Tuesday, February 22, 2011

IBU TuNggAL : InDAhnya TAKdir DiRiku

Dulu... bila UMMi toLak MRSM Arau Perlis utk ank suLung UMMi. ramai org kata UMMi giLa. Bodoh. ToLak TUAh. UMMi nak kata apa wakTu itu! Sdg UMMi asyik menyEmak buku2 latihan pelajar2 UMMi di BIlik GUru, meluru masuk seorg lelaki berkedudukan, " Awak tau dak Fatimah tu sapa? Dia ank emas saya tau? Apa jnis ibu awak ni. tak kenaL potensi anak sendiri? Awak tau dak cita2 dia nak jadi apa? Dia nak jadi doktor! Yg awak pi hantar dia sek agama tu wat apa. Esok bila keluar kigha ceramah kat oghaaaaag jaaa!..."

Bukan UMMi tak sedih dia marah2 UMMi depan guru2 lain camtu. CUma UMMi faham kasih dia pada anak sulung UMMi sgt tbaL. " Terima Kasih Ckg. Saya tahu ckg keciwa. Saya tahu dia nak jadi DokTOr. Saya yg bela dia selama nii. Soghang ckgu! Saya bela sepuluh oghang soghang2 dighi. Saya bukan saja kenaL Fatimah soghang. saya kenaL semua. Tpi sekaghang saya tak boleh nak jelaskan tindakan saya. Tunggulha 10-15 tahun akan dtg. Ckg akan faham Ckg sendiri akan dtg jumpa saya..." Itu saja yg mmpu UMMi jelaskan pd ketika guru itu sdg memuncak api kemarahannya. Dia nampak sgt keciwa dgn keputusan UMMi menghantar Fatimah ke Maahad Mahmud Alor Star, Kedah. Bughuk sgt sek tu waktu tuuu... Dinding2 kayu saja. berbandingkan dgn MRSM..SBP...SMKA...

Tapi UMMi tahu apa yg UMMi nak dari anak2 UMMI semua. Dulu dah kaya raya... UMMi tak kisahkan harta sgt daaah. Nak glamour, balik sana glamour UMMi dah rasa. walaupun tak kerap masuk TV.  UMMi mahukan sesuatu yg lebih besar harganya. UMi dahagakan AGAMA dlm jiwa setiap ank yg lahir dari rahim UMMi. UMMI mengandung bukan mcm org lain. Pedih..Perit...Penanggungan perasaan. Tapi UMMi lawan dgn soLat dan bacaan al Quran. Kesedihan UMMi tidak dicurahkan pada tempat yg salah. Tidak pd IBu tidak juga pd kawan2 atau jiran2. UMMi tumpahkan di tikar sembahyang sbb IBu UMMi selalu kata, itulah antara teman yg setia selain ALQuran dan buku2...Bila nak bersaLiin, IBU jugak yg setia menDOAkan keselamatan UMMi. Biar pnjang UmUr dan kembali sihat. IBu jg jaga makan minum dan bakar tunggu ketika lama UMMi dlm pantang!

UMi banyak kali accident. AsaL ngandung saja, mesti accident. Anak tak cacat mati. UMMi pown tak jejas lama... UMMi amat erasa diri di pelihara segenap penjurunya. Sampai sekarang pown UMMi rasa UMMi masih mahu dikawaL meski buka lagiu terikat pada siapa2 melainkan Allah swt...Takkanlah susah2 payah UMMi lahirkan anak, UMi nak jahanamkan pulak? UMMi bela sorang2... Tapi itulah rahmat yg tersirat... Hubungan kami jd sgt akrab dan kami berkongsi minat.

