Saturday, February 12, 2011

'IBU TunGGaL' : We ARe THe CHoSEn OnE ( III )

Assalamu'alikum IT2  sedunia. UMMi nak buat pengakuan terbuka. UMi sgt2 sayangkan kalian semua. Tanda kasih UMMi yg berpanjangan ini UMMi nak ingatkan semua IT2, berusahalah sekeras mungkin utk membebaskan diri dari dendam dan kebencian kerana dua perasaan itu akan meratah IMAN sedangkan IMAn itulah yg meletakkan kita dipersada kemuliaan. IMAn itulah jua yg memandu kita pd laluan yg sejahtera. Kita selamat dari kemurkaan yg memjanjikan AZAB.

Bukan RM yg menjanjikan kita bahagia. Suami2 kita dahulu pun  pinjaman sementara dari DIA. waktu ada, bukankah kita sudah laksanakan semampunya kewajipan kita. Macam UMMi ni, 10 anak UMMi hadiahkan atas namanya di hujung setiap nama anak2 UMMi. macamana dnia nak kata UMMi tak layan? haha! Lucu sangat jika itu tuduhan yg sering UMMi dengar di luar snaa. Begitu juga dgn kalain semua. Tepuk dada, tanyalah IMAn. Jika baik persembahan ketika bersama dahulu, senyumlah selebar2 dan semanis2nya pd dunia yg kita huni ini. Jika sebaliknya, beristighfarlah kerana< UMMi yakin, perceraian itu snediri satu peringatan dan pendidikan langsung dariNYA. Latih diri utk bersangka baik pd Allah swt. Didik HATi utk sabar dan redha.

Itu bagi yg bercerai hidup. Bagi yg sudah meninggal dunia, lagi lah berat sal jawabnya di sana sbb mereka tidak mungkin kembali utk membantu kita lagi. Hantarkan doa utk roh2 mereka dan uruskanlah tinggalannya dengan penuh keikhlasan dan luhur hati. Semua itu menjanjikan pahala yg besar utk kita. Berjaga malam. cuci kain. Memasak. Mengemas. mendidik anak2. Keluar rumah mencari nafkah. Semuanya pahala mengalir pada tuan empunya diri. Tiada perkongsian lagi dengan sesiapa pun jua. Jelaslah pada kita, pintu SYURGA terbuka luas utk menyambut kedatangan kita semua. Janji, kita redha!

Doakan kebahagiaan para suami yg menceraikan kita utk bersama dengan wanita2 lain. Mmg menyakitkan jika kita masih dihuni rasa dendam. Sebab itu UMMi kata, kita kna bersihkan hati2 kita sampai tiada lagi kesan2 kemarahan lama. Ada rezki, kalian kembalilah merujuk. Jika dalam edah, boleh kembali dengan mudah. Jika sudah 'luput tarikh', aturkan majlis pernikahan baru! Letakkan mahar baru dan binalah kehidupan baru dengan azam baru utk tidak mengulangi kesilapan lama. Bukankah itu mudah. Bukankah ISLAm itu sendiri agama MUDAH? ISLAM agama keselamatan? Agama BERSIH?  Mengapa mesti dinodai dengan dendam kesumat tanpa noktah penamat? Sakit hati melihat pasangan yg diceraikan hidup riang gembira dan bahagia ketawa di daerah alin bersama pasangan lain? UMMi benar2 tak faham! Terasa sgt bodhnya manusia ini kerana ada laluan sejahtera tapi masih meneroka lorong menuju kebinasaan. Siksa di sini, AZAB bersambung sampai ke sana!

