Sunday, February 6, 2011

1984 : No Ordinary Year 111

Lnngkah pertama UMMi adalah dgn membahagikan plajar2 kpd 3 kumpulan kecil. Pandai ( P ), Sederhana, ( S ) Berpotensi Lulus ( BL ). Yang hari ini orang namakan GALUS, HALUS  dan macam2 lagi dgn istilah orang sekarang. UMMi senyum saja sbb UMMi dah mula lama dulu. Sgt berkesan jika kita ikhlas berkhidmat kerana Allah swt. Berusaha tanpa mengharapkan bayaran. Mana ada  Skim Baucer Tuisyen dulu. Gaji pun kecil saja tp UMMi rasa sgt berkat.

Peraturan ke-2 adalah dgn mewajibkan semua pelajar2 solat jemaah. Mesti bawa telekung dan yang lelakinya sediakan kopiah dan kain pelikat. Ting saja loceng, semua bergerak ke masjid yg berdekatan. Kami solat bersama. Kemudian berjalan kembali ke sekolah. Cantumkan meja dan sama2 buka bekalan utk dinikmati bersma. Utk ini UMMi terpaksa bangun jam 3 pagi. masak nasi dan sediakan lauk. Kantin sekolah samapi jam 1 tghari saja! Bila UMMi makan, plajar2 tengok dgn ekor mata., UMMi hairan sbb antara kami masih ada jarak yg memisahkan. Mereka masih ada rasa rendah diri utk mesra dgn UMMi. Susah betul nak rapati mereka biar pun sma2 berdiri dlm saf, solat fardhu berjmaaah. UMMi intai dlm bakul sampah bila selesai makan. Merka cuma makan nasi berlaukkan ikan sungai goreng berlada dan di siram kicap! Bungkus dalam daun pisang. Macam2 daun! OOooo... UMMi dah tahu apa silap UMMi. Mangkuk Pyrex dan bekas Tupperware merenggangkan kami rupanya!

UMMi dekati mereka ketika makan. Minta minta nak rasa lauk mereka. UMMi pun bungkus dalam daun pisang nasi bekalan UMMi. terbeliak mata mereka tengok UMMi makan macam mereka. " Teacher teringin nak makan lauk mcam awak. Bawaklah lebih sikit esok ya?" Ummi memulakan bicara, pada suatu hari, ketika makan tghari. Dan keesokan harinya mereka bawakan UMMi lauk 'Puyuh Rendang Berlada", " Goreng Kicap ayam Kpg", " Daging Masak Merah"... Subhanallaaah. Bukan ini yg UMMi harapkan. " Teacher dah biasa ngan lauk2 begini di kpg teacher. Boleh tak bagi teacher rasa lauk mcm orang sini mkn. Ulam2 dan ikan sungai. Gerik kan terkenal dgn semua tu?..."  Seperti yg UMMi duga, esoknya itulah yg UMMi dapat. Sedapnya masakan kpg mereka dan UMMi belajar makan ulam2an yg sebelum ini UMMi sndiri tak pernah suap ke mulut. Tak pernah dengar pun nama pucuk itu dan pucuk ini. UMMi makan saja. Mereka kata elok utk kesihatan. " Oghe tino molek make ulke2..." UMMi senyum jugak walaupun pahit lekat ditekak! Ubaaaat! Suap saja mana yg mereka hulurkan pd UMMi. Ada juga yg tersenyum berbisik tengOk UMMi berkerut waktu mengunyah... Sabar ajer... demi sebuah misi yg murni tersirat di lipatan hati. UMMi dak dekati pelajar2 ini dan tawan hati mereka sehinggakan mereka tak lena tidur ingatkan UMMi. waktu itu, UMMi yakin, UMMi akan mudah mengajar mereka sbb UMMi sdh ada dlm setiap hati pelajar2 ini... ibarat orang bercinta. Kentut busuk pun dihidu wangi sbb kasih yang tebal menguasai jiwa raga! hahaha...

" Teacher, mak kami kata esok teacher tak payah bawak bekal dah..." Seorang pelajar yang sejak pagi gelisah berbisik2 dengan kawan2nya tiba2 berusara ketika UMmi sedang asyik menulis di meja guru. " Ha? Kalau tak bawak bekal, teacher nak makan apa? Kantin bukan buka sampai ptg. " UMMi mmbalas kata2 plajar itu. " Mak kami pakat2 nak gilir2 masak. Teacher tak payah bawak bekal dah. Mak kami sedia bekal..." ....Subhanallaaaah! Dah sampai tahap itu mereka ingatkan UMMi rupanya. Dan ini menjadikan tugas UMMi seterusnya mudah dan lancar!

Langkah ke-3 UMMi, Kelas Tambahan yg wajib utk semua pelajar. Setiap hari sehingga Jumaat. Kumpulan P, S atau PL... UMMi ajar semuanya setiap kali lepas makan tghari. Tidak ada sorang pun yg dibenarkan ponteng! Sebenarnya, pada tahap ini, UMMi tak perlu terlalu tegas dah sbb mereka sgt sayangkan UMMi. Sebutlah apa saja, mereka akan menurut kata. Mmg diluar jangkaan guru2 lain. UMMi diperli sebelumnya. Dipulaukan. Diadukan macam2 pd Guru Besar. UMMi pendam kepedihan di hati. Nakkan yg  baik, mesti siap siaga utk bayar harganya yg mahal. UMMi nakkan pelajar2 berjaya. UMMi kna tahan mulut2 celupar laser yg tidak faham misi perjuangan UMMi  ketika itu. Bukan snang nak pecah tradisi. Bersembang. BerkumpuL mengumpat jilat. Ponteng mengajar. Belum lagi UMMi cakap fasal gila pangkat! KBSR baru nak diperkenalkan. Guru2 berlumba2 nak jadi key-personal. sejam mengajar berapa RM dah mereka dapat. sedihnya, pelajar2 di sekolah terabai teruk!

Langkah ke-4? Sabtu dan Ahad hanya Kumpulan P ( target Group ) UMMi jemput ke bilik UMMi. Ibubapa wajib hantar anak2 mereka ke bilik UMMi tepat2 jam 7pg dan jemput semula jam 7mlm. Mereka akur juga! UMMi jaga makan minum. UMMi uruskan solat dan ngaji quran mereka.  Ini kelas intensif  lima subjek Penilaian Darjah 5! MMg sgt memberangsangkan bila quran dan solat dijaga rapi. UMMi dah mula nampak bayangan kejayaan tapi tak berani lagi nak suarakan pd Guru Besar. UMMi mahu jadikan ini sbg kejutan besar dan hadiah kenangan sebelum UMMi tinggalkan sekolah ini  utk mengikut suami bertugas di Pahang. Menjelang hari peperiksaan, UMmi sudah tiada kerisauan lagi. UMMi lepas mereka dgn doa dan redha. Melangakah dgn Kalimah Bismillahitawakkaltua'alallaaaaah...UMMi sudah tiada peranan lagi waktu itu melainkan berdoa dan berselawat di luar dewan peperiksaan memohon kurnia Ilahi utk membantu plajar2 UMMi.

1 comment:

  1. DIA bersama hamaba2NYA yg benar. Yg mnginginkan kemajuan dan kedamaian. Bekerja tanpa megharapkan balasan atau pujian..bahkan ganjaran atau sanjungan. UMMi sudah melaluinya dan HATI UMMi sgt sejahtera dgn apa yg dianugerahiNYA... UMMi sgt BAHAGIA ...

    ReplyDelete