ResuLt SPM dah nak keluaQ... Ank2 dah mula berdebar2 jantung. Harap semuanya sudah buat perancangan mana nak tala kaki lepas nii. STPM kelmarin ramai yg senyum. Kita tunggulah yg selanjutnya. Ini mgingatkan UMMi masa Fatimah dah 3 tahun di Maktab Mahmud. Kemudian sambung sekejap lagi... Tambah 2 tahun! Lepas SPM budak2 lein cepat2 cari kejer tp Fatimah bawa pulang satu berita ( yg kini dirntis adik2nya dan ramai budak2  Selama yga antaranya ada yg mak ayah mereka dulu kata UMMi GiLa...) " UMMi Kak Long nak masuk DQ xpa kaa?" Fatimah memulakan bicara. " DQ tu apa?" ... UMMi mmg tak penah dengar pown.

" DQ tu DaruL QURan. Tempat oghang hafaz quran. Nanti pegawai2 Jakim akan turun ke Mak Tab Mahmud. Cari budak2 maaahad yg ada potensi hafaz Quran. Kak Long nak cuba ya UMMi?"... Allahuakbar3!!! Pucuk dicita Ulam yg mnerjah datang. Bagaikan BULAN, BinTANg, MAtaHAri menjunam jatuh bersusun atas ribaan UMMi... SubhanaLLaaah... Fatimah yg bertuah. Yg sejuk perut UMMI tatakal mengandung duLu. Lahirnya mudah. Bicaranya petah sejak awal kanak2. Tidak pelat2 mcm kebanyakan budak2 lain. CoMel dan cerdik! Kesukaan ramai... mana dia dibawa, akan ada saja orang kata," nampak cerdik..." MMg cerdik pown! Bukan sebb dia anak UMMi, makanya uMMi kata begini tapi sbb UMMi dpt rasa sejak dlm perut lagi. Makan minum tak blh sembarangan. Masuk banyak, keluar berlambak jik adari awal2 rasa tak sedap perasaan. Rupanya Allah nak bentuk satu jasad dan tiupkan ROH yg membawa rahmat dlm hidup kami sekeluarga... PenyeLamat keturunan!

52 org hadir temuduga. Ramai yg gagal ujian pertama. TinggaL 38. kemudian tinggal 11. Akhirnya lekat 8 org saja. Itulah kumpuLan pertama yg merintis laluan ke DarUL Quran... 18 bulan utk khatam dan hafaz 30 juzuk tpi Fatimah mampu penuhi tuntutan dlm masa lebih singkat lagi...10 bulan! Terus maju ke UIAM P/Jaya, GomBak dan seterusnya ke Kuantan...BIO-MeDic ! 7tahun lamanya baru selesai dan capai impian genggam ijazah. SITI FATIMAH AZ ZAHRAH al Hafizah?... Pandai akademik...Bijak agama... Lancar dan hafaz al quran pula... Lengkaplah satu pusingan yg UMMi idam2kan selama ini... INilah penjelasannya pda tindakan UMMi dulu.

Bekas suami UMMi dulu pernah kutuk UMMi depan2 kawannya, CKg RosLi, di stesyen keretapi Taiping ketika kami sedang nikmati hidangan minuman..." Bini aku ni peLik..." Waktu itu UMMi tertanya2, adakah kata2 itu benar. UMMI rasa sgt maLu lalu minta diri naik keretapi ke UPSI tanpa membenarkan dia mengangkat beg ke gerabak. Sepanjnag jalan UMMi menangis.... Malu sgt dihina begitu depan kawannya. Mentang2lah UMMi menumpang kereta ckg tu utk ke stesyen malam2 buta dan dlam hujan lebat pula!... Itulah kali terakhir UMmi mintak tolong suami hantar UMMi ke stesyen sbb tidak mahu dia pinjam kereta ajak kawan ikut sama lagi!

Hari ini UMMi senyum lebar. Sudah 4 orang anak UMMi hantar ke DQ. Yg kata UMMi gila, bodoh, dan tak kenal anak sendiri dulu, kini menyusuL belakang UMMi. Merintis laluan yg UMMi dan anak2 jejaki. Mereka juga hantar anak2 mereka ke DQ bila tengOk ank2 UMMi berjaya satu demi satu. Lancar Quran dan boleh join kumpulan tadarruz. Boleh jd IMAM dan baca doa bila2 masa di suruh. Ank2 UMMi lasak juga tapi soLat tetap terpelihara. Baru semua orang SeLAMA nampak...UMMI yg dikatakan PeLik hari ni menampakkan mereka sendiri yg peLik...Yg tinggalkan anak tanpa diberikan pndidikan agama yg sempurna. Yg biarkan ank2 buta al quran.! tak kenal Nabi Muhammad. Mempersenda2kan Tuhan!...

