Friday, February 11, 2011

'IBu TuNGGaL ' : We ArE ThE ChOseN OnE ( 1 )

Setiap kali lepas soLat UMMi rasa sgt bahagia dpt mengajukan banyak  pinTa & Doa pd Allah swt. Waktu itu UMMi rasa sgt2, sgt3 betapa hampirnya UMMi pd DIA dan DIA  sama sekali tidak berpaLing dari UMMi. Dlm sujud yg akhir sudah dibuat sekali. Lama dahi di sejadah. Lepas salam diulangi tp kali ni kita boleh menadah tangan dan bunyikan suara termasuk tangisan. itulah rahsia kekuatan DOA sampaikan dikatakan, " DOA itu senjata mukMin". Pun masih ramai yg ambiL mudha amalan ini.

Terkejut tgh malam nampak Mak di sejadahnya. Macam2 soLat mak kerjakan. Beribu2 kali diulang2 bacaan sbg wirid zikir hariannya. mak baca Yasin. Mak Solat hajat! Utk diri dan ank2 kesayangan Mak. Mak tak pernah tak bangun malam. Mak heret tikarnya sampai ke dapur utk elakkan lampu silau mata kami yg sdg lena tidur. Mak sOlat sorang2 di situ. Mak tak pernah paksa kami ikut sama tapi dgn lembut mak berkata,
" Cuba latih diri bangun malam. Banyak fadhilat yg kita boleh rebut..." Selesai soLat neka soLat, mak akan baca quran pula. Sampai hampir nak subuh. Baru mak nampak menyeandar sekejap. Pulihkan tenaga. Begitu pun esoknya, sebelum azan berkumandang, mak dulu juga yg terjaga dan baharui wudhuknya! Mak sikit pun tidak menampakkan tanda2 keletihan.

Lepas SuBuh, mak wirid lagi ! mak kata, lepas subuh Malaikat tukar shift. Tukar jugak la muka surat catatan amalan kita dari yg semalam kepada yang hari ini. Lepas maghrib pula, malaikat lain lak 'masuk kerja' . sebab itu kna buka dan tutup hari kita sebaik2 caranya. Biar catatan awalnya indah. Penutup karangan pun menarik. Antara itu kira 'isi' lah! Macam kita buat karangan kat sekolah? Bukankah isi pun menyumbang markah? IntrO tu kira set induksi laa. Nak tarik minat pembaca yg memeriksa. Penutup utk kepuasan peribadinya. Bilamana semua memenuhi tuntutan syarat2, markah pun tinggilah. Begitulah perbandingan ringkas yg mak jelaskan pada UMMi.

Bila UMMi sudah ada anak2 yg ramei, UMMi sangat risau ank2 UMMi tak jadi mcm nii. Jenguk keluar, nampak kutu2 grahak dok melalak tepi jalan. Usik orang lalu lalang. UMMi pun naik rimas jika usikan tu sampai tahap melampau. Tak hiraukan orang sekeliling. Main terjah sahaja. UMMi berazam anak2 UMMi juga msti dididik dari awal2 kelahiran. Ketika dlm perut tu kira tak pa lagi sbb UMMi saja yg kna beramal. Bila dah keluar, celik tengOk  dunia, mereka dah terpisah dari jasad UMMi. Makanya mesti dilatih berasingan juga utk kuat beramal. Mahu banyak SOlat malam dan bangun berDoa utk diri dan keluarga. UMMi risau banyak perkara sbb bilka uMMi jadi guRU, UMMi dapati majriti pelajar2 sek men harian ni dah nak buta Quran. Jgn kata nak sLat 5 waktu, awal2 SuBuh lagi dah terKorBan! Sgt sedih hAti UMMi. Sampai ada yg bertanya, " Nabi Muhammad itu siapa, teacher?" Allhuakbar3!!! Maknanya ada yang tidak beres di awal2 pendidikan.

