Wednesday, April 6, 2011

SiTi KArtiWi : TeRimA KaSiH CiKGU

 Di sebalik kejayaan demi kejayaan yg UMMi raih selama ini UMMi paling tidak lupa pada jasa GURU2 yg membantu UMMi mengajar didik anak2 UMMi yg ramei ini. kalau aorang Sg BayOr, mereka guna istiLah, 'BercuPAk BiJi MatA'... Ank2 yg UMMi dulukan dari segala2nya yg UMi miliki sbb nak tengOk mereka mmbesar bijak agama dan mahir al quran walaupun tak sampai hafaz 30 juzuk dlm kepala dan penuh2 dada terisi dgn bait indah darimisi kalamuLlah itu. Anak2 yg UMMi sanggup tak hadir kenduri kendara orang skeliling sbb, jika UMMi seorg pergi, UMMi tak sampai hati nak suap makan sedap seorang diri sedangkan anak2 makan cubit2 ikan masin. Jika UMMi bawa semuanya, masyarakat akan mencebik bibir, " cuba hang tengOk tu. Ibu ayam heret anak2...." Utk elakkna semuaini, UMMi akan bagi sipa2 pada tuan rumah bila dijemput, gula 1kg, susu pekat 1-2 tin dan biskut Cream Crackers 1 bungkus. Tanda ingatan. Itu duluuu. Sekarang dah tukar trend, UMMi hulurlah Rm10-20 sbb tak dapat agak, takkan dapat hadir ke majlisnya. Sambil tu bertalu2 minta maaf dan ucapkan tahniah serta berslam, peluk badannya rapat sambilberbisik, " Doakn anak2 saya pulak ya kaaaak..." Kami akan gelak bersma!

Satu demi satu anak UMi hadiahkan kejayaan. bermula dgn Fatimah yg suLung. Tgh nak ambiL UPSR tu, ayahnya main betina, JamiLah bt Muhammad di IPDa. Org lain jika anak2 nak periksa, iringkan anak2 sampai ke dewan peperiksaan. Peluk cium dan tinggalkan pesanan yg berakhir dgn senyuman paling menawan tanda bersedia anak itu menghadapai 'peperangan', tapi dia begi tekanan pada anaknya dgn kesnya dok usung betina apabila dapat peluang lanjutkan pelajran di sana. Pown UMMi tak kisah. " Hang buat baik, pahala hang punya. Kowt hang buat maksiat, DOSA pown hang yg pikui sendiri..." DSebab tu uMMi leh senyum, geLak besaQ dan teruskan aktiviti harian macam tak dak apa2 yg berlaku... Nak tau lebih2 bab ni, rujuh surah Al-ZaLzaLah... Jelas Allah swt bagi amaran dan saranan baik bagi yg mahu berfikir!

Fatimah hadiahkan 5A juga UPSRnya. Mmg UMMi dah jangka pown sbb ank suLung ni mmg anugerah Allah swt sbg pembuka tirai perjuangan dan kejayaan dlm keluarga UMMi. BergeLiga otaknya! Kerana itu, UMMi toLak tawaran ke SM Sains, Arau, PerLis. Pada hal sek tu melahirkan banyak graduan2 bertaraf dunia! UMMi tak yakin sbb UMMi nak anak yg pandai, bergeLiga otak macam Kak Long ni, diberi peluang pelajari lebih dari m/pelajaran akdemik. UMMi terima tawaran di Mak Tab Mahmud ALor Setar. sekolah bughuk... usang tapi tersergam tepi jalan, di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Kedah. Paduka SulTan Kedah sendiri penanunganya dan ADUN sbg Penasihat...

Tatkala Fatimah berperang sasar sekali lagi nak lulus PMR, UMMi diceraikan ayahnya. tapi Fatimah tidak sedikit pown terjejas. 9A juga hadiahnya utk UMMi. UMMi belikan komputer utk dia dan bawak makan angin ke Langkawi sbb 1A UMMi janjikan RM100. Mujurlah masa tu tak ramai lagi yg dah sekolah. Kowt hari ni buat janji camtu, mmg sakit UMMi nak tunaikan! heee... Lepas SPM  Fatimah mohon ke DarUL Quraaan. Semuanya atas dorongan dan tunjukajara semua guru2nya...Lulus dgn baik di sana dan sambung ke UIAM utk ijazah Bio-MediC...! Guru bertaraf Pensyarah dan pRofessOr pulak yg handLe ank UMMi ni sesepanjang masa di institusi ini... sampailah dia muncuL graduan cemerlang, TerbaIk  Konvo UIAM -2010 ! besar jasa guru2 yg mendidik ajarnya duLu.


