Saturday, March 26, 2011

REsePi DapUr UMMi : SemUa bertEMAkan UMMi AnaK RamEi ?

Bukan banyak yg menentukan bahagia tapi sedikit yg  berkat walaupun tak meyakinkan sesiapa pada mulanya. Nampak simple sgt. Nampak murah. Nampak tak cukup! Namun berakhir dgn semua yang menikmatinya rasa kengang. Rasa puas. Rasa tak percaya. Begitulah jika segala dgn izin dan rahmat limpah kurnia ALlah swt. Yg mustahiL pown boleh jadi nyata depan mata kepala manusia.

Sewaktu UMMi jadi anak yatim dulu, UMMi, pernah cerita, UMMi seringkali diheret ke sana kemari oleh Tok Wan untuk melakukan macam2 kerja. Sampaikan UMMi pernah rasa Tok Wan tidak adil pada UMMi memandangkan 3 sdr UMMi yg lain sgt seles hidup mereka. Bileh keluar bermain. Keluar pagi baliknya malam. Begitu sekali bebasnya mereka beraktiviti. berlainan dgn UMMi yg Tok Wan kawal rapi dan Mak pown tegasnya, luar biasa!

UMMi pown ada sebut fasal keinsafan UMMi setelah usia mencecah 40an. Betapa segalanya adalah susur galur kehidupan yg rupanya persediaan Allah swt bagi UMMi memikul tgjawab berat menguruskan amanah2nya 10 orang! anak2 UMMi sendiri yg ayah mereka tergamak tinggalkan ketika usia baru nak kenal 1,2,3... bahkan ada yg belum kenal apa itu dunia! Masih bayi... hah! Ada yg masih dalam RAHIM UMMi! Belum boleh nak bantu UMMi cari rezki. Belum mampu nak selesaikan sesak di kepala bila berdepan dgn macam2 kesulitan dan permaslahan hidup. Masih menadah tangan dan menganga mulut mintak UMMi suapkan sampai kenyang! lalu, bagaimana agaknya UMMi berdepan dgn semua keperitan di kala pndapatan hampir2 tiada, kerana UMMi masih di perut UPSI berjuang utk sekeping DEGREE?

9 orang sudah celik ke dunia. ada yg sudah bersekolah. Yg sulung sdg nak hadapi PMR... bayangkan yg bawah2nya! Yg dalam perut perlu dipelihara rapi makanan nya. Biar berkhasiat dan, paling penting, HATI UMMi yg sedang sarat mengandung ini mesti sejahtera supaya janin juga mmbesar ceria dan +ve!...Waktu itulah UMMi perlu bertenang, berfikir tajam dan bertindak pantas. Tidak ada istilah termenung dlm kamus UMMi waktu itu. Masa mnjadi lebih berharga! Biar sedikit apa yg ditangan tapi UMMi msti usahakan cukup utk keperluan semua yg diamanahkan pada UMMi. Peritnya bila UMMi tidak boleh menangis depan anak2. Kekuatan UMMi akan jadi pembakar semangat anak2 semua utk maju jaya dan menebus maruah yg dienjak2 manusia tanpa belasnya ... UMMi tak boleh menitiskan airmata di depan mana2 anak pown kerana itu akn mncairkan semangat dan kekuatan mereka. Maka pndamlah segala kepedihan dan kepiluan dlm benak hati UMMi dan UMMi rebut kesempatan mluahkan segalanya, apabila malam sepi dan jauh meninggalkan hiruk pikuk dunia tatkala semua anak2 dan insan keliling lena dibuai mimpi. Dlm Solat. Dlm sujud yg lama dan asyik maksyuk dlm belaian kasih sayangNYA yg tak siapa tahu UMMi menangis mencurahkan rahsia HATi yg parah dilukai...

UMMi jadi sgt mendekati Ilahi. Saban waktu menyebut dan menyeru namaNYA mgharapkan ihsan yg tidak bernoktah. mambantu mringankan penanggungan yg tidak tergambarkan beratnya pada penerimaan badan dan perasaan. UMi jadi jangan intim dgn DIA. Memanggil2 namaNYA utk sentiasa panadang dan dekat dgn UMMi. Jgn biarkan UMMi sendirian tanpa pembelaan dan pengawasan.  Jgn biarkan kejahatan mendekati UMMi. Khianat mncederakan UMMi biar hanya di kulit luar. Biar hanya calar. Pagarkan UMMi dgn RAHMAT 7 KAsih SAYANGNYA. dgn REDHA & KeaMPUNANnYA... Dari dengki dan hasad. Marah dan benci. Hina dan rendah budi... UMMi mahukan digantikan dgn kemuliaan,  kebijaksanaan, di kasihi, dihormati, disegani ...dicukupkan segala keperluan tanpa menyusahkan sesiapa utk sesuap nasi bagi mengalas perut UMmi dan semua anak2 yg diamanahkan pada UMMi ini.

