Monday, February 7, 2011

NorMaL iS BoRiNG...sambung lagi

Apa yg Atuk nampak pd diri UMMi waktu itu, Allah swt saja Yg Mh Mengetahui. Cucu2 lain syOk bebas buat apa saja tp UMMi ni kna dok berdamping ngan Atuk ikut dia wat mcm2 kerja. " Atuk, nak duit dua kupang?" Ummi pernah minta begini pd Atuk suatu hari. " Huih! Nak wat pa dua kupang?" Camtu  pula Atuk akan jawab. Camtu lah selalu pun! " Alaaa, nak beli kacang kedai Pak Cik Lah.Satgi cek main ngan kawan2, mesti nak makan2 gak..." " Haa, tulong jemur getah Tok duluu... satgi Tok beghi duo kupe?"  Jawapan begini memang dah UMMi jangka dari awal lagi. Atuk takkan bagi wang dgn percuma. Mesti ditukar dgn tenaga. UMMi susun getah2 keping atas basikal yang carriernya besar lebar. Bawa ke jemuran tengah padang hujung tanah seekar atuk. Ampaiannya dibuat dari buluh. Bila angkat getah keping itu, UMMi akan laung Atuk dari jauh, " Atuk, busuklah getah ni " Atuk hanya jawab," Busuk tak pa. Duit tu! " Mahu tidak mahu, UMMi tahan juga hidung. Dapat akhirnya 20 sen. Dulu kami kata, dua kupang! Berlari2 Ummi ke Balai Raya di mana kawan2 sudah sedia menunggu utk main 'Police Country' atau ' Rounders Kpg'.

Jika minta lima kupang, UMMi kna menyangkul rumput atau angkut kayu api! Semuanya tiada yang percuma. Ini didkan Atuk yang dulunya UMMi selalu memberontak. " Huish! Haji BakhiL! Tangkai Jering! Kedekut tahi hidung masin! Simpanlah duit Atuk buat pusaka..."  Inilah yg selalu Ummi ngomelkan sambil berlari ke padang di Balai Raya setelah selesai kerja dan syiling berpindah tangan. UMMi memang tidak faham apa2. Atuk hanya senyum bila tengok UMMi terima duit tapi muka masam macam cuka. Memang sakit hati waktu itu.

Bila Atuk sakit perut dan berjalan mundar mandir, keluar masuk bilik tidurnya, kak Rita gelak. Gelagat Atuk macam orang tak betul. Memang lucu jika kita pandang tanpa berfikir. Pandang dengan mata kasar. UMMi pula sedikit pun tidak rasa nak ketawa. UMMi marahkan Kak Rita, " Orang sakit, awak gelak. Ni benda lucu ka?" UMMi ingat lagi ayat ni sebab pada UMMi Atuk bukan hanya Atuk pada UMMi. Celik mata UMMi, dialah yang melayan karenah UMMi. Cukupkan segala keperluan. Waktu itu UMMi baru nak naik Darjah V. UMMi dapat rasakan sesuatu. UMMi dapat rasa sangat-sangat. Hati UMMi tidak enak rasa. Perasaan itu kuat. Kak Rita bawakan air penawar Atuk. Air rebusan Sentana Guri. Bila Atuk silap makan, itulah penawarnya. " Tak payahlah. Tok dah nampak mak ayah Tok..." UMMi menangis. Hati UMMi dapat rasakan sesuatu yg buruk akan berlaku  tak lama lagi.

" Haji! Dah sedia dah?" Atuk tiba2 memanggil Mak UMMi dan bertanyakan sesuatu. Mulanya UMMi tidak faham. " Dah ayah" Mak menjawab ringkas. " Pimpin ayah keluar" Atuk mengarahkan kami meminpinnyake arah serambi rumah. Ummi nampak Mak sediakan tilam cantik. Beralaskan cadar baru yangselama ini disimpan dalam almari dan dilarang kami adik beradik semua usik atau curi2 pakai. Macam tilam pengantin. Menghala ke kiblat. Atuk dipimpin ke situ. Dibaringkan. UMMi disuruh Mak baca surah Al-Ikhlas saja. "Perlahan2" kata mak. Ummi picit2 kaki Atuk. Mereka yang lain deras membaca surah Yasin UMMi kan selalu kena tegur bila baca Quran tak betul?

" Haji ! Suruh anak2 diam. Ayah nak tidur tenang2..." Atuk tiba2 bersuara. Perut Atuk nampak naik terik dan berkilat. " Laailaa hail lallaaaaaah..." Atuk qiam tangan dan pejam mata rapat. UMMi diam. Tunggu ATuk tidur tenang2? Sangka UMMi Atuk tidak mahu ralat bacaannya sebab Atuk memang akan baca macam2 sebelum tidur. Kalau kami hendak bertanya apa2 pun, mesti sebelum Atuk mula membaca doa2 sebelum tidur. Bila Atuk sudah mula baca, Atuk tidak akan layan lagi sebarang pertanyaan dari kami. Jadi, UMMi sangkakan kali ini pun Atuk tidur!

Habis Atuk mengucap begitu, azan Subuh lantang dikemandangkan dari masjid berdekatan. Qariah masjid berpusu2 datang lepas solat Subuh. Tempat Atuk dalam saf kosong. Semua curiga dan bergegas ke rumah kami untuk kepastian. Naik seorang, menangis. Naik lagi seorang, menangis juga. Naik berapa orang pun melihat Atuk, menangis semuanya. Baru UMMi tahu, Atuk sudah meninggal dunia. " Laailaahaillallaaaah" Jelas sebutannya dan disahut azan Subuh seusai dilafazkan itu, bukan lagi untuk tidurnya yang biasa2. Itu kalimah syahadah Atuk yang terakhir yang membenarkan segala keyakinan dan pegangan aqidahnya sepanjang hayat!

