Friday, February 18, 2011

NoSTalGiA LuKA : BEgiNi CaRAnyA BuuUUuuu...

Sampai pd satu atahap, anak2 kita akan teringin nak naik kenderaan basikal, motor atau kereta. Ini perkembangan yg nORmaL. Kita tak sepatutnya sekat perkembangan dan haLang kemahuan mereka. sebalIknya kita bantu2 pantau dan sediakan kemudahan mana2 yg patut. Yg kita mampu! Kalau setakat basikaL, apalah salahnya kita belikan sebuah. Mula dgn yg roda tiga. kemudian iring2 dia main2 dlm rmh. keluar sikit ke halaman dan jauh sikit ke taman.

Bila agk2 dah cekap skit kita buang roda sokongan. Biar betul2 tinggal dua. ajarlah dia balancing! Pegang2 dulu di carrier. Lama2 lepas sikit danbiarkan dia mengawal sepenuhnya perlahan2 sebelum dia digalakkan mengayuh sedikit laju dari biasa. Kadar kayuhan orang yg nOrmAL lah! Bila anak2 dah besr sikit, kita kenalah carikan yg lebih besar saiznya basikal itu.Berikan mereka sedikit kelonggaran utk bermain ngan kawan2 sekitar kawasan kediaman. Ini asas pergaulan pula. Interaksi dua hala dan kemahiran berkomunikasi di luar ruang empat segi rumah sendiri! Jgnlah terlalu mengawal, mengongkong dan mengikat anak2 dgn peraturan yg tegas keras.Di tahap ini minda anak2 akn aktif beroperasi dgn input2 baru utk membina jati diri.

dah naik peringkat menengah, anak2 akn cenderung utk menunggang motorsikal, Jarang sgt kita lihat mereka kayuh basikaL lagi ke mana2 dis sebbkan pengaruh sekeliling yg sgt merangsang keinginan. Kawan2 naik motorsikal lalu lalang depan mata, takkan kita nak anak kita kayuh basikal tua juga! Jiwanya pasti akan dihimpit rasa keciwa dan berduka dek kekurangan dirinya. Jika ini berlaku dan aibu masih tidak mampu membelikannya sebuah motorsikal, jelaskan dgn baik pada anak2 tersebut. Masa makan bersama itu paling baik. Waktu bersantai nonton TV anak beranak pown boleh juga. Terangkan keadaan keewangan yg ibu hadapi dan kekangan2 yg ada. Mereka akan faham Janji IBu bijak bermain kata2. Pujuk dan nasihat mereka untk bersabar seketika lagi dgn alasan ibu dan ayah sdg aktif berusaha mendptkan sebuah motosikal juga. Ibu boleh juga berunding utk sama2 menjana ekonomi, bagi menampung kos pembelian sebuah motosikal baru. Konsep berat sama dipikul, ringan sama dijinjing elok diterapkan dalam diri anak2 semua. Tak payah IBu pukuL2, marah2 dn maki2. Ingat! Anak2 pun ada maruah!

Jika gagal juga dapatkan motorsikal, boleh kumpul wang sekadar yg ditetapkan oleh Kelas Memandu. Hantar anak2 belajar di situ dan dapatkan lesennya terus! Ank2 boleh bantu2 kerja kumpuLkan wang saku utuk bayar sama jika dilatih dengan betuL. Anak2 UMMi semua ambiL lesen dgn daya usaha sendiri membayar kosnya. Bukan UMMi tidak mampu, tapi UMMi nak tanam sifat rajin berusaha dalm diri mereka. Sesuatu yg diperolehi dengan jalan sukar akan lebih dihargai dan dipelihara keadaannya. Dijaga rapi dan akan ada nilai kenangan kemudian hari. Percayalah. Ini tujuan UMMi. Sama2 susah mndapatkan sesuatu yg kami ingini!

Anak2 tidak patut dihalang keinginan utk mengembangkan minda dan kemahiran fizikal mereka . Pada waktu yg sma, kita kena juga ajar mereka berfikir  tntang tanggungjawab dan kewajipan yg kita manusia kna pikul dlm kehidupan seharian serentak dgn meningkatnya usia dan kematangan. Mereka akan faham. Lebih2 lagi jika mereka menikmati saat2 indah bersama ibubapa berusaha dan bekerja utk mengumpul RM !Mereka akan faham dan akan sangat2 menghargai pengalaman itu bila dewasa nanti.

Anak naik motor duduk di depan. Ayah duduk di belakang. sama2 pegang handle. Ajar dia start engin dan contRoL minyak. Tangan anak di bawah. tangan ayah di atas. Biar dia rasa semua pergerakan! Masuk gear dan jalanlah perlahan2. Anak dan ayah masih diatas motor yg sma. Kemudian, anak naik motor, ayah pegang besi di hujung carrier. Motor jalan, ayah terpaksa lari2 anak membantunya mengawal handle. Bila sudah mahir sikit mengimbangi motor dan badan dia atas motor itu, bolehlah melepaskan  pegangan di hujung carrier dan biarkan anak itu menunggang dgn penuh kegirangan... masih di dlam kawasan perumahan! Jgn benarkan dia pergi jauh atau keluar ke jalanraya yg sibuk. Anak ini belum bersedia jika tanpa lesen yg sepatutnya beliau perolehi.

Jika sudah ada asas begini, anak ank anda akn udah memperolehi lesen di Kelas Memandu. Pengalaman mengemudi motorsikal itu akan banyak membantunya menjawab soalan2 bertulis utk lulus ujian undang2. Lulus juga di lapangan...masuk simpang, naik bukit dan selekoh serta parking! Bukankah mudah jika anda berhasrat utk membina persefahan]man dgn anak2 anda. Jgn jadi mcm iBU yg awal2 tadi yg apabila anknya jatuh motor, anak itu di rotan sampai meninggalkan kesan di lengan. Itu bahagian yg UMmi nampak. UMMi tidak pula tanggalkan bajunya utk periksa lain2 bahagian! Mungkin ada lebih banyak lagi calar balar dan gelembungnya! Allahukbar3! Sedih hati UMMi. Ummi sukakan budak2. Mmglah mereka nakl tpi jgnlah tibai macam gembala tibai keldai!

Kata seorg sahabat, " Dia tak tau mcamana rasanya anak MATI...tak macam B. walaupun anak2 B mati masa lahir, B ttap rasa sedih dan ingat sampai hari ini. Inikan pula kalau dah banyak kenangan pelihara sampai dah besar? Ibu tu mmg B anggap kejam!..."

Ummi tinggalkan persOalan ini utk pmbaca fikir2kan. Jika sebeLum ini kalian pun buat begini pada anak2, cuba2lah ubah sikap panas baran itu. Gantikan dgn hikmah dan kebijaksanaan! Penuh kasih sayang mendidik anak2 kalian. Kna sabar. Banyak2 sabar.  Selebihnya berDOAlah dgn ikhlas supaya hati mereka terang utk menerima ilmu dan pengajaran.  seterusnya...Berserah pd Allh swt.

1 comment:

  1. IBUbapa lebih gemar memarahi drpd duduk2 berdepan mata berbincang menghuraikan permaslahan dlm keluarga. Melenting menyinga menghukum darah daging mereka sebagai tatacara pelampiasan rasa daripada berdamping mesra mendengar suara hati mereka...UMMi cuma mahu IBuBapa mengubah kebiasaan ini dgn mengutamakan pendekatan kasih sayang, kelembutan dan pujuk rayu, gosok dan peluk sbg penyelesain di hari2 muka...Mereka juga punya HATI...!!!

    ReplyDelete