Hah ! Tidak perlu kaya utk benar2 bahagia. Tidak perlu juga banyak utk menckupkan segalanya. HATi yg redha dgn ketetapan PencipTanya akan menerima takdir berlapang dada. Begitulah keadaan kehidupan UMMi selepas bapa kepada anak2 ini tega HATI meninggalkan mereka tanpa memikirkan tgjwb yg diamanhakan Yg Mh Esa ke atas seorang hamba bernama laki2. uMMi tidak menoleh ,kebelakang utk bertanya, "mengapa?", kerana jika hamba yg beragama, pasti gentar pada amaran2 kerasNYA. UMMi sambut amanah2 itu dgn HATi gembira. UMMi yakin pada KETnTuanNYA menjadikan UMMi pengurus mereka...sekali gus, inilah masanya UMMi mmbuktikan ikrar setia & berjuang meraih darjat hamba yg berTAQWA ! Menerima tanpa curiga...

RM mmg sedikit sgt. Jika pown ada, cukup utk hanya utk menampung keperluan pengajian yg hanya tinggal hanya 6 bulan. UMMi pandang mata anak2 UMMi yg hampa keciwa dgn tindakan bapa mereka. Aishah yg paling jelas memndam hiba dgn air jernih berkaca2 dikolam matanya. Fatimah sebak dada menahan siksa bertarung sendirian memepertahankan keutuhan IMAn di samping berusaha lulus PMR yg hanya sepelaung di hadapan! Rabi'atuL menangis tanpa suara. Mariah Azzakirah merengek di ribaan. Maryam Ajjalilah merenung kesedihan. AbduL Rahman menangis siang malam... Yang lain2nya belum mengerti apa2...AbduLlah baru 5 tahun. Aminah Nur Jannah mencecah 4. Muhammad baru nak naik 2 dan merah bayi, Muhammad Akasyah, di tahap menyusu badan! Apalah yg mereka tahu tntang keoeritan yg menanti di hadapan. Tentang penghinaan yg disajikan sbg hiasan harian ! Lontaran kata2 kesat. Pemulauan masyarakat dan penyingkiran oleh kaum kerabat! Allahuakbar3! Deritanya UMMi waktu itu, hanya DIA Yg Mh Mengetahui... BerdOSA amat laki2 yg menghadiahkan kami kehidupan begitu!

Namun UMMi tetap UMMi. Kehdupan mesti diteruskan. Mulut anak2 yg ramai mesti disuapkan bila sampai saat dan jam. Mereka tidak berdOSA. Mereka mangsa rakusnya nafsu si bapa yg mengejar nikmat dunia. Mereka perlukan pembelaan segera. Di waktu itulah segala jentera kebijaksanan UMMi dijana segera. Seaktif2nya merealisasikan jasa... Dapur UMMi mesti penuh agenda. Anak2 tidak boleh lapar walau pun seketika...

Di kesempatan ini UMMi nak paparkan hikmah yg tersirat di sebaik segalanya. Bagaimana dgn seketul Ubi Keledek dan semangkuk tepung dan serba sedikitnya yang ada mampu mencukupkan keperluan sebelas orang  dan mengenyangkan 24jam. Anak2 UMMi yg kelaparan! Bgaimana UMMi campurkan semuanya utk nak hasilkan semangkuk hidangan utk keperluan semua. Sedikit itu, sedikit ini dan sedikit serba satunya...apabila digabungkan  rupanya menceriakan semua amanah2 yg ada! Sekali sahaja utk sehari. Jika ada yg lebih, adik2 yg kecil akan didahulukan menerima habuannya. kakak hanya jurusuap menahan selera sekadar menatap. BerdOSa amaT laki2 yg menzalimi darah daging sndiri ini!

Anak sepuluh..nenek mana yg mampu senyum menerima kepulangan UMMi ke pangkuan keluarga. Begitulah nasib yg menimpa UMMi bila merayu pada MAk untuk menumpang di mahligai indahnya. Mak nampak sgt keberatan kerana tanggungan yg ramai ini pasti mengcengkam kehidupan. Kakak tak putus2 menrungut dan mngungkit. " dulu, kami boleh jimat2 dan menyimpan RM sampaikan apa yg kami mahu senang2 kami beli. sekarang, semua habis. Habuk pown tak dak. semua licin..." UMMi menahan hati menerima kata2 pedih ini. Setiap hari anak2 dimarahi dan," Balik bawak beban..." adalah hadiah sindiran yg paling menikam jiwa. HATi tertusuk tak kira masa. UMMi telan suapan meski terjahan makanan ibarat torehan luka di sepanjang rongga.

