Wednesday, March 16, 2011

My LUVed OnES : JLn2 MEsRAkan HubUNgaN ?

Assalamu'alaikum wbt...semua umat Islam sedunia. Hari ni UMMi nak kongsikan kegembiraan UMMi yg baru menamatkan satu siri perjalanan yg sgt mmbahagiakan jiwa. Jalan2 cari keluarga jauh dan dekat. Yg jauh UMMi nak dekatkan, sedekat yg terdaya. Yg memang sudah dekat, UMMi mahu mesrakan, semesra yg mungkin. Agar ukhuwah yg terungkai sekian lama kembali bertaut rapat sehinggakan hanya maut yg bisa memisahkan... Itu pun hanya utk seketika kerana UMMi berhajat mengumpuLkan semua yg UMMi sayang ... selesa gembira di syurga!

Cuti sekolah seumpama RAHMAT Ilahi yg luas terbuka buat UMMi sekeluarga. Panggilan telefon mmbelah kesunyian malam. UMMi terjaga dan pantas tangan mncapai hP yg mmg UMMi tempatkan disebelah bantaL..." Kak Tati, Mak sakit. Sekarang di PPUM ..." Alaaahai...jgn la bagi singkatan macam nii, Naim. Tgh2 malam macam ni, manalah UMMi larah nak perah otak fikir apa maknanya. SMS berbalas SMS... entah mana datangnya idea utk ajak MAk Lang ( Mak si Naim ) utk pulang berubat di kpg dulu. UMMi disambungkan ngan Mak Lang. Dia menangis. Sudah 4x dibedah. Beranah dulu sudah satu halnya menanggung keperitan mata pisau. Kemudian ada ketumbuhan diperutnya.,. Sekian lama selesa, kini tumbuh lagi diabdomen? Mak Lang sudah trauma dgn bilik bedah itu. Tidak sanggup melalui pengalaman itu lagi. UMMi seumpama terbungkam seketika. Mncari idea mahu menenangkan HATInya yg diselimuti ketakutan.

 " Mak Lang akan dibedah 27hb ni. Mak Lang dah tak larat nak nangis lagi. Matilah Mak Lang kalau macam niii..." Mak Lang memulakan perbualan sambil teresak2 menangis...Ummi dapat bayangkan kebimbangan di HATInya sbb UMMi pun pernah didedahkan pada pengalaman getir itu ketika melahirkan zuriat ke-2 utk suami UMmi UMMi dulu. Ketika hamiL masih perLu bekerja siang malam mncukupkan keperluan hidup. Bila dah dekat nak bersalin, dia buat hal  ebrtumbuk pula dgn Pak Cik Nordin, tukang kebun sekolah SK Kuala Mai, Mentakab, Pahang. Mengenangkan kami orang luar, UMMi meilih utk beralah. Puas Guru Besar memujuk UMMi utk tinggal terus di situ tapi  UMmi berkeras mahu beralih memandangkan mereka berdua tidak boleh bertentang mata. AsaL jumpa saja, mahu bertumbuk!

Tiba di SK Kuala Tekal, TemerLoh, Pahang, UMMi sudah sarat menagndung. meanntikan saat melahirkan. Rumah Guru itu sudah 9 tahun tidak dihuni orang. Namun itulah pilihan UMMi. Tidak ada bekalan air paip. Tidak ada kemudahan letrik pown. Berkat usaha gigih tanpa jemu, pihak jabatan meluluskan bantuan utk mamasukan bekalan letrik ke rumah itu. Allhuakbar...kerja2 pemasangan jatuh tepat2 masa UMMi sedang menahan kesakitan melahirkan Siti Aishah At-Thahirah, putri ke-2 UMMi. UMMi masih ingat, ketika perut bergulung2 rasa di dlm, UMMi mintak mak nasihatkan pekerja2 itu hentikan kerja2 memaku didinding. Bunyi hentaman hammer menambahkan kesakitan?


