Thursday, June 2, 2011

KeNDUri KENdeRA : MAKan x sdG MANa, PERut JUga MNDeriTA LAma

UMMi mmg suka sgt bila dijemput makan knduri. Bkn sbb nak sgt makan free tapi seumpama pintu kebajikan terbuka luas utk UMMi mnyambung siLaturrahim yg mungkin terputus, merapatkn yg renggang dan memesrakan yg kurang berinteraksi sebeLum ini dek kesibukan beraktiviti memnuhi tuntutan dan keperluan peribadi sehari2...  Di celah2 itu UMMi ambiL kesempatan juga utk perkenaLkan ank2 UMMi pada sanak saudara dan rakan taulan teman kenaLan UMMi yg tersayang. KeLak biLa mereka bertemu di mana2, bOlehlah senyum dan bertegur sapa. tak payah tunggu  UMMi yg lakukan semuanya. Camtu pown, kita dah memakmurkan bumi ALLah dgn menyebarkan SALAM merata2 dan memeriahkan bumi dgn akhLak mulia kita berkasih sayang sesama kita dan saling hormat menghormati serta menerima kehadiran masing-masing seadanya... DL HATI UMMi ini terLalu sarat dgn kasih sayang dan UMMi nak kongsikan denga sekeklian makhLuk di bumi, di langit dan di antara keduanya...

ALLahuakbar3!!!... 28 May 2011 itu jatuh pada hari SAbtu Banyak jemputan kenduri hari itu dari SELama samapi Sg BayOr. UMMi cuma ingat 3 buah rumah yg UMMi yakini UMMi dapat hadiri. Bermula jam 11.30 pg UMMi dahului dgn kunjungan ke rumah bekas pelajar UMMi di Taman Nisa. Banyak gambar yg uMMi muatkan dlm album UMMi. Pembaca sekelian boLeh tatapi kemeriahan majlis di rumah itu. UMMi hanya jamah sesenduk nasi minyak dan seketuL ayam goreng rempah yang di potong kecil2 serta 3 potong tembiKAi. selesai makan smeuanya UMMi legakan tekak dgn air oren segeLAs keciL sebeLum UMMi ucap terima kasih dan pamit pada tuan rumah.
Mereka antara yang UMMi temui di rumah kenduri ini. lama terpisah dek aktiviti  sendiri memenuhi  tuntutan  memenuhi keperluan perbelanjaan hidup masing2...


Seterusnya UMMi bergerak ke Taman Kaya pula. SubhanaLLaaaah! Meriah banget kenduri di rumah ni... ada cendOL, ada syrup ada juga bubur, laksa dan ayam goreng ala kentucKy... di satu sudut yg lain, UMMi nampak ramai orang berkerumun. UMMI dekati dan nampak palajaQ tingkatan 4K1 sedang sediakan ROTI KIRai... waaaah! asyik maksyuk UMMi tengOk dia buat. sikit pown tak nampak kekOk. Dlm hati UMMi ras asgt bangga sbb dia dah ada sedikit jaminan masa depan jika dia gagaL SPM keLak.kelas tu mmg terkenaL nakaL...tak suka belajar! Hahaha... nakaL gak UMMi berfikiran begitu kan? Tak baik kan? hih!
Utk bhgn ini pown UMMi sempat rakamkan gambarnya.nanti UMMi sisipkan buat tatapan pembaca ya?...
UMMi asyik maksyuk tengOk plajar UMMi sediakan Roti Jala utk tetamu yg ramai. Wajahnya bersahaja. tiada rungutan sama sekali. Pada hal kerja ini tanpa henti dek hebatnya smbutan orang ramai terhdap RoTi Jalanya... syabas sayang! Bila berniaga nanti, aga WAKTu SOLAt juga ya? hih!


