Thursday, March 24, 2011

SPM 2010 : aNTara SEnyUM & AiRMaTa

jika berjaya, semua kan ketawa. Nampak gred 'G' serta merta mncuka? SPM dah berlalu. Keputusan pown dah heboh satu Malaysia. Semua bukak mata nak tengOk gres siapa paling cantik. Semua pasang telinga nak dengar anak siapa score! Cikgu2 riuh di setiap pelusuk sekoLah. Mak Abah, jantung berlari2 dalam tubuh! Debaran terasa di mana2 saja...Harapan tertumpu pada semua calon yg menduduki peperiksaan tahun lalu.

UMMi pula dah masuk giliran anak ke 6 kali ni. entah kenapa, HATi tidak seberdebar dahulu lagi. Asdakah kerana dah banyak kali melalui pengalaman ini? Atau...mungkin   kerana faktor usia yg lebih cintakan dan harapkan yg lain dari anak laki2 UMMi! Yg pastinya, UMMi tak kisah sgt apa rupa keputusan AbdUL RahMan kali ni. Tak macam ketika UMMi berdepan dgn situasi ank2 perempuan menanti penuh cemas kepoutusan diserah ke tangan!

Jika kalian pernah tengOk videO" HERO IBU TUNGGAL" kalian akan faham apa harapan UMMi pada anak laki2 UMMi. Harapan mana yg mengatasi segalanya di dunia ini. TengOk lagi...dan lagi...dan lagi... Itulah yg UMMi paling nak dari AbdUL Rahman dan adik laki2 lainnya. Soal nak jadi Dr, lawyer atau engineer... itu utk rezki di dunia... HATI UMMi merayu utk depa jaga lebih pada yg lain. SElagi UMMi tak nampak yg itu, seumpama ada kekosongan dlm dada! Di sajikan berbillion2 RM pown takkan sama dgn harapan yg satu ini tertunai!

Nak ambil jurusan apa pown, agama jgn di kesampingkan. Jgn pandang ringan kewajipan yg satu niii. Dnia sudah semakin tenat. Maksiat ada di depan mata. Undang2 dunia sudah semakin GILA2... haram di sini, halal di sana. Salah pd golongan ni, tak pa pulak pada mereka yg lainnya! Kita pown dah naik pening nak didik anak2. Bolehkah? Tak bolehkah? tak tahu mana satu dah yg betuL!

Sebab itu anak2 UMMi msti kuat agama. FAham betul2 hukum hakam ISLAM. tak payah UMMi dok pantau nak betulkan kesilapan. Bila UMMi tegur, kalian rasa tercabar. Jika UMMi diam, kerja2 DOSA seolah2 UMMi merelakan! Allahuakbar3! Jika mati UMMi sehari dua ni, memang terbukaluas mata UMMi dek tebalnya rasa terkilan!

Airmata suka dah kerap UMMi tumpahkan. Airmata duka juga dah berkolah2? rasanya Airmata kali ini berbaur suka duka yg tak seimbang jumlah...Duka mengatasi suka? entah kenapa...seakan harapan belum terlaksana. seumpama kalian tidak peduLikan kepentingannya laki2 mantap AGAMA! UMMi tak boleh nak senyum lebar, selebar2nya lagi sbb Harapan yg satu ini belum kalian penuhi...

SPm hanya wasilah pncapai maksud. Matlamat sebenar adalah keredhaan Allah swt. Hendaknya kalian faham. Hendaknya kalian sedar, dunia sudah tersangat tua dan menuju ke penghujung hayatnya. apa persediaan yg kalian buat?... Nak kejar Rm dan pangkat? SPm ini... mana yang lebihnya. Senyuman atau deraian airmata UMMi? Jika kalian benar2 sentiasa berfikir, carilah jawapan utk soalan yg satu ini... UMMi akan sentiasa hadir jika diperlukan...SPM bukan apa2 bagi yg mempertahankan IMAN...hanya wasiLAH pemudahcara menuju matlamat!

No comments:

Post a Comment