Monday, February 7, 2011

NOrmAL iS BoRiNG? : Sambungan

Sbb UMMi ni lebih rapat ngan Atuk, aliran fikiran Atuk banyak UMMi yg lebih faham dari yang lain2 dlm rmh UMMi. UMMi nmpak Atuk ada rencana khas utk UMMi. Kalau tidak takkan lah UMMi begitu dikawal rapi dan diberi segala pendedahan pengalaman sejak awal kanak2. Cuma waktu tu, terlalu awal nak jangkakan apa natijahnya segala usaha dan ikhtiar Atuk. sanggup berhabisan wang utk hantar UMi blajar di sek Inggeris yg 8 batu dari kediaman kami. Bas pula sejam dua jam sebuah. Kalau pun boleh naik, kerapkali UMMi berdiri sebelah kaki sahaj di tangga sambil tangan bergayut kuat pd besi belakang seat penumpang! Sebelah tangan lagi UMMi akan guna utk pegang buku. Baca sampai tiba tepat2 depan sekolah. begitulah rotine UMMi sapai mencecah usia 15 tahun...

Atuk hanya hantar sekali. Lepas itu pandai2lah UMMi bawak diri utk nak berjaya setiap kali peperiksaan. Atuk cuma pesan," Jgn bagi Atuk malu..." UMMi tengok budak2 lain mak ayah bergilir tunggu tepi meja dan luar bilik darjah. Asal bergerak saja sikit, ank2 depa pun menangis. UMMi tak payah Atuk tunggu mcm tu sekali. Sedikit sebanyak, Atuk dah berjaya didik UMMi utk cekaL meski hanya Darjah 1 sekolah rendah!

Guru2 mmg semuanya berbahasa Inggeris. Mula2 kekok giler dikerumuni  'aliens' Bercakap lain bahasa. Maklumlah UMMi ni kelahiran Kpg Sg Bayor. Lidah pekat dgn pelat Patani. Alah bisa dek tegalnya biasa. Lama2 UMMi terbiasa ngan bahasa orang putih tuu. Dengar faham, nak jawab fikir 40x...he2! Itu pada awal2 pembelajaranlaaah. Hari ini orang berbisik pun leh faham sangat. Berkaat keyakinan Atuk dan kesabarannya menantikan UMMi benar2 berani menguasai Bahasa Inggeris dan berani juga bertutur di khalayak ramai tanpa segan silu.

                                                                   Bersambung

1 comment:

  1. Siapa kata bila kita mengajar BAHASA INGGERIS kita sebenarnya mengajar bahasa kafir? Inilah yg UMMi selalu dengar di cuping telinga mnjadikan anak2 kita mengepikan kepentingannya sbg wasialh menguasai ilmu dunia utk kemaslahatan akhirat. Justeru kefasihan BI itu sndiri bakal melancarkan proses pengajian di tahap tinggi... UMMi hadirkan diri ke daerah ini dgn niat mahu mmbantu anak2 buah di bumi kelahiran sndiri... UMMi sejahtera HATi mahu membantu...InsyaAllaaaah ...

    ReplyDelete