telefOn UMMi sekadar bertanyakan khaBar dirinya setelah sekian lama UMMi menyepi utk memberinya ruang bersendiri. Bertenang dan mengumPuL kekuatan dan meraih kembaLi harga diri yg hiLang. UMMi kira pengaLaman semaLam menaiki keretanya akn mmbuahkan kemesraa bersama semua ahli kluarganya. Namun sangkaan UMMi menyimpang jauh dari kenytaan kebenaran yg sekian lama terhampar di paparan teman2 yg lebih akrab dgnnya.

" I mintak maaf tntg kejadian semaLam. I ta banyak mmbantu utk  membeLa U di hadapan isteri U. BaruLah I tahu, firasat yg berkali2 menerjah kalBu I bukan menipu. I slalu nafikan bahwa itu hanya perasaan yg mengarahkan I berburuk sangka. Rupanya I tidak berprasangaka sama sekali. MMg I sgt simpati sekaLi. Peritnya miliki isteri yg lgsung tidak hormatkan suami ! Baru hari ini I jumpa realiti isteri yg asyik maksyuk dgn tabiat memaki hamun suami sendiri. PatutLah garis2 kedukaan itu jelas menerjah perasan I... I mintak maaf. Kesiannya U..."

Ini bkn perkara baru dlm hidup I. Dia sdh x boleh diubah. MOOd nya sukar diramaL. Hari tu ank I di SMK Teknik buat hal. I dipggil utk berbincang. Dia ikut sama. PenoLong kanan teggelam punca nak menenangkan dia. Mengamuk di luar kawalan memukul2 anak I dgn tali pinggang! Kami balik begitu shj..." Dia memulakan bicaranya. " Naper U biarkan dia samapi begitu sekali memalukan U depan orang lain. Sekarang ank U pula! Lepas mengamuk, U dan dia akan angkat kaki pulang tapi anak itu akn menanggung aib sepanjang masa dia di situ. Keluarganya akan dipandang rendah...Harga dirinya akan merudum di kaca mata rakan2... Allahuakbar! Kesian anak U..." UMMi cuba betulkan kesilapan nya mendidik isterinya... " MMg betuL. anak 2 I semoga ditakdirkan dpt jodoh org2 jauh. Eloklah. Depa balik setahun sekali. Selamat depa sudah laaah.

" I nak mintak izin U sekali lagi. Jika selepas ini kita ada urusan rasmi yg memerlukan kita naik satu kereta lagi, I tak mahu naik dgn U lagi jika ada dia. I tension sgt. Sbg org yg menumpang, I risau kowt2 dia cemburu atau sakit hati dgn kehadiran I. Kerja kita menuntut ketenangan tahap maksima. Jika sepanjang jalan menuju lokasi  I diasak kata2 maki yg I tidak baisa dlm famili I, I akan hilang tumpuan. Minda I jadi bercelaru sbb memikirkan adegan yg dialoQ2 pendek akaL begitu. I lebih reLa korban minyak, memandu sendiri! Penat sikit tak mengapa laah asalkan hati I senang..." Ummi berterus terang utk elakkan komplikasi kemudian hari.
 harap2 dia tidak keciL hati.

" U jgn susuah hatI. U bkn org pertama mintak begini. SebeLum ni kami mahu ke Lapangan Terbang Bayan Lepas. Ada org lain menumpang kereta kami juga. Kerana bisingnya dia memaki dlm kereta, I tersesat jalan 2-3 kali tak jumpa lokasi. Penumpang I benar2 risau akan terlepas kapal terbang. Bila balik dari medan, dia enggan naik kerta kami lagi. Katanya, nak rasa kereta member lain pulak. Tapi esoknya di pejabat, dia beritahu I dia taka tahan dgn leteran isteri I..." Semua orang sakit telinga. Sakit hati. Tertekan dgn sikap isterinya. UMMi semakin kagum dgn sikap sabarnya. Tapi bukankah dia juga sudah sampai tahap ba....? Astaghfirullaaaaahal'aziiiim... Celupar jugakkah UMMi ni?

" Ini antara kita ber2 shj tau?... Sbb itulah I nak cari lain supaya I boleh bawa jumpa iBu I dan ceriakan HATinya sebeLum dia menutup mata. Isteri I dah lama tak cakap ngan iBU I. Ini kisah lama tapi dia tetatp tak boleh terima. nak lupakan hal itu, jauh sekali laaah. IBu I tegur fasaL anak2 I yg buat masalah. Dia marah sgt! sampai sekarang, dia tidak balik kpg jmpa IBu I. Mertuanya. Jika IBu I dtg rumah, I yg masak utk IBu I. Dia buat tak layan saja... HaTi I sedih sgt... I nak IBu I merasa mesra dgn isteri I. I tak nampak jalan tu dgn dia. Dia sdh x blh diubah. Apa kata dia saja... Bila Raya I balik sorang. anak2 pown mana yg nak ikut saja. Sikit sebanyak dah terpengaruh?..."

" I harap semuanya akan sedikit puLih jika I dpt yg lebih baik. Jika x, I terimalah sbg takdir diri I....."  Ini luahannya menutup bicara. UMmi lama diam utk berfikir. IBu suami kita IBu kitalah juga. Buruk eloknya bukan syarat utk kita buat pilihan. Sekali kita sudah disahkan jadi isteri mana2 laki2, kita kena terima semua ahli keluarganya seadanya...UMMi teringat nasib UMMi dulu. UMMi dari keluarga 'orang senang'. Namun Arwah Atuk sudah terlebih dahulu mendedahkan UMMi pada jln hidup kesusahan. Baru UMMi faham bila UMMi sudah jadiu menantu orang. Mertua UMMi hdup susah. Miskin melarat, kais pagi makan PtG.  Kais petang makan maLAm. Mcm yg UMi cerita dlm Blog2 sebeLumnya. UMMi sedikit pown tidak rasa janggaL sbb UMMi sudah ada pengalaman bertahun2 dlm latihan ketika hayat Atuk masih ada. UMMi tinggal lagi mahu applikasikan saja dlm keluarga yg baru ini.

UMMi terima mereka seadanya walau pun dunia berbeda  mcm langit dgn bumi! Seumpama UMmi diterbangkan ke dunia atau planet yg lain. Peritnya nak boleh makan pada hal negara kita kaya raya. HasiL mahsuL bumi tidak terhitungkan dek minda.  Peritnya nak dapat sesuap nasi utk alas perut setiap hari... UMMI sedikit pown tidak mengeLuh. UMMi sudah ada ilmu. Sudah disiapkan pengaLaman. UMMi terima ibubapa mertua seadanya. Sebab pesan IBU UMMi genggaM bagaikan azimat..." Mu ado duik lebeih, mu beghi demO make sedap. Mu adO lebieih lagi, Mu beghi deMO pakei lawO. kalu ada lebeih lagi, mu bawaok deMo jale2... DeMO dah tuO. Tak lamO dah nak hidoup. Jange mu menyesaaaa..."

UMMI akur pada pesanan IBU. UMMi selesa haTi sampei hari ni meski mertua berdua sudah lama mati. Bapa mertua mati, selepas dua minggu baru UMMi diberitahu! MMg sedih HaTi dipinggirkan begitu. Ibu Mertua pulak, tak sempat tatap jenazah sbb bekas suami asyik buat perangai sepanjang jalan di highway utara selatan...sbb protes UMmi ajak balik ketika ibunya sedang nazak. Dia mahu berniaga di pekan sehari . KumpuL wang. Nak beli WIRA?... Bila sampei, hari sudah lewat ptg. Kata org nak Solat jenazah pukuL 3 ptg tpi kami sampei jam 5ptg! Hanyadua nisan terpacak kukuh...

Sampei hari ini UMMi tiada penyesaLan. UMMi dah buat apa yg IBU uMMi pesan. Yg Allah swt tetapkan atas seorg menantu.... bukan saLah UMMi jika jenazah kdua2 mertua UMMi gagaL ditatap! Anak UMMi dinafikan juga hak mereka utk lihat jenazah nenek mereka buatl kali terakhir... Hak UMMi sbg menantu juga dinafikan, mmg menyedihkan tapi UMMi terima sbg takdir yg besar hikmahNYA kemudian hari... UMMi sudah laksanakan sekadar yg termampu...Bagi makan sedap2. Pakai lawa2 dan bawak jalan2 seperti yg IBU uMMi pesan. Sama sekali UMMi tiada penyesALAn...Allahuakbar3! Terasa indah pendidikan IBu pd UMMi sejak kecil sampei kini.

Pd yg masih punya mertua...tua atau muda bukan ukurannya... darajat mertua tetatp mertua meski mereka sudah lanjut usia atau muda lela...Buruk baik. Cantik hodoh bukan statusnya utk kita hormati MERTUA kita. Yg wajib ttap wajib. kita kna terima seadanya... IniLah yg UMMi faham tntang hubungan menanTU MErtua... Harap isteri shbt UMMi ni insaf sebeLum wanita maLang itu tutup mata. Jgn mengundang penyesaLan x bernOktah. IBu itu tinggi darjatnya. Kita kna ikhlas dlm amalan. Yg lepas, biarkan berlalu. Yg akan datang, indahkan perancangan dan perlakuan serta kenyataan. KelaK HAti kita juga yg beroLeh rasa tenang KeranA HAti itu tempAt tUmpaHnya pandangan ALLah swt....

Wahai sahabat yg satu ini... bersabarLah dgn jeliknya sifat isteri U. Doakan dia setiap waktu. banyak ayat2 alQuran utk diamalkan agar dia lembut HTi dan mahu memeperbaiKi kelemahan diri. tiaDa yg musTAhiL jika U ikhLas meminTA pd ALLah swt. MinTA lah dgn SabaR dan menGERjakAn SOLat... .InsyaALLaahitaaala... TiaDa yg MusTAHiL jika ALlah swt mengiziNKan...  ALLAhuakBAR3!!!...

Friday, February 18, 2011

SiTi AMINah NuR JanNaH : IkOn KeGIgiHaN CiLik

Semuanya bermula dgn perceraian yg meninggalkan UMMi dlm kesempitan yg amat sgt kerana UMMi masih dlm tempuh pengajian 3 tahun di UPSI. sudah sepatutnya menuju ke garisan penamat tetapi UMMi terpaksa tangguhkan demi tgjwb pd anak2. Ada paper yg UMMi x hadir exam dan markah ditOlak banyak. Sungguh mendukacitakan tpi demi ank2 UMmi pasrah. Pointer sdh x penting lg berbandingkan ank2 yg perlukan pembelaan segera. UMMi repeat paper itu. Tambah 6 bulan lagi. Ank2 yg mghitung hari menatikan UMMi tamat pengajian, paling hampa. Namun UMMi berjaya yakinkan mereka, " Tidak allah jadikan / takdirkan sesuatu utk tujuan sia2. Tak baik kita mengeluh. Tu maknanya kita buruk sangka ngan Allah? Buruk sangka itu Rasullah kata boleh bawa pada dusta. Dah  kita lawan cakap Rasulillah pulak. Tak soleh laa. Nanti tak dapat syufaaat di akhirat..."

x pasti samada kata2 UMMi ini merekamengerti sbb rata2nya anak2 UMmi ini masih di tahap 'bayi'. Gaji sudah di bahagikan dua. Potongan2 lain tetap aktif. UMMi ada 10 nyawa utk dipelihara jaga. Masa itulah UMmi mula berfikir utk buat mcm2 kerja utk menambahkan pendapatan. Mula dgn anak sulung akan ke UIAm. Diikuti pula ngan anak ke2 utk ke UITM. MenyusuL kemudian ank ke 3 mahu ke DaruL Quran...ke 4 akan terbang dahulu ke Jordan dan ke 5 pula mndapat tawaran ke UK: Architechture! Semuanya mmerlukan perbelanjaan besar dan UMMi sama sekali x akan kembaLi menggoncang pintu IBu utk mengharapkan bantuan keewangan! x dan x sama sekali !

Ayat 1000 Dinar itu sgt mustajab. UMMi ulang2 sbg asas mmbina kekuatan dalaman. Ank2 10 x boleh tercicir. Semua mesti ke destinasi masing2 di menara gading. Namun takdir mengatasi segalanya...SITI MARYAM AJ JALILAH terpaksa menolak tawaran ke UK. Mengorbankan cita2nya mahu mnjadi seorang arkitek senibina Islam! Setelah 4 anak di hantar ke menara gading, UMMi hampir2 lemas tenggelam dalam lautan masalah keewangan. Mana lagi mahu  dikorek Rm+++++ dan RM+++++ lagi tahun berikutnya...& berikutnya lagi! Anak2 semuanya sudah menganjak kaki ke peringkat IPT? Allahuakbar3...!

Ini kisah Nur Jannah, anak ke 8 UMMi. Sejurus mendapat tawaran ke Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah, Jannah senyum legaa. sudah lama impian ini terpendam. Kejayaan kakak2nya di Sek Agama  Kerajaan Negeri ini menjadi dorongan kuat utk dia sama merintis jejak2 terbiLang yg mereka tinggalkan. Namun UMMi sudag kehabisan simpanan di semua bank2 yg UMMi langgani. Dlm hati besar hajat. Dalam poket, semakin meruncing...Tiada tanda2 bapa mereka akan membantu pula! " Padan muka, biar rasa! " Itulah habuannya jika UMMi hubungi utk minta nafkah anak2 dijelaskan tanpa gagal. " Hentikan budak2 tu di sekolah AGAMO tu. Banyak belanJO..." usuL bekas kakak ipar suLong pula!  Namun UMMi degiL keras kepala dan apa sajalah yg boleh kalian namakan bagi sifat UMMi ketika itu yg tidak menurut kata mereka semua. UMMi bertegas untuk ttap mndaftarkan Jannah di Maahad Mahmud! Itu rezki dia. UMMi akan pastikan dia dpt juga belajar di sana meski seketika...

UMMi beli pisang muda. UMi kopek mula jam 5.15 ptg. Selesai jam 7 mlm. Berhenti utk solat maghrib. 8.30mlm UMMi mula panaskan minyak dan sagat pisang2 itu dlm kuali. GOreng! Siram sikit ngan air garam....Sedaaaap. Jadi ' Kerepek Pisang Masin UMMi sayang '. Selesai jam 10-30mlm. Bawa ke depan TV dan bungkuskan. RM 1 -RM2 sebungkus. Inilah yg Jannah bawa pulang ke asramanya  setiap minggu utk dijual pd kawan2 yg lapar terkurung dlm dorms. Sekali jual dia dapat >< RM150-200. Cukup utk bayar yuran makan dan belanja poket menantikan hari pulang yg selanjutnya. Jannah sntiasa ada duit dlm poket! hasiL usaha sendiri.

Sudah masuk tahun ke-3 sekarang Jannah di sek itu. Pelajarannya bagus. Sedikit pun x terjejas. Business kerepeknya pun semakin lancar. Dari mula dia mndaftar samapi sekarang baru RM250 ayah nya bagi. Itupun 2 tahun yg lepas RM200 yg awal di masukkan dlm akaunnya dan baru2 ini RM50...Jannah sara diri utk bertahan di sek ini demi minatnya mndalami isi al quran! Mula2 dia mengadu berat. Letih. Lama kelamaan Jannah jadi seronok. UMmi andaika kakak2 asramanya semua kenal  Siti aminah Nur Jannah. Pelajar yg gigih berniaga kerepek utk memenuhi tuntutan pengajiannya di asrama Maahad Mahmud! Utk ringankan penanggungan UMMi yg menyara sendirian mereka 10 beradik!