Aishah pown bertuah... Graduan CemerLang UItM baru2 ini dan dapat anugerah Yayasan N9 yg berlangsung di UTm, Skudai, Johor. UMMi tumpang tuah anak2 dapat jumpa dan ngadap macam2 Menteri.Aishah yg juga lepasa Mak Tab Mahmud lagi tegas tentang alquran dan waktu soLat adik2nya... Berkat tunjuk ajar GURU2lah dia bijak agama dan lanCar al Quran juga. Senang kami anak beranak nak tadarruz setiap kali muncuLnya Ramadhan! hih! anak yg pantas berfikir dan pantas bertindak ni mmg ada anugerah charismatic vaLue. Boleh mmimpin pasoKan yg ramai. Dia bIjak dan kreatif. berani dan berkemahuan! tak risau di mana dia jatuh sbb dia pandai mmbawa diri di tengah2 masyarakat ramai.... Allahuakbar3! Pandai Guru2 semua mndidik. Dia tegas dan keras... sbb dia yakin dgn tindak tanduknya...Terima kasih Cikguuuu...

Siti RobiatUl Addawiyah lagi hebat! Lepas dapat 5A di Makatab mahmud , Yan, dia terus ke maahad Pusat. Dapat 9A SPM ! terus ke DaruL Quran dan muncuL sbg Graduan Tahfiz Terbaik Konvo 2009... Dhaif sgt masa tu sbb gaji UMMi tak cukup nak beli pakaian sek banyak2 helai. So, basah kering- basah keringlah baju sepasang dipakai samapi tamat pengajian di maahad ini. Dgn anak ni, ustaz YusOf yg ambiL berat sgt, sakit pening diaaa... Sehingga rabiaTUL keluar ke DaruL Quran baruLah dia  lepaskan pengawasannya pada anak UMMi yg seorang ini! Dia tahu kesusahan UMMi nak cukupkan keperluan anak2 di sekolah jadi sia tidak terlalu mndesak mski yuran lambat dilagsaikan pown! Syukran CikGu.,.. kerana memahami!

Kemudian siti Mariah az Zakirah pula menyusuL. 5A yg sama cantik hadiah buat UMMi tersayang. UMMi hantar jugak dia ke Maktab Mahmud utk jalani sesi pengajian 23 mata pelajaran. Tawaran ke SERATAS UMMi toLak. Jgn siLau dgn indahnya bangunan dan segaknya pakaian dan gLamournya nama sekolah tu. UMMi nak dia mengaji agama juga selain daripada akademik yg menjanjikan kecemerlangan masa depan. Ujian pertama, PMr hanya mampu dpt 8A1B. Meraung dia dlm biLik Guru," Mar tak ma-uuuuu..." Puas UMMi tenangkan. Meski hebat pada pandangan semua guru2, tapi ALLah swt Mh Mengetahui yg terlebih baeiknya utk ank ke 4 ini. Dia malu ngan kawan2 yg ke SERATAS d mnjulang slip keputusan PMR terbiLang. Hakikatnya dia lebih sarat menimba ilmu.... UMMi tak rasa keciwa sedikit pown waktu tu. Lama jugak baru dia dapat terima kenyataan takdir yg tetap indah utk dirinya itu...SPM seterusnya dia tidak bagi peluang utk keciwa berulang lagi. 12A1 1B... Nah! Habuan lagi besaQ utk UMMi ...Kali ini UMMi pula yg menitiskan airmata...GembiRA ! Yes! Seorang lagi waris ke darUL Quran...tapi sekejap saja sebeLum dia terbang jauh ke U of Science & TechnoLoGy, Jordan. MediC student? Cam tak pecaya rasanya sbb masa kecik2 dialah yg paling sensitiv ngan darah. Kita tampaQ nyamuk kenyang, dia menangis dok belek2 darah di tangannya... Sekarang dia yg paling top di sana, beregliga otaknya melapah isi perut manusia! SubhanaLLaaaaah..semuanya dlm rencana Yg Maha Bijaksana Dlm setiap PengaturanNYA... tak tergapaikan dek akal manusia nak menghurai segala... Kini Mariah sudah dlm tahun 3... disayangai ramai sbb akhlaknya sgt terpuji.... berkat tunjukajar GURU2 yg ramai juga! Syukraaan Cikguuu...

