Sunday, February 6, 2011

No Ordinary People : Menyingkap Rahsia Kehebatan Orang Lama

Jika kita ingin tahu siapa diri kita & kemana halatuju seterusnya, elok juga kita kaji salah silah keluarga kita sejauh yang termampu dan terjangkau dek akal. Siti Kartiwi ni anak Zainal Abidin  bin Hj Yaakob bin Hj Omar. Hj Yaakob pula duaberadik dgn Hj Ismail iaitu ayah kepada Hjh Siti Fatimah, ibu UMMi. Maknanya, Hjh Siti Fatimah bt Hj Ismail Bin Hj Omarlah! he2... bertemu jodoh mak dgn sepupu sendiri? Alaaahai... pusing2 balik ke situ juga! Inilah asasnya orang dulu2 yg bimbang sgt harta mereka jatuh ke tangan orang yg tidak berkenaan!

Begitulah asalnya sangkaan UMMi tntang jodoh mak dan ayah UMMi. Rupa2nya bukan begitu. Allah swt sudah aturkan sedemikian rupa agar benih yg baik jatuh ke rahim wanita yang mulia saja. Ayah berpendidikan tinggi. Ada asas pengajian pondok. Mak UMMi hanya lepasan Pondok Haji deraman. Ayah boleh sahaja pilih wanita2 Inggeris spt lain2 temannya yg berbinikan 'MEM', tp ayah terpikat pd kelembutan peribadi Mak UMMi. Mereka dinikahkan. Of course, ala tentera. Jalan bawah pedang! meriah sangat bila org berpangkat dinikahkan ngan perempuan kpg. Satu kpg keluar nak tengOk wanita bertuah bernama Hjh Siti Fatimah...

Apa istimewanya wanita ini? Hj Omar berhijrah ke Tanah Melayu bersama isteri dan ank laki2nya Hj Ismail, Hj Yaakob dan Bidin. Dtg sehelai sepinggang mcm puak2 Indon sekarang. bezanya mereka ni lepasan Pesantren Surabaya. Hj Ismail yg paling menarik perhatian ramai sbb kewarakannya menyerlah. Sangat taat pd ibubapa dan rajin bekerja.

Tiba di Tanah Melayu, Hj Omar membawa ank2 terunanya bekerja dengan Hj Sulaiman yg lebih dahulu berhijrah ke bumi bertuah ini dengan lima ank lelaki dan seorang ank perempuannya, Hjh Tehsiah. Kerana lebih lama di Tanah Melayu dan ringan tulang, banyak jugalah hutan yang berjaya diterokai mereka.  Dlm diam2 Hj Sulaiman menaruh harapan bermenantukan Hj Ismail utk anakperempuannya, Hjh Tehsiah. " Omar, mu ada anak laki2 yg warak dan berbudi pekerti mulia. Aku ada anak perempuan dan sedikit harta. Aku nak pinang anak kau utk aku letakkan anak perempuan aku di bayang teduh..." Subhanallaaah... UMMi suka sangat babak ini. Mcm Saidatina Khadijah melamar Rasulullah saw kerana menyerlah kehebatan diri baginda tatkala orang lain hanya mengenali baginda sebagai pemuda yatim piatu yg dipelihra bapa saudaranya. Maknanya Nenek dulu nikah ikut sunnah dari awallah? Perempuan pinang laki2...dan agama diletakkan di hadapan? Allahuakbar! Canti. Memang cantik gandingan mereka berdua.

Hj Ismail lepasan Pesantren Surabaya beristerikan Hjh Tehsiah dari Pondok Yala? MasyaAllaaaah... Dari kedua hamba hebat ini lahirnya Hjh Siti Fatimah? Bertuahnya Mak UMMi ! Sbg hadiah perkahwinan Hj sulaiman menyerahkan sepasang kerbau dan tanah 3 ekar utk mereka memulakan kehidupan. Hj Ismail yg terkenal dgn sifat kewarakannya kini berganding bahu dgn isterinya utk mengusahakan tanah tersebut dan membiakkan ternakan dari kerbau sepasang hadiah mertuanya yg tercinta. Di situlah bermulanya asas empayar kekayaan mereka yang akhirnya menjadi 'bank'  kepada orang2 susah di kpg UMMi, Sungai Bayor, Selama Perak

Kuat kerja itu satu hal. Kuat beribadat juga satu hal yang lain. Hj Ismail sgt menepati waktu solatnya. Sangat2 memelihara amalan sunnah. Hjh tehsiah pula, isteri yg taat. Rajin mmbaca al quran dan sentiasa dalam wudhuk. Setiap kali wudhuknya terbatal, Hjh Tehsiah akn perlahan2 bergerak ke bilik air. Baharui semula. Maknanya, dia sentiasa dlam keadaan suci! Subhanallaaaah. Istiqamah dan penuh ketenangan melaksanakan. UMMi membesar bersamanya. UMMi lihat sendiri amalan hariannya. Dan pasangan ini hidup berkasih sayang sepanjang hayat mereka bersama. Tak macam orang sekarang yang bila dah tua,  tidur pun berasingan. UMMi lihat bagaimana mereka duduk berbual di pangkin setiap petang. Bagaimana si isteri menunggu si suami pulang dari berjemaah di masjid utk menikmati hidangan bersama. Berbincang utk sesuatu keputusan dan perlaksanaan agenda kehidupan. Hj Ismail hanya simpan RM200 dlm koceknya. Yg Rm++++++ diserahkan pada isterinya tanpa syak wasangka. Hjh tehsiah menguruskan keewangan penuh amanah. Tiada penyelewengan di belakang tabir meski pemberian tidak disusuli semakan semula atau soal jawab kira2 oleh suaminya. Hjh Tehsiah tidak sembarangan berbelanja di luar pengetahuan suaminya. Dan Hjh Tehsiah  itulah nenek UMMi kerana Hj Ismail itu adalah  Atuk UMMi. Dari keduanya lahirlah Ibu  UMMi, Hjh Siti Fatimah, yang kemudiannya melahirkan saudara2 UMMi dan UMMi sendiri. Untuk menceritakan semuLa kisah kehebatan orang2 lama ini. kerana dari mereka lahir ramai pakar2 agama, kadhi, naib2 kadhi, imam2, guru2 alquran, guru2 agama, siak dan bilal. Entah di mana silapnya, UMMi  tersasar ke dunia Bahasa Inggeris! he2... Nantikan episod seterusnya.... Tungguuuuu...

1 comment:

  1. UMMi bertuah dilahirkan dlm kalanan orang2 yg hebat amalan mereka. Dapat juga GURU2 yg hebat2. Jiran2 dan masyarakat yg ternyata hebat & mendidik UMMi utk menyedari betapanya nikmat menjadi penghuni dnia ini... Namun AMANAH yg terpikuL juga bukan calang2 besarbranya utk memakmurkan DUNIA ini sndiri dengan sirna KALAMULLah dan Sunnatul RasuLiLLaaaaah... allahuakbar3!!! Besarnya hikmat di sebalik semua pengalaman! Di sepanjag perjalanan... Allahuakbar3!!!

    ReplyDelete