Musim perayaan Jannah akn jual biskut raya. Guru2 tampiL mmbuat tempahan. Jannah sangat ceria hari ini. Dia sudah mulai menyukai bidang yg satu ini. Pengalaman awal yg pahit rupanya pndidikan yg berkesan pd dirinya. Betullah bak kaata Rasulullah saw, " Kasih sayang Allah swt itu ada dlm kesusahan." Jannah tidak mengadu penat dan berat lagi. Hari ini Jannah ke rumah Atuknya. Tebang pisang setandan. sebelum maghrib, dia sudah tekun mengopek kulit. Sekarang dia sudah selelsai soLat isyak. kami akan sama2 sagat dan goreng. seterusnya dibungkus kemas. RM2 sebungkus! Esok Jannah akn pulang ke asrama semula. Jannah sudah senyum menguntum Esok tetap ada barang2 utk diperdagangkan!

Doakanlah SITI AMINAH  NUR JANNAH berjaya dlm pelajaran dan hidupnya di hari muka. UMMi sejuk hati memeliharanya. MMg sedih bilaanak terpaksa berdepan dgn cabaran utk meneruskan pengajian  begini. tapi percayala, Jannah ini IKON KegigiHan yg meski pun ciLik sudah mnjadikan dirinya ikutan pada adik2 dan abang2nya yg lain....Subhanallah... alhamdulillaaah....Allahuakbar3!

NoSTalGiA LuKA : BEgiNi CaRAnyA BuuUUuuu...

Sampai pd satu atahap, anak2 kita akan teringin nak naik kenderaan basikal, motor atau kereta. Ini perkembangan yg nORmaL. Kita tak sepatutnya sekat perkembangan dan haLang kemahuan mereka. sebalIknya kita bantu2 pantau dan sediakan kemudahan mana2 yg patut. Yg kita mampu! Kalau setakat basikaL, apalah salahnya kita belikan sebuah. Mula dgn yg roda tiga. kemudian iring2 dia main2 dlm rmh. keluar sikit ke halaman dan jauh sikit ke taman.

Bila agk2 dah cekap skit kita buang roda sokongan. Biar betul2 tinggal dua. ajarlah dia balancing! Pegang2 dulu di carrier. Lama2 lepas sikit danbiarkan dia mengawal sepenuhnya perlahan2 sebelum dia digalakkan mengayuh sedikit laju dari biasa. Kadar kayuhan orang yg nOrmAL lah! Bila anak2 dah besr sikit, kita kenalah carikan yg lebih besar saiznya basikal itu.Berikan mereka sedikit kelonggaran utk bermain ngan kawan2 sekitar kawasan kediaman. Ini asas pergaulan pula. Interaksi dua hala dan kemahiran berkomunikasi di luar ruang empat segi rumah sendiri! Jgnlah terlalu mengawal, mengongkong dan mengikat anak2 dgn peraturan yg tegas keras.Di tahap ini minda anak2 akn aktif beroperasi dgn input2 baru utk membina jati diri.

dah naik peringkat menengah, anak2 akn cenderung utk menunggang motorsikal, Jarang sgt kita lihat mereka kayuh basikaL lagi ke mana2 dis sebbkan pengaruh sekeliling yg sgt merangsang keinginan. Kawan2 naik motorsikal lalu lalang depan mata, takkan kita nak anak kita kayuh basikal tua juga! Jiwanya pasti akan dihimpit rasa keciwa dan berduka dek kekurangan dirinya. Jika ini berlaku dan aibu masih tidak mampu membelikannya sebuah motorsikal, jelaskan dgn baik pada anak2 tersebut. Masa makan bersama itu paling baik. Waktu bersantai nonton TV anak beranak pown boleh juga. Terangkan keadaan keewangan yg ibu hadapi dan kekangan2 yg ada. Mereka akan faham Janji IBu bijak bermain kata2. Pujuk dan nasihat mereka untk bersabar seketika lagi dgn alasan ibu dan ayah sdg aktif berusaha mendptkan sebuah motosikal juga. Ibu boleh juga berunding utk sama2 menjana ekonomi, bagi menampung kos pembelian sebuah motosikal baru. Konsep berat sama dipikul, ringan sama dijinjing elok diterapkan dalam diri anak2 semua. Tak payah IBu pukuL2, marah2 dn maki2. Ingat! Anak2 pun ada maruah!

Jika gagal juga dapatkan motorsikal, boleh kumpul wang sekadar yg ditetapkan oleh Kelas Memandu. Hantar anak2 belajar di situ dan dapatkan lesennya terus! Ank2 boleh bantu2 kerja kumpuLkan wang saku utuk bayar sama jika dilatih dengan betuL. Anak2 UMMi semua ambiL lesen dgn daya usaha sendiri membayar kosnya. Bukan UMMi tidak mampu, tapi UMMi nak tanam sifat rajin berusaha dalm diri mereka. Sesuatu yg diperolehi dengan jalan sukar akan lebih dihargai dan dipelihara keadaannya. Dijaga rapi dan akan ada nilai kenangan kemudian hari. Percayalah. Ini tujuan UMMi. Sama2 susah mndapatkan sesuatu yg kami ingini!

Anak2 tidak patut dihalang keinginan utk mengembangkan minda dan kemahiran fizikal mereka . Pada waktu yg sma, kita kena juga ajar mereka berfikir  tntang tanggungjawab dan kewajipan yg kita manusia kna pikul dlm kehidupan seharian serentak dgn meningkatnya usia dan kematangan. Mereka akan faham. Lebih2 lagi jika mereka menikmati saat2 indah bersama ibubapa berusaha dan bekerja utk mengumpul RM !Mereka akan faham dan akan sangat2 menghargai pengalaman itu bila dewasa nanti.

Anak naik motor duduk di depan. Ayah duduk di belakang. sama2 pegang handle. Ajar dia start engin dan contRoL minyak. Tangan anak di bawah. tangan ayah di atas. Biar dia rasa semua pergerakan! Masuk gear dan jalanlah perlahan2. Anak dan ayah masih diatas motor yg sma. Kemudian, anak naik motor, ayah pegang besi di hujung carrier. Motor jalan, ayah terpaksa lari2 anak membantunya mengawal handle. Bila sudah mahir sikit mengimbangi motor dan badan dia atas motor itu, bolehlah melepaskan  pegangan di hujung carrier dan biarkan anak itu menunggang dgn penuh kegirangan... masih di dlam kawasan perumahan! Jgn benarkan dia pergi jauh atau keluar ke jalanraya yg sibuk. Anak ini belum bersedia jika tanpa lesen yg sepatutnya beliau perolehi.

Jika sudah ada asas begini, anak ank anda akn udah memperolehi lesen di Kelas Memandu. Pengalaman mengemudi motorsikal itu akan banyak membantunya menjawab soalan2 bertulis utk lulus ujian undang2. Lulus juga di lapangan...masuk simpang, naik bukit dan selekoh serta parking! Bukankah mudah jika anda berhasrat utk membina persefahan]man dgn anak2 anda. Jgn jadi mcm iBU yg awal2 tadi yg apabila anknya jatuh motor, anak itu di rotan sampai meninggalkan kesan di lengan. Itu bahagian yg UMmi nampak. UMMi tidak pula tanggalkan bajunya utk periksa lain2 bahagian! Mungkin ada lebih banyak lagi calar balar dan gelembungnya! Allahukbar3! Sedih hati UMMi. Ummi sukakan budak2. Mmglah mereka nakl tpi jgnlah tibai macam gembala tibai keldai!

Kata seorg sahabat, " Dia tak tau mcamana rasanya anak MATI...tak macam B. walaupun anak2 B mati masa lahir, B ttap rasa sedih dan ingat sampai hari ini. Inikan pula kalau dah banyak kenangan pelihara sampai dah besar? Ibu tu mmg B anggap kejam!..."

Ummi tinggalkan persOalan ini utk pmbaca fikir2kan. Jika sebeLum ini kalian pun buat begini pada anak2, cuba2lah ubah sikap panas baran itu. Gantikan dgn hikmah dan kebijaksanaan! Penuh kasih sayang mendidik anak2 kalian. Kna sabar. Banyak2 sabar.  Selebihnya berDOAlah dgn ikhlas supaya hati mereka terang utk menerima ilmu dan pengajaran.  seterusnya...Berserah pd Allh swt.

NostalGia LuKa : Jgn BeGitU Buuuu...

Kanak2 ada juga perasaan. Mski tidak diluahkan dengan terang dan penuh ungkapan, mereka juga tahu sedih, keciwa, derita dan putus asa. Mereka ada juga rasa MALu. Ini kisah seorang pelajar yg IBUnya dikatakan org garang mcm singa. Dpt suami keramat hidup yg sntiasa menutup aib dan buruk perangainya. Sayang dia tidak menyedari bahawa sikap baran, garang dan keras hati serta celuparnya itu akan memudaratkan suami dan anak2nya kemudian hari.

Tiba2 sahaja suami mengadu sukar bercakap. Hendak tuturkan sepatah perkataan sepertii nak keluarkan bongkah emas dlm rongga terbuka itu. " I tahu apa yg I nak cakap tpi I tak leh nak cakap..." Adunya pada UMMi suatu hari. UMmi suruh dia jumpa doktor. Rawat segera utk kesan punca. Dr hairan kerana tidak ada tanda2 kena stroke. Tangannya yg dulu cekap menuLis sekarang kaku bila nak menandatangani  surat2.... Dia sgt risau. Lalu menemui seorg pakar perubatan traditionaL. Maka bermulalah macam2 sebab dan musabab...
             1.` Encik terlangkah barang orang tanam niii.
             2.  Ada oghang sakit hatiiii ni!
             3. Encik terkena santau?
 kerana jatuh motor. Sayang motor lagi dari anak sendiri?... sedih UMMi tengOk budak tuu. Lurus benduL. Kowt nak tibai, hari2 pown boleh. UMMi yakin, dia takkan melawan. " Xpa t-cher. Saya suka kna pukui...tak sakit pown!" Dia membela IBu nya. Padahal kulit di lengannya menggelembung! UMMi called abapa budak ni. Mmg kna tegoQ direct laa. " Jgn la biaQ bini sampai camtu. Anak tak berapa cerdik camtu, ikut hati, leh mati budak tuu. Dia budak baik cuma tak panjang akai cam budak2 lein. Tapi dia taat. alhamdulillaaah laaa. Dok tibai wat pa kalau jatuh motor? Dah tu, budak tgh sakit lak dgn luka2 di tgn  dan lutut! Huish! Apa hang nii, takut bini ka? Mati anak hang nanti!..."

Wanita kna sedar laa. Suami tu pemimpin. Kalau tak betui, kena tegOq lok2. Pempuan ni penasihat. Cakap baeik2 ngan anak2. terangkan apa yg siLap. Bagi depa nampak yg tak kena nya. Tunjuk atau ajaQ laa hak betui! Bukan semuanya leh selelsai ngan pukui memukui! Huish! apa laaa ibu sorang ni!...laki cakap, jangan potong! DengaQ duluu apa dia nak kataa. Kalau agak2 tak setuju, baru bagi pandangan. Tu pown bukan nengking2... Nada mengugut! Kalau kaunseLor watgitu, semer klien cabut lari nih! BughOk peghngai depa kata. Camna nak selesaikan masalah owg lein?

Kerana selalu sgt dok tengking herdik anank2 laki.. laaa ni, laki dah GAGAP! Dia ngelabah bawak sana sini berubat! Anak dia dah jadi terteleng2...tk berapa nak leh terima ilmu tinggi. Sekolah pakei letak di kelas2 hujung laaa...kelas hak ckg2 suka tak masuk ngajaQ. Kowt masuk pown, depa bukan paham paaa pown! Alaaahai... nayaaa berkali2! Tengking lah lagi! TampaQ! Tibai! sepak! Terajang! Kan anak hg jugak yg jahanam?

Seperkara lagi, nak ingat laaa, syurga pempuan bawah kaki suami. Dia tak maaf...tak redha kalu..siksalah jawabnya di sanaa! Pandai cakap camna pown, di sana lidah dah bisuuuu. Lain2 anggota akn bercerita.         " SiPolan2 dulu masa hayatnya suka menyakitkan oghang!...bla..bla...bla.." kan gawat tuuu. A-haaa... kalau nak tempah neraka awai2 buat lah selalu!




Bila dibawa berubat, berjela2 lah pantang larangnya. Samapi susah nak pilih makanan di luar sana. Harapkan telur ngan ikan goreng... lain2 mmgg semuanya pantang! 3-4 kali kna ulang ke rmh Ustaz tu. Minum air kelapa jampi. Bagi mandi sintuk limau. Hirup air tawaQ... Jampi...jampi...jampi... Tup2 Ummi dapat kesan punca yg lain. Inilah yg UMMi nak tulis sgt2 nii...

Pempuan jgn lah gaghang sgt. Jgn suka potong cakap laki. Melawan sokmO sampai laki tak dak celah nak bersuara. Apa laki cakap, semua bangkang. Sehari dua xpaa laa. Bila dah makan puluhan tahun, nilah akibatnya. GAGAP! Nak pebaeik balik bkn senang. Kan dah ngelabah? Tak cukup ngan hal itu, anak pown jadi jugak! Asik kna tengking tibai, tengking tibai, budak2 tu dah jadi 'mangLi'... hatta anaknya yg sorang tu dah mcm tak betuL jadinya. apa kita cakap pown, dia sengih? hiii... UMMi tak fahamlah camna IBU nya leh tibai sampai camtu hanya 

Sunday, February 13, 2011

Ummi SiTi KarTiwi ; WaRKah BUAt ANakanDA ( II - sambungan )

Maryam, Permata hati UMMi, Umm tidak lupa pd banyaknya tawaran2 hebat yg mendatangi Maryam sejurus Maryam diumumkan cemerLang SPM yg lalu. Pengajian Sains & Agama ( USIM- kelantan ), Pengajian Bah Arab ( UIAM Ptaling Jaya ), Architecture ( United KingdOm )...? UMMi mahukan Maryam ke DaruL Quran sahaja. Utk sekeping DipLoma yg rata2 rang memandang biasa saja. Pada UMMi DIpLoma Tahfiz Al Quran mengatasi segaLa siLau dnia dgn segala isinya. 30 juzuk bersemadi dlm dada Maryam. UMMi mula berangan-angan panjang, bahawa Maryam akn sntiasa berzikruLlah meski rancak melaksanakan pekerjaan harian. Dalam duduk, ketika berdiri, tatkala berlari, sambil berbaring, mengiring, terlentang sampai pejam mata lena. Mungkinkah itu kebahgiaan UMMi sahaja yg terlalu asyik maksyuk atau obses pd ayat2 allah swt. UMmi minta maaf kerana nada UMMi berbau paksa. Pada UMMi, peluang menghafaz al quran hanya datang sekali. Satu dlm berjuta2 nikmat yg mendatangi kita, dan Maryam serta saudara2 yg lain sgt bertuah menerima anugerah begitu berharga. Maafkan UMMi jika peluang2 lain Maryam terpaksa korbankan. UMMi cuma yakin, selain ProGram DipLoma Tahfiz ini, yg lain2nya bila2 masa boleh Maryam dapat lagi. InsyaAllah. alhamdulillaaaah, Maryam anak yg taatkan UMMi. Makanya UMMi lihat banyak rencana UMMi utk Maryam membuahkan hasiL hari ini. UmMi percaya, Hati Maryam sudah tersangat kasihnya pd DARUL QURAN. Cantik sangat bila Maryam mengambiL Al Quransbg sahabat. UMMi sudah tidak bimbang lagi.

