Sunday, February 6, 2011

CoNGRatuLaTiONs : Am I No Ordinary III

Kini tiba masanya UMMi akan ke sekolah. Atuk hantar sekali shj. Serah pada guru besar, Mr Anthony Kanikasamy. Beragama Kristian. Sekolah itu guru2nya 90% bukan Islam. 10% itu guru Bahasa Melayu dan Ustaz @ Ustazah. Garangnya mereka ngalahkan singa. Masuk saja kelas, memang sah berlambak kerja2 latihan kena buat. Hebatnya mereka, tiada yang culas! Sebelum waktu, sudah terpacak di pintu kelas. Sebelum yang ada keluar, yang baru sudah menunggu giliran dengan senyuman. Penuh makna! " Siaplah kau orang." agak2nya itu yang mereka fikir ketika melemparkan senyuman itu pada kami.

Mr Damudram yang buncit perut suka menabuh budak2. Sekali dia tabuh, tersungkur keluar kelas, masuk longkang dan berdarah bibir. Anehnya tiada yang balik mengadu pada mak abah! Guru Mathematics pun begitu juga. Suka pulas perut sampai berkerut dahi. Belum masuk lain2 guru lagi! Semuanya sudah sediakan habuan bagi yang tidak siapkan kerja2 sekolah! ' System Is Power'... sampai sekarang motto itu terpampang megah di sekolah UMMi ini. Dulu dikenali sebagai National Type Primary School (NTPS . MMg kami dilatih kuat kerja. Tahan denda atau kesusahan kerananya  dan tidak mengeluh banyak atau letihkerana menyudahkan semua tugasan!

Ustaz @ Ustazah mmg kelas pertama.semuanya sbb bila mengajar, tembus jantung berkesannya penyampaian mereka. UMMi sgt berpuas hati sampai sekarang. Apa yg UMMi dapat dari mereka, sampai sekarang UMMi boleh gunapakai utk kemaslahatan kehidupan seharian! Demikian sekali kesannya P&P di zaman persekolahan UMMi. Agaknya UMMi ni lahir dari cantuman darah askar dan perempuan pondok pengajian agama, makanya UMMi mmg lasak dan berani. Kuatnya bersukan sampai gah nama satu Selama.
Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Lari pecut 100m, 200m, 4 x 100m dan Lumba Lari berhalangan adalah antara yg UMMi paling suka dan mahir. Merata cikgu2 bawa berlawan. Balik nanti, menggondoL piala, bergayut medaL di leher dn tangan menggenggam sijil pengharhargaan dan sijil2 kemenangan. Meski pun begitu, pencapaian akademik tetap diutamakan dengan jurulatih yang sama juga mengajar di kelas. Di padang UMMi dan dia macam kawan. Bila berada di kelas dia sangat serius mengajar sehinggakan UMMi rasa malu jika gagal atau merosot pencapaian!

Dlm HATI UMMi sudah tertanam misi dan visi. UMMi nak jadi athlete negeri Perak  . UMMi nak ke MSSM di mana juga diadakan. UMMi berlatih dgn bersungguh2 sehinggalah ditawarkan ke MSSM, d Kuantan. Berjaya membawa pulang sijil dan piala kemenanagan. Nama UMMi sudah semakin popular di daerah UMMi sndiri. UmMi pula suka masuk acara terbuka di mana2 majlis sukan  sekitar Daerah LMS dan Selama. Badan sudah keras macam jantan. Bila mak urut, mak akan mengadu sakit2 tangannya kerana daging yang pejal terik dan keras.