Ibu dan bapa mertua pula samapai seketika kemudian. asyik menjerit dari luar bilik, " Hantaaaar saja ke hospital..." Itulah yang UMMi dengar diulang2. Sgt menyakitkan hati waktu itu tapi UMMi tahan kepedihan di HATI. Mak sndiri kebimbangan menggosok perut UMMI sambil mengingatkan UMMi agar terus mengucap 2 Kalimah Syahadah. Takut ralat! Mereka berdua bersembang ketawa berdekah2 di  serambi rumah! Allahuakbar! Daannn... lahirnya bayi itu denga segala susah payahnya UMMi mempertahankan syariat ketika bersalin. Tidak terselak kain atau telanjang bOLEN macam yang UMMi dengar dari kawan2 yg bersalin di katiL hospital. Siap kangkang, disuluh lampu terang dgn doktor laki2 memandang tepat2 dan meneyentuh kemaluan? AstaghfiruLLaaaah... Itulah yg UMMi paling tak mahu terjadi ketika zuriat dizahirkan ke dunia. Kata Tok Guru, " Malaikat  Rahmat lari kalau aurat kita terbuka..." Lalu/ Apa yg tinggal utk kami dua beranak? hahaha... Ramai yang tidak tahu rahsia bersalin di rumah!

Namun ujian datang lagi... Perut UMMi tiba2 membusung tinggi. Mak hairan. Bayi sudah keluar. Mak mertua kata, tak payah pantang2 minum air seteguk dua. Semua benda tak boleh makan! Dia hulurkan UMMi tali pinggang merah. Suruh ikat diperut. " Ekau boleh minum apa saja tapi kna pakai tali pinggang nii.." Lurusnya UMMi waktu itu. Mak hairan. Tak pernah seumur hidup orang bersalin boleh minum air samapi setempayan jika hanya pakai tali pinggang merah begitu. UMMi waktu itu mmg tak kuat pantang. Bila dihulurkan jalan mudah, seperti lembu dicucuk hidung UMMi menurut kata mereka!

3 bulan berlalu. Perut UMMi makin besar. Mak dah mula risau. Aishah terus menyusu. " Cuba mu gi peghiksa doktor..? " Mak tiba2 berkata begini suatu pagi. UMMi ajak suami hantarkan ke hospital. Dia enggan dgn alasan, " Abang kerja..." UMMi kelek Aishah di pinbggang dan berjalan ke jalan besar utk dapatkan kenderaan ke Hospital Mentakab...3 batu! Baru bersalin 3 bulan..berjalan 3 batu utk nak kesan apa yg tak kena dgn perut UMMi. Tiba di sana, doktaor mengesahkan UMMi ada anak lagi di dalam tapi tiada jalan keluar! Sudah terhnti denyut nadi dek aktiviti tungku setiap hari.  Bayi itu sudah  nak hancur dek lamanya 'bertapa' dlm rahim UMMi ! UMMi dinasihatkan menjalani pembedahan segera.

Suami yg soLEh akan berada di sisi isterinya ketika begini tapi tidak bagi UMMi. Kad bank UMMi dia ambiL. Dia seenaknya mengeluarkan wang simapan UMMi. Mak lah yg berkorban jaga Aishah tidur atas simen di bilik pelawat. Cikgu Syukri, seorang sahabat dlm IkwanuL Muslimin, belikan mak TOTO buat lapik tidur bila tengOk mak kesejukan di situ. Menantu mak? hah! Joli katak tidOr jeneghaaa! Isteri sakit, tak boleh pakai...so, biar mak mertua yg jaga? hUish... jika hari ini dia buat begitu pada UMMi, tahulah UMMi nak kata apa pada dia! Nasib baik masa tu UMMi muda dan kurang pengalaman!

Esonya UMMi akan dibedah doktor utk keluarkan bayi di dalam rahim. Ummi tak pula rasa sakit meskipun perut besar membusung. Jadi UMMi bolehlah berlegar2 dlm ward itu meninjau2 pesakit2 lain. UMMi kan GURU BI! UMMi ambiL file laporan Dr di hujung kaki UMMi. Ummi terbaca statement, "...uterus to be removed!" Subhanallaaaaah! Jantung bagaikan nak tercabut. Mulalah degup yg tidak stabiL selepas itu. UMMi cuba beritahu suami tapi dia datang dekat UMMi dan berbisik," Hidup jangan menyusahkan orang!" Bagaikan sembiLu tajam menikam jantung! Suami apakah ini yang tidak ada langsung rasa ihsan pada isteri sendiri! Waktu itu mmg UMMi tak harap langsung dah pada doa dia... boleh buat dakap tidur saja tapi tak boleh berkongsi duka dan derita! Ini dari jenis teman ketawa saja!