Kemudian datang pula giliran Siti  Maryam aj-Jalilah. Kami panggiL dia, 'Si Gigi cantik' sbb susunan giginya yg bersih rapi. Bila senyum, mmg manis menyerlah. Goncang jantung jejaka yg memandang. Mmg ada yg dok menaruh harapan pown tapi UMMi nasihatkan dia tumpu dulu pada pelajaran dan pengajian. senang2 dia dapat 5A UPSR... terus ke SBPI Gopeng sbb masa tu UMMi tak mampu nak tambah anak lagi di MakTab Mahmud Gaji baru nak cecah RM1500... RM 1200 dah bagi pada 4 beradik yg awal tapi belum keluar mak Tab Mahmud!  selebihnya utk adik2 di rumah... tambah2 dgn UMMi ambiL upah mengajar rumah ke rumah...( Individual Coaching ) Maryam korbankan cita2nya ke Maktab Mahmud utk merintis jalan yg sama dgn kakak2nya. Di SBPI, UMMi lihat kegigihannya berusaha. Setiap tahun UMMi akan ke majlis Hari Anugerah Akademik sekolahnya utk lihat dia menerima anugerah dari macam2 Menteri. Bergambar megah buat kenangan. PMR? MMg senang2lah dia scored 9A... UMMi tak terkejut sbb dia sudah pamerkan kecemerlangan akademiknya sepanjang sejarah pengajiannya di sek ini.  UMMi terpaksa tarik dia ke Maktab Mahmud juga sebab UMMi dia kuasai Bahasa Arab sbg persediaan ke DarUL Quran. SPM 12A juga di di sini selepas 1 stngah tahun berttungkus lumus utk letakkan diri setanding dgn pelajar2 yg sejak tadika mempelajari bahasa syurga ini. UMMi poskan terus ke DarUL Quran utk ProGramn DipLoma TahfiZ Quran. Pown terpaksa menoLak tawaran Ke  Architechture : United Kingdom kerana mahu beri laluan kepada kakaknya yg pada waktu yg sama menerima tawaran ke U Mutah, Jordan...Ijazah Syariah IsLam! 2 kali lah dia berkorban utk kejayaan kakak2nya. Namun, ganjaran ALLah swt tidak terhenti di situ saja  bagi permata2 HATi UMMi ni... Maryam mencipta kejayaan paling cemerlang antara banyak2 anak UMMi di DQ...4 fLat dlm peperoksaan  semerster terbarunya ini. 2 hari selepas UMMi mndapat berita kejayaan AbdUL Rahman yg muncuL sbg pelajar terbaik SPM SMK selam 2010.... Allahuakabar3! Cikguuuu... besar jasa cikgu2 semua mmbantu UMMi mendidik semua anak2 ini... Terima kasih sgt3!

AbdUL rahman, waris laki2 pertama UMMi. Tidak mahu kalah dgn kakak2nya. anak ini paling terjejas ketika berlakunya perceraian UMMi dan suami. Masa lahir dulu,a ank ini mmbesar atas ribaan ayahnya. Naik motor bubuh dlm raga, bawa pusing2 taman. Naik kereta pun tangan sebelah kepit anak. Sebelah lagi controL stering.  Bila ayahnya nberkenalan dgn janda anak 5 itu, dia tinggalkan AbD Rahman begitu saja... terkontang kanting anak ini bagaikan layang2 putus tali. Siang malam meraung memanggiL ayahnya. Rindukan sentuhan! UMMi terpaksa juga call dia di rmh isteri barunya. tebaL muka sbb orang dah ceraikan kita dgn macam2 kata penghinaan tapi demi anak seorang ni, yg serak2 tekak menangis minta dia datang, UMMi gagahi juga merayu dia pulang pujuk sekejap anak. Ya! Apa yg UMMi dapat kerana tindakan menghubunginya ini?.... UMMi masih ingat malam itu, dia samapai dlm pakaian pengantin satin berkilat warna biru seragam...." naper panggil datang? "... UMMi suruh dia tengOk Abd Rahman. " Ganggu r/tgga orang!... Lain kali jgn call lagi. Orang dah ceraikan awak. Awak tak dak hak lagi atas diri saya. Tak reti2 bahasa ka? ..." UMMi telan juga kata2 ini demi anak laki2 yg tak mahu hentikan raungannya ini. " Cek bukan panggiL utk diri cek, tapi ni anak abang niii... pi lah tengOk sendiri!"..." Tu Lah Abd rahman. UMI dah cakap. jangan dok nangis2 harapkan orang ingat kita lagi. Orang dah dapat bini baru. Mana nak nampak anak2 lagi. Hang tak reti2. Hang punya fasaL, UMMi yg kna...!" UMMi tak dapat nak tahan lagi kata2 nii... lepaskan paku buah keras. Dia bergegas pulang. Abd Rahman sudah tidak menangis lagi lepas itu... macam faham2 saja deritanya hatI UMMi setiap hari terpaksa menahan perasaan melihat kesayuan di mata semua anak.

