Saturday, March 19, 2011

No OrDiNary Children : RaHSia Di SEBaLik NaMa2 PiLiHaN

Setiap langkah semahunya UMMi atur penuh firasat. Setiap amalan biarlah mmbuahkan hasiL yg berpanjangan bERkaT... UMMi ditakdirkan subur dan proDUktif. Apa yg MAk tak bagi UMMi makan setiap kali lepas berslin. Sampai IBu TAPAI pown UMMi pernah telan utk mnjarangkan kelahiran ank2. Mak yg terlebih risau sebab setiap tahun UMMi beranak. Bekum sempat yg terdahulu berjalan, si adik sudah menerjah perut nak celik tengOk dunia. UMMi kesiankan ank2 yg belum puas bermanja dgn UMMi. Belum lama UMMi ulek si kakak dlm buaian, sudah datang si adik mengambiL alih. UMMi bukan tak layan yg lebih tua tapi berkongsi bahagianlaaah... mereka pown seumpama faham bahawa mereka sudah jadi kakak2 dan abng2. Mesti bertolak ansur. mesti beralah. Bahkan mereka kerapkali mmbantu UMMi menggoncang buai smbil mengulik adik2 mereka dgn bait2 indah dari isi KalamuLLah yg UMMi jadikan lagu sendiri... Semua sudah  hafal kerana setiap hari UMMi kuat2 sampaikan jika ada orang duduk di sebalik dinding pown, mereka akan dengar dan tadah telinga lama2 dek asyiknya dgn kemerduan suara UMMi... hahahaha.... dan satu demi satu anak UMMi lena dlm dakapan kalimah2 suci la quran...Mukjizat yg tidak pernah mengeciwakan!

Sebenarnya UMMi tak kisah jika pun UMMi kna beranak setiap hari sbb UMMi nak Rasulullah saw bangga dgn kehadiran UMMi yg sanggup meramaikan umatnya nanti. UMMi nak hadiahkan pada baginda di akhirat nanti sbg tanda taat dan cinta kasih UMMi pada baginda... UMMi suka sbb UMMi faham ganjaran2 besar bagi hamba2 yg mengandung, yg dijanjikan Allah swt sepanjang kandungannya membesar. Bila kesakitan, sekelian makhluk di langit, di bumi dan di anatara keduanya akan setia ikhlas mendoakan kesejahteraan dan keampunan. Bila lahir bayi ke dunia, UMMi suci smeula dari DOSa2 seumpama kain putih tanpa cacat cela. UMMi nak rebut kasih sayang Allah swt. redha dan keampunanNYa yg mnjaminkan bahagia di akhirat sana. Biarlah UMMi sedikit tersiksa menngggung kepayahan  setiap kali hilang kawalan badan dek pening loya ketika mengusung zuriat dlm kandungan. UMMi suka. UMMi redha dan UMMi sudah berjanji pada Allah swt utk sabar menahan  stiap ujian biar segetir mana sekali pun. UMMi bersyukur kerana UMMi jadi pilihanNYA dlm ramai2 hamba istimewa yg diciptkanNYA. UMMi yg bukan siapa2. Dhaif lagi berdosa. Yg bukan sekaya teman2 sejawat di sekolah UMMi bertugas. Hidup UMMi yg hanya sekadar cukup makan pakai dan sedikit tambahan rezki utk langsaikan hutang2 utk kemudahan letrik, air dan telefon di rumah. Tinggal pun dalam rumah murah kos rendah. Berperabotkan kayu getah. Murah2 belaka. Tapi UMMi ttap jadi pilihan ALLah utk hamil dan hamil lagi...setiap tiga tahun, akan hasilkan 2 orang. Mula dari usia 22 tahun sampai lah 38 tahun...tahun akhir UMMi jadi isteri pada seorang laki2 yg tidak pernah puas menyiksa UMMi ! Tahun tamatnya perkhidmatan UMMi sbg kilang memproses anak baginya!

UMMi tak payah risaukan kejahatannya lagi selepas usia 38 tahun, Sekurang2nya tiada kaitan dgn UMMi lagi jika pown duia terus mengiktiraf kerja2  kotornya. UMMi tidak bimbangkan panggilan2 telefon yg mengadukan halnya atau ditahan rakan2 sejawatnya utk bertanyakan perihal kehilangan berminggu2nya dari premis perkhidmatan.. UMMi tidak suka menjawab soalan2 mengenainya. UMMi hamiL sbb UMMi mahu taat pada suami. Itu perintah Allah swt. UMMi bencikan perangainya yg tidak rasa berdosa bila berbuat DOSA tapi UMMi wajib taat selagi dia tak lepaskan UMMi. Itu janji UMMi pada Allah swt. Tidak sekali2 akan meninggalkannya meski UMMi musnah kerananya atau berjaya dgnnya! hadirnya dlm hidup UMMi tanpa diundang. Perginya pun UMMi tak pernah ada niat nak halau. UMMi yakin semuanya takdir yg indah dlm hidup UMMi. Ujian ketahanan IMAN yg
sgt hebat. UMMi pun suka walau pun perit. Walaupun tak kering airmata merayu dan mengharapkan bantuanNYA!