Setapak kita melangkah, jangan fikrkan untuk undur dan beralih pandangan. UMmi mahu Maryam istiqamah berjuang menguasai ilmu al quran ini. Sesuatu yg UMMi impikan sejak keciL tapi gagal UMMi perolehi kerana tiada siapa yg menunjukkkan jalannya ke laluan ini. Kini UMMi hadiahkan pada anak2 semua. Kita berkorban banyak perkara. Masa2 gembira kita bersama, masa dan tenaga serta lain2 kesukaan harian. Kerna itu, pastikan Maryam capai keputusan tahap terbilang dan pulang membawa senyuman utk di kenang sepanjang ahayat dan dikongsikan dengan generasi yg akan menyusuL selepas Maryam. Waktu itu, Maryam mungkin hanya mampu menyebut nama UMMi sedangkan jasad UMMi sudah lebur diperut bumi. Ummi harap lafaz syukur tidak henti2nya Maryam ajukan pd Allah swt kerana UMMi tegas dan keras mahukan Maryam menjadi Hafizah.

UMMi yakin dgn kemampuan Maryam mencipta kejayaan tersendiri. MenguLangi kejayaan kakak Siti Rabi'atuL Addawiyah. Merintis jejak2nya yg mmbanggakan semua ahli keluarga kita, terutamanya UMMi yg sampai hari ini terharu apabila mengenang kembali detik2 kesukarannya di peringkat awal pengajian,  Kecekalan dan keazamannya utk berjaya sangat2 UMMi banggakan. UMMi bersyukur menjadi UMMinya.  perkara yg sama UMi lihat dalam diri Kak Long, Siti Fatimah az Zahrah dan Siti Mariah Az Zakirah.  pada Maryam juga ada kelebihan yg Maryam mesti munafaatkan utk tujuan menamatkan pengajian di sini dengan penuh rasa syukur dan bangga. Maryam mampu. UMMi nampak faktOr itu dlm diri Maryam. Hanya dgnsedikit lagi daya usaha yg gigih dan kesabaran serta doa yg berterusan, Maryam bakal mencapai cita2  utama setiap pelajar yg datang ke institusi ini. InsyaAllaaaah. Yakinlah dengan bantuan Allah swt. Jgn sesekali putus asa dari rahmatNYA.

Saturday, February 12, 2011

'IBU TunGGaL' : We ARe THe CHoSEn OnE ( III )

Assalamu'alikum IT2  sedunia. UMMi nak buat pengakuan terbuka. UMi sgt2 sayangkan kalian semua. Tanda kasih UMMi yg berpanjangan ini UMMi nak ingatkan semua IT2, berusahalah sekeras mungkin utk membebaskan diri dari dendam dan kebencian kerana dua perasaan itu akan meratah IMAN sedangkan IMAn itulah yg meletakkan kita dipersada kemuliaan. IMAn itulah jua yg memandu kita pd laluan yg sejahtera. Kita selamat dari kemurkaan yg memjanjikan AZAB.

Bukan RM yg menjanjikan kita bahagia. Suami2 kita dahulu pun  pinjaman sementara dari DIA. waktu ada, bukankah kita sudah laksanakan semampunya kewajipan kita. Macam UMMi ni, 10 anak UMMi hadiahkan atas namanya di hujung setiap nama anak2 UMMi. macamana dnia nak kata UMMi tak layan? haha! Lucu sangat jika itu tuduhan yg sering UMMi dengar di luar snaa. Begitu juga dgn kalain semua. Tepuk dada, tanyalah IMAn. Jika baik persembahan ketika bersama dahulu, senyumlah selebar2 dan semanis2nya pd dunia yg kita huni ini. Jika sebaliknya, beristighfarlah kerana< UMMi yakin, perceraian itu snediri satu peringatan dan pendidikan langsung dariNYA. Latih diri utk bersangka baik pd Allah swt. Didik HATi utk sabar dan redha.

Itu bagi yg bercerai hidup. Bagi yg sudah meninggal dunia, lagi lah berat sal jawabnya di sana sbb mereka tidak mungkin kembali utk membantu kita lagi. Hantarkan doa utk roh2 mereka dan uruskanlah tinggalannya dengan penuh keikhlasan dan luhur hati. Semua itu menjanjikan pahala yg besar utk kita. Berjaga malam. cuci kain. Memasak. Mengemas. mendidik anak2. Keluar rumah mencari nafkah. Semuanya pahala mengalir pada tuan empunya diri. Tiada perkongsian lagi dengan sesiapa pun jua. Jelaslah pada kita, pintu SYURGA terbuka luas utk menyambut kedatangan kita semua. Janji, kita redha!

Doakan kebahagiaan para suami yg menceraikan kita utk bersama dengan wanita2 lain. Mmg menyakitkan jika kita masih dihuni rasa dendam. Sebab itu UMMi kata, kita kna bersihkan hati2 kita sampai tiada lagi kesan2 kemarahan lama. Ada rezki, kalian kembalilah merujuk. Jika dalam edah, boleh kembali dengan mudah. Jika sudah 'luput tarikh', aturkan majlis pernikahan baru! Letakkan mahar baru dan binalah kehidupan baru dengan azam baru utk tidak mengulangi kesilapan lama. Bukankah itu mudah. Bukankah ISLAm itu sendiri agama MUDAH? ISLAM agama keselamatan? Agama BERSIH?  Mengapa mesti dinodai dengan dendam kesumat tanpa noktah penamat? Sakit hati melihat pasangan yg diceraikan hidup riang gembira dan bahagia ketawa di daerah alin bersama pasangan lain? UMMi benar2 tak faham! Terasa sgt bodhnya manusia ini kerana ada laluan sejahtera tapi masih meneroka lorong menuju kebinasaan. Siksa di sini, AZAB bersambung sampai ke sana!

Pandang mata anak2! dengarkan  rintihan mereka. Ditinggalkan mati, kira rahmat juga. Jika ditinggalkan akibat perceraian yg berpunca daripada pergeseran perasaan? Mahukah ank2 dijadikan medan pelampiasan kemarahan? Cuba ingatkan diri selalu, Malaikat itu tidak makan dan tidak tidur tau! apa saja yg kita lakukan, tidak akan lepas dari catatan amalan dlm buku harian kita. Setiap hari ada lembaran baru. Mahukah kita padatkan dengan agenda2 DOSa kita? Lalu, bila Malaikat menghempas diary, dek beratnya DOSA, kita mengeluh kehilangan yg lebih berharga.... KETENANGAN jiwa! makanya hidup jadi keluh kesah. Pangkat besar. gaji besar. rumah besar. Kereta besar. Hati juga ciput! Masih merungut 'tidak cukup'? Padahal rang kpg yg hanya menreh getah, hidup kais pagi makan pagi, kais petang makanlah petang, mampu tersenyum bersma ahli keluarganya menikmati hidangan sederhana! Di mana silap kita?

IT2 semua yg ingin sgt UMMi temui,
Ingin sgt UMMi kumpulkan kita semua 1 Malaysia. 1 dnia. nak lihat berapa ramainya bilangan kita yg ada. He2...Lucu kan. Bukannya pa. UMMi cuma nak dekat dengan yg senasib dgn UMMi. UMMi nak kngsikan kebahagiaan perasaan UMMi dan kesyukuran UMMi yg x terhingga kerana dijadikan IBU TUNGGAL meski pun UMMi tidak pernah impikan kesudahan perkahwinan yg sedemikian 'trajisnya'. Memalukan bagi kebanyakan rang. Menegeciwakan MAK UMMi dan melukakan hatinyaa setiap kali dia melihat UMMi menanggung kesusahan membesarkan 10 amanah yg ditinggalkan. UMMi tak kisah pd waktu dan tenaga atau RM yg UMMi korbankan sbb itu semua berpaut pada UMMi saja. UMMi hanya sedih bila MAK UMMi memepamerkan kesedihannya melihatkan penanggungan UMMi yg tidak sama macam lain2 wanita yg bergelar isteri dan IBU...Airmata MAK paling berharga pada UMMi. sedapatnya, UMMi mahu MAK hanya menangis gembira menyambut berita kejayaan demi kejayaan UMMi dan anak2 semua! Namun, mana mungkin smeua itu UMMi sajikan selalu kerana RAHMAT Allah swt datang dlm berbagai rupa. Ujian dan NIKmat! Seblehnya UMMi mahu hanya yg terbaik dan mnyukakan utk MAK. Nak MAK rasa bangga mengandungkan UMMi. Bersyukur menjadi pengurus UMMi lepas ayah pergi selama2nya! UMMi hanya nak lihat MAK senyum. Senyum dan senyum sampai akhir hayatnya!

Namun takdir mengatasi segala usaha manusia. Kita hanya hamba yg menuruti qutrat dan iradatNYA. Akur. Tunduk & Patuh pd Yg Maha Bijaksana Dlm Setiap PengaturanNYA. Yg Mh Mengetahui segala yg tersembunyi!  UMMi mahu semua IT2 di luar sana juga faham bahawa kita tiada daya dan tiada upaya utk melaksanakan apa2. Memungkinkan terjadi sesuatu  pa pun jua, tanpa izin dan rahmat limpah kurniaNYA. Perceraian telah berlaku di penjuru mata. Kita WAJIB redha! dan kehiudpan dilanjutkan juga WAJIB kita pelihara sejahtera laluan yg dirintis menuju alam akhirat yg abadi. Belajarlah memaafkan. Belajarlah menerima takdir dgn tenang dan penuh senyuman. kelak Allah swt akan gantikan dengan yg lebih baik sbg ganjaran besar kepada jiwa2 yg memilih sabar, redha dan taQwa pdNYA.

'IBU TunGGaL' : We ARe THe CHoSEn OnE ( II )

Allah swt anugerahi kita serba lengkapnya di tubuh badan segala anggota dan deria utk digerakkan bersama jentera minda ke arah merealisasikan impian dan memenuhi tuntutan harian. UMMi selalu ingatkan diri UMMi,    " AkU HamBA Yg ISTimeWa' dan jadi piLihAnNYA utl tgjwb besar lagi muLia ini. AdA sesuatU dLm diri aKU yg DIA NampaK d anuGerahkaN utk AkU. AkU kna cari KekUATAn dan KeLEbiHaN  itu yg mnjadikan AKu isTimewa dari yg lain2nya..."

MuLa2 diceraikan mmg lah kita rasa bagaikan langit menghempap kepala. Kita malu. Kita dihina di mana2 sahaja kita muncuL di khalayak ramai. Jika kaum Adam yg berbuat begitu mungkin kita kata mereka prejudis tp wanita juga turut mencemuh. Macam sampah yg mnjijikkan pandangan. Sampah yg busuknya membuatkan semua mnjauhi kita...Laluan mncari nafkah mmg susah amat dek kebencian yg meluap2. Hrpkan nafkah dari pasangan yg mneinggalkan anak2, ibarat menunggu bulan jatuh ke ribaan ! Pd suarat cerai tercatat RM1000. Tp pada buku simpanan...????? lalu jika begitu juga halnya berlaku pd kalian semua, apa harus kita buat? Abaikan anak2 kita smeuanya utk balas dendam pd pasangan kita? hahaha... Lucu. Pd UMMi itu sgt lucu!

 Mak UMi selalu kata, " Orang terjun lubang, mu po nak terjun jugak?" Ini bila UMMi dikelilingi kwn2 yg buat silap. Buat maksiat! Mak risau UMMi terpengaruh. Bukankah jika kita berkawan ngan si tukang besi, kita akan terkena percikan apinya? Inilah yg Mak selalu pesan..." Beringat2. rang jahat tak takut Tuhan..." Ayat2 Mak selalunya ringkas tapi sarat dgn amaran keras. UMMi tak berani lawan. Lambat laun akan nampakkan kebenaran!

So, perceraian bukan medan membalas dendam. Kita pndang jer jauh ke hadapan. Dgn segala kelebihan dan kepandaian yg ada, mulakan langkah menjana ekonomi keluarga. Selamatkan ank2 daripada tercicir di sekolah. Kecekalan kita akan mendrong mereka utk serius juga berusaha dan mencipta kejayaan demi kejayaan. Jgn berhnti berdoa utk kesejahteraan bersama. Ank2 msti dibantu selalu. Jika tidak dgn RM, boleh saja dgn bicara yg merangsang minda dan merangsang semangat juang yg tinggi. 

Anak2 memandang segalanya di depan mata mereka. Siaran langsung ini pendidikan yg paling berkesan. Paparkan kegigihan. Sajikan kesabaran dan kecekalan. Hidangkan mereka sifat rajin kita yg berterusan. Pujuk kalau perlu. Marah jika mereka silap dan jelaskan tindakan kita supaya mereka faham nita baik kita mmebentuk keperibadian mulia sbg asas membebaskan mereka ke dunia luar yg penuh cabaran. Mereka juga mesti KUat dalaman.  Selain daripada sihat jasmani utk melanjutkan agenda mensejahterakan usia selanjutnya.

Masyarakat luar boleh jadi sgt kejam pd anak2 ibu tunggal. Lidah yg tajam menikam perasaan bisa mematahkan semangat juang yg baru berputik dlm diri mereka. IT2 semua perlu peka pd kehidupan anak2 sejurus melangkah keluar pintu rumah. Jika ada yg mengancam, IT2 inilah jg mesti bertindak menjadikan diri mereka perisai yg melindungi keselamatan anak2 merekaini. Hanyasanya, UMMi nak pesan, selesaikanlah segala masalah dgn aman dan elakkan permusuhan. Digilis kita luka. Menggilis pun kita juga yg luka. Begitulah hakikatnya dnia bagi IT2 semua. Sebab itu, sedapat mungkin, elakkan diri dari terhumban ke kancah masalah. Lebih2 lagi yg melibatkan mahkamah, khususnya Mahkamah Syariah ! he2... berapa kerat sgt yg berjaya pertahankan maruah ?

Friday, February 11, 2011

'IBu TuNGGaL ' : We ArE ThE ChOseN OnE ( 1 )

Setiap kali lepas soLat UMMi rasa sgt bahagia dpt mengajukan banyak  pinTa & Doa pd Allah swt. Waktu itu UMMi rasa sgt2, sgt3 betapa hampirnya UMMi pd DIA dan DIA  sama sekali tidak berpaLing dari UMMi. Dlm sujud yg akhir sudah dibuat sekali. Lama dahi di sejadah. Lepas salam diulangi tp kali ni kita boleh menadah tangan dan bunyikan suara termasuk tangisan. itulah rahsia kekuatan DOA sampaikan dikatakan, " DOA itu senjata mukMin". Pun masih ramai yg ambiL mudha amalan ini.