Anak2 UMMi waktu itu tidak boleh silap. Marahnya sampai ke puncak dunia. UMMi lah juga sasaran sumpah seranah semua. " Balik bawak beban. Anak celaka..." Ilahi ya Rabbi...pedihnya HATi ini ketika itu. Anak2 pula masih di tahap tidka mengerti. Ulang - alik buka peti. Ambil itu. Makan ini tanpa bertanya kerna pada mereka, itu ryumah Atok mereka. Tapi UMi menahan terjahan senjata kata2.     " papa kalau ada mika.. Makan tak tau kenyang. Makan dgn setan "  ...
anak2 tetap riang berlarian. Anak2 tetap buka tudung saji dan capai makanan. Mereka tidak pedulikan kata2 tajam sekeliling mereka . Marah yang berpanjangan. Benci yg sampai tahap ubun2 di kepala. Geram. Dendam. Semuanya seolah2 tidak mnjejaskan gembira mereka berlaran di sekitar rumah besar penuh barangan, mewah dan ada segalanya itu... UMMI jugalah yg terasa terhunjam. Ditikam dan dicincang2.

Lalu utk menghentikan semua drama duka, UMMi bertindak pulang ke rumah murah kos rendah UMMi di Taman Cempaka ini. Tikar sebidang. Tilam nipis sekeping. Pinggan mangkuk koleksi lama. dapur usang yg mereka sudah tidak mahu guna. Itulah permulaan hidup UMMi...berdikari menguruskan PERMATA dunia 10 orang. Menghentikan semua sumpah seranah. kata2 nesta yg menikam tembus jantung  UMMi... Dan..bermuLah dapUr UMMi...bertemakan ' Anak Ramei' sbg penyambung lukisan hidup dgn warna2 yg sama sekali berbeza dari sebelumnya.

Resepi UMMi simple...rencahnya berbagai tapi hasilnya 'lumayan'. Cukup utk mengalas perut semua ank UMMi sebelum malam berlabuh. sebelum pejam mata dan mereka lena. Cukup belaian ketika jaga. Masakan simple. Main campak saja apa yg ada. Tidak ad garis panduan yg teratur kerana makannya kami anak beranak ketika itu hanya sekadar menjana tenaga utk meneruskan agenda kehidupan hari2 selanjutnya. Buka sajian pemecah selera tapi enak juga hasilnya
kerana "Kami makan apabila lapar dan terpaksa berhenti sebelum sempat perut kami rasa kenyang..." Hih!

Pejam celik..pejam celik..pejam lagi dan celik semula...11 tahun lebih berlalu tanpa sedar. resepi UMMi sudah semakin pulih dek berubahnya RM di poket. anak2 pown sudah ramai yg besar2 dewasa. Mereka mungkin tidak lupa pada derita yg lama tapi UMMi bangga mereka kekal ceria bila bersama. juadah sudah selazat mereka yg kaya raya. Sajian seringkali istimewa dgn berbagai sambutan meriah meraikan kejayaan demi kejayaan. Subhanallaaaah. Masa berlalu begitu pantas dan UMMi sendiri tidak terhingganya mahu melafazkan syukur. Anak2 UMMi sudah tidak mempamerkan kesedihan dan airmata yg bergenang di kelopak mata. Suatu pemandangan yg menghiris jiwa suatu ketika dlm diary hidup UMMi yg penuh tinta2 derita.

Resepi UMMi kini penuh modenisasi. Juga banyak midifikasi dan ubahsuai mengukut kemampuan semasa. UMMi adjustkan utk memenuhi citarasa anak2 yg juga semakin menuntut kemahiran memasak di dapur tua UMMi. Bezanya, UMMi kini seumpama ramai pembantu kerana ank2 perempuan sudah meningkat dewasa dan cekap juga menghasilkan hidangan mengikut event dan agenda semasa... Masa beredar tanpa sedar. berlalu bersama terhakisnya duka nestapa yg tebaL di jiwa UMMi sekekluarga. Dapur UMMi masih bertemakan 'Anak Ramei' tapi kini hanya berkala kerana anak2 sudah ramai melangkah menjengah kota demi perjuangan memadatkan ilmu di dada. Kerana mereka hanya pulang sekali sekala dan rumah murah kos rendah UMMi hanya riuh rendah di musim2 percutian pengajian... Dapur UMMi yg bertemakan 'Anak Ramei' tetap akan beroperasi menghulurkan jasa...Mula dgn anak2 UMMi yg umum tahu, sangat ramei, dan pastinya tatkala keluarga membesar dgn kehadiran menantu2 dan cucu2 yg menggamatkan suasana!

InsyaAllah. Itulah RAHMAt yg tak terucapkan dek UMMi pada semua. Kerna UMMi rasa sgt istimewa di sisiNYA. Biar kehidupan hnya di tahap sederhana, UMMi rasa sgt bahagia... Allahuakbar3!!!...

No comments:

Post a Comment