Selesai 'diproses',  UMMi ditolak ke ward bedah tapi terpaksa menanti di bilik menunggu sebab ada patient lain di dlm. Ketika itu pertolongan Allah swt datang! Susu UMMi mengalir deras dan menarik perhatian MatrOn. Mak sedang mendukung Aishah menunggu di luar. Aishah dibawa masuk dan ditiarapkan ke dada, " Hisap ya. Hisap susu mak. Bukan senang nak berpisah dgn anak. Hisap lekas. Bagi mak tenang..." Dia memujuk Aishah. Suami sendiri tidak nampak kelibat langsung! Sepanjang dihospital itu, mak lah yg berjaga siang malam menemani UMMi dan menjaga Aishah yg masih merah bayi.

Tiba giliran UMMi disorong ke 'operation theatre'. Datang seorang Dr lain memeriksa jantung UMMi. Bila semua wire dah dipasang ke badan UMMi, Dr memandnag tepat ke muka UMMi. " Kamu takut ya? Kamu Takut?..." Ummi tidak mnjawab jujur. Geleng2 kepala... dlm HATI masih sedih dgn kata2 suami," Hidup jgn menyusahkan orang!" Sampainya hati dia. Ummi ni isteri yg bari beberapa bulan melahirkan zuriatnya. Baru bertarung nyawa! Ini balasan dia bila UMMi terlantar di katil hospitaL? Allah swt sahaja yg tahu apa yg ada dlm HATI UMMi waktu itu. Airmata mengalir deras. Matron itulah yang dok kerja mengesat dgn sapau tangannya sebab tangan UMMi berselirat wire!

Dr itu pakar jantung rupanya. Prosedure terakhir sebelum mana2 pesakit dibawa ke meja pembedahan adalah pemeriksaan jantung! Dia mncatatkan sesuatu. dihulurkan pada MATrOn dan sejurus kemudian, UMMi pun disorong orang! keluar dari kawasan bangunan itu! Aneh! Bukan masuk ke bilik bedah tapi dihantar kelmbali ke katil UMMi di wad. Wire kencing direntap kasar. Berdarah. Pedih, ngiLu... " depa marah laa tu sbb Cikgu buat perangai. Kalau tidak, mana ada keluarka tiub tu samapi berdarah,. Sekarang Cikgu kna berhati2. Takut luka itu akan dijangkiti kuman!

Dr Shaharuddin yg jadi Dr peribadi UMMi dirujukkan perkara itu, UMMi tokok lagi satu permintaan. Mahu diizinkan keluar balik rumah utk bertenang. Kesedihan, kekeciwaan dan kedukaan melihat IBu yg berjaga malam menjaga Aishah di bilik tumpangan sebelah wad UMMi mmbuatkan Degup jantung UMMi mmg tidak stabiL langsung. Tambahan lagi UMMi faham apa yg ditulis oleh Dr Rajesh di kad laporan pesakit di hujung kaki katiL uMMi... UMMi kan guru BI!  " Uterus to be removed..." Begitu catatan Dr pakar itu? Apa maknanya itu? Bila UMMi minta penjelasan, dia kata," Saya akan beritahu selepas semua pembedahan selesai.." Jika UMMi ni bodoh makan taik boleh lah UMMi guna pakai cakapnya itu. Sayang sekali Otak UMMi ni bergeliga luar biasa. Dlm hati UMMi berbisik sendiri," Jika dah bedah, semua dah kena bunag, nak buat apa laporan dan penjelasan lagi? ..." Paling tak puas hati bila suami sendiri tidak berusaha mempertahankan isteriny ini! Tak heranlah jika pakar jantung melarang Dr Rajesh meneruskan niatnya mmbedah UMMi! hahaha! Padan muka semua! Nak sangat buat aniaya UMMi. Jerat makan tuan. Sendiri nampak bodoh! Percuma saja Dr tu sarung tangan nak koyak kulit UMMi. Padan muka juga laki2 yg mengaku jadi suami UMMi tuu... Tak dak kekuatan langsung nak pertahankn isteri sndiri!Huh!
UMMi dapat pelepasan balik rumah. Macamana manisnya mulut Dr tu nak koyak rabakkan perut UMMi utk nak kleuarkan uterus UMMi, begitu jugalah UMMi main peranandgn jayanya utk meyakinkan dia bahawa UMi akan balik semula utk lapor diri ke ward pembedahan...Hahaha... What goes around comes around? UMMi selamat dari mata pisau Dr tu. UMMi berjaya gagalkan rencana suami nak biarkan perut UMMi ternganga dan dijahit semula tanpa sebab munasabah! UMMi baklik rumah, terus naik ekspress ke Taiping dan balik kpg! Esoknya rujuk Dr pakar di Taiping. Hah! Mmg tak silap gerak hati UMMi yg sentiasa setia pd tuannya ini. Tidak ada kena mengena langsung dgn uterus UMMi. Dr 'L' tu pown terkejut bila UMMi jelaskan keadaan yg berlaku di Hosp Mentakab tu. " Siapa nama Dr tu? Biar saya buat surat dan laporkan hal dia..." Dia bertanya tegas. " Tak payahlah Dr. Saya hanya mahukan pengesahan dan kemudian jalani pembedahn utk tujuan yg sepatutnya..." Yes, UMMi dibedah juga tapi utk keluarkan kembar Aishah. Sudah lama dia mati. Hancur. Tinggal rambut dan tulang saja. Yg lain2nya hanya air. Lama dia ditungku dgn besi panas! Hah! Tak dak habuan nak timang bayi kembar tapi Aishah sudah cukup comeL utk UMMi pandang sampai sekarang! Manis dan sgt berjasa. TEGAS  & KERAS macam UMMi juga. Mgkin sebb UMi bertarung utk slematkan uterus tu sedikit sebanyaknya mmpengaruhi kperibadiannya.... Pertarungan utk hidup dan mempertahankan hak peribadi!

