Friday, February 18, 2011

SiTi AMINah NuR JanNaH : IkOn KeGIgiHaN CiLik

Semuanya bermula dgn perceraian yg meninggalkan UMMi dlm kesempitan yg amat sgt kerana UMMi masih dlm tempuh pengajian 3 tahun di UPSI. sudah sepatutnya menuju ke garisan penamat tetapi UMMi terpaksa tangguhkan demi tgjwb pd anak2. Ada paper yg UMMi x hadir exam dan markah ditOlak banyak. Sungguh mendukacitakan tpi demi ank2 UMmi pasrah. Pointer sdh x penting lg berbandingkan ank2 yg perlukan pembelaan segera. UMMi repeat paper itu. Tambah 6 bulan lagi. Ank2 yg mghitung hari menatikan UMMi tamat pengajian, paling hampa. Namun UMMi berjaya yakinkan mereka, " Tidak allah jadikan / takdirkan sesuatu utk tujuan sia2. Tak baik kita mengeluh. Tu maknanya kita buruk sangka ngan Allah? Buruk sangka itu Rasullah kata boleh bawa pada dusta. Dah  kita lawan cakap Rasulillah pulak. Tak soleh laa. Nanti tak dapat syufaaat di akhirat..."

x pasti samada kata2 UMMi ini merekamengerti sbb rata2nya anak2 UMmi ini masih di tahap 'bayi'. Gaji sudah di bahagikan dua. Potongan2 lain tetap aktif. UMMi ada 10 nyawa utk dipelihara jaga. Masa itulah UMmi mula berfikir utk buat mcm2 kerja utk menambahkan pendapatan. Mula dgn anak sulung akan ke UIAm. Diikuti pula ngan anak ke2 utk ke UITM. MenyusuL kemudian ank ke 3 mahu ke DaruL Quran...ke 4 akan terbang dahulu ke Jordan dan ke 5 pula mndapat tawaran ke UK: Architechture! Semuanya mmerlukan perbelanjaan besar dan UMMi sama sekali x akan kembaLi menggoncang pintu IBu utk mengharapkan bantuan keewangan! x dan x sama sekali !

Ayat 1000 Dinar itu sgt mustajab. UMMi ulang2 sbg asas mmbina kekuatan dalaman. Ank2 10 x boleh tercicir. Semua mesti ke destinasi masing2 di menara gading. Namun takdir mengatasi segalanya...SITI MARYAM AJ JALILAH terpaksa menolak tawaran ke UK. Mengorbankan cita2nya mahu mnjadi seorang arkitek senibina Islam! Setelah 4 anak di hantar ke menara gading, UMMi hampir2 lemas tenggelam dalam lautan masalah keewangan. Mana lagi mahu  dikorek Rm+++++ dan RM+++++ lagi tahun berikutnya...& berikutnya lagi! Anak2 semuanya sudah menganjak kaki ke peringkat IPT? Allahuakbar3...!

Ini kisah Nur Jannah, anak ke 8 UMMi. Sejurus mendapat tawaran ke Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah, Jannah senyum legaa. sudah lama impian ini terpendam. Kejayaan kakak2nya di Sek Agama  Kerajaan Negeri ini menjadi dorongan kuat utk dia sama merintis jejak2 terbiLang yg mereka tinggalkan. Namun UMMi sudag kehabisan simpanan di semua bank2 yg UMMi langgani. Dlm hati besar hajat. Dalam poket, semakin meruncing...Tiada tanda2 bapa mereka akan membantu pula! " Padan muka, biar rasa! " Itulah habuannya jika UMMi hubungi utk minta nafkah anak2 dijelaskan tanpa gagal. " Hentikan budak2 tu di sekolah AGAMO tu. Banyak belanJO..." usuL bekas kakak ipar suLong pula!  Namun UMMi degiL keras kepala dan apa sajalah yg boleh kalian namakan bagi sifat UMMi ketika itu yg tidak menurut kata mereka semua. UMMi bertegas untuk ttap mndaftarkan Jannah di Maahad Mahmud! Itu rezki dia. UMMi akan pastikan dia dpt juga belajar di sana meski seketika...