Tapi episode tidak tamat setakat perbuatan ayahnya saja. Anak2 UMi dihina guru2 di sekolah rendah. Di sindir2 pula di sekolah agama rakyat. Pergi dgn berat hati ke sekolah, pulang menangis sepuas2 Hati... UMMi sambut dan dakap ke perut. Biar mereka lepaskan sepuas2nya. " sabaaaaar... Allah  Mh Melihat. DIA tahu kita tak salah. Cikgu2 pown bukan tahu apa2,. Mnain ikut2 pcaya cakap mulut oghang. kalau depa beriman, depa akan faham walaupun tak dak sapa yg terangkan. Sabaaaar.... jgn balas apa pun orang buat kat kita. Jgn jawab apa cikgu cakap sekali pun..." Tapi Abd Rahman sgt sensitive," Huh, padan muka biar rasa. Kalau bapaknya borek, anak pun mesti rintik. Kalau bapaknya dah jahat, takkan anak2nya nak jadi baik. Dah ada 10 anak, galak nak menikah ngan janda anak 5 lagi! ...." Inilah kata2 terakhir pedih hinggap ke singgahsana telinga Abd Rahman sebelum dia merajuk tak mahu ke sekoLah lagi... berbulan2 sehingga hampir sgt nak UPSR ! Baru terbuka hatinya nak kembali selepas dipujuk dgn deraian airmata UMMi..." Aman jgn ikutkan HATI. UMMI lagilah malu. Tapi kita tak mintak semua ini terjadi. Allah swt bagi, mesti besar hikmahNYA. Kita kna saabaaaar. Belajar2 rajin2. Capai markah baik. Kerja besar. Beli kereta besar. Esok bila nampak cikgu2 tu terkedek2 jalan tepi jalan, Aman berhentikan kereta dan ajak dia masuk ke kereta Aman. Masa tu Aman leh tanya dia," Cikgu nak pegi mana? " "mesti dia tertanya2 siapa Aman waktu tu. A-haaaa...masa tulah Aman perkenalkan diri sbg budak yg 'bapa borek ank rintik...anak yg bapaknya jahat dulu... Kemudian Aman pandang anak mata dia..." Ini namanya pembalasan professionaL. Akan sampai juga harinya nanti "

AbduL Rahman ditempatkan dlm kelas pemulihan. Ni kerja GB yg dah tak boleh nak sayang dah pada dia?
Kebencian tahap GABAN! UMi tak dapat kawaL kejadian ini sbb UMMi pada waktu itu jadi kebencian satu SELAMA ! Digilis UMMi luka. Menggilis pown UMMi yg luka. Pedih HATi tengOk semua anak2 dizalimi. UPSR hanya mampu 4B1D... Abd Rahman langsung tak tentu belajar...UMMI redha tapi UMMi tahu otaknya bergeliga juga... budak yg 6 tahun ulang alik ke sekolah pown ramai yg gagaL ...? Hah! UMMi tidak boleh masukkan ke sek2 men berhampiran. Konco2 ayahnya ramai di situ. Dia akan terus di aniayai !UMMi ambiL tindakan drastik mndaftarkan ank ni di sek agama Jeram, SelangOr. RM360 sebulan kna bayar! Bayangkan peritnya nak cukupkan perbelanjaan waktu itu. 6 org anak smeua UMMi sorg tanggung. Yuran mereka beribu2. Habis gaji UMMi. Tak kisahlah kowt cukup. UMMi nak kena buat kerja2 sampingan lain utk tamabh pndpaatan. waktu inilah UMMi keluar 7pg baliknya 10mlm. Sapa ada di rumah tolong2lah jaga adik2... UMMi nak keluar cari makan!

Setahun saja dia di situ. inatnya nak hafaz quran tapi Mudir asyik bagi alasan kna tunggu,...tunggu..dan tunggu lagi. Dia mmberontak! Tambahan pula ayahnya datang sekali jenguk dia di situ... bagi RM30... apa dia cakap pada anak ini UMMI tak tahu. Yang UMMi tau , dia lari balik tanpa membawa pulang barang2 yg dibawa masa dia mndaftar dulu! Allahuakbar3! RM++++ UMMi rugi ! Bukan nak bagi kata2 semangat, langsung hasut anak lari? Wallahua'lam! Apa pun UMMi hantar dia ke Maahad Tahfiz Al Azhar, TandoP, aLor setar. Di sinilah bakat menghafaz al qurannya di gilap para uztaz yg berwibawa di bidang agama. Tapi ayahnya datang juga ke situ... Apa dia cakap, UMMi tak tahu. Abd Rahman lari balik lagi! Puas guru2nya pujuk tapi dia berkeras nak ambiL SPM di sek biasa. UMMi sgt keciwa... tapi inilah pilihannya setelah dengar cakap ayah dia yang langsung tak sara anak sekolah! Terima Kasih sgt3 CIkgu2 SMK SeLama Kedah kerana menerima baik anak UMMi. Lihatlah kecemerlangan abd Rahman sejak dia di sini. Sgt happy sbb Guru2 sgt memahami minatnya. Mmberi laluan mudah utk dia beraktiviti. Abd Rahman powbn dah mula matang fikiran. dah faham dunia dgn segala tipu muslihatnya. Dia mula mnampakkan serius belajar... UMMi sgt terharu. terasa kering airmata...yg dulunya dah nak bagaikan sungai mengalir deras melihat derotanya anak2 akibat perceraian kami berdua... terima kasih Cikgu2 kerana menyayangi anak UMMi di sini. berkat tunjuk ajar Cikgu2lah dia maju dan terus maju tanpa menoLeh ke belakang lagi...kini muncuL pelajar terbaik SPM sek ini... terima  kasih Cikgu! Terima Kasih beribu2 kali...Pedih dan parahnya HAti terubat sendiri dgn kejayaan anak laki2 UMMi ni... UMMi takkan risaukan masa depan dia lagi lepas nii seabb UMMi tahu, dia boleh dah nak mintak2 kejer dgn adanya SPM di genggaman! heeee....terima kasih sekali lagi..bahkan berkali2...

