Sunday, February 6, 2011

1984 : No Ordinary year 1V

Masa berlalu pantas dan 1984 makin ke penghujung tarikhnya. UMMi sudah isi borang permohonan pertukaran luar negeri. Nak ikut suami sbb sudah hamil 2 bulan. Pada waktu itu UMMi rasa sgt puas dan tiada terhutang lagi dgn sesiapa pun di daerah kecil ini. cabaran demi cabaran pada awalnya perit dan pedih menyakitkan, kini manis dan penuh senyuman bila UMMi kenang semula. Peperiksaan sudah lama berakhir. Tinggal beberapa hari lagi sek akan ditutup utk minggu percutian panjang.

Minggu akhir itu mahu UMMi kongsikan hanya dgn plajar2. Ksh syg sudah menguasai diri UMMi. Musalman yg lembut. 'MH' yg nakal sdh jauh berubah. IBUnya pernah datang ke sekolah lepas UMMi cabar pelajar2 dulu. 'MH' rupanya betul2 balik mengadu. Ibubapanya datang ke sekolah dan meminta Guru Besar panggilkan UMMi utk bersemuka. Semuaguru2 menjenguk keluar kelas ketika UMMi melangkah ke bilik Guru Besar. Ada yg sempat beri amaran," Siaplah engkau Siti. Tu laa. Berani sangat usik ank orang...bla...bla...bla..." ada juga sedikit debaran dlm dada ketika itu. Nak kata menyesal, dah lambat! Nak kata tak rasa apa2, memang bohong sangat!

" Inilah Pn Siti Kartiwi..." UMMi diperkenalkan pd ibubapa 'MH'. waktu itu UMMi dah nak mintak maaf dulu sbb garang sgt dgn anaknya. Berani cabar pulak tu! Tapi... Allahuakbar3 ! Sungguh di luar jangkaan, dia menyambut tangan yg UMMi hulur utk minta maaf dengan menggenggam erat dan menarik tubuh UMMi rapat ke tubuhnya. UMMi dipeluk kuat? " Terima kasih cikgu. terima kasih sangat. Selama ini kami tak dapat nak kawal 'MH'. Macam2 aduan datang pada kami dari orang kpg. Kami dah tebal muka... terima kasih sebab cikgu dah tolong kami ubah sikap dia. Betul2 dia banyak berubah sekarang. Terima kasih cikgu...bla...bla...bla..." UMMi tergamam. Speechless. MMg UMMi tak sangka akan berakhir begini walaupun UMMi yakin firasat UMMi benar! Sesuatu yg tidak dapt UMMi paparkan pada mata kasar semua tapi jauh di lubuk hati UMMi, UMMi nampak jelas keberkesanannya tindakan UMMi... Bagaikan terpukul, ada guru2 yg menjeling tajam! Agaknya mereka harapkan UMMi tadi kna penampar sulung? hih!

Khamis, minggu akhir sekolah. Keputusan akan sampai bila2 masa. semua guru2 dan plajar menanti  penuh debaran. Guru Besar belum pulang dari PPD Gerik. Kira2 jam 11.30pg. UMMi dipnaggil kerani, Kak Ton. Gadis putih melepak yg rajin dan ramah ngan UMMi sebelum ini. 2 envelop dihulurkan. Buka satu, melonjak gembira Guru Besar. Zup! Dia peluk UMMi! Terkejut besar UMMi...Involuntary action! UMMi boleh maafkan masa tu juga tp... Allahuakbar! Melonjak pencapaian 0% bertahun kepada 85% / 1984!  A  ONE- WOMAN - SHOW!!! Tak hairanlah En Nasarah bertindak di luar kawalan kerana selama ni dia tak pernah rasa semua itu.

Koyak envelop ke-2. " Permohonan pertukaran anda diluluskan.." En Nasarah merayu UMMi agar menarik balik keputusan bertukar tapi UMMi terpaksa menolak sbb UMMi sudah hamil 2 bulan. UMMi mahu dekat dgn suami utk sama2 besarkan anak kami. Sewaktu melintasi kawasan tempat Pak Cik tukang kebun duduk2, UMMi dengar pak cik tukang kebun berkata, " Demo gali lubang nak tanam cikgu hidup2. Demo sendiri kna terjun hari ni..." UMMi faham apa yang dia maksudkan. UMMi tidak juga menjawab. Senyuman UMMi hari itu sudah cukup menggambarkan perasaan di dalam. Allahuakbar3! Walillahilham...Tiada helah dan tiada upaya melainkan dgn izinMu jua segalanya mnjadi realiti...