Apa rahsia tilam dan cadar cantik itu? Tilam itu dijahit isterinya sendiri. kekabu yg suci bersih. Kain dibeli dan dibasuh suci dulu. Bantal dan cadar serta sarung2 lain juga begitu. Lepas jahit, disimpan dalam almari besar atas rumah. Dilarang usik! Baru UMMi faham. Atuk nak mati atas tempat yang suci. Dihalakan ke qiblat. Semua kena diam sebab Atuk tidak mahu diganggu ketika dia ungkapkan syahadahnya yang terakhir. Subhanallaaaaaah. Sampai macam itu sekali Atuk rancang kematiannya? Maknanya selama ini Mak memang sudah tahu apa peranan semua isi almari itu? Patutlah Mak marah sangat jika kami cuba2 usik tilam bantal dan cadar2 cantik dalam almari itu. Allahuakbar3! Hebatnya Atuk. Memang hebat orangnya. UMMi sangat bangga membesar di bawah asuhan dan jagaannya. Atuk begitu jauh pandangan. Penuh firasat mengatur langkah2 dalam kehidupannya. Hidup mulia. Mati pun mulia.

Jahit tilam bantal itu nOrmaL. Simpan bantaL itu aBNorMaL. Cadar2 baru susun lawa2 dalam almari. Lagilah tidak NOrMaLnya! Rupa2nya, yang nORmaL itu BOriNG. Biasa saja. Kesudahan yang cantik bila ABnoRMaL menjelaskan keindahan perancangan seorang laki2 yang asalnya hanya pendatang yang berhijrah sehelai sepinggang ke tanahair orang. Namun, dek mulianya peribadi, mampu menjadi contoh teladan pada anak watan sekelilingnya. Nama Haji Ismail jadi sebutan untuk sekian lamanya. Ada seorang  tua yang berulang alik ke masjid, suatu hari membuat pengakuan terbuka, " Hamba nak mati macam Haji Ismail..." UMMi kehilangan Atuk kesayangan. Dulu Allah ambil ayah. Kini DIA ambil pula Atuk. Kini hanya tinggal Nenek, Mak dan tiga saudara kandung utk tempat bermanja.

Dulu UMMi mahukan yang NOrMaL macam orang lain. Minta duit, senang2 dapat. Duduk releks2 dapat makan pakai percuma. Pagi keluar, petang balik tanpa sesiapa menegur atau marahkan UMMi. UMMi mahukan semuanya NOrMaL macam orang2 lain? Yang UMMi sangkakan seronok. Rupanya NOrMaL itu boring. Sayang sekali, UMMi sedar setelah Atuk tiada. pergi untuk selamanya. UMMi masih teruskan dengan aktiviti jemur getah keping yang bercelaru air busuk mengenai baju UMMi. Cangkul rumput di halaman rumah sampai cerah bersih melebuh. Jemur dan tumbuk padi   dengan lesung kaki. Tapi yang bezanya sekarang, UMMi tidak harapkan dua kupang atau lima kupang lagi! UMMi buat sebab UMMi sayangkan Atuk. UMMi sangat rindukan Atuk. UMMi baru faham apa tujuan Atuk buat benda2 yang tidak NOrMaL selama ini pada UMMi. UMMi baru faham. UMMi sebenarnya sentiasa dididik utk menghargai masa dan memunafaatkan tenaga dan harta pada jalan sepatutnya. Bahawa tiada yang mudah dan percuma dlam kehidupan kita. Bahawa NOrMaL itu BOriNG. UMMi baru faham. Itu pun setelah Atuk pergi untuk selamanya. Allahuakbar3! UMMi sebenarnya bertuah dapat didikan langsung dari lelaki yang mulia ini. Yang UMMi selalu meradang dan gelarkan 'Haji BakhiL, Tangkai Jering dan Kedekut Tahi Hidung Masin'. Sesungguhnya nikamat apabila berada di tangan, memang kita tidak sedar nilainya. Bila sudah tiada atau kehilangan, baru kita sedar tingginya harga. Mahalnya juga harga utk sebuah kesedaran ini. UMMi sedikit matang dek pengalaman kehilangan yang abadi, tapi UMMi beroleh pengjaran yang mematangkan akal fikiran. Segalanya UMMi niatkan pahala utk orang yang paling berjasa dalam hidup UMMi. Haji IsmaiL bin Haji Omar... Atuk tercinta!Ilmunya yang UMMi sampai hari ini munafaatkan. Tunjukajarnya dan segala harta tinggalannya yang samapi ketika ini UMMi masih guna belanjakan. Sedekah jariah buat Atuk. Sejahteralah ROH Atuk dalam dakapan RAHMAT dan KASIH SAYANg ALLAH swt sesuai dengan amalan Atuk sepanjang hayat dahulu... Al Fatihah.

1 comment:

  1. Barangsiapa menyamai satu2 kaum, akan termasuklah dlm kaum itu sndiri. Umat ISLAM wajib ada jati diri dan pasti apa yg dicari dlm kehidupan semntara yg dipinjamkan ini. Harga sebuah kebahgiaan yg abadi itu sgt tinggi. Justeru kebahgiaan itu sndiri menuntut pengorbanan yg besar...NORMAL is BORINg sekadar memaparkan sebuah realiti bahawa ISLAm itu sndiri ada KELAINAN yg tersirat seribu hikmah dan pengajaran... Hanya yg YAKIN bisa merungkai rahsia ILAHI... Allahuakbar3!!!

    ReplyDelete