So, UMMi faham bila Mak Lang takut nak kna bedah dek Dr di hOsp itu. Dia menangis macam budak2. Merayu pertolongan Allah swt. Dia serik perutnya disiang macam kita korek dan cuci perut ikan! UMMi tawarkan diri menerima Mak lnag di rumah UMMi sebagai tamu di musim percutian sekolah ini. Pak Dat, suaminya, bapa saudara uMMi yg paling dekat di hati sejak kecil dulu lagi. Kesempatan ini UMMi ambil utk balas jasa2nya yg tidak berkira melayan kerenah UMMi masa UMMi di usia kanak2 dulu. Usung dukung ke sana kemari. Bawa berjalan.Bawa tengok wayang! Sehinggakan UMi tidak terasa UMMi ni anak yatim yg kekurangan kasih sayang seorang ayah!

3.30pg Sabtu 12hb Mac HP UMMi nyaring berbunyi. UMMi baru nak lena sbb semalaman berjaga mengemas dan mencuci pakaian2 sekolah anak2 yg baru samapi dari asrama. Pening2 lagi ketika mata UMMi dibuka. UMMi jegiLkan mata tengOk screen HP," Hai... Kak Tati dah tidur ka? " UMMi macam dah dapat agak siapa pengirimnya... "Naim.." Segar mata UMMi bila nama ini muncuL dlm ingatan. uMMi ke pintu depan. "SubhanaLLaaaaah. Naim? " Macam mimpi. Mak Lang, Pak Dat, Mak su dan Naim tersengih depan pagar rumah. Macam tak pacaya!

UMMi tak banyak tanya sangat pagi tu sbb UMMi sndiri nak sambung tidur. Rumah sempit di tambah lagi dgn ramainya penghuni baru! UMMi sgt bahagia di hati. Ya Allaaah... Besranya rahmatMu memuliakan rumah murahku ini dgn kehadiran tetamu2 dari jauh. Tetamu yg datang mngharapkan UMMi bantu carikan ubat utk elakkan perutnya dibedah! Pak dat susah nak jalan. Mak Su bengkak HATI... " SubhanaLLaaah... pintu rahmat terbuka luas di kedinginan pagi..." UMMi ada peluang berbuat jasa.  Dalam kepala sudah sarat idea menerjah. UMMi tau la apa nak buat ngan tetamu2 yg sedang tertekan nii...

Pagi2 lagi UMMi dah bangun. Solat, solat dan solat...kemudian rumah uMMi meriah dgn alunan zikrullah. Bacaan ayat2 suci dari anak2 yg sudah ramai2 memanjat katil UMMi... Seronok tengOk mereka asyik maksyuk menyelak dan menyemak bacaan... Kakak tegur adik, adik tanay kakak. Saling membetulkan bacaan al Quran. Akasyah yg paling banyak buat silap. Sempoi saja bacaannya. Tak bermaya... Sebab itu UMMi selalu tegur bacaannya!

