Sunday, February 13, 2011

Ummi SiTi KarTiwi ; WaRKah BUAt ANakanDA ( II - sambungan )

Maryam, Permata hati UMMi, Umm tidak lupa pd banyaknya tawaran2 hebat yg mendatangi Maryam sejurus Maryam diumumkan cemerLang SPM yg lalu. Pengajian Sains & Agama ( USIM- kelantan ), Pengajian Bah Arab ( UIAM Ptaling Jaya ), Architecture ( United KingdOm )...? UMMi mahukan Maryam ke DaruL Quran sahaja. Utk sekeping DipLoma yg rata2 rang memandang biasa saja. Pada UMMi DIpLoma Tahfiz Al Quran mengatasi segaLa siLau dnia dgn segala isinya. 30 juzuk bersemadi dlm dada Maryam. UMMi mula berangan-angan panjang, bahawa Maryam akn sntiasa berzikruLlah meski rancak melaksanakan pekerjaan harian. Dalam duduk, ketika berdiri, tatkala berlari, sambil berbaring, mengiring, terlentang sampai pejam mata lena. Mungkinkah itu kebahgiaan UMMi sahaja yg terlalu asyik maksyuk atau obses pd ayat2 allah swt. UMmi minta maaf kerana nada UMMi berbau paksa. Pada UMMi, peluang menghafaz al quran hanya datang sekali. Satu dlm berjuta2 nikmat yg mendatangi kita, dan Maryam serta saudara2 yg lain sgt bertuah menerima anugerah begitu berharga. Maafkan UMMi jika peluang2 lain Maryam terpaksa korbankan. UMMi cuma yakin, selain ProGram DipLoma Tahfiz ini, yg lain2nya bila2 masa boleh Maryam dapat lagi. InsyaAllah. alhamdulillaaaah, Maryam anak yg taatkan UMMi. Makanya UMMi lihat banyak rencana UMMi utk Maryam membuahkan hasiL hari ini. UmMi percaya, Hati Maryam sudah tersangat kasihnya pd DARUL QURAN. Cantik sangat bila Maryam mengambiL Al Quransbg sahabat. UMMi sudah tidak bimbang lagi.

Setapak kita melangkah, jangan fikrkan untuk undur dan beralih pandangan. UMmi mahu Maryam istiqamah berjuang menguasai ilmu al quran ini. Sesuatu yg UMMi impikan sejak keciL tapi gagal UMMi perolehi kerana tiada siapa yg menunjukkkan jalannya ke laluan ini. Kini UMMi hadiahkan pada anak2 semua. Kita berkorban banyak perkara. Masa2 gembira kita bersama, masa dan tenaga serta lain2 kesukaan harian. Kerna itu, pastikan Maryam capai keputusan tahap terbilang dan pulang membawa senyuman utk di kenang sepanjang ahayat dan dikongsikan dengan generasi yg akan menyusuL selepas Maryam. Waktu itu, Maryam mungkin hanya mampu menyebut nama UMMi sedangkan jasad UMMi sudah lebur diperut bumi. Ummi harap lafaz syukur tidak henti2nya Maryam ajukan pd Allah swt kerana UMMi tegas dan keras mahukan Maryam menjadi Hafizah.

UMMi yakin dgn kemampuan Maryam mencipta kejayaan tersendiri. MenguLangi kejayaan kakak Siti Rabi'atuL Addawiyah. Merintis jejak2nya yg mmbanggakan semua ahli keluarga kita, terutamanya UMMi yg sampai hari ini terharu apabila mengenang kembali detik2 kesukarannya di peringkat awal pengajian,  Kecekalan dan keazamannya utk berjaya sangat2 UMMi banggakan. UMMi bersyukur menjadi UMMinya.  perkara yg sama UMi lihat dalam diri Kak Long, Siti Fatimah az Zahrah dan Siti Mariah Az Zakirah.  pada Maryam juga ada kelebihan yg Maryam mesti munafaatkan utk tujuan menamatkan pengajian di sini dengan penuh rasa syukur dan bangga. Maryam mampu. UMMi nampak faktOr itu dlm diri Maryam. Hanya dgnsedikit lagi daya usaha yg gigih dan kesabaran serta doa yg berterusan, Maryam bakal mencapai cita2  utama setiap pelajar yg datang ke institusi ini. InsyaAllaaaah. Yakinlah dengan bantuan Allah swt. Jgn sesekali putus asa dari rahmatNYA.

2 comments:

  1. Siti MAryam Aj-Jalilah : seindah nama yg UMMi pilih utkmu, mnjadi sebahagian harapan UMMi utk menegakkan syiar AGAMA. UK, USA, New Zealand atau AustraLIa... hanya indah pd nama namun xkan dpt menandingi darjah ketinggian isi KALAMULLAH yg Maryam kini muatkan dlm dada. INilah himah dari pengorbanan MARYAm yg dahulunya bagaikan tersiat kulit dari jasad yg bernyawa...HADIAH istimewa dari UMMi tnda CINTA sejati tiada batas sempadan!

    ReplyDelete
  2. Salam kak siti. Br 1st time singgah kt blog akak ni. InsyAllah lepas ni akan jd follower setia kt sini.

    ReplyDelete