Terkejut tgh malam nampak Mak di sejadahnya. Macam2 soLat mak kerjakan. Beribu2 kali diulang2 bacaan sbg wirid zikir hariannya. mak baca Yasin. Mak Solat hajat! Utk diri dan ank2 kesayangan Mak. Mak tak pernah tak bangun malam. Mak heret tikarnya sampai ke dapur utk elakkan lampu silau mata kami yg sdg lena tidur. Mak sOlat sorang2 di situ. Mak tak pernah paksa kami ikut sama tapi dgn lembut mak berkata,
" Cuba latih diri bangun malam. Banyak fadhilat yg kita boleh rebut..." Selesai soLat neka soLat, mak akan baca quran pula. Sampai hampir nak subuh. Baru mak nampak menyeandar sekejap. Pulihkan tenaga. Begitu pun esoknya, sebelum azan berkumandang, mak dulu juga yg terjaga dan baharui wudhuknya! Mak sikit pun tidak menampakkan tanda2 keletihan.

Lepas SuBuh, mak wirid lagi ! mak kata, lepas subuh Malaikat tukar shift. Tukar jugak la muka surat catatan amalan kita dari yg semalam kepada yang hari ini. Lepas maghrib pula, malaikat lain lak 'masuk kerja' . sebab itu kna buka dan tutup hari kita sebaik2 caranya. Biar catatan awalnya indah. Penutup karangan pun menarik. Antara itu kira 'isi' lah! Macam kita buat karangan kat sekolah? Bukankah isi pun menyumbang markah? IntrO tu kira set induksi laa. Nak tarik minat pembaca yg memeriksa. Penutup utk kepuasan peribadinya. Bilamana semua memenuhi tuntutan syarat2, markah pun tinggilah. Begitulah perbandingan ringkas yg mak jelaskan pada UMMi.

Bila UMMi sudah ada anak2 yg ramei, UMMi sangat risau ank2 UMMi tak jadi mcm nii. Jenguk keluar, nampak kutu2 grahak dok melalak tepi jalan. Usik orang lalu lalang. UMMi pun naik rimas jika usikan tu sampai tahap melampau. Tak hiraukan orang sekeliling. Main terjah sahaja. UMMi berazam anak2 UMMi juga msti dididik dari awal2 kelahiran. Ketika dlm perut tu kira tak pa lagi sbb UMMi saja yg kna beramal. Bila dah keluar, celik tengOk  dunia, mereka dah terpisah dari jasad UMMi. Makanya mesti dilatih berasingan juga utk kuat beramal. Mahu banyak SOlat malam dan bangun berDoa utk diri dan keluarga. UMMi risau banyak perkara sbb bilka uMMi jadi guRU, UMMi dapati majriti pelajar2 sek men harian ni dah nak buta Quran. Jgn kata nak sLat 5 waktu, awal2 SuBuh lagi dah terKorBan! Sgt sedih hAti UMMi. Sampai ada yg bertanya, " Nabi Muhammad itu siapa, teacher?" Allhuakbar3!!! Maknanya ada yang tidak beres di awal2 pendidikan.

Apabila lahir seorang anak, 3 perkara wajib atas ibubapanya:
1. Diberikan nama yg baik
2. Diajarkan al Quran
3.Dikisahkannya kisah2 Nabi & RasuL

Apa bila salan macam ni diajukan pd UMMi, maka akan nampaklah segala kepincnagn di awal2 pendidikan oleh ibubapa di rumah. Sampaikan di peringkat menengah, anak2 itu masih tidak kenal siapa RasuLuLLah saw!

Semuanya buat UMMi berfikir dalam, kritis dan puitis. Indahnya agama ISLAM nampak dek ramai orang bukan ISLAM sekarang. Dikaji sedemikian rupa sehingga berpusu2 mereka memeluk agama suci ini. Anak 2kita terabai dengan satu keyakinan bahawa kita sudah otomatisnya ISLAm sejurus celik ke dunia. Dan UMMi ni IT yg ada 10 amanah titipan dariNYA. Mana ker tidak risaunya!

Kepada IT2 semuanya, UMi nak titipkan satu pesanan. Selepas ditinggalkan suami, samada diceraikan hidup atau berkhir dengan kematian, fokuslah pd kehidupan dan tgjawab selanjutnya yg diamanahkan pd kita. Kata rang, cerai mati baunya wangi. Cerai hidup, getirlah kita kaum wanita atau pun lelaki. Serupa saja penanggungan kita. Sebabnya bukan kerana siapa yg salah dan patut dipersalahkan. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan, kerana kita sekarang sendirian menguruskan apa yg ditinggalkan dlm jagaan. baik harta mahu pun anak2. Melainkan kita KUAT pergayutan pd Allah swt, kita pasti akn rasa terhimpit oleh berbagai desakan dan permintaan harian. Jika ditanya pada UMMi, kesan perceraian itu masih terasa samapi sekarang meski sudah 11 tahun berlalu. Bukan senang nak besarkan 10 orang anak.

Masa tetap beredar dan berlalu tanpa pamit. Kita tidak sedar betapa pergerakannya itu membawa kita ke usia senja dan berdisiplin menuju ke penghujungnya. Tgjwab ini akn ada juga nOktahnya. Noktah itu tidak memungkinkan kita kembali utk menebus kesiLapan atau keterlanjuran. Anak2 adalah asset paling berharga. Jika kita abaikan mereka, kita akan kehiLangan NIKMAT besar dlm hidup kita. Lebih2 lagi jika diabaikan sejak dlm rahim! Sejak lahir! Dan lebih dasyat sehingga mereka dewasa dan mampu berdikari ! Peluang kita utk merebut rahmat dan redha Ilahi serta Kasih sayang dan pengampunanNYA akan semakin tipis atau tertutup begitu sahaja. Dan bagaimana jika mereka dijemput kembali tanpa sempat ibu atau bapa sempat menebUs DOsa dan kesalahan?

IT2 yg UMMi sayangi...Cuba betulkan persepsi. Pandang jauh ke dalam diri. ada kelebihan yg tidak pernah kita sedari wujud dlm diri kita. Kekuatan, ketabahan, kecekalan dan kesabaran luas batas2 minda mengungkapkan tahap kecemerlangannya beroperasi...sebenarnya telah dianugerahkan pada kita. Amanah2 lain Allah titipkan pada ramai utk diuruskan. Anak serang, mak ayah usung ke  sana dan ke mari. Kita anak berderet, berdoZen, bercupak biji mata, Allah sandarkan kepercayaan utk diuruskan seorg? Di situlah letaknya keisTimewaan kita yg tiada makhluk boleh sangkaL. Makanya, kita sandarkan kembali harapan kita pd Yg Mh Memberi. Kerana DIAlah yg MH Mengetahui SegaLa Yg YersembunYi. Apa rahsianya dikemudian hari. SeMuanya dlm agenDa DIA. Kita cuma perlu bersangka baik dan sejahterakan hati dan perasaan serta penuh keyakinan menyerahkan segaLa urusan memenuhi  dan memakbulkan pinta dan Doa kita pd DIA...Hati kita bisa lapang dan cerdas utk memikirkan banyak perkara utk kemaslahatan kehidupan kita anak beranak yg ditinggalkan.

Hidup mesti diteruskan. Sendiri atau bersama, tgjwab kita laksanakan sebaik yang terdaya. Jgn ungkit tenaga kita yg tercurah. Jgn hitung masadan ringgit yg dikorbankan. Bisikkan dalam HAti," Ya Allah, Berilah daku ganjaran yg besar dari semua ini dan gantikalah aku dengan yg lebih baik..." Redha dan sabar menempuh detik2 waktu.Dan... Dlm tidka sedar sudah 11 tahun berlalu dan anak2 UMMi pun sudah besar2 semuanya.   Harapkan bantuan sana, bantuan sini, entahkan dapat entahkan tidak. Jika UMMi harap sangat, UMMi pasti akan keciwa. Jadi UMMi ucapkan saja, " Tiada helah dan tiada kekuatan melainkan dgn izinNYA"... Esok UMmi berdOa lagi. Dlm duduk, ketika bangun, tatakala berlari atau berjalan kaki, Waktu berbaring atau mengiring. Ringkasnya, janji UMMi masih sedar dan jaga segar  minda... UMMi akan berDoa. " Akan dikaulah tg aku sembah. Dan akan dikaulah yg aku phon pertlongan. Tunjukkanlah aku jalan yg benar..." dan macam2 lagi yg UMMi bisikkan sendirian tapi khusus utk Allah swt semata2!

UMMi nak kongsikan pengalaman dan perasaan ini dgn semua IT2 sedunia. Rahmat Allah swt ada di mana2. Tidak hanya pada yg bersuami dan mesra di kaca mata dnia. Kita yg IT pun banyak JANJi2 pahala dan kurnia jika kita redha dan sabar. Tekun berusaha dan berserah padaNYA...Kita IT2 ni sgt isTmewa di sisiNYA. UMMi nak semua berfikir begini. Bersyukur. Lafazkan kesyukuran itu setiap hari, Cakap kuat2 sikit biar telinga kita sendiri pun dengar. Biar anak2 dengar sbb itu akan jadi pndidikan pd mereka juga. Mereka menatap wajah kita setiap hari. Melihat kita bekerja menyara keluaraga. menyuap mulut mereka dgn hasil titik peluh mereka... memandang kita terkulai lena tanpa sempat mennton habis drama kegemaran kita setiap malam yg menjelang! Semua itu akan mengetuk pintu HATi mereka. membentuk mereka utk menghargai kehadhiran kita sbg pengurus mereka. IBu2 mereka!

Ini belum UMMi bicarakan ganjaran yg dijanjikan Allah swt di sana! Rasa2nya ramai yg teringin nak jadi It pula lepas ni. Hih! Hebat2 hamparan kenikmatan utk menyembut kedatangan IT2 yg bertaqwa... SubhanaLLaaaah... IT2 semua... jaga maruah. Jaga peribadi. Jagalah IMAN. Jgn kerana ujian yg sedikit. kesusahan yg sekelumit,kita kecundang di siratalMustaQiiim. Sendiri atau bersma, kita tegakkan yg makruf. Hindari yg mungkar. BersyukurLah kerana. " We are The Chosen OnE" dan kita sgt2 sgt3 istiMEwa di sisiNYA.... Allahuakbar3!

















 

HIkMah PanDANgan TEmBUs AtuK

Pengalaman adalah bonus dlm kehidupan. Pendidikan langsung dari Yg Maha Esa . Yg Mh Mengetahui segala rahsia. Pengalaman itulah kemudiannya banyak mmbantu UMMi mmbesarkan 10 ank dan menyesuaikan diri dgn kehidupan baru sbg  IT. Mula2 tebal dgn rasa malu sbb dah ank sepuluh masih diceraikan suami! Lama kelamaan datang kefahaman, " I'm ThE CHoseN ONe..." Perkara yg kita tidak minta, tapi didatangkan Allah swt pd kita, pasti tersirat seribu hikmah yg tidak terdugakan. Tidak terjangkau dek akal fikiran kita manusia biasa. Hamba cuma! Senyum meleret lepas tu sbb baru sedar betapa IStiMewanya UMMi di sisinya. Orang lain nak bela ank sorang, ada suami, ayah, mak,dan ramai ahli keluarga lain mmbantu meringankan beban penanggungan. UMMi lak, ayah dah awal2 dijemput kembali. Atuk dan Nenek pun. Kemudian abng. Tinggallah Mak yg juga tidak dapt banyak menolong sebab kna jaga kakak yg strOke tiba2 lalu hilang upaya separuh tubuh....

Mak menangis bila kenangkan nasib UMMi. " Mu soghe. Aku dak leh nak tuloung mu... Aku po payah...!" mak menangis teresak2.  Mmg zahie dek mata dnia UMMi sendirian menguruskan segalanya. Hakikatnya, UMMi ada yg paling baik utk diri UMMi. Inilah takdir terindah yg jadi idaman semua hamba yg cintakan KhaLiQnya... " Mak kata cek soghe?. Mak napok cek soghe? Maaak, cek ada Allah swt dan RasuLnya dlm diri cek. Cek tak besO po soghe. DIO d jagO cek siye male..." Tangisan mak makin kuat bila dia dengar UMMi cakap macam nii. Dia lagi sedih sbb UMMi tak sedikit pun terjejas. macamana uMMi nak terjejas, UMMi malu pada banyaknya nikmat yg UMMi terima dari Allah swt selama ini, berbandingkan dgn sedikit sgt ujian yg dia sajikan buat hiasan harian UMMi di akhir2 ini. UMMi malu. Dan pd anak2 pun UMMi berpesan utk sntiasa sabar dan redha. teruslah bekerja dan berusaha. Berda berlipat2 ganda. Baru berserah pd DIA. HATi bisa tenang jika mampu buat begitu. Bukan pd anak2 saja UMMi harapkan begitu., Bahkan pada semua khususnya IT2 di Malaysia dan seluruh dnia. Saaaa- baaaar!

Allahuakbar3 ! Macam tak percaya semuanya berubah sekelip mata. Alhamdulillaaah, Arwah Atuk sgt tegas dgn pndidikan agama UMMi sejak kecil. Berbekalkan sedikit ilmu di dada itulah UMMi besarkan ank2. Mana2 da pendek yg UMMi sempat hafaL masa kecil2 dulu UMMi jadikan wirid zikir utk kekukatan dalaman. Sgt terasa hebatnya strategi pendidikan arwah Atuk dan Nenek dulu. Sediakan payung sebeLum hujan. UMMi dah sedikit sebanyaknya disediakan 'bekalan '. Susahnyahanya dalam memenuhi perbelanjaan harian kerana gaji UMMi sgt kecil masa tu. Sgt2 keciL. Terlalu sedikit utk memenuhi keperluan semua terutamanya yuran sekolah dan kos2 pengajian anak2 yg semakin bertambah.

UMMi mula bercucuk tanam sekeliling rumah utk memendekkan perbelanjaan dapur. kunyit serai ulam22an penuh kawasan. Sapa lalu, mesti menegur! Kalau pun UMMi berbelanja, UMMi hanya beli ikan basah di pasar. yg lain2, UMMi patah2 dan petik2 keliling rumah saja. Dgn cara ini, cukuplah gaji UMMi utk bayar semua kos pengajian anak2 semua. Mujurlah arwah Atuk alatih UMMi berkebun dulu. Sekarang UMMi reti sikit nak handLe cangkuL dan gemBurkan tanah utk benamkan biji2 benih... Alhuakbar3! Indahnya pandnagan TembUS Atuk dulu.

Kena banyak StAMINA juga. Kerja non stoP diawal2 tahap jadi IT. Tidur pun menyandar. Bimbangkan tidak terkejut utk siapkan ank2 ke sekolah dan UMMi sendiri nak keluar bekerja. Baru uMmi nampak hikmah di sebalik UMMi kuat bersukan sejak bangku sekolah rendah dahuLu. Allah swt dah sediakan UMMi awal2 lagi utk t/jwb berat ini. Kerana dah biasa berlari di padang dan mencungap selepasnya, UMMi kurang rasa terbeban dgn apa yg UMi lalui sekarang. Uruskan ank2 10 org  tak payah berpanas terik macam UMMi pecut di padang sampai masak kulit muka! he2... Kira ringan juga lah t/jwb ini.