Mak Lang beberapa kali jenguk ke pintu bilik. Mak Su merenung anak2 UMMi. Pak Dat tersenyum dari jauh. UMMi faham maksud senyuman, pandangan dan renungan mereka semua... suasana pagi dgn anak2 masing2 mngadap al quran mmg indah dan membahagiakan mana2 HATI yg cintakan ALLah swt dan mngharapkan redhaNYA. Sesuatu yg mereka tiada di dlam rumah mewah mereka di tengah2 kota! Ini UBAT pertama dari UMMi. Sakit mmg sakit. Penyakit tak kra apa sekali pun takkan terasa menyakitkan pada jiwa yg redha dgn ketentuanNYA. Bila kita mengeluh, kita sbenarnay masih merungut dan mmberontak dgn takdirNYA utk kita. INi yg buat penyakit terasa sgt menyakitkan. Perit dan mncgkam rasa samapi buntu akal mencari jalan kleuar semua permasalaahan dlm kehidupan.

Lepas Subuh UMMi pulak join anak2. Kami ngaji sama2. Mak lang menghampiri katil besi UMMi yg dah macam tempat kucing beranak... " kita elok baca ayat ni...ni...ni...dan  ni.. lepas subuh. Lepas maghrib sekali lagi..." UMMi memulakan ceramah motovasi pagi UMMi. UBAT ke-2 sbg penawar penyakit mereka semua. Entah kenapa HATI kecil UMMi tetap mengatakan bahawa penyakit mereka bukan pada mana2 bhagian organ dalaman lain di bdn mereka... melainkan HATI juga yg sudah lama hilang keceriaan. Sunyi dari kedamaian. Tandus ketenangan. Kuala Lumpur yg gah dgn bangunan mencakar langit dan sinar neon aneka warna bukan penawar segala lara. Indah pada pandangn mata tapi sepi  dari sirna bahagia...

Justru itu UMMi berhasarat mengemukakan hikmaH dari MUKjizat terbesar Rasulullah saw...KalamuLLah...al Quranul Kariiim sbg penawar segala penyakit manusia. Sesuatu yg manusia sndri lalai dan sering ketepikan kehebatannya. Suka sangat nak pecaya cakap Dr. Yakin sgt dgn sains padahal semuanya sudah termaktub sejak zaman berzaman sejurus turunnya Al Quran KalamuLLah...
Lihatlah, baru mendengar alunan zikrullah dari kanak2 yg bertatih mmbaca dari isi KalamuLLah, merak sudah seakan terpegun, terkedu dan terpukau. Lupa pada kesakitan dalam abdomen. Ketumbuhan yg bersusun di ovary dan bengkak kembung di HATI! Itu baru dengar...belum lagi jika diamalkan sendiri!

Seterusnya UMMi bawa mereka jalan2 sambungkan silaturrahim. Basahkan lidah dgn perbualan  dan dan sembang2 menyingkap pengalaman silam serta mengungkai kekusutan lama yg sarat terpendam. UMMi nak mereka happy se happy2nya. Sampikaan mereka lupa pada sakit yg ada dlm tubuh mereka. Sampaikan penyakit pown tak selesa nak tumpang2 duduk dlm tubuh mereka! Lepas satu, satu rumah saudar mereka yg dulunya sangat akrab Tati bawa ziarahi. Mereka ketawa dan makan bersama. UMMi tumpang seronok tengOk Mak Lang tak kering gusi. Pak Dat mengekek dan berdekah2 bila kisah masa lalunya disingkap semula... Rupanya kehidupan zaman kanak2 mereka penuh warna2 ceria... mandi  di sungai. Panjat pokok sentOL. Menimba ikan di telaga tanah di hujung2 sawah padi. meancing di terusan atau taliair. Menjala ikan di lubuk. Menyelam main sorok2 batu. Tarik upih. Tuju botoL. Allahukbar...macam2 permainan yg mnjadikan mereka begitu rapat.  Seronok Pak Dat sampaikan senyumny bawa ke tidur. Mak Lang pown baru faham betapa besar nilai prtemuan Pak Dat dgn teman2 dan saudara2 lamanya yg lama ditinggalkan sejak dia menetap di Shah Alam. begitu ramai yg sempat UMMi ketemukan. Namun ramai lagi dalam senarai panjangnya. Dia ajak UMMi ke sana sini sampaikan UMMi naik risau kowt2 ini tanda2 akhir pertemuan mereka... Tati terlalu sayangkan Pak Dat dan Mak Lang. Kemesraan kami seperti ibubapa dan seorang anak yg sntiasa ada saja permintaan yg nak diajukan. Janganlah ada apa2 yg menimpa mereka.

