Tuesday, March 22, 2011

49th BiRThDaY : PinTu KeBajikaN LUas TerBUka

Hadiah paling berharga bagi UMMi bila usia mncecah 49 tahun adalah apabila semua ahli keluarga yg UMMi sayangi berkumpul di rumah UMMi. Mgkin secara kebetulan saja mereka muncuL utk menerima rawatan berbagai penyakit yg mereka hidapi tapi bagi UMMi is umpama pintu2 kebajikan yg luas terbuka utk UMMi terus berbakti. Tidak perlu UMMi jadi kaunseloR bertauliah utk UMMi jalankan sesi kaunseling. Tidka perlu UMMi jadi ustaz dan ustazah utk UMMi sampaikan ayat2 indah Ilahi... Semua hamba adalah khalifah di bumi. Diamanahkan menyampaikan walaupun dengan sepatah perkataan. Kesempatan itu UMMi munafaatkan sepenuhnya kerna lidah ini tidak pandai tinggal diam...Allahuakbar!

Bila ramai ahli kleuarga datang bertandang ke rumah utk tujuan menumpang berteduh sepanjang sesi rawatn dijalankan, UMMi rasa umpama bulan jatuh ke riba. Inilah yg UMMi maksudkan dgn 'pintu rahmat @ kebajikan terbuka luas'... UMMi suka sgt. UMMi seronok nak layan depa semua. UMMi lupa birthday UMMi hari tuuu. Sampai dah tinggi matahari  baru tersedar dari kesibukan hari yg menyingkirkan ingatan UMMi pada tarikh istimewa dlm hidup UMMi..Birthday UMMi sndiri! hahaaha.. got carried away lak! Allahuakbar3! UMMi dah cecah usia 49 tahun.

Banyaknya ciuman yg UMMi terima dari semua. Ucapan selamat datang mncurah2. Terus menerobos telingan dan pastinya berderet di fb ini. Luar biasa sambutan semua pada usia keramat ini...agak2nya sbb dah nak dekat 50thn...setengah abad tahun hadapan! hah! UMMi rasa sgt dihargai bila ramai yg hadir dlm hidup UMMi sejak lahir dulu kini ada di hadapan UMMi juga! Naim pusing satu SELAMA nak mencari kedai kek. Puas UMMi tinjau tapi tak nampak kelibatnya. Dia tak tahu, SELAMA ni pkan kecil. Ahad pula hari libur buat semua. So, semestinya banyak kedai yg ditutup. Sepi satu bandar.

Rupa2nya Pak Dat dok gesa anak laki2 bongsunya ini supaya dapatkan sebuah kek istimewa utk raikan hari ulangtahun kelahiran UMMi. Sesuatu yg UMi sendiri tak pernah fikirkan walau utk diri sndiri pown. UMMi cuma lafazkan syukur yg tidak terhingga sbb diberiNYA kesempatan mncecah usia 49 tahun pula selepas tahun2 yg sebelumnya...Sempat lagi celik mata dan tengOk semua yg UMi sayangi. Sempat lagi beraksi dalam dan luar rumah menyudahkan kejer2 yg UMMi minati. Sempat melayan karenah ank2 yg pulang bercuti dan mahu makan asajian dari air tangan UMMi... UMMi sgt bersyukur. Selain anak2, kaum kerabat berkumpuL di rumah UMMi yg sempit ni tanpa rungutan pown.

Pak Dat  seawal 4 pg dah mulakan tugasan harian. Dia mmg tak tau dudk dia. Habis pinggan mangkuk UMMi di susun semula. semuanya dah berubah tempat. Ini pembawaan sikap zaman mudanya. UMMi mmg faham sgt. Dia hanya akan tinggal diam jika rebah terlentang, tak daya gerakkan badan! hah! Selagi mampu berdiri, dia akan beraksi... "Buatlah Pak Dat. Buat lah apa yg patut !"  UMMi bisikkan kata2 ini utk nak sedapkan hati tengOk pak Dat tak berhenti2nya buat kerja... Sampaikan kedua2 tandas pun disentaLnya. pada hal dah semerbak baunya dek curahan 'Toilet Duck' kegemaran UMMi... Alaaaahai! Kna faham juga laaah sbb UMMi pown sudahny akan mncapai ke usia tu juga.

Hujan yg mencurah2 mmg mmbimbangkan UMMi sbb air akan mencurah masuk melalui didinding jika disertai angin kencang. Pak Dat nampak kalut mengelap simen. Baru dia tau bagaimana rupa kehidupan UMMi ngan anak2 selama ini. macam2 ujian mndatang. Dia pandang UMMi dan janji akan tolong baiki apa yg patut! "Hih! bukan sekupang dua Pak Dat OOoooi!"  Bisik hati kecil UMMi... Kalau ada bantuan begini, UMMi lah yg paling bahagia. Bukan UMMi tak dak duit tapi Fatimah kan nak terbang ke UK. Nak kna dulukan mana yg patut! ada rezki lebih nanti, UMMi baiki laaah. alaaaahai! Besar gak angka tuu... Allahuakbar! Pejam mata jeeer buat smentarA.