Thursday, February 10, 2011

HATi UMMi HATi UMMi JuA III

Gerak HATi UMMi yg pertama biasanya tidak pernah menipu tpi kadang kala UMMi tak berapa nak ambiL tahu. Banyak perkara besar yg berlaku yg merangsang minda  utk menyedari KEAgunGAn KekUASAan Allah swt. Bila DIA mengkehendaki, manakan ada kuasa lain yg mampu menoLaknya. Nasihat UMMi utk sntiasa ingat RuKUN IMAN yg ke-6 ternyatam mbawa rahmat besar dlm kehidupan sekeluarga. UMMi bertahan sampai lahirnya ank ke - 10. " Kalu mu duit banyak, mu belilah makanan yg sdap2 utk demO. KaLu banyak lagi, balutlah tubuh deMo dgn kain baju hak demO x besa ghasa. Banyak jugak lagi? Mu bawaklah demO berjalan2. Jange mu menyesaL..." Ni lah nasihat Mak pd UMMi masa mula2 mlgkah ke rmh mertua yg khdpan mereka sgt susah.

Rumah atap nipah nun jauh dihujung kpg. Jalan mati!Kiri kanan hutan. UMMi yg mewah ngan Tok Wan dan nenek sekarang diterbangkan ke dnia baru. Kna masak nasi dapur kayu. Kayu api kna kait dari pokk getah yg dahannya dah kering. Heret bawak balik. Kerat ngan parang kontot. Belah pulak lepas tu. Kot musim panas, senang jugak. JIka hujan, puas tiup api dapur sampei pening kepala sbb kayu lembab! Dah masak nasi, rasa tawar hambar. Lama sgt atas dapur masak ngan bara yg tak seberapa.

Dah ada nasi, kna lak keluar cari lauk wat jodohnya. Barulah uMMi faham indahnya takdir diri UMMi di zaman kanak2. Ikut Tok Wab menagkap ikan di sawah. Mnjala di lubuk sungai dkat rumah. Rupa2nya Allah nak sediakan UMMi utk kehidupan begini dgn mertua. Hahaha... sapa sgka kan? Siti Kartiwi anak MajoR ZainaL Abidin akan menjala ikan di empangan!  Mandi air telaga tanah atau parit sempit air bukit! Bila nak mandi, kna gali dulu pasirnya bagi dalam sikit. kalau tidak kepala penuh pasir. Puas sikat! He2... Lucu sgt bila UMMi ingat pengalaman ini. Pengalaman sgt berharga utk pembentukan jiwa  utk kelak uruskan 10 amanahNYA. Sendirian. Dgn hanya pendapatan gaji lulusan Mak Tab Perguruan saja!

Ya... UMMi kena tebar jala. Tak berapa kembang, di hayun lagi. Sampai mengena. Ikan sepat. Ikan puyu terperangkap. Lauk utk sekeluarga mertua.Greng berlada. Sepat dan puyu empangan! Sgt terasa nikmatnya. UMmi letak2 jari saja utk ambil rasa. Gaul ngan nasi. Biarkan yg lain2 makan isi dan tersenyum kenyang. Mak ajar gitu. Beralah selalu. Kita dah lama senang. Bagi depa yag susah  berpuluh tahun rasa makan sedap pula. HATi UMMi sgt sejahtera dpt lihat mertua berdua kekenyangan. Depa bersembang dan  sesekali kedengaran Mak Mertua ketawa berdekah2. Mcm rang tua2 kata : Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka HAti.... Itulah yg UMMi lihat selalu di rumah mertua. Cuma yg suka HATi bukan budak2 kecik tpi mertua  UMMi yg dah lanjut usia. Itu lebih melegakan perasaan UMMi sbb pesanan MAk dapt UMMi penuhi. " Bagi makan sedap. Bagi pakai lawa2. bawak depa berjalan2..."

Bila HATI UMMi sejahtera, banyak perkara baik UMMi dpt  buat utk nak selesakan diri di daerah terpencil dikelilingi hutan. Terpisah dari dnia luar. Tak dak majlis ilmu. Tak dak ustaz baca kitab. Tak  kdengaran azan menyamankan telinga.  Langsung tak dak sapa2 baca Quran atau mengalunkan zikruLLah. UMMi benar2 tercampak ke dnia  semuanya tak sama amalan mereka dgn yg keluarga UMMi dedahkan pd UMMi sebelum ini. Utk nak slematkan IMAN, UMmi korbankan mas kahwin UMMi RM25 utk dptkan 2 buah quran. Sebuah UMMi sedekah pd suami, " Abang akan panas dlm keluarga cek kalau abang buta quran...Bergurulah...." Mula2 UMMi ajar tapi sbb suami ni terang HATi, dia cepat pandai. UMMi suruh berguru lagi. Maka berulang aliklah dia ke rmh Ustaz Mustaffa di  quarters stesyen keretapi Mentakab. Dgn Haji Yaakon yg kami nak jemput setiap Juamaat dari seberang SgPahang. Haji Kassim dari Karak... Ustaz Wahab di Kpg Benom... HAti UMMi  HATi UMMi jua... SerOnOk sgt HATi dpt sambung ngaji ngan HAji Ibrahim Keklantan di Kg Kuala TekaL, TemerLoh.

Balik Selama, sambung lagi ngan Tok Guru Fakir Salam. Ngan Ustaz Ibrahim> Ngan Ustaz hj Md Noor dan Ustaz Md Pin. Ustaz Nawipun sempat juga. Bila dah jdi IBu TunGGaL, UMmi sibuk ngan anak2. Tak dak celah nak berdunia ngan masay luar tpi UMMi tak terasa sangat dnia tertutup sbb kerja banyak. Pagi sampai malam pun takkan siap ! Cuci kain ngan tangan jeer. 2 jam bersila di lantai baru siap. Nak masak. Nak kna ngemas rumah. 

HATi UMMi HATi UMMi JuA

Tup2 sedar, UMMi dah jadi UMMi ank 4? Bila UMMi dinikahkan? Dgn siapa gerangannya? Badan sgt lemah selepas SITI MARIAH AzZAKirAH...lesung pipitnya dalaaam. Berlubang di ke2-2 pipi kanan dan kiri. Lembut bicaranya. Tajam akalnya dan petah berpidatO. UMMi latih dia PUbLic SpeAKing. Menyambung perjuangan UMMi nak sediakan seramai mgkin anak2 SELAMA yg hebat2 BI mereka! rg tak pecaya di bumi bertuah ini ramai yg berkemampuan sebenarnya. SerONOk UMMi bila Ckg Rani tegur UMMi guna BI. Cina sayur sahut sapaan UMMi pun dlm BI. Tkeh GOLDEN mmg 100% BI ngan UMMi. Hndaknya ramai lg yg berani mnyahut cabaran. Jgn salahkan ank2 yg gagaL BI dlm peprksaan awam. Mak Abah pun tak bagi skngan! UMMi ngan kekeawan niii lah yg terkontang kanteng ngajOr. Balik ghumah, peghap! Esok lusa mai balik, macam tak pnah dengaQ mak OOOi! SabOr ajer...

Tapi Mariah sgt istimewa. Tcher Oon tu siap bking utk story telling Peringkat Daerah.  Org Taiping xleh pandang rendah kmampuan plajar2 dari SELAMA yg dianggap 'ULU'...Mariah dah buktikan kehebatannya di pentas. MMg penonton terpukau. Hening satu dewan tak macam ketika peserta2 lain membuat persembahan! Ramai terkejut bila Mariah dpt no4 saja. UMMi x kisah. Janji kita dah pukaukan semua rang pekan!

SITI MARIAH AZZAkiRAH... UMMi pilih nama ni sempena MariatuL Qibtiah isteri Rasulullah saw. Bila dia masuk ISlam,, seluruh rakyatnya turut ikut memeluk agama ISLAM. Mudah2an berkat. Mariah mmbesar sbg pejuang agama yg juga menjadi ikutan bagi orang2 yang beriman dan bertaQwa. Lepas dpt 5A UPSR, Mariah dapat SERATAS... SBP tuuu. UMMi suruh dia istikhorah. Dia toLak. Alhamdulillaaaah. Terima utk ke MakTaB MahMUd ALor SetaR, KeDah... 5 tahun dia di sana. 12A1 SPm di bawa pulang!  Apa rahsianya?... Anak kalau dah cerdik bleh dapat 5A akademik, naper nak tahan dia dalami Al Quran dan Bahasa SYURGA?... BiLa al Quran dan padat2 di dada, yg lain2 kira biasa sajaaa. Ini strategi UMMi. TAtkaLa dnia silau dgn kemewahan dan keselesaan pengajian sajian di SBP, UMMi yg keras HATi ni piLih sekoLah buruk kna pikul pinggan mangkuk periuk dan senduk utk masak sendiri! Mariah tidak menoLak. Bila sudah istikhOrah, dan dpt petunjukNYA, wajiblah yakin dan redha dgn segala ketentuanNYA...Ternyata UMMi dan ank ini x keciwa...
 HATi UMMi mengatakan, MARIaH mampu! Anugerah ke-4 membentuk sihat dlm rahim UMMi dahuLu. Makanya tgjawab jadi lebih berat. MAriAH akn mula menghafaz al quran... 12A dan MUMtaz SMRA tu tiket utk terjah DARUL QURAN Kuala KUbu Baru... Mariah di situ lebih dari setahun... menghafaz al quran pula. Hajat UMMi, tatkala Al Quran diangkat dari mashafnya, Dlm dada anak2 UMMi ada khazanah yg tidak terniLai harganya! Tak payah refer... keluarkan saja apa2 yg anak2 UMMi sudah hafaz! Subhanallaaah!
HATi UMMi tetap mengatakan MarIAh mampu! Macam Kak Long dan Uder jugak dulu...

Kesempatan yg singat di DarUL QuraN tp pengalaman menimba ilmu yg sgt bermakna buat Mariah. Kini sudah lebih 3 tahun di JOrDAn utk pengajian di bidang perubatan. HATi UMMi mengh\kehendaki begitu... Dr Sakit Puan yg bijak agama dan hafaz Quran serta fasih bahasa SYURGA! Bukan hanya main teori akaL mein bedal dan buat kesimpuLan sahaja. Mesti segaLanya dikaitkan dgn qutrat dan Iradat Allah swt. Mariah sdh melalui temph yg lama belajar hukum hakam. Kini bakal pulang merawat kaum wanita dan tegakkan syariat menguruskan penyakit mereka... tak maLu2 lah nak selak kain dan bukak2 baju! Huish! Besar pahaLanya tu, Mariah!

Kelahiran Mariah menamatkan tempoh minda UMMi dikuasai. " Ni baru anak MAK yg sebenar..." Mak meluahkan isi HATinya ketika UMMi bertanya siapa laki2 yg duduk di hujung kaki UMMi. UMMi sama sekali tak kenal. " Itulah suami engkau. tak kenaL ka?"... UMMi pening2 lalat lagi. Darah banyak tumpah dan UMMi kedahagaan sgt! UMMi tak kenaL laki 2 itu. Jauhsekali nak panggiLnya 'aBANg'.tp mak segera ingatkan UMMi pd konsep RUKUN IMAN yg ke5...Percaya pd qadha' dan qadar! " Dialah laki mu. Itulah mak dah kata dulu. Mu ambik anak MAK dgn sihir. TengOk, sihir jugak jadinya dah bercerai berai nii...MAK kenal anak mak. Berkat air susu mak yg mengalir deras dlm tubuh dia, dia akan pulih ingatan !!!

                                                                   * Bersambung *

HATI UMMi HATI UMMi JUA

Bicara tntang HATI? UMMi paling suka jika soaL HATI dijaga rapi. Semuanya kerna HATI tempat tumpahnya pandangan ALLAH. Jasad lahir tumpuan manusia. Seindah nama yg dipilih ibubapa, seindah itu juga HATI wajib dipelihara. Suluh muka di cermin berkali-kali sehari. Belek setiap sudutnya bimbangkan ada cacat cela dek pandangan manusia sekitarnya. Dlm tidak sedar, HATi parah cedera. Terbiar tanpa layanan sempurna.

Soal HATI juga perkara yg sangat peribadi. Bukan boleh dipaksa menuruti selera semua. Ada HATi yg sgt bahagia bergelandangan diluar rumah. Ada juga yg selesa dibiarkan berbicara seenak rasa. Tidak pelik jika HATI yg satu ini diserahkan sepenuhnya pd Yg Mh Memutuskan nikmat dnia. Bahagia apabila merujukkan segala urusan peribadinya utk petunjuk tanpa ragu dan bimbangkan silap pertimbangan. HATi ini milik peribadi UMMi. Paling unik lantaran kemampuannya berdiskusi dgn Yg Mh Memenuhi Janji. Biar bergunung-gunung permintaan diajukan, masih tidak berkurangan Keagungan Kekuasaan MemakbuLkan.

HATi UMMi,  UMMi jdikan asset paling peribadi. UMMi sandarkan pd Yg Mh Memenuhi Janji, Maha Memelihara Lagi Maha Bijaksana Dlm Setiap pengatiranNYA. UMMi yakin HATi UMMi selamat dan sejahtera. Biar berjuta NoDa dan DoSa  gigih menerjah. HATi UMMi syahdu melafazkan SyahADaH...Tiada Tuhan Yg Aku Ikrarkan SembahMelainkan Allah swt. & Muhammad Saw. jua Pesuruh Allah... Biar bulan diletakkan di bahu kiri UMMi. Matahari di bahu kanan puLa. Takkan UMMi tinggalkan serUan Menegakkan Kalimah Suci samaada UMMi berjaya dengannya atau UMMi musnah kerananya!

Bagi yg ikhlas mencari redha Ilahi, sertailah misi UMMi...memelihara kesantunan HATi kerana HATi tempat tumpahnya pandangan hakiki. Yg jika jernih, bersih dan hening dari segaLa perbuatan DOSa, pandangannya menembusi hijab dan firasatnya tepat...Persis saranan dan amaran dari Rasulullah saw sebelumnya," Berhatihatilah dgn hamba yg MengambiL Allah swt sbg peNoloNgnya"... Hamba2 yg  menyandarkan segenap jiwa raga mereka  pd  Yg Mh Pemurah lg Maha Pengasihani...

Hati UMMi HATi UMMi jua...Tatkala nikmat ini dipinjamkan pd anda, munafaatkanlah sebaik-baik cara. Kerna pabiLa diambiL kembaLi, segaLa usaha memiliki kembali hanya akan membuahkan penyesalan tanpa nokTahnya... HATi UMMi HATi UMMi jua... kini selesa amat dlm jagaanNYA... UMMi sudah temui damai yang abadi. HATi sarat kecintaan pd ILahi...Al Quran Sunnah penyuLuh hari...