Tiba kini giLiran AbduLLah. Ank laki2 ke-2 yg lembut airmukanya. Jika dasyat pengalaman AbdUL Rahman selepas uMMi diceraikan, dasyat juga laluan hidup AbduLLah di sepanjang laluan mencipta kejayaan. Tidak ada ank yg terkecuali dari menempuhi kesukaran sebnarnya. Lantaran UMMi yg ditinggaLKan dgn hukuman, " Padan Muka, Biar Rasa"...anak2lah yg sebenarnya sgt2 merana dan menerima tempias dan menderita menahan keperitan bahang kesusahan. AbduLlah suatu malam demam tiba2. Panas pijar dahinya macam air menggelegak diletakkan dlm geLa nipis dan tangan kita tidak beraLas menyentuhnya. UMMI kelam kabut jadinya sbb jika terlalu panas begini, memang tidak mengherankan dia meracau berkata yg bukan2...

" Tidak Dato'. sumpah, demi Allah. Saya tidak ambik Dato'... sumpah. Demi Allah " Berkali2...berulang ayat ini diungkapkannya. UMMi perhatikan betul2 matanya. Dia betuL2 pejam. Lena dan kadang2 berdengkur. UMMi yakin sgt dia tidur lena. Bukan dibuat2. Sangka UMMi dia terbawa2 dgn permainan ria dgn kawan2nya ketika di sekolah. Punyalah seronok sampaikan mengigau dalam tidurnya. Cuma UMMi risaukan panas badannya yg tinggi. Kebiasaannya UMMi akan ambiL air dan ramaskan daun bunga raya putih pekat2. Jaramkan di kepala dgn kain dilekapkan di dahi. Kain itu cepat benar kering! Hati UMMi risau bukan kepalang. Panasnya luar biasa. UMMi sediakan air kosong. Suruh dia minum lebeih kerap, banyak2 supaya suhu badannya turun cepat. Biarlah dia kencing kerap2. Itu akan mengurangkan simpanan haba dlam tubuhnya. AbduLlah akur. Badannya sangat lemah.

Anak2 UMMi mmg sudah dilatih sejak keciL. Sakit macamana pown, mesti soLat juga. Lemah badan bukan alasan. Suka atau tidaknya, mesti gagahi kerjakan soLat. AbduLLah tetap akur juga. Ini buat HTi UMMi tersentuh. Seperkara lagi, susut badannya juga sangat ketara segera! Kami bukan senang waktu itu. makan pown sekadar mengalas perut. biLa asakit sikit, tak heranlah berat badan mudah turun. 5 hari AbdULLah begitu. Tiba hari Jumaat UMMi biasanya ada tugas baru. Menghantar anak2 ke masjid untuk soLat Jumaat. Lebih 1km jauhnya. Akasyah di depan. Muhammad dan abduLLah. EX-5 HONDA menanggung berat mereka, MotorsikaL yg setia berkhidmat.. Tak pernah merungut. Heee....