Apabila lahir seorang anak, 3 perkara wajib atas ibubapanya:
1. Diberikan nama yg baik
2. Diajarkan al Quran
3.Dikisahkannya kisah2 Nabi & RasuL

Apa bila salan macam ni diajukan pd UMMi, maka akan nampaklah segala kepincnagn di awal2 pendidikan oleh ibubapa di rumah. Sampaikan di peringkat menengah, anak2 itu masih tidak kenal siapa RasuLuLLah saw!

Semuanya buat UMMi berfikir dalam, kritis dan puitis. Indahnya agama ISLAM nampak dek ramai orang bukan ISLAM sekarang. Dikaji sedemikian rupa sehingga berpusu2 mereka memeluk agama suci ini. Anak 2kita terabai dengan satu keyakinan bahawa kita sudah otomatisnya ISLAm sejurus celik ke dunia. Dan UMMi ni IT yg ada 10 amanah titipan dariNYA. Mana ker tidak risaunya!

Kepada IT2 semuanya, UMi nak titipkan satu pesanan. Selepas ditinggalkan suami, samada diceraikan hidup atau berkhir dengan kematian, fokuslah pd kehidupan dan tgjawab selanjutnya yg diamanahkan pd kita. Kata rang, cerai mati baunya wangi. Cerai hidup, getirlah kita kaum wanita atau pun lelaki. Serupa saja penanggungan kita. Sebabnya bukan kerana siapa yg salah dan patut dipersalahkan. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan, kerana kita sekarang sendirian menguruskan apa yg ditinggalkan dlm jagaan. baik harta mahu pun anak2. Melainkan kita KUAT pergayutan pd Allah swt, kita pasti akn rasa terhimpit oleh berbagai desakan dan permintaan harian. Jika ditanya pada UMMi, kesan perceraian itu masih terasa samapi sekarang meski sudah 11 tahun berlalu. Bukan senang nak besarkan 10 orang anak.

Masa tetap beredar dan berlalu tanpa pamit. Kita tidak sedar betapa pergerakannya itu membawa kita ke usia senja dan berdisiplin menuju ke penghujungnya. Tgjwab ini akn ada juga nOktahnya. Noktah itu tidak memungkinkan kita kembali utk menebus kesiLapan atau keterlanjuran. Anak2 adalah asset paling berharga. Jika kita abaikan mereka, kita akan kehiLangan NIKMAT besar dlm hidup kita. Lebih2 lagi jika diabaikan sejak dlm rahim! Sejak lahir! Dan lebih dasyat sehingga mereka dewasa dan mampu berdikari ! Peluang kita utk merebut rahmat dan redha Ilahi serta Kasih sayang dan pengampunanNYA akan semakin tipis atau tertutup begitu sahaja. Dan bagaimana jika mereka dijemput kembali tanpa sempat ibu atau bapa sempat menebUs DOsa dan kesalahan?

IT2 yg UMMi sayangi...Cuba betulkan persepsi. Pandang jauh ke dalam diri. ada kelebihan yg tidak pernah kita sedari wujud dlm diri kita. Kekuatan, ketabahan, kecekalan dan kesabaran luas batas2 minda mengungkapkan tahap kecemerlangannya beroperasi...sebenarnya telah dianugerahkan pada kita. Amanah2 lain Allah titipkan pada ramai utk diuruskan. Anak serang, mak ayah usung ke  sana dan ke mari. Kita anak berderet, berdoZen, bercupak biji mata, Allah sandarkan kepercayaan utk diuruskan seorg? Di situlah letaknya keisTimewaan kita yg tiada makhluk boleh sangkaL. Makanya, kita sandarkan kembali harapan kita pd Yg Mh Memberi. Kerana DIAlah yg MH Mengetahui SegaLa Yg YersembunYi. Apa rahsianya dikemudian hari. SeMuanya dlm agenDa DIA. Kita cuma perlu bersangka baik dan sejahterakan hati dan perasaan serta penuh keyakinan menyerahkan segaLa urusan memenuhi  dan memakbulkan pinta dan Doa kita pd DIA...Hati kita bisa lapang dan cerdas utk memikirkan banyak perkara utk kemaslahatan kehidupan kita anak beranak yg ditinggalkan.