                                                      * bersambung *

Monday, February 7, 2011

NorMaL iS BoRiNG...sambung lagi

Apa yg Atuk nampak pd diri UMMi waktu itu, Allah swt saja Yg Mh Mengetahui. Cucu2 lain syOk bebas buat apa saja tp UMMi ni kna dok berdamping ngan Atuk ikut dia wat mcm2 kerja. " Atuk, nak duit dua kupang?" Ummi pernah minta begini pd Atuk suatu hari. " Huih! Nak wat pa dua kupang?" Camtu  pula Atuk akan jawab. Camtu lah selalu pun! " Alaaa, nak beli kacang kedai Pak Cik Lah.Satgi cek main ngan kawan2, mesti nak makan2 gak..." " Haa, tulong jemur getah Tok duluu... satgi Tok beghi duo kupe?"  Jawapan begini memang dah UMMi jangka dari awal lagi. Atuk takkan bagi wang dgn percuma. Mesti ditukar dgn tenaga. UMMi susun getah2 keping atas basikal yang carriernya besar lebar. Bawa ke jemuran tengah padang hujung tanah seekar atuk. Ampaiannya dibuat dari buluh. Bila angkat getah keping itu, UMMi akan laung Atuk dari jauh, " Atuk, busuklah getah ni " Atuk hanya jawab," Busuk tak pa. Duit tu! " Mahu tidak mahu, UMMi tahan juga hidung. Dapat akhirnya 20 sen. Dulu kami kata, dua kupang! Berlari2 Ummi ke Balai Raya di mana kawan2 sudah sedia menunggu utk main 'Police Country' atau ' Rounders Kpg'.

Jika minta lima kupang, UMMi kna menyangkul rumput atau angkut kayu api! Semuanya tiada yang percuma. Ini didkan Atuk yang dulunya UMMi selalu memberontak. " Huish! Haji BakhiL! Tangkai Jering! Kedekut tahi hidung masin! Simpanlah duit Atuk buat pusaka..."  Inilah yg selalu Ummi ngomelkan sambil berlari ke padang di Balai Raya setelah selesai kerja dan syiling berpindah tangan. UMMi memang tidak faham apa2. Atuk hanya senyum bila tengok UMMi terima duit tapi muka masam macam cuka. Memang sakit hati waktu itu.

Bila Atuk sakit perut dan berjalan mundar mandir, keluar masuk bilik tidurnya, kak Rita gelak. Gelagat Atuk macam orang tak betul. Memang lucu jika kita pandang tanpa berfikir. Pandang dengan mata kasar. UMMi pula sedikit pun tidak rasa nak ketawa. UMMi marahkan Kak Rita, " Orang sakit, awak gelak. Ni benda lucu ka?" UMMi ingat lagi ayat ni sebab pada UMMi Atuk bukan hanya Atuk pada UMMi. Celik mata UMMi, dialah yang melayan karenah UMMi. Cukupkan segala keperluan. Waktu itu UMMi baru nak naik Darjah V. UMMi dapat rasakan sesuatu. UMMi dapat rasa sangat-sangat. Hati UMMi tidak enak rasa. Perasaan itu kuat. Kak Rita bawakan air penawar Atuk. Air rebusan Sentana Guri. Bila Atuk silap makan, itulah penawarnya. " Tak payahlah. Tok dah nampak mak ayah Tok..." UMMi menangis. Hati UMMi dapat rasakan sesuatu yg buruk akan berlaku  tak lama lagi.

" Haji! Dah sedia dah?" Atuk tiba2 memanggil Mak UMMi dan bertanyakan sesuatu. Mulanya UMMi tidak faham. " Dah ayah" Mak menjawab ringkas. " Pimpin ayah keluar" Atuk mengarahkan kami meminpinnyake arah serambi rumah. Ummi nampak Mak sediakan tilam cantik. Beralaskan cadar baru yangselama ini disimpan dalam almari dan dilarang kami adik beradik semua usik atau curi2 pakai. Macam tilam pengantin. Menghala ke kiblat. Atuk dipimpin ke situ. Dibaringkan. UMMi disuruh Mak baca surah Al-Ikhlas saja. "Perlahan2" kata mak. Ummi picit2 kaki Atuk. Mereka yang lain deras membaca surah Yasin UMMi kan selalu kena tegur bila baca Quran tak betul?

" Haji ! Suruh anak2 diam. Ayah nak tidur tenang2..." Atuk tiba2 bersuara. Perut Atuk nampak naik terik dan berkilat. " Laailaa hail lallaaaaaah..." Atuk qiam tangan dan pejam mata rapat. UMMi diam. Tunggu ATuk tidur tenang2? Sangka UMMi Atuk tidak mahu ralat bacaannya sebab Atuk memang akan baca macam2 sebelum tidur. Kalau kami hendak bertanya apa2 pun, mesti sebelum Atuk mula membaca doa2 sebelum tidur. Bila Atuk sudah mula baca, Atuk tidak akan layan lagi sebarang pertanyaan dari kami. Jadi, UMMi sangkakan kali ini pun Atuk tidur!

Habis Atuk mengucap begitu, azan Subuh lantang dikemandangkan dari masjid berdekatan. Qariah masjid berpusu2 datang lepas solat Subuh. Tempat Atuk dalam saf kosong. Semua curiga dan bergegas ke rumah kami untuk kepastian. Naik seorang, menangis. Naik lagi seorang, menangis juga. Naik berapa orang pun melihat Atuk, menangis semuanya. Baru UMMi tahu, Atuk sudah meninggal dunia. " Laailaahaillallaaaah" Jelas sebutannya dan disahut azan Subuh seusai dilafazkan itu, bukan lagi untuk tidurnya yang biasa2. Itu kalimah syahadah Atuk yang terakhir yang membenarkan segala keyakinan dan pegangan aqidahnya sepanjang hayat!

Apa rahsia tilam dan cadar cantik itu? Tilam itu dijahit isterinya sendiri. kekabu yg suci bersih. Kain dibeli dan dibasuh suci dulu. Bantal dan cadar serta sarung2 lain juga begitu. Lepas jahit, disimpan dalam almari besar atas rumah. Dilarang usik! Baru UMMi faham. Atuk nak mati atas tempat yang suci. Dihalakan ke qiblat. Semua kena diam sebab Atuk tidak mahu diganggu ketika dia ungkapkan syahadahnya yang terakhir. Subhanallaaaaaah. Sampai macam itu sekali Atuk rancang kematiannya? Maknanya selama ini Mak memang sudah tahu apa peranan semua isi almari itu? Patutlah Mak marah sangat jika kami cuba2 usik tilam bantal dan cadar2 cantik dalam almari itu. Allahuakbar3! Hebatnya Atuk. Memang hebat orangnya. UMMi sangat bangga membesar di bawah asuhan dan jagaannya. Atuk begitu jauh pandangan. Penuh firasat mengatur langkah2 dalam kehidupannya. Hidup mulia. Mati pun mulia.

Jahit tilam bantal itu nOrmaL. Simpan bantaL itu aBNorMaL. Cadar2 baru susun lawa2 dalam almari. Lagilah tidak NOrMaLnya! Rupa2nya, yang nORmaL itu BOriNG. Biasa saja. Kesudahan yang cantik bila ABnoRMaL menjelaskan keindahan perancangan seorang laki2 yang asalnya hanya pendatang yang berhijrah sehelai sepinggang ke tanahair orang. Namun, dek mulianya peribadi, mampu menjadi contoh teladan pada anak watan sekelilingnya. Nama Haji Ismail jadi sebutan untuk sekian lamanya. Ada seorang  tua yang berulang alik ke masjid, suatu hari membuat pengakuan terbuka, " Hamba nak mati macam Haji Ismail..." UMMi kehilangan Atuk kesayangan. Dulu Allah ambil ayah. Kini DIA ambil pula Atuk. Kini hanya tinggal Nenek, Mak dan tiga saudara kandung utk tempat bermanja.

Dulu UMMi mahukan yang NOrMaL macam orang lain. Minta duit, senang2 dapat. Duduk releks2 dapat makan pakai percuma. Pagi keluar, petang balik tanpa sesiapa menegur atau marahkan UMMi. UMMi mahukan semuanya NOrMaL macam orang2 lain? Yang UMMi sangkakan seronok. Rupanya NOrMaL itu boring. Sayang sekali, UMMi sedar setelah Atuk tiada. pergi untuk selamanya. UMMi masih teruskan dengan aktiviti jemur getah keping yang bercelaru air busuk mengenai baju UMMi. Cangkul rumput di halaman rumah sampai cerah bersih melebuh. Jemur dan tumbuk padi   dengan lesung kaki. Tapi yang bezanya sekarang, UMMi tidak harapkan dua kupang atau lima kupang lagi! UMMi buat sebab UMMi sayangkan Atuk. UMMi sangat rindukan Atuk. UMMi baru faham apa tujuan Atuk buat benda2 yang tidak NOrMaL selama ini pada UMMi. UMMi baru faham. UMMi sebenarnya sentiasa dididik utk menghargai masa dan memunafaatkan tenaga dan harta pada jalan sepatutnya. Bahawa tiada yang mudah dan percuma dlam kehidupan kita. Bahawa NOrMaL itu BOriNG. UMMi baru faham. Itu pun setelah Atuk pergi untuk selamanya. Allahuakbar3! UMMi sebenarnya bertuah dapat didikan langsung dari lelaki yang mulia ini. Yang UMMi selalu meradang dan gelarkan 'Haji BakhiL, Tangkai Jering dan Kedekut Tahi Hidung Masin'. Sesungguhnya nikamat apabila berada di tangan, memang kita tidak sedar nilainya. Bila sudah tiada atau kehilangan, baru kita sedar tingginya harga. Mahalnya juga harga utk sebuah kesedaran ini. UMMi sedikit matang dek pengalaman kehilangan yang abadi, tapi UMMi beroleh pengjaran yang mematangkan akal fikiran. Segalanya UMMi niatkan pahala utk orang yang paling berjasa dalam hidup UMMi. Haji IsmaiL bin Haji Omar... Atuk tercinta!Ilmunya yang UMMi sampai hari ini munafaatkan. Tunjukajarnya dan segala harta tinggalannya yang samapi ketika ini UMMi masih guna belanjakan. Sedekah jariah buat Atuk. Sejahteralah ROH Atuk dalam dakapan RAHMAT dan KASIH SAYANg ALLAH swt sesuai dengan amalan Atuk sepanjang hayat dahulu... Al Fatihah.

NOrmAL iS BoRiNG? : Sambungan

Sbb UMMi ni lebih rapat ngan Atuk, aliran fikiran Atuk banyak UMMi yg lebih faham dari yang lain2 dlm rmh UMMi. UMMi nmpak Atuk ada rencana khas utk UMMi. Kalau tidak takkan lah UMMi begitu dikawal rapi dan diberi segala pendedahan pengalaman sejak awal kanak2. Cuma waktu tu, terlalu awal nak jangkakan apa natijahnya segala usaha dan ikhtiar Atuk. sanggup berhabisan wang utk hantar UMi blajar di sek Inggeris yg 8 batu dari kediaman kami. Bas pula sejam dua jam sebuah. Kalau pun boleh naik, kerapkali UMMi berdiri sebelah kaki sahaj di tangga sambil tangan bergayut kuat pd besi belakang seat penumpang! Sebelah tangan lagi UMMi akan guna utk pegang buku. Baca sampai tiba tepat2 depan sekolah. begitulah rotine UMMi sapai mencecah usia 15 tahun...

Atuk hanya hantar sekali. Lepas itu pandai2lah UMMi bawak diri utk nak berjaya setiap kali peperiksaan. Atuk cuma pesan," Jgn bagi Atuk malu..." UMMi tengok budak2 lain mak ayah bergilir tunggu tepi meja dan luar bilik darjah. Asal bergerak saja sikit, ank2 depa pun menangis. UMMi tak payah Atuk tunggu mcm tu sekali. Sedikit sebanyak, Atuk dah berjaya didik UMMi utk cekaL meski hanya Darjah 1 sekolah rendah!

Guru2 mmg semuanya berbahasa Inggeris. Mula2 kekok giler dikerumuni  'aliens' Bercakap lain bahasa. Maklumlah UMMi ni kelahiran Kpg Sg Bayor. Lidah pekat dgn pelat Patani. Alah bisa dek tegalnya biasa. Lama2 UMMi terbiasa ngan bahasa orang putih tuu. Dengar faham, nak jawab fikir 40x...he2! Itu pada awal2 pembelajaranlaaah. Hari ini orang berbisik pun leh faham sangat. Berkaat keyakinan Atuk dan kesabarannya menantikan UMMi benar2 berani menguasai Bahasa Inggeris dan berani juga bertutur di khalayak ramai tanpa segan silu.

                                                                   Bersambung

The ImpossibLe Is ALways Untried : NorMaL Is BoriNG?

Arwah Tok Wan dulu seorg yg sgt berwawasan tinggi. Pandangannya jauh melangkauai zaman. Kerapkali sukar difahami aliran fikirannya dek abstract dan kaburnya cita2. brganding pula dgn nenek, mmang blurr habis halatuju mereka berdua utk cucu bongsunya yg satu ni. Atuk berkeras nak hantar UMMi ke sek aliran Inggeris. Mak pula mahukan kami berekolah berdekatan. Mudah berulang alik kayuh basikal sahaja Utk nak adil kami 4 beradik berpecah. Abang Nasir ngan UMMi ke NTPS, Selama, sementara Abang Omar dan kak Rita ke SK Sg Bayor!


                                                                   Bersambung   

Sunday, February 6, 2011

No Ordinary People : Menyingkap Rahsia Kehebatan Orang Lama

Jika kita ingin tahu siapa diri kita & kemana halatuju seterusnya, elok juga kita kaji salah silah keluarga kita sejauh yang termampu dan terjangkau dek akal. Siti Kartiwi ni anak Zainal Abidin  bin Hj Yaakob bin Hj Omar. Hj Yaakob pula duaberadik dgn Hj Ismail iaitu ayah kepada Hjh Siti Fatimah, ibu UMMi. Maknanya, Hjh Siti Fatimah bt Hj Ismail Bin Hj Omarlah! he2... bertemu jodoh mak dgn sepupu sendiri? Alaaahai... pusing2 balik ke situ juga! Inilah asasnya orang dulu2 yg bimbang sgt harta mereka jatuh ke tangan orang yg tidak berkenaan!

Begitulah asalnya sangkaan UMMi tntang jodoh mak dan ayah UMMi. Rupa2nya bukan begitu. Allah swt sudah aturkan sedemikian rupa agar benih yg baik jatuh ke rahim wanita yang mulia saja. Ayah berpendidikan tinggi. Ada asas pengajian pondok. Mak UMMi hanya lepasan Pondok Haji deraman. Ayah boleh sahaja pilih wanita2 Inggeris spt lain2 temannya yg berbinikan 'MEM', tp ayah terpikat pd kelembutan peribadi Mak UMMi. Mereka dinikahkan. Of course, ala tentera. Jalan bawah pedang! meriah sangat bila org berpangkat dinikahkan ngan perempuan kpg. Satu kpg keluar nak tengOk wanita bertuah bernama Hjh Siti Fatimah...

Apa istimewanya wanita ini? Hj Omar berhijrah ke Tanah Melayu bersama isteri dan ank laki2nya Hj Ismail, Hj Yaakob dan Bidin. Dtg sehelai sepinggang mcm puak2 Indon sekarang. bezanya mereka ni lepasan Pesantren Surabaya. Hj Ismail yg paling menarik perhatian ramai sbb kewarakannya menyerlah. Sangat taat pd ibubapa dan rajin bekerja.