UMMi beli pisang muda. UMi kopek mula jam 5.15 ptg. Selesai jam 7 mlm. Berhenti utk solat maghrib. 8.30mlm UMMi mula panaskan minyak dan sagat pisang2 itu dlm kuali. GOreng! Siram sikit ngan air garam....Sedaaaap. Jadi ' Kerepek Pisang Masin UMMi sayang '. Selesai jam 10-30mlm. Bawa ke depan TV dan bungkuskan. RM 1 -RM2 sebungkus. Inilah yg Jannah bawa pulang ke asramanya  setiap minggu utk dijual pd kawan2 yg lapar terkurung dlm dorms. Sekali jual dia dapat >< RM150-200. Cukup utk bayar yuran makan dan belanja poket menantikan hari pulang yg selanjutnya. Jannah sntiasa ada duit dlm poket! hasiL usaha sendiri.

Sudah masuk tahun ke-3 sekarang Jannah di sek itu. Pelajarannya bagus. Sedikit pun x terjejas. Business kerepeknya pun semakin lancar. Dari mula dia mndaftar samapi sekarang baru RM250 ayah nya bagi. Itupun 2 tahun yg lepas RM200 yg awal di masukkan dlm akaunnya dan baru2 ini RM50...Jannah sara diri utk bertahan di sek ini demi minatnya mndalami isi al quran! Mula2 dia mengadu berat. Letih. Lama kelamaan Jannah jadi seronok. UMmi andaika kakak2 asramanya semua kenal  Siti aminah Nur Jannah. Pelajar yg gigih berniaga kerepek utk memenuhi tuntutan pengajiannya di asrama Maahad Mahmud! Utk ringankan penanggungan UMMi yg menyara sendirian mereka 10 beradik!

Musim perayaan Jannah akn jual biskut raya. Guru2 tampiL mmbuat tempahan. Jannah sangat ceria hari ini. Dia sudah mulai menyukai bidang yg satu ini. Pengalaman awal yg pahit rupanya pndidikan yg berkesan pd dirinya. Betullah bak kaata Rasulullah saw, " Kasih sayang Allah swt itu ada dlm kesusahan." Jannah tidak mengadu penat dan berat lagi. Hari ini Jannah ke rumah Atuknya. Tebang pisang setandan. sebelum maghrib, dia sudah tekun mengopek kulit. Sekarang dia sudah selelsai soLat isyak. kami akan sama2 sagat dan goreng. seterusnya dibungkus kemas. RM2 sebungkus! Esok Jannah akn pulang ke asrama semula. Jannah sudah senyum menguntum Esok tetap ada barang2 utk diperdagangkan!

Doakanlah SITI AMINAH  NUR JANNAH berjaya dlm pelajaran dan hidupnya di hari muka. UMMi sejuk hati memeliharanya. MMg sedih bilaanak terpaksa berdepan dgn cabaran utk meneruskan pengajian  begini. tapi percayala, Jannah ini IKON KegigiHan yg meski pun ciLik sudah mnjadikan dirinya ikutan pada adik2 dan abang2nya yg lain....Subhanallah... alhamdulillaaah....Allahuakbar3!

1 comment:

  1. UMMi yg mengandungkan Nur Jannah. Melahirkan dan mmbesarkan dgn hanya berbekalkan keyakinan pd RAhMAT & Kasih SYG dari yg SATU... Ini hadiah istimewa berupa pengakuan ikhlas sejahteranya hati seorg IBu pd seorg ank yg luhur budinya & istiqamah menCari keredhaan Allah melalui amalan2 soLehahnya yg mensejahterakan hati UMMi...
    Nur Jannah : SeMoga RAHMAT ALLAH swt sntiasa bersamamu.

    ReplyDelete