Hidup mesti diteruskan. Sendiri atau bersama, tgjwab kita laksanakan sebaik yang terdaya. Jgn ungkit tenaga kita yg tercurah. Jgn hitung masadan ringgit yg dikorbankan. Bisikkan dalam HAti," Ya Allah, Berilah daku ganjaran yg besar dari semua ini dan gantikalah aku dengan yg lebih baik..." Redha dan sabar menempuh detik2 waktu.Dan... Dlm tidka sedar sudah 11 tahun berlalu dan anak2 UMMi pun sudah besar2 semuanya.   Harapkan bantuan sana, bantuan sini, entahkan dapat entahkan tidak. Jika UMMi harap sangat, UMMi pasti akan keciwa. Jadi UMMi ucapkan saja, " Tiada helah dan tiada kekuatan melainkan dgn izinNYA"... Esok UMmi berdOa lagi. Dlm duduk, ketika bangun, tatakala berlari atau berjalan kaki, Waktu berbaring atau mengiring. Ringkasnya, janji UMMi masih sedar dan jaga segar  minda... UMMi akan berDoa. " Akan dikaulah tg aku sembah. Dan akan dikaulah yg aku phon pertlongan. Tunjukkanlah aku jalan yg benar..." dan macam2 lagi yg UMMi bisikkan sendirian tapi khusus utk Allah swt semata2!

UMMi nak kongsikan pengalaman dan perasaan ini dgn semua IT2 sedunia. Rahmat Allah swt ada di mana2. Tidak hanya pada yg bersuami dan mesra di kaca mata dnia. Kita yg IT pun banyak JANJi2 pahala dan kurnia jika kita redha dan sabar. Tekun berusaha dan berserah padaNYA...Kita IT2 ni sgt isTmewa di sisiNYA. UMMi nak semua berfikir begini. Bersyukur. Lafazkan kesyukuran itu setiap hari, Cakap kuat2 sikit biar telinga kita sendiri pun dengar. Biar anak2 dengar sbb itu akan jadi pndidikan pd mereka juga. Mereka menatap wajah kita setiap hari. Melihat kita bekerja menyara keluaraga. menyuap mulut mereka dgn hasil titik peluh mereka... memandang kita terkulai lena tanpa sempat mennton habis drama kegemaran kita setiap malam yg menjelang! Semua itu akan mengetuk pintu HATi mereka. membentuk mereka utk menghargai kehadhiran kita sbg pengurus mereka. IBu2 mereka!

Ini belum UMMi bicarakan ganjaran yg dijanjikan Allah swt di sana! Rasa2nya ramai yg teringin nak jadi It pula lepas ni. Hih! Hebat2 hamparan kenikmatan utk menyembut kedatangan IT2 yg bertaqwa... SubhanaLLaaaah... IT2 semua... jaga maruah. Jaga peribadi. Jagalah IMAN. Jgn kerana ujian yg sedikit. kesusahan yg sekelumit,kita kecundang di siratalMustaQiiim. Sendiri atau bersma, kita tegakkan yg makruf. Hindari yg mungkar. BersyukurLah kerana. " We are The Chosen OnE" dan kita sgt2 sgt3 istiMEwa di sisiNYA.... Allahuakbar3!

















 

1 comment:

  1. Mak... Meski cek tak pandai berlembut mengungkapkan kata2 meluahkan apa yg Cek rasa, tapi percayalah bahawa MAK lah satu2 wanita terungguL di persada HATi yg tiada galang ganti sampai noktahnya nadi ini... BersabarLAh dgn segala ujian yg mendatang. BrsyukurLAH kerana kita sentiasa jadi pilihanNYA...Kerana kita mahu hanya jadi hamba2 yg ISTIMEWA dan TAMuNYA di sana... Cek syang Mak!

    ReplyDelete