Saturday, February 5, 2011

1984 : No Ordinary Year

" Dlm senang ada susah. Dalam susah ada senang. Teruslah kamu bekerja. kepada KAMI kamu berserah."
Sesuatu yang kita tak minta. Sesuatu yg kita tidak harapkan. Jika terjadi juga. Jika datang juga. Jika dapat juga. Jika ditakdirkan juga. Maka yakinlah bahawa itulah yg terbaik buat kita, istimewa dariNYA. Msti bersabar menerima. Redha menghadapi kenyataannya. Tersirat di sebaliknya, khazanah hikmah yg x ternilai nikmat pengajarannya. Justreru segalanya adalah pendidikan langsung kiriman langsung dari Yang maha Esa.

Tahun pertama di Gerik, Perak. Sk Ayer Panas. Daerah yg langsung tiada dlm rencana idaman. Tidak terbayang pun sekolah ini dlm kotak ingatan. Daerah yg berliku2 jalanrayanya utk sampai kemari. Muntah lembik orang yg lemah. Bas berjam2 sebuah. Utk ke KL, hanya seminggu sekali disediakan kemudahan Bas ekspress! hari Jumaat sahaja.

Sk Ayer Panas betul2 tepi jalan besar, 3 batu dari pekan Gerik. UMMi caripenginapan di pekan kerana ada guru yg sanggup tumpangkan UMMi setiap pagi ke sekolah ini. Rezki UMMi baik sbb dapt tawaran tinggaL dgn Pn Khamsiah YeOp, guru di SMk Sultan Idris, yg tidak lama kemudian jadi Timbalan Menteri Koperasi
Bilik yg UMMi sewa tu RM70 sebulan. Sempit tp selesa sbb ada pangkin. UMMi alaskan dgn tikar mengkuang yg mak bekalkan dari kpg. Tiga helai. Yg atas sekali utk alas makan. Yg tengah sesuai sgt sbg tilam  lapik tidoQ dan yang bawah sekali utk elakkan sakit dahi sujud soLat harian UMMI. Disitu makan. Di situ juga UMMI tidor dan soLat!. Di celah2 pangkin tu adalah sedikit ruang utk memasak. RM70 sebulan! Yang bestnya, ada bilik air sendiri. Maka privacy tetap terpelihara.

Ummi suka memasak. Ruang masakan ini UMMi munafaatkan sepenuhnya. Ckg Khamsiah juga baik hati. UMmi tenang menjalani kehidupan meski sendirian siang malam di kamar itu...Banyak masa utk merancang P&P seharian. Orang2 gaji Ckg pun mesra ngan UMMI. Bila lapang akan datang layan UMMI sembang2. Sebelah dinding pula bini ADO rajin bertandang. Hulur macam2 sbb simpatikan UMI yg sepi dipagari dinding konkrit. Sebenarnya UMMi ada bela kucing2 jalanan. Merekalah teman tidur UMMi. Tak rugi makanan yg berlebihan.

Kucing2 tu sewaktu UMMi jumpa, hidup segan mati tak hendak. Nyawa2 ikan. UMMirebuskan beras. Ceduk airnya dan suapkan mereka biar bertenaga semula. Mula2 mmg susahlah sikit tapi lama kelamaan, gemuk sihat! Purrr...purr...purrr setiapkali UMMi pulang dari sekolah.. Hilang rasa letih dan lesu bila mereka berlarian mneyambut UMMi setiapkali turun dari kereta. Patutlah Rasulullah saw sgt sukakan kucing. Mereka cepat manja dan mudah dididik. kadho hajat pun di luar. macam diajar2. Sungguh membahagiakan meski kerja sedikit bertambah kerana perlu menguruskan juga makan minum mereka.

1 comment:

  1. UMMi cuma nak nasihatkan GURU2 sekarang agar tidak terlalu memilih sek di mana mereka ditempatkan. Jika hndak tahu sejauh mana hebatnya kemampuan mendidik anak2 bangsa, cubalah berdepan dengan yg paling lemah dan di daerah yg paling payah! Jika anda mampu bertahan dan menghadiahkan sumbangan kejayaan yg cemerlang...itulah diri anda sebenarnya meski dnia d segala isinya menafikan keupayaan anda !... terimalah cabaran dgn hati yg terbuka kerana selama mana anda merasa selesa di kamar anda bersandiwara...anda belum cukup teRRoR ! hahahaha...

    ReplyDelete