Baru turunkan Akasyah, datang seorang budak menghampiri motor UMMi," Waaah AbduLLah! Kaya hang sekarang? RM50 kau bedaL. Apa kau buat lah? PoLis buat apa kat hang? Terror hang Lah ? ..." UMMi tersentak. "Apa yg terror? RM50? PoLis? Kaya? Bedal?..." UMMi teringat pengalaman berada di kantin sekolah UMMi sepanjang minggu ini. Bila UMMi duduk di bangku kantin nak makan ngan kawan2, mereka yg sedang rancak bersembang tiba2 diam.  Sebelumnya sempat jugak dengar, " Kalau dah mak ayahnya masalah, mesti ank2nya pown ikut sama bermasalah. Rasa2nya mak ayah dia dok kontrOl sangat kowt wang ringgit. Sebab tu dia ambiK. RM50 tu banyak jugak...bla..bla...bla... Sampai kena heret dek polis laaa? ..." UMMi mula rasa tak sedap hati bila balik rumah. Ada yg tak kena rupanya. UMMi bukan jenis suka menguLas hal budak2 di sekolah. Pantang UMMi cikgu2 ngumpatkan plajar2 tengah dok ngadap rezki. UMMi selalu ngiungatkan depa, " Jga mulut lidah. Kita cikgu2 ni pown belum tntu ank2 berjaya. Baik2. Takut nnti  Mak ayah hebat anak2 pelesit. Mak doktor ayah lawyer, anak2 belum tentu engineer! Orang2 macam kita ni lah yg banyak ank2 terbiar, jadi macam2..." Keras dan pedas ayat2 cinta uMMI tapi jika dibiarkan mereka leka dgn umpat caci tu kita pown terheret sama menanggung dosa. Tak pown kita menyampok tambah sikit sini sana bagi jadi lagi meriah...

Masa bercakap kita tak sedar kita mengumpat. Membuka aib oghang lain dan mncaci hina. Mnjatyuhkan maruah mereka di hadapan orang lain. Menyebabkan hiLang hormat dan pudar kemesraan yg sepatutnya kita berusaha pereratkan. Lebih menakutkan, UMMi macam dok nampak laa ni Allah swt macam dok bayaQ CASH kerja2 mungkar sekelian hambaNYA. Jepun yg dilanda tsunami teruk tu dikatakan negara maju dgn segaLA kecanggihan teknologi yg mnggerunkan kuasa2 besar dnia. sebesar AMERIKA! Ada yg kata Jepun kna begitu, ditimpa BALA sbb balasan terhadap perbuatan mereka menyiksa dolphins yg seumpama sebuah pesta ria! Lepas satu, datang lagi satu yg lain. MeletuP stesyen jana kuasa nuKlear yg jadi simBOL kekuatan mereka. Diikuti letupan  demi letupan lagi dan ditambah pula dgn gempa bumi yg menambahkan buruk penanggungan seisi negara. Lumpuh industri kereta!

Acheh sebeluMnya bertukar jadi padang jarak padang tekukur... bergelimpangan mayat2 kembung yg baunya menusuk hidung. Tak terdaya dipungut tangan2 halus muLus. Jengkaut mengorek dan mngheret humban macam bangkai ayam yg ditanam satu lubang!   satu dnia nak hulurkan bantuan tapi biLa segalanya adalah dgn ketentuan Allah swt, kuasa mana yg mmpu mengatasiNYA. INilah yg UMi takut sgt. Sgt3... Jgn cuba mncabar kuasa Yg Mh Esa. Biar hnya dgn bisa lidah yg menyebabkan saudara kita susah bergerak. Di hina di mana2 biar hanya dgn lirikan mata yg menghiris rasanya. Dan inilah yg berlaku pada uMMi bila setiapkali nak duduk dekat2 mereka utk suap makanan ke muLut. anehnya UMi tidka tahu yg mereka sebenarnya menyindir uMMi yg gagaL mmberikan kemewahan secukupnya pd ank2 terutamanya AbduLLah sehinggakan RM50 itu mudah2 dicurinya dan diheret ke sana kemari oleh guru2nya, termasuk Pn Guru Besar sendiri, dgn tujuan mmberi pengajaran dan mengaku melakukannya! Namun mereka lupa, AbDuLLah juga anak SITI KARTWI. Dan anak2 SITI KARTIWI hanya dilatih utk berkata yg benar biarpun pahit & menyakitkn. Dan itujualah yg AbduLlah hadapi spt sdr2nya yg lain. Tidak mngaku slaah mncuri RM50 itu umpama mngundang kesakitan yg tidak berkeputusan dan menanggung aib yg bukan kepalang. ABduLLah memilih utk sakit!

Mula dgn diheret keluar dari pintu belakang kelas ketika guru BM sdg rancak mngajar di hadapan. Dibawa ke bilik guru dan di paksa mengaku. "Lah bersumpah dekat2 30x. Ciktu tu dok sughuh gak LAh mengaku.mana Lah nak ngaku. Bukan Lah yg ambik. Budak tu tunjuk duit RM50 tu pada semua oghang. Semua budak tengOk. Tup2 esoknya depa tuduh Lah yg ambik bila duit tu hiLang!..." Kerana kedegiLannya utk mengaku mncuri, Pn Guru Besar bertindak mengheretnya pula ke tengah2 kantin sekOlah., tempat terbuka. Tujuan utk memalukan lagi supaya AbDuLLah sedia mengaku mencuri. Pun AbDuLLah ttap dgn pengakuan tidak bersalahnya. Sejurus kemudian, kelihatan 2 orang pegawai poLis datang ke kantin dan mengheret ABduLLah ke dalam bilik KOMputer. Yg umpama biLik kebaL di sekolah itu. takkan kedengaran apa2 bunyi pun dari luarnya. 