Tiba di Tanah Melayu, Hj Omar membawa ank2 terunanya bekerja dengan Hj Sulaiman yg lebih dahulu berhijrah ke bumi bertuah ini dengan lima ank lelaki dan seorang ank perempuannya, Hjh Tehsiah. Kerana lebih lama di Tanah Melayu dan ringan tulang, banyak jugalah hutan yang berjaya diterokai mereka.  Dlm diam2 Hj Sulaiman menaruh harapan bermenantukan Hj Ismail utk anakperempuannya, Hjh Tehsiah. " Omar, mu ada anak laki2 yg warak dan berbudi pekerti mulia. Aku ada anak perempuan dan sedikit harta. Aku nak pinang anak kau utk aku letakkan anak perempuan aku di bayang teduh..." Subhanallaaah... UMMi suka sangat babak ini. Mcm Saidatina Khadijah melamar Rasulullah saw kerana menyerlah kehebatan diri baginda tatkala orang lain hanya mengenali baginda sebagai pemuda yatim piatu yg dipelihra bapa saudaranya. Maknanya Nenek dulu nikah ikut sunnah dari awallah? Perempuan pinang laki2...dan agama diletakkan di hadapan? Allahuakbar! Canti. Memang cantik gandingan mereka berdua.

Hj Ismail lepasan Pesantren Surabaya beristerikan Hjh Tehsiah dari Pondok Yala? MasyaAllaaaah... Dari kedua hamba hebat ini lahirnya Hjh Siti Fatimah? Bertuahnya Mak UMMi ! Sbg hadiah perkahwinan Hj sulaiman menyerahkan sepasang kerbau dan tanah 3 ekar utk mereka memulakan kehidupan. Hj Ismail yg terkenal dgn sifat kewarakannya kini berganding bahu dgn isterinya utk mengusahakan tanah tersebut dan membiakkan ternakan dari kerbau sepasang hadiah mertuanya yg tercinta. Di situlah bermulanya asas empayar kekayaan mereka yang akhirnya menjadi 'bank'  kepada orang2 susah di kpg UMMi, Sungai Bayor, Selama Perak

Kuat kerja itu satu hal. Kuat beribadat juga satu hal yang lain. Hj Ismail sgt menepati waktu solatnya. Sangat2 memelihara amalan sunnah. Hjh tehsiah pula, isteri yg taat. Rajin mmbaca al quran dan sentiasa dalam wudhuk. Setiap kali wudhuknya terbatal, Hjh Tehsiah akn perlahan2 bergerak ke bilik air. Baharui semula. Maknanya, dia sentiasa dlam keadaan suci! Subhanallaaaah. Istiqamah dan penuh ketenangan melaksanakan. UMMi membesar bersamanya. UMMi lihat sendiri amalan hariannya. Dan pasangan ini hidup berkasih sayang sepanjang hayat mereka bersama. Tak macam orang sekarang yang bila dah tua,  tidur pun berasingan. UMMi lihat bagaimana mereka duduk berbual di pangkin setiap petang. Bagaimana si isteri menunggu si suami pulang dari berjemaah di masjid utk menikmati hidangan bersama. Berbincang utk sesuatu keputusan dan perlaksanaan agenda kehidupan. Hj Ismail hanya simpan RM200 dlm koceknya. Yg Rm++++++ diserahkan pada isterinya tanpa syak wasangka. Hjh tehsiah menguruskan keewangan penuh amanah. Tiada penyelewengan di belakang tabir meski pemberian tidak disusuli semakan semula atau soal jawab kira2 oleh suaminya. Hjh Tehsiah tidak sembarangan berbelanja di luar pengetahuan suaminya. Dan Hjh Tehsiah  itulah nenek UMMi kerana Hj Ismail itu adalah  Atuk UMMi. Dari keduanya lahirlah Ibu  UMMi, Hjh Siti Fatimah, yang kemudiannya melahirkan saudara2 UMMi dan UMMi sendiri. Untuk menceritakan semuLa kisah kehebatan orang2 lama ini. kerana dari mereka lahir ramai pakar2 agama, kadhi, naib2 kadhi, imam2, guru2 alquran, guru2 agama, siak dan bilal. Entah di mana silapnya, UMMi  tersasar ke dunia Bahasa Inggeris! he2... Nantikan episod seterusnya.... Tungguuuuu...

CoNGRatuLaTiONs : Am I No Ordinary III

Kini tiba masanya UMMi akan ke sekolah. Atuk hantar sekali shj. Serah pada guru besar, Mr Anthony Kanikasamy. Beragama Kristian. Sekolah itu guru2nya 90% bukan Islam. 10% itu guru Bahasa Melayu dan Ustaz @ Ustazah. Garangnya mereka ngalahkan singa. Masuk saja kelas, memang sah berlambak kerja2 latihan kena buat. Hebatnya mereka, tiada yang culas! Sebelum waktu, sudah terpacak di pintu kelas. Sebelum yang ada keluar, yang baru sudah menunggu giliran dengan senyuman. Penuh makna! " Siaplah kau orang." agak2nya itu yang mereka fikir ketika melemparkan senyuman itu pada kami.

Mr Damudram yang buncit perut suka menabuh budak2. Sekali dia tabuh, tersungkur keluar kelas, masuk longkang dan berdarah bibir. Anehnya tiada yang balik mengadu pada mak abah! Guru Mathematics pun begitu juga. Suka pulas perut sampai berkerut dahi. Belum masuk lain2 guru lagi! Semuanya sudah sediakan habuan bagi yang tidak siapkan kerja2 sekolah! ' System Is Power'... sampai sekarang motto itu terpampang megah di sekolah UMMi ini. Dulu dikenali sebagai National Type Primary School (NTPS . MMg kami dilatih kuat kerja. Tahan denda atau kesusahan kerananya  dan tidak mengeluh banyak atau letihkerana menyudahkan semua tugasan!

Ustaz @ Ustazah mmg kelas pertama.semuanya sbb bila mengajar, tembus jantung berkesannya penyampaian mereka. UMMi sgt berpuas hati sampai sekarang. Apa yg UMMi dapat dari mereka, sampai sekarang UMMi boleh gunapakai utk kemaslahatan kehidupan seharian! Demikian sekali kesannya P&P di zaman persekolahan UMMi. Agaknya UMMi ni lahir dari cantuman darah askar dan perempuan pondok pengajian agama, makanya UMMi mmg lasak dan berani. Kuatnya bersukan sampai gah nama satu Selama.
Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Lari pecut 100m, 200m, 4 x 100m dan Lumba Lari berhalangan adalah antara yg UMMi paling suka dan mahir. Merata cikgu2 bawa berlawan. Balik nanti, menggondoL piala, bergayut medaL di leher dn tangan menggenggam sijil pengharhargaan dan sijil2 kemenangan. Meski pun begitu, pencapaian akademik tetap diutamakan dengan jurulatih yang sama juga mengajar di kelas. Di padang UMMi dan dia macam kawan. Bila berada di kelas dia sangat serius mengajar sehinggakan UMMi rasa malu jika gagal atau merosot pencapaian!

Dlm HATI UMMi sudah tertanam misi dan visi. UMMi nak jadi athlete negeri Perak  . UMMi nak ke MSSM di mana juga diadakan. UMMi berlatih dgn bersungguh2 sehinggalah ditawarkan ke MSSM, d Kuantan. Berjaya membawa pulang sijil dan piala kemenanagan. Nama UMMi sudah semakin popular di daerah UMMi sndiri. UmMi pula suka masuk acara terbuka di mana2 majlis sukan  sekitar Daerah LMS dan Selama. Badan sudah keras macam jantan. Bila mak urut, mak akan mengadu sakit2 tangannya kerana daging yang pejal terik dan keras.

Di NTPS inilah bakat UMMi sebagai pemidato digilap. Public Speaking, Singing, Dancing dan macam2 lagi. UMMi dilatih jadi  debator. Berfikir secara kritis dan puitis. Dicelah-celah itu memikirkan alasan , sabab dan musabab serta. Sebagai pengucap awam UMMi perlu aktifkan aktiviti mmbaca. Itu sangat2 mmbantu UMMi berucap dan berdebat lantang dgn bukti2 yang sukar disangkaL pihak lawan. Memang seronok sangat dapat bergerak merata pelusuk daerah LMs, sampai IPOh dan lain2 negeri bila dijemput berdebat. Lagi seronok bila pulang bawa kemenangan dan diumumkan Guru Besar di hadpan perhimpunan mingguan. UMMi dipanggil ke hadapan buat persembahan semula dan disampaikan hadiah beserta pujian berjela2. Sungguh indah dunia UMMi tatkala di bangku sekolah rendah. Hingga ke peringkat menengah dan Kolej di mana bakat kepeimpinanan UMMi pula digilap pensyarah2 yg sgt berwibawa dlm bidang masing2. Sukan badminton jadi pilihan kali ini... dan UMMi mula menyampaikan ceramah2 di pentas2 majlis ekslusif !

Tibalah masanya UMMi sedar betapa bijaknya Atuk mengatuir langkah mendidik UMMi sehingakan UMMi mebesar tanpa rasa ketakutan utk berdepan dgn cabaran di hadapan mata. Merantau sendirian di negeri orang. Setiap kesusahan UMMi mampu atasi tanpa kenal putus asa. Sentiasa ada jalan keluar utk setiap kesulitan. Inilah yang Atuk cuba terapkan dalam diri UMMi sehinggakan tiada masa utk UMMi bazirkan di usia kanak2... Syukran Atuk Inilah sedekah jariah Atuk yang akan mencerahkan kuburan Atuk di alam barzakh! Baru UMMi nampak dan faham misi dan visi Atuk dan Nenek. Atuk meninggal dunia ketika usia UMMi baru mencecah 11 tahun. Kemudian Nenek pula tinggalkan UMMi. Diikuti abang kesayangan yg satau2nya berani menegur kesilapan UMMi yang lasak tak kenal jantan betina bergaul luar rumah! Berani UMMi mmg semua orang kpg tahu ! tak padan dengan fitrah UMMi yang lahir ke dunia sebagai perempuan! Hi! Hi! Anak bekas tenteralah katakan!  Darah perantau. Darah pendatang dari seberang! Anak yg lahir dari keturunan dagang perantau! Keturunan yang datang sehelai sepinggang tapi dek kegigihan bekerja dan taatkan perintah Allah Taala, mampu membina empayar kekayaan yang kemudiannya menjadi perkongsian bersama tanpa mengenal bangsa dan agama, darjat dan rupa. UMMi baru nampak hikmah takdir diri UMMi yang tersirat sekian lama tersembunyi dari pandangan hati UMMi.

Hikmah UMMi kehilangan semua orang2 kuat kesayangan UMMi dalam keluarga. Ayah, Atuk, Nenek dan Abang. UMMi rebah ke pangkuan satu-satunya wanita yg sabar melayani karenah UMMi yang lasak bersukan dan berpersatuan, ibu UMMi sendiri! Menjelang waktu itu, usia UMMi sudah mencecah dewasa. Cabaran berbeza pula rakus menerpa!

GoNGRatuLatiONs : Am I No Ordinary II

UMMi mengagumi Klausner kerana kecendikiawannya tpi 'niat tidak menghalalkan cara'. Tindakcara yg tidak berorganisasi menjerumuskan dia ke lembah kehinaan bilamana org menganggap dia giLa  meski pun dia seorg yg bijaksana utk merealisasikan sebuah ciptaan yg memungkinkan manusia lebih ihsan pd tumbuhan2 yg melata dimuaka bumi ini.

UMMi tidak juga desperate giler sehinggakan sanggup mengorbankan darah daging sendiri utk tujuan mencapai impian utk hdup senang lenang seperti Mokgobja dan Ramadi yg kebuntuan idea sehingga mengheret sama isterinya utk menerima keputusan yg membunuh kegembiraan sepanjang hayat dan menanggung penyesalan tanpa noktah! UMMi ada sumber rujukan yg MAHA Tepat  tanpa ragu dan silap. Sumber yg tidak mungkin memalingkan pandangan rahmatNYA dari seorang hamba yg merayu pertolongan dan ihsan.  UMMi sarat dgn keyakinan pd Yg Mh Pencipta. Itu mnjadikan UMMi kuat dan bersemangat biat dihimpit kesakitan dan kedukaan yg tidak tergambarkan dek akal manusia.

Anak lain bila lahir ke dnia, memangis hanya kerana perjanjian tetap utk tunduk patuh pd perintahNYA itu sesuatu yg sudah cukup berat. tapi UMMi ada sebab yg lebih dari tu kerana di saat impiannya untuk melihat dnia secara nyata dimakbuLkan Allah swt, ayah kesayangannya dijemput ke rahmatullah. Selamanya meninggal UMMi utk mengharungi gelombang dan badai dnia yg tidak kenal erti ihsan dan belas kasihan. UMMi sudah yatim sjak merah di rabaan ibunya! Satu situasi yg menjadikan UMMi cekal berdiri melawan arus ganas dunia dgn segala isinya yg mahu mencacatcelakan keperibadian UMMi  lalu dihumbankan dengan kejamnya ke neraka noda dan dosa. UMMi tidak sama sekali membenarkan dirinya diperlakukan sedemikian rupa. Tiada langsung laluan yg terbuka utk tindakan jahil dan sia2.

Saat UMMi menangis melihat dnia, Atuk dan Neneknya tersenyum  syukur  menyambut kelahiran amanah istimewa utk diuruskan mereka.   Seindah paras ciptaanNYA, dinamai 'SITI KARTIWI' pilihan arwah ayahnya sebelum bertolak ke medan peperangan. GAnak kelahiran darah kacukan Indonesia dan Siam! Pesantren Surabaya dan Pondok Yala. Mula mengatur langkah mmbina kecemrlangan sbg membalas budi ramai yg berjasa dlm pembentukan peribadinya dulu, kini dan selamanya. InsyaALLah. Langkah pertama adalah dgn mendedahkan UMMi pd dnia orang2 kebun dan sawah padi. UMMi diheret Atuk ke kebun getahnya yang luas penuh nyamuk dan bergelumang dgn susu getah yg perlu diproses menjadi kepingan yang bercelaru air busuk melekat di badan! Diajak ke sawah menanam padi walaupun UMMi menjerit sehingga pengsan kerana takutkan lintah yg seumpama jatuh cinta melekat ditubuhnya! UMMi sempat rasa pengalaman mencari ikan2 pelaga di buih2 di tepian batas2 sawah. Simpan dalam balang dan pandang setiap hari pergerakan mereka. Tangkap belalang hijau yang kemudiannya dicucuk2 ke batang padi utk dilayur sehingga masak dan dimakan dgn rakusnya tanpa teragak2. Berlari2 di terusan mengangkat tajur yg dipasang di sepanjang taliair itu utk mengumpan ikan haruan, keli, sepat, puyu dan tilan.Inilah santapan sekeluarga yg sungguh menyelerakan. Atuk biarkan UMMi menjala di lubuk sungai yg airnya gelap dan menakutkan. Sekali tebar belum tentu mengena. Dua kali tebar, jala pula yg tersangkut! UMMi msti mnyelam melepaskan bahagian yg tersangkut dan timbul semula utk menyambung usaha. Atuk pandang tanpa secarik pun tanda2 belas kasihan atau penyesalan sedangkan pada mata orang ramai, Haji Ismail keterlaluan mendera cucu perempuannya. Anak yatim pula!

