Saturday, February 5, 2011

1984 : No Ordinary Year II

38orang pelajar semuanya. sek kecik. atasnya jaring2 macam dinding reban ayam rumah atuk dulu. Dua tingkat. atasnya Bilik Guru. Sebelah Bilik Guru, pejabat & Bilik Guru Besar...En Nasarah. Yg Ummi jarang2 jumpa walaupun setahun mengajar di situ, sbb dia sakit kronik. Keluar masuk wad. kami selalu ditinggalkan sendirinan menguruskan kelas dan plajar2. Begitu pun, guru2 tidak serius curi tulang. Ustaznya seorg saja. agak berusia dan berhemah orangnya. Dialah yg menguruskan segalanya di sekolah sewaktu ketiadaan Guru Besar.

Ummi muda waktu itu. Sangat garang dan tegas. Dengar saja derap kasut tumit tinggi UMMi, plajar2 yg riuh rendah tadi senyap sampaikan jika jarum sepucuk pun jatuh, boleh didengar guru yg berdiri di depan kelas atau yg lalu lalang. Hah! Tangan melibas feather duster. sapa bergerak dari kerusi mmg kna libasan tu. Bukan UMMI sengaja buat begitu tp sewaktu UMMi samapi ke sek tu, sekolah tu sgt bermaslaah. Semua subjek UMMi kna ajar kecuali BM. Tukar subjek saja bila mengajar. tak payah tukar kelas atau pelajar2. Bising dan lasak plajar2 kelas ni. MMg tak makan saman. Hanya bulu ayam tulah ubatnya nak bagi mereka diam dan patuh mendengar. Sgt pedih hati UMMi terpaksa berlaku keras dan tegas begitu tapi siapa yang faham deritanya hati UMMI bila tengok carta pencapaian  Penilaian Darjah 5 sekolah itu setiap tahun! Yg lain2 UMMi tak kisah sgt tp BI mmg terang2 0% ! Mustahil... mustahil... UMMi langsung tak boleh terima... Mustahil sangat2...

Baru nak duduk di meja guru, UMMi dah terangkat semula. terkejut sebab ada seorg pelajar dlm kelas itu yg nakalnya mencabar kesabaran semua guru2 yg mengajarnya sebelum ini. Dia akan curi2 bangun dan sengaja menolak kotak pensel tin pelajar2 lain. Mana tak terkehjutnya UMMi! Lepas tu dia akan turis dgn pisau lipat 10sen yg senang2 didapati dari edai2 berdekatan. Kononnya utk asah pensel tp dia guna utk lukakan kawan2. anehnya, tak siapa pun yg berani ambil tindakan terhadapnya. UMMi hairan. Sgt2 hairan nakalnya melarat dan menjadi parah sehinggakan pelajar2 lain ketakutan. Maka, dari situlah datangnya idea melibas bulu ayam setiap kali UMMi melangkah masuk ke kelas itu. Siap dengan amaran, " Sapa bangun, terkena libasan dan luka, calar, lebam atau buta, boleh balik ngadu pada mak abah. Teacher mmg nak sangat jumpa mak abah awak!...." Jauh di sudut hati UMMi ni sebenarnya ada juga rasa takut. Mmg Ummi tahu UMMi dah melampau tp cubalah kalian letakkan diri kalian di tmpt UMMi. Class management atau Class controL kalau gagal, macamana nak mengajar? Mahu tak mahu, UMMi pujuk hati utk bertegas. Firasat hati, keadaan itu tidak akan berpanjangan...

Alhamdulillaaah. MMg tak lama pun. MUsalman, Ketua Kelas tu budaknya lembut dan berbudi bahasa. Tak ada yg takutknan dia. Jd umpama boneka. Mmg kasihan tengok dia memujuk mereka yang lain duduk diam. Tidak diendahkan. 'MH' paling nakal. Yang suka menimbulkan masalah setiap hari. Kaki bully. Yg UMMi kata suka melukakan kawan2 tu laaa! Pelajar2 lain macam tikus takutkan kucing jadinya. UMMi mmg kna tegas dan keras utk selamatkan keadaan. Guru Besar tidak boleh dibebankan dgn masalah begini. Jantungnya akan memberontak lagi dan ICU jugalah tempat dia saban hari. Utk elakkan semua ini, UMMi seumpama bertindak sendiri menyelesaikan masalah pelajar2 yg  semakin diluar kawalan.

Anehnya, firasat hati kuat mengatakan pelajar2 ini cerdik dan berpotensi. O& itu sedikit pun tidak munasabah bagi UMMi. Mereka boleh digilap jika UMMi sanggup berkorban masa dan tenaga mengajar mereka lebih masa. UMMi dpt pun tatkala'nyawa dah di halqum'. Namun, hati UMMi tidak sama sekali membenarkan UMMi menyerah kalah. UMMi yakin, UMMi mampu mmbuat 'upset'... Rahsianya ada dlm al quran. Lalu UMMi mula membuat peraturan sendiri. kelas itu kelas UMMi. Ummi Guru Kelasnya. UMMi yg mengajar 90% subjek2 hariannya. Maka UMMilah  yg akan dikuburkan hidup2 jika semua peratus pencapaian Penilaian Tahun 5 tahun itu jatuh setruk-teruknya! Takkan lah UMMi nak biarkan reputasi UMMi dienjak2 begitu rupa!

1 comment:

  1. Meski banyak tangan yg berusaha meranapkan bangunan binaan...meski banyak mulut yg cuba mencemarkan maruah pejuang menegakkan kebenaran...meski bercambah ancaman dari pihak yg berkuasa dan berkemampuan mmbinasakan impian...UMMi 'senjata itu sndiri akan makan tuan' kerana tanpa izin dan limpah kurnianYA...siapalah kita ... apa sangatlah daya dan upaya anda!... Jika dia mengkehendaki, segalanya WAJIB terjadi...!!!

    ReplyDelete