Sunday, February 6, 2011

GoNGRatuLatiONs : Am I No Ordinary II

UMMi mengagumi Klausner kerana kecendikiawannya tpi 'niat tidak menghalalkan cara'. Tindakcara yg tidak berorganisasi menjerumuskan dia ke lembah kehinaan bilamana org menganggap dia giLa  meski pun dia seorg yg bijaksana utk merealisasikan sebuah ciptaan yg memungkinkan manusia lebih ihsan pd tumbuhan2 yg melata dimuaka bumi ini.

UMMi tidak juga desperate giler sehinggakan sanggup mengorbankan darah daging sendiri utk tujuan mencapai impian utk hdup senang lenang seperti Mokgobja dan Ramadi yg kebuntuan idea sehingga mengheret sama isterinya utk menerima keputusan yg membunuh kegembiraan sepanjang hayat dan menanggung penyesalan tanpa noktah! UMMi ada sumber rujukan yg MAHA Tepat  tanpa ragu dan silap. Sumber yg tidak mungkin memalingkan pandangan rahmatNYA dari seorang hamba yg merayu pertolongan dan ihsan.  UMMi sarat dgn keyakinan pd Yg Mh Pencipta. Itu mnjadikan UMMi kuat dan bersemangat biat dihimpit kesakitan dan kedukaan yg tidak tergambarkan dek akal manusia.

Anak lain bila lahir ke dnia, memangis hanya kerana perjanjian tetap utk tunduk patuh pd perintahNYA itu sesuatu yg sudah cukup berat. tapi UMMi ada sebab yg lebih dari tu kerana di saat impiannya untuk melihat dnia secara nyata dimakbuLkan Allah swt, ayah kesayangannya dijemput ke rahmatullah. Selamanya meninggal UMMi utk mengharungi gelombang dan badai dnia yg tidak kenal erti ihsan dan belas kasihan. UMMi sudah yatim sjak merah di rabaan ibunya! Satu situasi yg menjadikan UMMi cekal berdiri melawan arus ganas dunia dgn segala isinya yg mahu mencacatcelakan keperibadian UMMi  lalu dihumbankan dengan kejamnya ke neraka noda dan dosa. UMMi tidak sama sekali membenarkan dirinya diperlakukan sedemikian rupa. Tiada langsung laluan yg terbuka utk tindakan jahil dan sia2.

Saat UMMi menangis melihat dnia, Atuk dan Neneknya tersenyum  syukur  menyambut kelahiran amanah istimewa utk diuruskan mereka.   Seindah paras ciptaanNYA, dinamai 'SITI KARTIWI' pilihan arwah ayahnya sebelum bertolak ke medan peperangan. GAnak kelahiran darah kacukan Indonesia dan Siam! Pesantren Surabaya dan Pondok Yala. Mula mengatur langkah mmbina kecemrlangan sbg membalas budi ramai yg berjasa dlm pembentukan peribadinya dulu, kini dan selamanya. InsyaALLah. Langkah pertama adalah dgn mendedahkan UMMi pd dnia orang2 kebun dan sawah padi. UMMi diheret Atuk ke kebun getahnya yang luas penuh nyamuk dan bergelumang dgn susu getah yg perlu diproses menjadi kepingan yang bercelaru air busuk melekat di badan! Diajak ke sawah menanam padi walaupun UMMi menjerit sehingga pengsan kerana takutkan lintah yg seumpama jatuh cinta melekat ditubuhnya! UMMi sempat rasa pengalaman mencari ikan2 pelaga di buih2 di tepian batas2 sawah. Simpan dalam balang dan pandang setiap hari pergerakan mereka. Tangkap belalang hijau yang kemudiannya dicucuk2 ke batang padi utk dilayur sehingga masak dan dimakan dgn rakusnya tanpa teragak2. Berlari2 di terusan mengangkat tajur yg dipasang di sepanjang taliair itu utk mengumpan ikan haruan, keli, sepat, puyu dan tilan.Inilah santapan sekeluarga yg sungguh menyelerakan. Atuk biarkan UMMi menjala di lubuk sungai yg airnya gelap dan menakutkan. Sekali tebar belum tentu mengena. Dua kali tebar, jala pula yg tersangkut! UMMi msti mnyelam melepaskan bahagian yg tersangkut dan timbul semula utk menyambung usaha. Atuk pandang tanpa secarik pun tanda2 belas kasihan atau penyesalan sedangkan pada mata orang ramai, Haji Ismail keterlaluan mendera cucu perempuannya. Anak yatim pula!

Bila Atuk ke kebun, UMMi nampak golok tajam tersisip di pinggangnya.  UMMi minta sebilah tapi Atuk bagi parang kontot yang synonim ngan besi tumpul yg tak ubahnya seperti orang bodoh bila digunakan untuk memotong dan menakik kayu. UMMi kna gesek daun kelapa. Kumpulkan di waktu pagi dan petangnya duduk bersila di situ meraut lidi utk dijadikan penyapu. Di celah2 itu, UMMi diajarkan kemahiran menganyam tikar, buat gelang lipan dan jam serta cincin menggunakan daun2 kelapa hijau yg segar selepas di raut. Itulah hiburan UMMi. Hadiah dari Atuk.  Selesai  satu kerja, datang lagi kerja yg baru. Ikut Atuk tanam ubi keledek dan sengkuang di kebun belakang rumah. Setiap kali hayun Atuk akan suruh UMMi bertasbih, bertahmid dan bertakbir sehinggalah terbentuk batas2 yg kemas gebu tanah, sedia utk dicucuk2 batang2 ubi itu. Mnjelang petang, UMMi akan benar2 keletihan tapi tidak sesekali kedengaran UMMi bertanya, " Ngapa Atuk lanyak Cek sorang? Naper tidak dgn semua yang lain?" Pada hal UMMi ada dua abang dan satu kakak lagi. Mereka tidak sehebat ini menjalani proses pendidikan dari Atuk.