UMMi tak makan nasi juga di rumah ini. UMMi hanya biarkan ank UMMi ambiL lima ketuL rOti jala dan kuah kari. UMMi tak makan pown. Anak2 yg beeselera mengunyah. Hah! uMMi jatuh hati pada cenDOL... UMMi mendekati meja itu dan sudah sedia dua petugas mengisi mangkuk demi mangkuk yang lenyap dalam seketika. Malangnya UMMi terpandang jari pemuda itu terceLup sama dlm mangkuk cendOl yg di cedOknya. UMMi tak mau yg aitu. UMMI ambiL mangkuk baru dan minta petugas di sebeLahnya isikan utk UMi. Dia perasan  dan menjeling ke arah UMMi... UMMi senyum saja. Bukan semua faham etika kerja! hahahaha... Rambutnya pown UMMi tak berkenan. Mukanya?... Mudah2an dia mmg dilahirkan berwajah begitu. Bukan kerana tidak disirami wudhuk! Hah! Aper lah UMMi ni...dok pikiaQ hak bukan2...AstaghfiruLLaaaaah...
Ummi berkesempatan bergambar dgn tuan rumah dan salah seorang ank Tok Iran... UMMi harap persaudaraan kami kekaL mesra selamnay sampai ke SYURGA..tegur2lah uMMi jika berjumpa di pekan...hih!


UMMi bergamabar jugak dgn tuan rumahnya. MMg cantik pengantin hari tu tapi UMMi gagaL dekati bahagian peLamin sbb sejurus pengantin sampai, mereka dikerumuni jurugambar dan pasOkan kompang yang lunak merdu menyanyikan 3-4 buah lagu bertemakan " Selamat Pengantin Baru"... UMMi bergerak pulang. Ada lagi sebuah rumah nak kena pergi. Melintas di suatu sudut, UMMi nampak yang lebih menarik. Pon UMMi dah rakamkan sbg kenangan. Kawan UMMi, CikGu Hamsan yg sekarang dah naik pangkat jadi Guru besar SK Sg BayOr sedang cuci pinggan mangkuk. MAsyaALLaaaah... UMMi terharU. Bagusnya sifat dia yg merendahkan diri begitu. Biasnya Guru Besar2 akn dtg sbg tetamu kehOrmat. Datang bersambut...duduk pon tempat2 yang eLok. Tapi Ckg Hamsan dah pamerkan teLadan yg baik. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya kan? Syabas Cikgu! UMMi tabek sPriNg kat U....hih! Harap ank2 UMi contohi sikap baik ckg itu...
Bukan senang nak cari GURU BESAr yg sanggup buat kerja cmni... Main dgn pinggan mangkuk kotor tapi tetap ceria sambiL bergurau senda denga pasokan petugasnya. DuLu ank2nya UMMi ajaQ... MMg kuah dah tumpah ke nasi. Mereka juga ringan tuLang!  SyabaS Cikgu !

Sewaktu melintas kawasan rumah cikgu Zakaria UMMi terpandang dua petugas bahagian AyaM goreng Kentucky sedang cuci tgnnya... kawannya cedok air dari dalam tong biru dan jiruskan tangannya. Itu kira bagusLah tapi yg tak sedapnya, UMMi nampak dibawah tangan yg dijirus itu sedia menanti seraga ayam mentah yg mungkin bmahu dibilas juga! ALaaahai! camtu ka depa cuci ayam tu. sepatutnya dgn 'air lalu'... Pasang paip deras dan cucur dari atas ke bawah. Boleh jugak laa nak jirus dari atas tapi jgn basuh tgn atasnya dan ayam tu menadah di bawah...aLaaahai! AlhamduLiLLaaah. UMMi tak makan ayam goreng tadi... Dah laa cendOlnya ceLup jari! hih!...Bila dah banyak2, akan jadi camni laaah. Tn rmh tak tau apa2... kita yg manbantu nilah kna faham hukum hakam. amanh terhadap tudasan yg diberikan... Bagi makan oghang ghamei kna jaga bab kesuciannya... bukan senang....bukan sennag...mmg bukan senang! Alaaahai...!