Di NTPS inilah bakat UMMi sebagai pemidato digilap. Public Speaking, Singing, Dancing dan macam2 lagi. UMMi dilatih jadi  debator. Berfikir secara kritis dan puitis. Dicelah-celah itu memikirkan alasan , sabab dan musabab serta. Sebagai pengucap awam UMMi perlu aktifkan aktiviti mmbaca. Itu sangat2 mmbantu UMMi berucap dan berdebat lantang dgn bukti2 yang sukar disangkaL pihak lawan. Memang seronok sangat dapat bergerak merata pelusuk daerah LMs, sampai IPOh dan lain2 negeri bila dijemput berdebat. Lagi seronok bila pulang bawa kemenangan dan diumumkan Guru Besar di hadpan perhimpunan mingguan. UMMi dipanggil ke hadapan buat persembahan semula dan disampaikan hadiah beserta pujian berjela2. Sungguh indah dunia UMMi tatkala di bangku sekolah rendah. Hingga ke peringkat menengah dan Kolej di mana bakat kepeimpinanan UMMi pula digilap pensyarah2 yg sgt berwibawa dlm bidang masing2. Sukan badminton jadi pilihan kali ini... dan UMMi mula menyampaikan ceramah2 di pentas2 majlis ekslusif !

Tibalah masanya UMMi sedar betapa bijaknya Atuk mengatuir langkah mendidik UMMi sehingakan UMMi mebesar tanpa rasa ketakutan utk berdepan dgn cabaran di hadapan mata. Merantau sendirian di negeri orang. Setiap kesusahan UMMi mampu atasi tanpa kenal putus asa. Sentiasa ada jalan keluar utk setiap kesulitan. Inilah yang Atuk cuba terapkan dalam diri UMMi sehinggakan tiada masa utk UMMi bazirkan di usia kanak2... Syukran Atuk Inilah sedekah jariah Atuk yang akan mencerahkan kuburan Atuk di alam barzakh! Baru UMMi nampak dan faham misi dan visi Atuk dan Nenek. Atuk meninggal dunia ketika usia UMMi baru mencecah 11 tahun. Kemudian Nenek pula tinggalkan UMMi. Diikuti abang kesayangan yg satau2nya berani menegur kesilapan UMMi yang lasak tak kenal jantan betina bergaul luar rumah! Berani UMMi mmg semua orang kpg tahu ! tak padan dengan fitrah UMMi yang lahir ke dunia sebagai perempuan! Hi! Hi! Anak bekas tenteralah katakan!  Darah perantau. Darah pendatang dari seberang! Anak yg lahir dari keturunan dagang perantau! Keturunan yang datang sehelai sepinggang tapi dek kegigihan bekerja dan taatkan perintah Allah Taala, mampu membina empayar kekayaan yang kemudiannya menjadi perkongsian bersama tanpa mengenal bangsa dan agama, darjat dan rupa. UMMi baru nampak hikmah takdir diri UMMi yang tersirat sekian lama tersembunyi dari pandangan hati UMMi.

Hikmah UMMi kehilangan semua orang2 kuat kesayangan UMMi dalam keluarga. Ayah, Atuk, Nenek dan Abang. UMMi rebah ke pangkuan satu-satunya wanita yg sabar melayani karenah UMMi yang lasak bersukan dan berpersatuan, ibu UMMi sendiri! Menjelang waktu itu, usia UMMi sudah mencecah dewasa. Cabaran berbeza pula rakus menerpa!

1 comment:

  1. Kejayaan UMMi hari ini adalahatas dOa dan usaha berterusan mereka2 yg cemerlang dahulunya. Mak, atok, Nenek, Abang, Guru2 dan masyarakat sekitarnya yg sgt2 mndidik jiwa UMMi. Persekitaran yg merangsangkan minda d menyajikan pengalaman tanpa batasan mnjadikan UMMi bersedia kini utk sebarang cabaran dan rintangan. Betapa indahnya rencana ALLAh swt untuk seorg anak yatim yg diputrikan jauh di pedalaman... Tiada kemudahan air dalam besi atau api dlm kaca...sekadar pelita minyak tanah dan air telaga ! UMMi semakin rasa hamba yg ISTIMEWA di sisiNYA...pilihan sejak lahir ke dunia utk sebuah tgjwb yg amat muLia mski berat pd penanggungan jasad d jiwa...Allahuakbar3!!!

    ReplyDelete