Menurut kata Guru disiplin, Cikgu 'A'," Saya bergegas ke bilik itu utk bantu AbduLlah tapi Pn Guru Besar melarang saya masuk campur...Saya nak buat macamana?..." Kata GK1 pula, " sabarlah Pn Siti. benda dah nak jadi. saya pun tak sangka akan sampai macam nii..."   Bagi uMMi, mudah segalanya bagi mereka, tapi UMi sudah dapat jawapan bagi smeua persoaLan di kepala. " Patutlah anak aku demam sampai 5 hari! Panas seluruh badan dan meracau dalam tidur!..." Kesedihan menerpa seluruh benak... menusuk jantung dan menikam limpa, hati, paru2 dan meracun minda! "
" Sampainya hati depaaaa... begitu punya ramai guru di sekolah tu, sorang poun tak berani tegakkan kebenaran. Sekurang2nya siasatlah dulu!...Allahuakbar! Allahuakbar! Allaaaaahuakbar! "

UMMi naik jumpa Pn Guru Besar utk bagi tau sebab ABduLLah 5 hari tak hadir ke sekolah." Anak miker tak ader ker ngabOr ngadu2 hei kat miker?" Pn GB tiba2 bersuara. UMMi tersentak. " Ngadu2 hei? Saya bukan nak masuk sebelah anak2 saya tapi semua ank saya dilatih jgn suka mengadu domba. depa pun tau...." UMMi mnjawab tegas. " saya suruh lah dia tukar sekolah. Pilih jeeer sekolah mana2. Sk Sg Siputeih? Sk Sg bayor? Sk Toh ratna Sakti? Rntau Panjang? Bukit Bertam? ..." Gb tu bersuara lagi. " Habis tu dia jawab apa cikgu? " UMMi menyoaL ingi tahu perkembangan selanjutnya. AbDuLLah kerat mati pown takkan balik bercerita mmburuk2kan gurunya. UMMi sendiri tak tahu dia kna heret sana sini dan dipaksa begini! " Hah! Diaaaam tak mnjawab. terkebiL2 mcm cicak berak kapur..." Gb itu macam penuh kebencian menjelaskan keadaan." Cikgu, anak2 saya bila nak turun ke sek. saya dah latih dan ingatkan selalu jgn melawan cakap GURU. Jgn mnjawab bila kna marah. Anggap macam mak dan ayah... Hormat. Patuh... Sbb tu lah dia tak mnjwab..." UMMi cuba mnjelaskan juga supaya Gb tu tidak terus buruk sangka. " Lepas tu cikgu buat macamana? " UMMi masih mahukan kepastian. " saya suruhlah dia isi borang! Saya bagi ajer borang tu pada dia. Suruh bagi tau cepat sek mana nak tukar! " Gb tu dgn penuh bangga menjawab. " Habis tu dia buat apa, cikgu?" UMMi masih tak puas hati." Dia jwb, " tak pa lah IBu, kalau Ibu nak jugak saya tukar sekolah, letaklah sek Sk Sri SELama. saya tak boleh pegi sekolah lain. UMMisaya sorang saja yg jaga saya dan adik2. Nanti susah UMMi saya nak hantar kami kalau sekolah berlainan, bercabang2..." GB tu mnjawab panjang.

Tiba2," HaaH! Kurang ajar. Biadap. Aper kamu tak diajar dek mak bapak kamu adab sopan bercakap dgn GuRU. Mnjawab!..." UMMi tersentak dgn jawapan ini. " Apa ker peliknya GB sorang nii..." Dlm hati UMMi menggerutu sendiri. " Cikguuu, tadi bila AbduLlah tak jawab, cikgu kata terkebiL2 mcm cicak berak kapur. Dah jawab, cikgu kata biadap! Ni samapai melarat ke mak bapak ni, naper?" Ummi mula bersuara tegas.  " Mcm nilah cikgu, saya pun nak cepat nii. Mintak izin keluar sek tadi sekejap saja. Saya mai ni nak habaQ kat cikgu AbduLLah tak mai sekolah 5 hari sbb demam. ni saya nak bawak dia ke hospital lah nii.. tak sangka lak dah jadi camni. Nantilah, saya cakap ngan dia. dia adal dlm van di bawah tu...  Assalamu'alaikum Cikgu.." UMMi baru nak melangkah keluar bilik Gb tu bila dia tiba2 bersuara lantang," Huh, nak tukar ke sK sri SeLama. Kalau kata nama anak SITI KARTIWI, jgn kata sk sri Selama, sekolah mana pown takkan terima awak!..." UMMi tersentak lagi sekali. Sedihnya hati," Maknanya bukan fasal RM50 laaaa..." Berderai airmata sambiL turun tangga dan menuju ke van yg di dalamnya AbduLLah sedang menanti penuh tandatanya.

