Saturday, February 12, 2011

'IBU TunGGaL' : We ARe THe CHoSEn OnE ( II )

Allah swt anugerahi kita serba lengkapnya di tubuh badan segala anggota dan deria utk digerakkan bersama jentera minda ke arah merealisasikan impian dan memenuhi tuntutan harian. UMMi selalu ingatkan diri UMMi,    " AkU HamBA Yg ISTimeWa' dan jadi piLihAnNYA utl tgjwb besar lagi muLia ini. AdA sesuatU dLm diri aKU yg DIA NampaK d anuGerahkaN utk AkU. AkU kna cari KekUATAn dan KeLEbiHaN  itu yg mnjadikan AKu isTimewa dari yg lain2nya..."

MuLa2 diceraikan mmg lah kita rasa bagaikan langit menghempap kepala. Kita malu. Kita dihina di mana2 sahaja kita muncuL di khalayak ramai. Jika kaum Adam yg berbuat begitu mungkin kita kata mereka prejudis tp wanita juga turut mencemuh. Macam sampah yg mnjijikkan pandangan. Sampah yg busuknya membuatkan semua mnjauhi kita...Laluan mncari nafkah mmg susah amat dek kebencian yg meluap2. Hrpkan nafkah dari pasangan yg mneinggalkan anak2, ibarat menunggu bulan jatuh ke ribaan ! Pd suarat cerai tercatat RM1000. Tp pada buku simpanan...????? lalu jika begitu juga halnya berlaku pd kalian semua, apa harus kita buat? Abaikan anak2 kita smeuanya utk balas dendam pd pasangan kita? hahaha... Lucu. Pd UMMi itu sgt lucu!

 Mak UMi selalu kata, " Orang terjun lubang, mu po nak terjun jugak?" Ini bila UMMi dikelilingi kwn2 yg buat silap. Buat maksiat! Mak risau UMMi terpengaruh. Bukankah jika kita berkawan ngan si tukang besi, kita akan terkena percikan apinya? Inilah yg Mak selalu pesan..." Beringat2. rang jahat tak takut Tuhan..." Ayat2 Mak selalunya ringkas tapi sarat dgn amaran keras. UMMi tak berani lawan. Lambat laun akan nampakkan kebenaran!

So, perceraian bukan medan membalas dendam. Kita pndang jer jauh ke hadapan. Dgn segala kelebihan dan kepandaian yg ada, mulakan langkah menjana ekonomi keluarga. Selamatkan ank2 daripada tercicir di sekolah. Kecekalan kita akan mendrong mereka utk serius juga berusaha dan mencipta kejayaan demi kejayaan. Jgn berhnti berdoa utk kesejahteraan bersama. Ank2 msti dibantu selalu. Jika tidak dgn RM, boleh saja dgn bicara yg merangsang minda dan merangsang semangat juang yg tinggi. 

Anak2 memandang segalanya di depan mata mereka. Siaran langsung ini pendidikan yg paling berkesan. Paparkan kegigihan. Sajikan kesabaran dan kecekalan. Hidangkan mereka sifat rajin kita yg berterusan. Pujuk kalau perlu. Marah jika mereka silap dan jelaskan tindakan kita supaya mereka faham nita baik kita mmebentuk keperibadian mulia sbg asas membebaskan mereka ke dunia luar yg penuh cabaran. Mereka juga mesti KUat dalaman.  Selain daripada sihat jasmani utk melanjutkan agenda mensejahterakan usia selanjutnya.

Masyarakat luar boleh jadi sgt kejam pd anak2 ibu tunggal. Lidah yg tajam menikam perasaan bisa mematahkan semangat juang yg baru berputik dlm diri mereka. IT2 semua perlu peka pd kehidupan anak2 sejurus melangkah keluar pintu rumah. Jika ada yg mengancam, IT2 inilah jg mesti bertindak menjadikan diri mereka perisai yg melindungi keselamatan anak2 merekaini. Hanyasanya, UMMi nak pesan, selesaikanlah segala masalah dgn aman dan elakkan permusuhan. Digilis kita luka. Menggilis pun kita juga yg luka. Begitulah hakikatnya dnia bagi IT2 semua. Sebab itu, sedapat mungkin, elakkan diri dari terhumban ke kancah masalah. Lebih2 lagi yg melibatkan mahkamah, khususnya Mahkamah Syariah ! he2... berapa kerat sgt yg berjaya pertahankan maruah ?

1 comment:

  1. Benci dan Dendam itu meratah minda dan perasaan. Meragut kedamaian dan membunuh ketenangan. NIkmatilah sajian ksh sayang dari Yg Mh Memnberi lh Mh Pengasihani. Yakinilah bahawa HARI PEMBALASAn sebenarnya sedia menanti dan KEADILAN hakiki tidak mampu ditangkis lagi...Berbahagialah mencurah bakti utk meraih CINTA & KEBAHGIAAN yg ABADI...

    ReplyDelete