Tmat kisah Atuk, UMMi akn berdepan pula dgn Nenek, isteri Atuk yg 'sekepala' dengannya. Paling takut bila Nenek mula mengeluarkan padi dari jelapangnya. Itu tandanya UMMi kna menunggu di jemuran supaya padi2 itu selamat dari dimakan ayam2 peliharaan Atuk. Duduklah UMMi di bawah pohon redup sambil memisahkan kekabu dari biji-biji2nya. Sesekali menggoyang galah menghalau ayam. Berkepul2 kekabu memanjat kepala, tersangkut di rambut kerinting UMMi. Pun tiada secarik cahaya senyuman Nenek utk nak pemerkan rasa kasihannya pada UMMi, cucu perempuan yaang sejak lahir sudah jadi anak yatim ini! Allahuakbar! Nak mengeluh UMMi mmang tidak berani. Selepas Asar, UMMi diajak ke bangsal lesung kayu. Kaki ini akn menghayun sampai senja menumbuk padi sampai teripsah dari sekamnya. Sedia utk dimasak sbg nasi utk hidangan seisi keluarga...Subhanallaaaah.

Garis merah di kaki langit seumpama jarum berhenti utk UMMi berihat dari bekerja. Tanda Maghrib akan menyapa mesra. UMMi boleh mandi dan menonton TV di rumah jiran. Hitam putih tapi itulah yg paling bermakna bila hari hitamm pekat tak nampak pandangan. Itupun selepas selesai UMMi baca quran depan Nenek. Berjam2 sampai menangis. Sampai garau suara tapi tetap kena lagukan juga bait2 inbdah dari isi Kalamullah. Mengaji Quran ni kira wajib buat kami 4 beradik tapi UMMi paling berani baca lantang tembus dinding samapi ke masjid boleh dengar. Bacaan banyak kesalahan tapi UMMi kuatkan bacaan seumpama melepaskan geram hari siang yg seumpama kerahan tenaga dan jadi buruh paksa! Lagi ditegur mak, lagi kuat UMMi baca! rupa2nya mak malu dgn bacaan UMMi yg banyak salah dari betulnya tapi didengari oleh rata2 ahli qariah masjid yg dekatnya hampir menghimpit dinding rumah Atuk! hi...hi... Suara taak sedap. Bacaan banyak silap tapi laung sampai balik sana masjid! Bila UMMi ingat2 kembali, memang UMMi gelak sendiri.

Dulu, tengok Tv rumah jiran. Atuk kaya raya tapi TV hanya disewa musim orang berpuasa Ramadhan. Yg ada hanya Tilawah Al Quran. Mmg frust. UMMi labelkan Atuk, " Haji BakhiL" Sbbnya Atuk tak mahu beli TV sedangkan Atuk duit banyak. Atuk akan jawab tegas, " Atuk boleh beli sepuluh biji kalau Atuk mahu tapi semua benda2 tu 'tak sayup'. Belajar dulu. Esok dah berjaya, belilah berapa ratus biji pun. Macam2 akan datang nanti. lagi canggih dari ni..." Kata2 itu memang pukulan kalah mati. Mana berani UMMi jawab sbb akata2 Atuk selalu tepat bantai batang hidung sesiapa saja yg ditegurnya. Atuk bukan jenis cakap banyak. Bukan jenis lepak2 ditepi jalan atau di kedai2 kopi jual air liur! Atuk melintas sahaja, kutu2 grahak yg sedang riuh rendah akan tiba2 berhenti dan tunduk bagi salam. Begitu sekali orang kpg hormatkan Atuk! Ada 'charismatic value' kata Rosyam Nor dlam rancangan 'Pilih Kasih'nya. Atuk taklah handsome mana tapi hidung dia mancung. Tak macam Rosyam Nor! hi! hi! Atuk mmg pelakon di pentas dunia tapi lakonan Atuk 'real'  walaupun tiada bayaran atau keuntungan peribadi macam Rosyam Nor yg menjadikan bidang lakonan sbg sumber pndapatannya, di samping membantu yang lain juga utk hidup selesa melalui jalan yg sama.

1 comment:

  1. Bila UMMi toLeh ke belakang d melihat kembali jejak2 yg ditinggaLkan, UMMi rasa PUAS mnjdi pilihanNYA lahir ke dnia sbg anak yatim, debater, public speaker, athlete,writer, editor, instructOr, advisOr, traveller, teacher , wife, motehr n NOW...a wiDOW ! Just name any...That's me even a 'KULI'...I'm always proud to have gone thru many..which later moulds me to be a truLy sincere FOLLOweR...n Practicioner... All In ONE whOLE BodY & SoUL... Allahuakbar3!!!... Now I shall look 4ward to becoming a sincere X-PLOreR...hahaha...

    ReplyDelete