Pandang mata anak2! dengarkan  rintihan mereka. Ditinggalkan mati, kira rahmat juga. Jika ditinggalkan akibat perceraian yg berpunca daripada pergeseran perasaan? Mahukah ank2 dijadikan medan pelampiasan kemarahan? Cuba ingatkan diri selalu, Malaikat itu tidak makan dan tidak tidur tau! apa saja yg kita lakukan, tidak akan lepas dari catatan amalan dlm buku harian kita. Setiap hari ada lembaran baru. Mahukah kita padatkan dengan agenda2 DOSa kita? Lalu, bila Malaikat menghempas diary, dek beratnya DOSA, kita mengeluh kehilangan yg lebih berharga.... KETENANGAN jiwa! makanya hidup jadi keluh kesah. Pangkat besar. gaji besar. rumah besar. Kereta besar. Hati juga ciput! Masih merungut 'tidak cukup'? Padahal rang kpg yg hanya menreh getah, hidup kais pagi makan pagi, kais petang makanlah petang, mampu tersenyum bersma ahli keluarganya menikmati hidangan sederhana! Di mana silap kita?

IT2 semua yg ingin sgt UMMi temui,
Ingin sgt UMMi kumpulkan kita semua 1 Malaysia. 1 dnia. nak lihat berapa ramainya bilangan kita yg ada. He2...Lucu kan. Bukannya pa. UMMi cuma nak dekat dengan yg senasib dgn UMMi. UMMi nak kngsikan kebahagiaan perasaan UMMi dan kesyukuran UMMi yg x terhingga kerana dijadikan IBU TUNGGAL meski pun UMMi tidak pernah impikan kesudahan perkahwinan yg sedemikian 'trajisnya'. Memalukan bagi kebanyakan rang. Menegeciwakan MAK UMMi dan melukakan hatinyaa setiap kali dia melihat UMMi menanggung kesusahan membesarkan 10 amanah yg ditinggalkan. UMMi tak kisah pd waktu dan tenaga atau RM yg UMMi korbankan sbb itu semua berpaut pada UMMi saja. UMMi hanya sedih bila MAK UMMi memepamerkan kesedihannya melihatkan penanggungan UMMi yg tidak sama macam lain2 wanita yg bergelar isteri dan IBU...Airmata MAK paling berharga pada UMMi. sedapatnya, UMMi mahu MAK hanya menangis gembira menyambut berita kejayaan demi kejayaan UMMi dan anak2 semua! Namun, mana mungkin smeua itu UMMi sajikan selalu kerana RAHMAT Allah swt datang dlm berbagai rupa. Ujian dan NIKmat! Seblehnya UMMi mahu hanya yg terbaik dan mnyukakan utk MAK. Nak MAK rasa bangga mengandungkan UMMi. Bersyukur menjadi pengurus UMMi lepas ayah pergi selama2nya! UMMi hanya nak lihat MAK senyum. Senyum dan senyum sampai akhir hayatnya!

Namun takdir mengatasi segala usaha manusia. Kita hanya hamba yg menuruti qutrat dan iradatNYA. Akur. Tunduk & Patuh pd Yg Maha Bijaksana Dlm Setiap PengaturanNYA. Yg Mh Mengetahui segala yg tersembunyi!  UMMi mahu semua IT2 di luar sana juga faham bahawa kita tiada daya dan tiada upaya utk melaksanakan apa2. Memungkinkan terjadi sesuatu  pa pun jua, tanpa izin dan rahmat limpah kurniaNYA. Perceraian telah berlaku di penjuru mata. Kita WAJIB redha! dan kehiudpan dilanjutkan juga WAJIB kita pelihara sejahtera laluan yg dirintis menuju alam akhirat yg abadi. Belajarlah memaafkan. Belajarlah menerima takdir dgn tenang dan penuh senyuman. kelak Allah swt akan gantikan dengan yg lebih baik sbg ganjaran besar kepada jiwa2 yg memilih sabar, redha dan taQwa pdNYA.

1 comment:

  1. Kita mungkin sendirian pada mata kasar dnia tapi apakala keyakinan yg utuh berdiri dlm diri pd KEKUASAAN YG SATU terpahat kukuh dalam nadi dan nyawa, kita pasti akan sntiasa rasa terbeLa dan didampingi YG LEBIH BERMAKNA...

    Wahai IT2 semua...rasailah nikmat mnjadi pilihanNYA dn peliharalah kemuLIAAn darjat itu kerana kita hamba2NYA yg sgt ISTIMEWA di sisiNYA...

    ReplyDelete