" naper UMMi? naper?   Cikgu buat apa kat UMMi?...." AbduLLah nampak risau bila lihat UMMi menangis." Tak dak apa2. AbduLlah jgn risau. Bukan salah AbduLLah. UMMi dah dpt jawapannya. Salah UMMi. salah UMMi sbb UMMi ni IBu AbduLLah... Itulah punca semua ini. Tempiasnya kena anak2 UMMi. Salah UMMi..." Dan kami ke hospital utk rawatan demam AbduLLah yg tidak surut2. Kata doktor, dia terkejut. AbduLlah pun mengaku, dlm makmaL komputer itu, Polis memaksanya mengaku juga macam Gb dan guru pempuan yg heret dia keluar dari kelas tu. Polis menumbuk2 meja. Suaranya lantang. Mungkin inilah yg buat AbduLLah demam sampai5 hari! Terkejut beghuk!

Dipendekkan cerita, bermulalah era baru kehidupan AbduLLah di sk Srei SeLama. Melonjak pencapaiannya di sek baru ini. Dia sgt happy. Guru2 di sini ada jugak dengar kes di sana tapi mereka heran kerana AbduLlah budak yg sgt baik. Tak macam yg digambarkan guru2 sek lama? Hih! Maka 5A dihadiahkan sbg ucapan penghargaan  kpd semua guru2 yg menerima baik kehadirannya tatKala satu dunia mahu menghempap kepala.... tahun yg melonjakkan nama Sk Sri SeLama. Nak jadi cerita,bila AbduLLah dipaksa keluar, maka 3 adiknya juga terpaksa ikut keluar! dan 3 anak UMMi yg lain ini juga, top list! Hih! 3-3 beradik hadiahkan 5A UPSR pada SK Srei seLama.....

AbduLlah hari ni di SMKA Kerian dgn adiknya juga. Kes itu tidak mati di situ sahaja. Selepas abduLlah dan adik2nya keluar, pencuri sebenar dapat ditangkap. Tapi, tak seorang guru pun datang mintak maaf pada UMMi dan abduLLah. Yg dok heret abduLlah sana sini pown, anak daghanya ikut Jantan sampai sebulan. Anak laki2nya di asrama macam2 kes pelanggaran disiplin. Pn Gb juga berdepan dgn karenah anak2nya. Yg paling teruk adalah.... Allah swt dah bayar CASh! Harap2 jadi pengajaran pada semua! Jaga mulut lidah. jaga tangan kai. jaga samapi ke HATi NURani...Terlepas kita, belum tentu selamat anak cucu... Semua kna beringat2...

AbduLLah sgt aktif di SMKA... dapat melawat macam2 tempat. Dia sgt gembira dan selalu pulang dgn cerita2 hebat tentang sekolah barunya. Apa yg terjadi  di sekolah tu mgkin dia ingat2 lupa. maklumlah, masa tu baru tahun 5 tapi di dada UMMi sarat parut luka penganiaayaaan GURU2 pada semua anak2 UMMi. Pun Allah swt rezkikan mereka cemerLang setiap kali peperiksaan...Allahuakbar3!...

1 comment:

  1. Masih ada yg belum dipaparkan buat pengetahuan UMUM... ini sendiri akn mnjawab tuduhan bahawa UMMi dah jadikan ank2 semua tertekan dan terganggu fikiran... sampai jejaskan plajaran? hah! Budak2 ni ditinggalkan masa merah dlm buaian pown ada. Yg bongsu masih dlm perut uMMi.. camana sekarang nak ambik 10 org dgn tuduhan UMMi tak jaga depa eLok2? Menteri pown tak buat macam uMMi buat pada anak2 UMMi. UMMi boleh buktikan semua ini jika ada yg cuba mncabar!
    So, kepada yg cuba2 nak usik sarang tebuan, fikir2kanLah. Tangan yg menghayun buaian ini boLeh biLa2 masa boleh gegarkan negara dgn berita2 sensasi tentang kedurjanaan seorang bapa, sebeLum, semasa dan selepas bernikah! Hah!
    Rahsia 'kamu' dlm kotak minda ku... jgn bikin UMMi marah ya? Kesabaran seseorg ada hadnya juga!

    ReplyDelete