Bila Atuk ke kebun, UMMi nampak golok tajam tersisip di pinggangnya.  UMMi minta sebilah tapi Atuk bagi parang kontot yang synonim ngan besi tumpul yg tak ubahnya seperti orang bodoh bila digunakan untuk memotong dan menakik kayu. UMMi kna gesek daun kelapa. Kumpulkan di waktu pagi dan petangnya duduk bersila di situ meraut lidi utk dijadikan penyapu. Di celah2 itu, UMMi diajarkan kemahiran menganyam tikar, buat gelang lipan dan jam serta cincin menggunakan daun2 kelapa hijau yg segar selepas di raut. Itulah hiburan UMMi. Hadiah dari Atuk.  Selesai  satu kerja, datang lagi kerja yg baru. Ikut Atuk tanam ubi keledek dan sengkuang di kebun belakang rumah. Setiap kali hayun Atuk akan suruh UMMi bertasbih, bertahmid dan bertakbir sehinggalah terbentuk batas2 yg kemas gebu tanah, sedia utk dicucuk2 batang2 ubi itu. Mnjelang petang, UMMi akan benar2 keletihan tapi tidak sesekali kedengaran UMMi bertanya, " Ngapa Atuk lanyak Cek sorang? Naper tidak dgn semua yang lain?" Pada hal UMMi ada dua abang dan satu kakak lagi. Mereka tidak sehebat ini menjalani proses pendidikan dari Atuk.

Tmat kisah Atuk, UMMi akn berdepan pula dgn Nenek, isteri Atuk yg 'sekepala' dengannya. Paling takut bila Nenek mula mengeluarkan padi dari jelapangnya. Itu tandanya UMMi kna menunggu di jemuran supaya padi2 itu selamat dari dimakan ayam2 peliharaan Atuk. Duduklah UMMi di bawah pohon redup sambil memisahkan kekabu dari biji-biji2nya. Sesekali menggoyang galah menghalau ayam. Berkepul2 kekabu memanjat kepala, tersangkut di rambut kerinting UMMi. Pun tiada secarik cahaya senyuman Nenek utk nak pemerkan rasa kasihannya pada UMMi, cucu perempuan yaang sejak lahir sudah jadi anak yatim ini! Allahuakbar! Nak mengeluh UMMi mmang tidak berani. Selepas Asar, UMMi diajak ke bangsal lesung kayu. Kaki ini akn menghayun sampai senja menumbuk padi sampai teripsah dari sekamnya. Sedia utk dimasak sbg nasi utk hidangan seisi keluarga...Subhanallaaaah.

Garis merah di kaki langit seumpama jarum berhenti utk UMMi berihat dari bekerja. Tanda Maghrib akan menyapa mesra. UMMi boleh mandi dan menonton TV di rumah jiran. Hitam putih tapi itulah yg paling bermakna bila hari hitamm pekat tak nampak pandangan. Itupun selepas selesai UMMi baca quran depan Nenek. Berjam2 sampai menangis. Sampai garau suara tapi tetap kena lagukan juga bait2 inbdah dari isi Kalamullah. Mengaji Quran ni kira wajib buat kami 4 beradik tapi UMMi paling berani baca lantang tembus dinding samapi ke masjid boleh dengar. Bacaan banyak kesalahan tapi UMMi kuatkan bacaan seumpama melepaskan geram hari siang yg seumpama kerahan tenaga dan jadi buruh paksa! Lagi ditegur mak, lagi kuat UMMi baca! rupa2nya mak malu dgn bacaan UMMi yg banyak salah dari betulnya tapi didengari oleh rata2 ahli qariah masjid yg dekatnya hampir menghimpit dinding rumah Atuk! hi...hi... Suara taak sedap. Bacaan banyak silap tapi laung sampai balik sana masjid! Bila UMMi ingat2 kembali, memang UMMi gelak sendiri.

Dulu, tengok Tv rumah jiran. Atuk kaya raya tapi TV hanya disewa musim orang berpuasa Ramadhan. Yg ada hanya Tilawah Al Quran. Mmg frust. UMMi labelkan Atuk, " Haji BakhiL" Sbbnya Atuk tak mahu beli TV sedangkan Atuk duit banyak. Atuk akan jawab tegas, " Atuk boleh beli sepuluh biji kalau Atuk mahu tapi semua benda2 tu 'tak sayup'. Belajar dulu. Esok dah berjaya, belilah berapa ratus biji pun. Macam2 akan datang nanti. lagi canggih dari ni..." Kata2 itu memang pukulan kalah mati. Mana berani UMMi jawab sbb akata2 Atuk selalu tepat bantai batang hidung sesiapa saja yg ditegurnya. Atuk bukan jenis cakap banyak. Bukan jenis lepak2 ditepi jalan atau di kedai2 kopi jual air liur! Atuk melintas sahaja, kutu2 grahak yg sedang riuh rendah akan tiba2 berhenti dan tunduk bagi salam. Begitu sekali orang kpg hormatkan Atuk! Ada 'charismatic value' kata Rosyam Nor dlam rancangan 'Pilih Kasih'nya. Atuk taklah handsome mana tapi hidung dia mancung. Tak macam Rosyam Nor! hi! hi! Atuk mmg pelakon di pentas dunia tapi lakonan Atuk 'real'  walaupun tiada bayaran atau keuntungan peribadi macam Rosyam Nor yg menjadikan bidang lakonan sbg sumber pndapatannya, di samping membantu yang lain juga utk hidup selesa melalui jalan yg sama.

ConGRatuLAtiOns : Am I TruLY No OrdinarY?

ConGRtuLatiONs I expRess
On my mOst WoNDErfuL suCCess,
I've alWAys beeN aBLe to iMPreSS,
FoR mE. It'S FAiLure -NO,
                     PRoGreSS- Y.ES!

CoNGratuLatiONs  siTi KaRTiwi ! WeLL dONe!
My BriLLianT daYs HaVe BeGUN,
I'm On ThE RoAD tO suCCess
I Am  On ThE WaY tO PrOGreSS.

mY EffORts haVe BeeN CrownED,
SuCCeSS I HaVE nOw foUNd
tO mYself I SaY," Well done!"
I aM sEConD tO noNE.

Bila UMMi imbas kembali hari2 yg UMMi lalui di Sk Ayer Panas tu, UMMi rasa UMMi ni mcm Mr JamaL dlm 'The PenciL'. Jawatan yg UMMi pilih umpama 'Road Not Taken' yg Rudyard Kipling gambarkan sbg '...way leads to way '. Namun begitu UMMi rasa sgt cantik dan berharga seperti yg Shakespeare gambarkan sbg eternaL di dlm 'Sonnet 18 'nya..
Ketahanan dalaman persis 'The DroVer's Wife' dan usia muda yg terkorban melaksanakan tugas2 berat seperti Mathilde dlm 'The Necklace'. Bezanya, Mathilde tidak tahu bersyukur tapi UMMi sntiasa rasa nak syujud syukur tanda terima kasih yg tidak terhingga pd Allah swt. dgn segala rahmat limpah kurniaNYA...!Mujurlah UMMi tak macam ThOmas Wilson yg mengejar kehidupan lebih indah di Capri Island.!Tidak sama sekali! Lagi elok jd KLausner yg berani mencuba mski belum tentu berjaya!

1984 : No Ordinary year 1V

Masa berlalu pantas dan 1984 makin ke penghujung tarikhnya. UMMi sudah isi borang permohonan pertukaran luar negeri. Nak ikut suami sbb sudah hamil 2 bulan. Pada waktu itu UMMi rasa sgt puas dan tiada terhutang lagi dgn sesiapa pun di daerah kecil ini. cabaran demi cabaran pada awalnya perit dan pedih menyakitkan, kini manis dan penuh senyuman bila UMMi kenang semula. Peperiksaan sudah lama berakhir. Tinggal beberapa hari lagi sek akan ditutup utk minggu percutian panjang.

Minggu akhir itu mahu UMMi kongsikan hanya dgn plajar2. Ksh syg sudah menguasai diri UMMi. Musalman yg lembut. 'MH' yg nakal sdh jauh berubah. IBUnya pernah datang ke sekolah lepas UMMi cabar pelajar2 dulu. 'MH' rupanya betul2 balik mengadu. Ibubapanya datang ke sekolah dan meminta Guru Besar panggilkan UMMi utk bersemuka. Semuaguru2 menjenguk keluar kelas ketika UMMi melangkah ke bilik Guru Besar. Ada yg sempat beri amaran," Siaplah engkau Siti. Tu laa. Berani sangat usik ank orang...bla...bla...bla..." ada juga sedikit debaran dlm dada ketika itu. Nak kata menyesal, dah lambat! Nak kata tak rasa apa2, memang bohong sangat!

" Inilah Pn Siti Kartiwi..." UMMi diperkenalkan pd ibubapa 'MH'. waktu itu UMMi dah nak mintak maaf dulu sbb garang sgt dgn anaknya. Berani cabar pulak tu! Tapi... Allahuakbar3 ! Sungguh di luar jangkaan, dia menyambut tangan yg UMMi hulur utk minta maaf dengan menggenggam erat dan menarik tubuh UMMi rapat ke tubuhnya. UMMi dipeluk kuat? " Terima kasih cikgu. terima kasih sangat. Selama ini kami tak dapat nak kawal 'MH'. Macam2 aduan datang pada kami dari orang kpg. Kami dah tebal muka... terima kasih sebab cikgu dah tolong kami ubah sikap dia. Betul2 dia banyak berubah sekarang. Terima kasih cikgu...bla...bla...bla..." UMMi tergamam. Speechless. MMg UMMi tak sangka akan berakhir begini walaupun UMMi yakin firasat UMMi benar! Sesuatu yg tidak dapt UMMi paparkan pada mata kasar semua tapi jauh di lubuk hati UMMi, UMMi nampak jelas keberkesanannya tindakan UMMi... Bagaikan terpukul, ada guru2 yg menjeling tajam! Agaknya mereka harapkan UMMi tadi kna penampar sulung? hih!

Khamis, minggu akhir sekolah. Keputusan akan sampai bila2 masa. semua guru2 dan plajar menanti  penuh debaran. Guru Besar belum pulang dari PPD Gerik. Kira2 jam 11.30pg. UMMi dipnaggil kerani, Kak Ton. Gadis putih melepak yg rajin dan ramah ngan UMMi sebelum ini. 2 envelop dihulurkan. Buka satu, melonjak gembira Guru Besar. Zup! Dia peluk UMMi! Terkejut besar UMMi...Involuntary action! UMMi boleh maafkan masa tu juga tp... Allahuakbar! Melonjak pencapaian 0% bertahun kepada 85% / 1984!  A  ONE- WOMAN - SHOW!!! Tak hairanlah En Nasarah bertindak di luar kawalan kerana selama ni dia tak pernah rasa semua itu.

Koyak envelop ke-2. " Permohonan pertukaran anda diluluskan.." En Nasarah merayu UMMi agar menarik balik keputusan bertukar tapi UMMi terpaksa menolak sbb UMMi sudah hamil 2 bulan. UMMi mahu dekat dgn suami utk sama2 besarkan anak kami. Sewaktu melintasi kawasan tempat Pak Cik tukang kebun duduk2, UMMi dengar pak cik tukang kebun berkata, " Demo gali lubang nak tanam cikgu hidup2. Demo sendiri kna terjun hari ni..." UMMi faham apa yang dia maksudkan. UMMi tidak juga menjawab. Senyuman UMMi hari itu sudah cukup menggambarkan perasaan di dalam. Allahuakbar3! Walillahilham...Tiada helah dan tiada upaya melainkan dgn izinMu jua segalanya mnjadi realiti...

Jumaat yg akhir, macam yg UMi kata di awal2 coretan tadi, bas ekspress ke KL hanya sekali seminggu. UMMi dah selesaikan semua tugasan. Dlm minda penuh ingatan nak bersama suami di Pahang. Barang2 sudah UMMi kemaskan dan poskan dgn khidmat pemandu teksi. UMMi bergegas ke stesen dan beli tiket utk ke KL. dari KL Ummi akan terus ke Pahang! UMMi tidak fikr panjang dah waktu tu. UMMi tidak ke sekolah Jumaat itu snn jika terlepas bas ini UMMi kna tunggu Jumaat depan!

Ketika bas itu menghampiri bangunan sekolah, UMMi nampak dari jauh pelajar2 melambai2 dgn sapau tgn. Pintu pagar ditutup rapat. Mereka menghulurklan tangan keluar..." Teacher! Turun laa. KAmi buat party utk teacher..." UMMi minta driver perlahankan bas. Hanya deraian airmata mengiringi UMMi samapi bas hilang dari pandangan. UMMi menangis sepanjang jalan. Lena. Menangis lagi bila terjaga. Hati sarat dgn rasa kasih pada pelajar2. UMMi hnay dengar berita ramaimpelajar2 ke asrama lepas itu. Itu satu petanda baik Gerik akn maju dgn terdidiknya anak2 kelahiran di bumi itu. Musalman paling cemerlang. 'MH' juga! Ramai yang lain tidak terkecuali. "En Nasarah, inilah tanda kenangan dari Ckg Siti Kartiwi yg penuh kontroversi..." UMMi mengajar dengan petunjuk HATI. HATI bila jernih, pandangannya menembusi hijab. Firasatnya benar! Ini keyakinan UMMi ketika bertugas tapi tidak dpt UMMi buktikan sehingga berhasil mencipta kejayaan...
Bukan semua orang boleh faham hakikat ini.

UMMi juga dengar sek itu dapat anugerah besar. Sekarang bukan lagi SK Ayer Panas. Anugerah nama baru, ' SK DaTo' Ghazali Jawi '...yg hari ini tersergam indah dan guru2nya tidak payah lagi kumpulkan pelajarnya ke penjuru dinding ketika hujan lebat dan angin kuat utk elakkan tempias dan basah, mcam ibu ayam menyelamatkan anak2nya dari serangan musuh! Bangunan sekarang sudah kukuh. Menarik meski dipandang dari jauh. Sayang sekali, Ckg Siti Kartiwi terpaksa melangkah pergi. Pergi menyambung perjuangan di daerah baru dan negeri yg baru pula. Misi yang sma tapi agendanya di ubahsuaikan dgn keadaan setempat dan semasa.  Hanya kerana UMMi yakin, ' Guru Yang Baik adalah Guru Yang Inspire Plajar2nya'...5A itu bonus tapi UMi lebih banggakan perubahan sahsiah pelajar2 UMMi ke arah kebaikan.

SK Dato' Ghazali Jawi...menyimpan kenangan yang tidak dapat UMMi lupakan  sampai sekarang. Gaji kecil tapi sangat berkat. Sekolah taklah cantik tapi pelajar2nya sungguh hebat. UMMi bertuah dapat bertugas di sini meski hanya setahun. Harap2 ada pelajar2 UMMi yg selepas ini akn menghubungi UMMi. " Musalman, di manakah kamu sekarang? "...Allahuakbar3 !!!