Mak Long Baayah Man  Teksi. Mak Teh  Tar Tuk Ceghodoung. MaK Nik Pah dan Mak Ngah Maik.  Kak Lang Yah abe Awer, Megiam Wahid Jusok Keriting, Pak Lob Tok Ji Berahim. Bayangkan kegembiraan mereka sampaikan merekatidak lagi berbicara sessama mereka tntang penyakit2 mereka bertiga yg mmbawa mereka samapi ke pondok murah UMMi di Selama Kedah niii. " BetuLkah Mak Lang ni sakit, Tati? " Mak Lang sndiri tak percaya penyakitnya yg Dr PPUM kata,   " cancer.."  sekarang dah tiada!Allahuakbar... hanya dgn meyukakan hati2 mereka...boleh sembuh penyakit yg ada? UMMi rasa macam tak percaya...

UMMi bawak ke kedai. UMMI heret ke pkan sehari. Ke pasar meninjau2 ikan2, udang dan ketam yg jauh lebih murah daripada apa yg mereka selalu beli di kota metropolitan!  Tunjukkan gerai yg jual seanika jenis pakaian terkini. Murah2 tapi sama cantik macam yg mereka selalu beli di jUSCO, GIANt & MAIdin...Bagi depa pilih apa yg depa suka. Biarkan saja mereka merayau2 sampai hilang di mata dan kna UMMi melilau cari bimbangkan sesat tak jumpa jalan balik ke rumah UMMi semula! Hahaha... UMMi kadangkala ketawa sndirian. Macam baru terlepas kurungan! 

Esok rawatan kali ke-3 di rumah Ustaz tu. Hanya ada sedikit lagi utk di alin keluar masuk ke telor ayam kpg. Mak Lang lega sgt bila ketumbuhan2 di perutnya lenyap tanpa sedar. Mak Su pun sejahtera perasaan. Berkali2 dia menadah tangan ke langit. Tanda kesyukuran yg tidak terungkapkan kata2... Sirih bertemu urat dan Bunga sirih ternyata banyak mmbantu dlm proses penembuhan penyakitnya. Pak dat berkesempatan mengurut kaki dan betulkan urat dan tulang pinggangnya. Datang kelmarin terketar2...sekarang sudah boleh duduk bersila rapat! Allahuakbat3! Datang berpenyakit. Balik penuh tandatanya.." Betulkah kami sakit tati?"... Wallahua'Lambissawab...

Mak Lang telefon ank2nya. Sgt ceria nada suaranya. Ahad ni dia dah nak balik sbb Isnin Tati dah masuk kerja smeula. Dia tidak mahu susahkan Tati lagi. Tati pula? Tak kisah sebenarnya sebab Tati bukan bagi layanan kelas pertama pun. Kehidupan Tati beginilah. Sederhana tapi kami anak beranak ceria gembira...Jika mereka selesa, itu sebenarnya kerana RAHMAT AlLAH swt yg tercurah dlm kehidupan kami sekian lamanya. Bukan wang ringgit yg menjanjikan kebahgiaaan dan kedamaian HATI manusia. Yg pasti, keyakinan kita pd qudrat & iradatNYA. Yg terjadi selama ini  adalah KEBijaksanaanNYA mengatur susur galur kehidupan kita. Jgka hayat pown urusan DIA tapi DIAlah yg Ar-Rahmaaaan, Ar-Rahiiim...

Ahad ni anak lelaki dan perempuannya akan datang jmput mereka pulang semula ke Shah Alam. Tai harap Tati dah lakukan yg terbaik tk mereka bertiga. Pulang membawa kenangan indah seminggu bersama IBu TunGGAL anak SepuLuh! Maafkan UMMi di atas segala kekuranagn. maklumlah, UMMi anak ramei. makan minum kna berkongsi2 cubit. Pulanglah mmbawa kenangan dgn TATI yg ank riuh riuh mulut rapuh bercerita tentang pengalaman dan pengajaran sepanjang hayatnya... Pulanglah utk meneruskan kehidupan yg berbaki dgn hasrat utk memperbaikki amalan2. Keazaman utk memperbaiki mutu ibadah. Utk berlaku xtra taat pada Allah swt...


Jalan2 Cari  Saudara mara ternyta berkesan menceriakan wajah2 yg kusam masam dek keletihan. UMMi harap rawatan peringkat akhir esok akn melenyapkan terus kesan2 penyakit mereka yg lama...Assalamu'alaikum!

No comments:

Post a Comment