UMMi nak bagi tau semua UMMi mmg pelik juga sebenarnya... Sbb UMMi nampak dulu jika anak2 cerdik mampu 5A dlm akademik, naper mesti sekat minda dia daripada menguasai ilmu2 alquran dan bahasa Syurga?... Tu sajaa... UMMi nakkan itu saja.  Pandai Quran. Bijak agama. Fasih Bahasa Syurga! Selebihnya ikut suka hangpa laaa nak pilih jadi apa sbg sumber rezki dnia. Janji haLal. Jaga SoLat! HaLaaaaL! Al quran itu santapan jiwa uMMI. Lagu merdu yg UMMi tak jemu2. Penawar kaLbu. Irama syahdu. Hiburan samBiL kerja...teman sepanjang hayat!Pelindung...Penyelamat...PembeLa...Pencetus bahagia ... di akhirat snaaa! Lantak komerlah nak kata apa kat UMMi. UMMi kepung jaga kawal seLia ank UMMi 10 orang ni saja. UMMi tak kacau oghang. UMMi tak goncang pintu rumah sapa2 pown utk mintak hutang! UMMI tak ganggu duit poket, hatta ayah budak2 ni sendiri pown!!! UMMi mmg peLik kan? Hak mereka ada di tangan ayah mereka tapi UMMi tak mengamuk mintak diserahkan! UMMi Pelik juga kan?

Dan hari ni bila tengOk anak2 UMMi satu demi satu lancar QuRan, UMMi lagiLah peLik agaknya? Allahuakbar3!!! Jika inilah yg dikatakan Pelik pd mata dunia, UMMi terima dgn lapang dada. UMMi sgt bahagia. Keringat tenaga, harta dan masa UMMi tercurah utk merealisaikan impian pelik ini... Dapat gaji, gaji habis. Untung berniaga, untung pown habis. Upah memasak, upah habis. Upah buat assignments, upah tu juga lesap! Pendekkata UMMi buat mcm2 kerja sebb nak bayar kos utk capai impian pelik ini. UMMi pelik lah agaknya kan?...

Indhanya Takdir diri UMMi. Nakkan ISLAM. Nakkan AlQuran penuh ranjau sepanjang jalan. Hak anak2 UMMi sampai sekarang ditahan tapi UMMI bersyukur, Allah swt rezkikan  UMMi sedikit sebanyak kepandaian utk jana pendapatan. Kini tinggal ank ke 10... 9 sudah mengorak langkah jauh menimba ilmu. TinggaL lagi Akasyah yg mencabar kewibawaan UMMi... Allahuakbar3!!!... Tiada daya dan tiada upaya ku, melainkan dgn izin dan limpah kurniaMU...Cantiknya Takdir Diriku...

2 comments:

  1. Kita tidak ak.an sedar betapa bertuahnya kita menjadi 'pilihanNYA' sehinggalah kita mengimbau masa siLam dan membuat perbandingan dgn kenyataan kehidupan sekarang. Maka ungkaplah lafas syukur "alhamduLiLLah" sbg tanda pghargaan yg x trhgga kerna itu mnjadikan kita HAMBA yg MULIA tahu mengenang JASA...Allahuakbar3 !!!

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya sOlat ku, amalanku. hidupku dan matiku..hanya semata2 kerana MU, Ya Allah. Aku tunduk dan aku akur...Jgnlah KAU biarkan aku sndirian dlm perjuangan ini. Redhai, rahmati, ampuni dan bantuLah aku...ya ALLaaaaah. Jgn KAU biarkan aku terkapai sendirian tanpa petunjuk dan bantuan dari MU, Ya ALLaaaah..."

    ReplyDelete