Jumaat yg akhir, macam yg UMi kata di awal2 coretan tadi, bas ekspress ke KL hanya sekali seminggu. UMMi dah selesaikan semua tugasan. Dlm minda penuh ingatan nak bersama suami di Pahang. Barang2 sudah UMMi kemaskan dan poskan dgn khidmat pemandu teksi. UMMi bergegas ke stesen dan beli tiket utk ke KL. dari KL Ummi akan terus ke Pahang! UMMi tidak fikr panjang dah waktu tu. UMMi tidak ke sekolah Jumaat itu snn jika terlepas bas ini UMMi kna tunggu Jumaat depan!

Ketika bas itu menghampiri bangunan sekolah, UMMi nampak dari jauh pelajar2 melambai2 dgn sapau tgn. Pintu pagar ditutup rapat. Mereka menghulurklan tangan keluar..." Teacher! Turun laa. KAmi buat party utk teacher..." UMMi minta driver perlahankan bas. Hanya deraian airmata mengiringi UMMi samapi bas hilang dari pandangan. UMMi menangis sepanjang jalan. Lena. Menangis lagi bila terjaga. Hati sarat dgn rasa kasih pada pelajar2. UMMi hnay dengar berita ramaimpelajar2 ke asrama lepas itu. Itu satu petanda baik Gerik akn maju dgn terdidiknya anak2 kelahiran di bumi itu. Musalman paling cemerlang. 'MH' juga! Ramai yang lain tidak terkecuali. "En Nasarah, inilah tanda kenangan dari Ckg Siti Kartiwi yg penuh kontroversi..." UMMi mengajar dengan petunjuk HATI. HATI bila jernih, pandangannya menembusi hijab. Firasatnya benar! Ini keyakinan UMMi ketika bertugas tapi tidak dpt UMMi buktikan sehingga berhasil mencipta kejayaan...
Bukan semua orang boleh faham hakikat ini.

UMMi juga dengar sek itu dapat anugerah besar. Sekarang bukan lagi SK Ayer Panas. Anugerah nama baru, ' SK DaTo' Ghazali Jawi '...yg hari ini tersergam indah dan guru2nya tidak payah lagi kumpulkan pelajarnya ke penjuru dinding ketika hujan lebat dan angin kuat utk elakkan tempias dan basah, mcam ibu ayam menyelamatkan anak2nya dari serangan musuh! Bangunan sekarang sudah kukuh. Menarik meski dipandang dari jauh. Sayang sekali, Ckg Siti Kartiwi terpaksa melangkah pergi. Pergi menyambung perjuangan di daerah baru dan negeri yg baru pula. Misi yang sma tapi agendanya di ubahsuaikan dgn keadaan setempat dan semasa.  Hanya kerana UMMi yakin, ' Guru Yang Baik adalah Guru Yang Inspire Plajar2nya'...5A itu bonus tapi UMi lebih banggakan perubahan sahsiah pelajar2 UMMi ke arah kebaikan.

SK Dato' Ghazali Jawi...menyimpan kenangan yang tidak dapat UMMi lupakan  sampai sekarang. Gaji kecil tapi sangat berkat. Sekolah taklah cantik tapi pelajar2nya sungguh hebat. UMMi bertuah dapat bertugas di sini meski hanya setahun. Harap2 ada pelajar2 UMMi yg selepas ini akn menghubungi UMMi. " Musalman, di manakah kamu sekarang? "...Allahuakbar3 !!!

1 comment:

  1. Marah, pukuL, hukum atau puji melambung... semuanya UMMi niatkan kerana Allah swt semata2. Mudah2an plajar2 yg sudah bertebaran di serata pelusuk dunia mmahami tujuan UMMi beraksi di kelas2 pengajian mereka. UMMi ingat hanya pada segelintir nama2 yg meninggalkan kesan mndalam di jiwa... selebihnya UMMi doakan sejahtera biar di mana kalian kini berada dan apa jua bidang yg kalian kini ceburi. Ingat hanya pd YG SATU dlm setiap SOLAT 5 waktu... kerna di situ ada UMMi yg dulunya mmbawa kalian ke masjid berdekatan dan kita berjemaah bersama... UMMi sgt rindu pd kalian semua! Allahuakbar3!!!

    ReplyDelete