Kami berhenti di rumah sebelah masjid Tok Karim... meriah sejak semalam lagi sbb letaknya betul2 tepi jalan.  di sini ada ayam sajian AYAM PERCIK dan CinCAU ais. UMMi tak makan nasi sbb katerernya uMMi dah tahu apa menu yg biasa disajikannya. Pi mana pown kalau dia yg ditenderkan, memang itUlah saja lauknya. UMMi nakkan kelainan. UMMi pown makan seracik ayam PerCik. Secubit jeeer. MMg perut dah tak boleh terima daah sbb dah banyak minum cendOl tadi...  Di sini jumpa lagi beberapa orang kesayangan UMMi. sempat juga bergambar. ANak2 mesti kenal mereka. INi bukan orang lain dengan kita. teruslah berhubungan meski UMMi sudah lama tiada...
ustaz fuad dan pak Cik InspecTor Bas red ribbOn Omnibus Ltd... Mereka juga banyak mmbantu UMMI sepanjang laluan mndidik dan mmbesarkan anak2 10 orang ini... 

Mak Su, Kak Ita dan cucu mereka....Antara pekerja2 am sekOlah yg rapat ngan UMMi...


UMmi tak berhajat duduk lama2 sbb UMMI tengOk matahari dah tinggi. ZoHor dh semakin hampir. Jika lambat samapi ke rumah, anak laki2 uMMI akn terlepas pahala berjemaah di masjid. Tiba di rumah, abd Rahman dah sedia menanti, " UMMi pergi mana lama sgt? " dia bertanya. " Laaa, satu SELAMA orang berpesta kenduri kendara, hang tanya UMmi pi mana? aLaaahai. sempat lagi. hang pi yg terdekat tu. Sebelah masjid Tok Karim..."  Dia tersenyum tapi akur dgn suruhan UMMi. Petang tu kami lena ..senyum anak beranak sbb masing2 ditindih macam2 dlm perut. UMMi masih teringat lazatnya Ayam Percik Posmen  Din @ Din PoW....

Malam... 3.45pg Isnin 29 May 2011... UMMi terbengun dari tidur sbb perut rasa sgt memuLas... tak sempat ke tandas. UMMi bergegas ke bilik air yg berdekatan... %$#@&?... Dan masuk hari ini sudah 5 hari UMMi diarrhea ! sgt menderita sbb UMMi ada banyak kerja sekOlah nak disudahkan. UMMi tahan kesakitan yang datang berkjaLa. apa saja yg masuk ke  perut UMMi akn keluar semuLa dgn mudahnya. Pejabat sekolah berkali2 menghubungi. UMMi akur perLu menyudahkan tugasan ... Kesakitan ini hanya UMMi dan DIA yg mengetahui... Naib pengetua didesak PPD... SU Peperiksaan nak balik kpg bercuti... Guru2 dipanggiLkan sudahkan kerja segera...

Soalnya skrg...apa punca sakit perut uMMI ini. Mengapa sampai dah lima hari masih belum reda? Keracunan makanan? Stress ? CenDoL  atau Ayam Goreng KentucKy ? Mungkin juga usia yg memungkinkan perubahan hormones dlm badan? Wallahua'lam. Yg pastinya, makan tak seberapa, tapi PerUt UMMi menderita lama.  Kenduri , kendera atau kenDERA? Yg menakutkan UMMi sekaranag, lusa 4hb akan bersusun lagi jemputan kenduri... ALLahuakbar3!!! Sembuhkanalah sakit perut ku iniii... AKu hanya mahu merapatkan silaturrahiiiiiimmm... Tak dapat makan pown tak apaaa... HATI ku sarat rasa CINTA... nak jumpa semua dan bermesra...BerGAMbar juga...heee...

No comments:

Post a Comment