UMMi happy. Itu yang pasti. Masalah sntiasa ada tapi UMMi selamba saja. Bertenang selesaikan satu demi satu. Bukan tak nampak..semuanya jelas depan mata. Kans sabarlah tahan perasaan sbb anak2 lebih memerlukan perhatian. Dgn adanya tetamu2 yg ramai dlm rumah pulak, UMMi kna lagi bijak mngawal perasaan. UMMi nak happykan depa semua jugak. Biar Mak Lang lupa tentang ketumbuhan di perutnya. Biar Mak Su tidak risaukan bengkak hatinya. Biar Pak Dat tak fikir langsung fasal lutut dan pinggangnya yg berlari2 macam gasing menikam2 berdenyut2 sakit tak terhingga. Setakat ni UMMi mampu kawal suasana. Mak lang banyak makan. Pak Dat berulang2 ke meja dan nikmati hidangan. Mak Su pown tak segan2 suap dan suap penuh senyuman... Objektive tercapai. UMMi hanya mahu mereka gembira sepanjang masa mereka di rumah sempit bocor sekeliling niii...hih!

Betullah bagai yg UMMi selalu fikirkan. Tak perlu kaya utk bahagia. Tak perlukan bangalow mewah utk rasa selesa. Tak perlukan perabot mahal2 utk glamOur giLer... UMMi rasa rumah ini bak syurga dunia yg tegak berdiri menyajikan UMMi peluang berbakti. Macam2 oghang datang menumpang. Yg bergaduh laki bini, mai menangis di sini. bermalam dan bertenang sebelum kembali berkasih sayang selepas UMMi kaunselingkan. Yg lari dari rumah pown lama menumpang dan meredakan marah di dalam sebelum pulang bermaafan dgn yg tersayamg! Kini jadi ward pesakit2 kronik yg para Dr sudah mnjatuhkan hukuman MATI bagi penyakit2 yg dideritai mereka. Ya Allaaaaah! rumah Murah Kos Rendah tapi besar jasanya pada semua...UMMi sgt2 terasa dirahmati...SubhanaLLaaaah...AlhamduLillaaaah....

Tanggal 20hb sepatutnya UMMi meniup lilin macam kebanyakan orang yg sambut ulangtahun kelahiran tapi UMMi beraksi lebih ligat di sekitar pekan dan rumah samapi ke bumi Kedah sbb nak uruskan kebajikan tetamu2 dan anak2 yg pulang bercuti. Mmg gamat memecah kesunyian rumah. Masak makan. Masak lagi, kemudian sama2 makan. Selebihnya kami duduk berbual dan masa itulah UMMi selitkan ayat2 suci al Quran dan hadith2 sahih serta perdengaerkan kisah2 Nabi sbg halwa telinga dan penawar duka mereka. Nampak berminat sgt mereka menadah telinga. Mak Lang langsung tak nampak risau lagi akan penyakitnya. Mak Su samapi terlelap mata di meja. Pak Dat senyum puas! " Hebat anak sdr aku ni..." hahahaa...agaknya itu yg ada dibenaknya!

20hb Mac juga UMMi nak hantar Muhammad uwais dan AbduLlah ke SMKA Kerian semula. Terpaksa minta izin tetamu tinggalkna mereka tanpa layanan sekeltika. Mereka pown tak kisah sbb UMMi tak juga kisah jika mereka memerintah di dlam rumah sepanjang peninggalan UMMi ke asranma anak2. Hujan lebat. Gerak hati kurang menyenangkan tapi UMMi gerakkan kereta juga. sepanjang jalan air sudah melimpah.  Jalan bagan Serai mmg terkenal cepat banjir. Selesai hantar, UMMi cepat2 patah balik sebab takut kereta tak lepas lalu bila paras air terlalu tinggi dari aras jalanraya.

Sampai di rumah, Naim, anak bongsu Pak Dat dah samapi. " Happy Birthday Kak Tati".. he2! Dah samapi berita ke pegetahuannya. tapi UMMi tahu, kehadirannya beerti semua tetamu akan meninggalkan mahligai UMMi malam ni.  UMMi keluar ke pekan Selama sekejap dgn Naim. cari 'Kicap Haji' ... 2 dozen sbg buah tgn balik ke Shah Alam! Jam 11 mlm...sunyi sepi ruang tamu UMMi. semua dah balik. Ketika bersalam UMMi dapat rasa barang keras diselitkan ke tangan UMMi...RM150..." Happy Birthday Kak Tati..." sekali lagi Naim menghadiahkan ucapan. UMMi happy dia ingatkan tarikh istimewa ini tapi UMMi tak harapkan apa2 pemberian darinya... UMMi janji. RM150 ni nak simpan utk beli Ikan Tongsan bagi Pak Dat, Mak Lang dan Mak Su rasa bila mereka kembali semula utk rawatan susulan... InsyaAllaaah.

Birthday ke 49...terbukti sgt membahagiakan UMMi. Terbuka Luas Pintu Kebajikan... Syukran semua. Doakan UMi bahagia terus sampai ke syurga! Aaaamiiiiin....

No comments:

Post a Comment