BetuL...jika semua orang faham apa yg UMMi faham tentang rahmat dan kasih sayang Allah swt ni, UMi pasti semua [un akan sanggup hamil dan beranak ramai2 macam UMMi. Semua pun akan bersabar terhadap ujian dan kekal senyum sentiasa bila terkenangkan ujian yg bertimpa2. Takkan berani mengeluh atau komplen itu ini. Semuanya kerana kita faham hikmah yg tersirat.disebalik setiap ketentuanNYA. Setiap takdir tersimpan rahMAT yg tidak terniLaikan. Seumpama pesananNYA, " Dlm susah ada senang. Dlm senang ada susahnya. Teruslah kamu bekerja dan kepada KAMI kamu berserah." Allah swt juga ingatkan kita." Mintalah kepada AKU dgn sabar dan mengerjakan SOLAT"... UMMi yakin dgn segala JANJI2NYa... sukit pun UMMi tidak simpan rasa curiga akan teraniaya. Kerana itulah UMMi bahgia sgt bila sarat mengandung dan penat mennaggung mjuatan yg padat. Lagi bahagia bila dekat2 nak bersalin meski sakitnya tidak tergambarkan dek mana2 bahasa dunia!

Setiapkali UMMi disahkan hamiL, UMMi akan rujuk kitab2. Baca kisah2 hebat para sahabat dan hamba2 yg dijamin Syurga. UMMi mncari nama2 yg istimewa utk bayi2 istimewa yg mghuni dlm rahim UMMi. Baca dan bacalagi sampai hati tersentuh pada mana2 satu yg sesuai utk bayi dlm kandungan UMMi ketika itu... UMi akan banyakkan membaca al quran khususnya pada surah2 pilihan. Soal laki2 atau perempuan bukan mustahak sangat. UMMi cuma nak ank2 UMMi lahir cukup sifat, sihat dan cerdas akaL fikiran mereka. Dgn tiga ciri2 utama ini UMMi boleh didik ank2 UMMi utk pandai agama dan mahir al quran. UMMi nak anak2 UMMi hafaz quran 30 juzuk. Biar sambil berdiri duduk, berjalan berlari, baring atau berguling menyelam atau apa jua keadaan pun, mereka sentiasa basahkan bibir2 mereka dgn ayat2 suci al quran. Sentiasa memjaga maruah agama dan memelihara tuntutan syariat. Redha ALLah swt di utamakan lebih daripada janji2 kemewahan dunia...

Orang kata, "Apa ada pada nama?"  Mereka tak tau kelak di akhirat kita akan dipanggiL dgn nama yg kita baisa dipanggiL di dunia. Hih! Kalau nama pelik, peliklah bunyinya di sana. Kalau merdu manis dan indah...syahdu amat bangga kita ia dilaungkan di hadapan sekelian penduduk dunia di mahsyar sana! Tu jeer! Kalau rasa2 nak tempah malu sampai gugur2 daging di sana, bagilah nama2 yg aibnya tak berkesudahan! hih!Manusia ni kalau bodoh, bukan setakat tak boleh diajar tapi ditambah juga dgn sombong yang cerdik mereka tak  boleh diikut!.hahaha... Lantak komer laa...bubuh nama tak ikut syariat, bukan setakat di dunia rugi  tak dapat barokah dipanggil berulang2 dgn nama yg tak mndatangkan munafaat, bahkan di akhirat esok malu tak berkesudahan! Nama orang lain manis di pendengaran, nama awak ...???

Inilah sebabnya awal2 dlm agama kita dinasihatkan  kenal Allah swt. Kenal RasuL2 Nabi2 7 RasuLNYa. Tahu sifat2 wajib dan mustahiL Allah swt. dan begitu juga bagi Nabi2 dan RasuL2NYA. Ibubapa bagi nama2 yg baik. Ajarkan Al Quran. Kisahkan pada mereka kisah2 Nabi dan RasuL sbg panduan dan teladan sepanjang hayat. Takkan sesat selamanya bila semuanya dijaga sejak awal2 kelahiran anak. Selebihnya kita berdoa dan berserahlah pada Allah swt supaya perjalanan yg jauh mendidik dan mngasuh ank2 kita itu sntiasa dipermudahkan laluan dan dimakbulkan segala permintaan. Berjaya semua usaha kita nakkan ank2 membesar sbg insan2 soleh dan solehah. BUkan senag tapi tidak mustahiL dgn iizin dan limpah kurniaNYA...

atas dasar ini semualah UMMi dah pilihkan nama2 indah utk semua ank2 yg UMMi kandung dan lahirkan ke dunia:
*  SITI fATIMAH  aZ-zAHRAH

*  SITI AISHAH AT-THAHIRAH

* SITI RABIA'ATUl ADDAWIYYAH

* SITI MARIAH AZ- ZAKIRAH

* SITI MARYAM AJ-JALILAH

* ABDUL RAHMAN

* ABDULLAH

* SITI AMINAH NUR JANNAH

* MUHAMMAD UWAIS

* MUHAMMAD AKASYAH

uMMi nak semua anak2 uMMi bangga dengan nama2 yg UMMi pilihkan utk kalian semua. Di sebalik nama2 ini ada sejarah hamba2 yg agung. Carilah. Buat rujukan di perpustakaan. Jika mereka yg terdahulu sudah ada jaminan syurga... tirulah langkah2 cemerlang mereka semua. Bila kalian dah berjaya di dunia dan di akhirat sana, jgn lupa ROH UMMi yg mengharapkan DOA dan keselamtan di sana juga sbb di sunia UMMi sudah cukup teraniaya oleh ayah kalian dan mereka yg sentiasa menyusahkan uMMi dgn berbagai perbuatan khianat dan perancangan jahat. UMMi bersabar sbb UMMi selalu ingat amaran2 Allah swt dlm al quran. UMMi nak bahgia yg abadi tapi UMMi nak nikmati semua itu brsama semua yg UMMI sayangi ketika di dunia lagi...

No comments:

Post a Comment