Wednesday, March 9, 2011

PeDiHnYa HAti Ilahi Ya RaBB : TraGEdi / TRaJiS ?

Sejak 2 minggu lalu lagi terasa bahang kesibukan menyiapkan segala tugasan berkaitan ngan Program Peningkatan PMR tahun ni. Tahun akhir syllabus lama literature yg terpahat kukuh kefahamannya dlm kepala UMMi. UMMi leh ceritakan setiap inci peristiwa dlm setiap cerita pendek dan novel2 yg kami kaji selama ni. Begitu juga dgn poems yg menarik semuanya. seumpama ada kaitan dgn kehidupan kita semua. Mmg ada pun. Jika ada yg mahu berfikir sedikit tentang hikmat kewujudannya sekian lama dlm sukatan pelajaran sistem pndidikan di negara kita.

Kesibukan itu juga kadang mebuahkan tekanan tanpa diundang dlm hidup kita juga. teras satu ikatan yg membelnggui pergerakan harian. namun, jika dihalusi segala kenyataan, di sinilah letaknya cabaran dan pengorbanang para GURu dalam menghasilkan ank2 didik yg berqualiti. Tidak terkecuali UMMi sendiri. ModuL itu mesti disiapkan. Soalan2 BI utk Ujian Mac juga mesti  ada sebelum masanya. UMMi sudah awal2 lagi menyediakannya namun di sata2 akjhir mndapat tahu ada kelas yg jauh ketinggalan dlm pembelajaran BI setiap hari dek kekuraangan Guru Bi di sekolah ini. Soalan2 UMMi pula mencakupi topic2 yg sepatutnya sudah diajarkan sehingga ke tahap ini... Mahu tidak mahu, UMMi terpaksa sediakan satu set soalan yg baru. Bermakna juga, UMMi akan kembali sibuk dgn komputer, dgn printer dan dengan mesin fotostat. Pada waktu yg sama, mesti muncuL di kelas yg berkenaan utk sesi pengajaran dan pembelajran yg terancang!

Yes! UMMi leh buat tu semua. Tapi bila dah siap, ada masalah lain pula mendatang. Set soalan itu mesti diserahkan ke pejabat utk kerja2 razor... Di sinilah cabaran seterusnya menanti. Ujian tahan telinga dengan keceluparan lidah petugas2 di situ. Yang seorang tu sedia maklum bergantung pada ubat2 penenang. Seorang lagi ada juga pasang surutnya yg suakar diramalkan. tak kira selembut mana bahasa UMMi, pasti dijawab kasar dan menyakitkan hati. Namun, dlm tak sedar, sudah 9 tahun UMMi di sekolah ini. sudah masak isi kering kuah! Posmen hantar bungkusan atas nama UMMi pown dia tak mahu terima bila dialamatkan ke sekolah, inikan pula nak disuruh buat kerja razor beratus2 keping soalan yg keesokan harinya sudah mahu digunakan... UMMi tadah telinga sajalah. dalam hati hanya berbisik, " Astaghfirullahal'aziiiimmmm... Alaaahai!  alangkah indahnya jika Rasulullaah masih hidup di waktu ini..." 

Sudah diserahkan, UMMi terkejut kerana hanya dirazor 28keping sahaja. Padahal jumlah pelajar2 280 orang. Rupanya dia silap pandang. Itulah, lemahnya kita manusia.. Jika Allah tak izin, jelas depan mata pown, kita kan gagal melihatnya! Sebab tu kita tak boleh sombong! Dia janji nak buat lain. Sebelum balik, UMMi jenguk lagi pejabat tapi hampa sbb bilangannya masih tidak mencukupi. bahkan belum ditambah lagi sejak pagi tadi? " Tak ape lah en.... nanti Kak Ct datangs ebelah petanglah utk ambil ya?" Ummi cuba lagi berinteraksi. " tengoklah dulu...saya tak boleh janji" Dia mmbalas tapi ada nada kurang menyenangkan.           " Esok dah nak pakai en..."  UMMi cuba lagi bersopan. " Sapa suruh hantar lambat...bla...bla...bla..." waktu itu UMMi sudah berlalu keluar. UMMi mmg dah jangka daah jawapan itu akan keluar. Dah 9 tahun di sekolah ni. macam tu lah  selalu pown!

Petang tu UMMi ke PeLaDang Selama. Kak Nah sanggup bagi fotostat banyak2 utk bantu UMMi siapkan soalan2 tu. Tapi UMMi memilih utk berhubung dgnnya lagi... hampir jam 4 ptg...
" Iyyakana'buduwaiyyakanasta'iiiin... Boleh tolong check tak soalan2 kak di pejabat. Dah tambah bilangan? Tinggi tak timbunannya?"... : dah  siap kak..." Suara pempuan yg mnjawabnya. UmMi cepat2 menghidupkan engin kereta. Sampai di pejabat, semua petugas siap memandang. En...siap senyum...ada makna tapi UMMi tak peduLi. janji kerja UMMi dah disiapkan! Dapat rasa bahawa hal ini jadi bualan satu pejabat selepas UMMi berlalu pergi tapi UMMi peduLi apa! " kalaulah Rasulullah saw masih hidup di waktu ini..."  bisik hati UMMi sepanjang jalan memandu pulang. Masih terhidu bau KFC yg mereka nikmati ramai2 di pejabat tu tadi... tak payah tengOk... deria sekeliling cukup kuat utk mengecam segala! InsyaAllaaaaah...

dan... hari ni hari paper UMMi. Subject 'killer' kata kebanyakan pelajar2.  Ummi bergegas ke kelas 4K1... Bermula dgn paper Sains kowt. Tak cukup soalan. UMMi ke kelas sebelah. Guru tak masuk2. sesi sudah berjalan hampir setengah jam. UMMi nampak ketua Tingkatan muncul dgnset soalan kelas 4K2. UMMi cabut satu! HaaH! Selesai masalah x cukup soalan kelas UMMi tadi. Tapi sejak 7.30 pg ada pelajar yg berdiri di luar kelas UMMi... dari kelas yg tidak jauh dari bangunan UMMi. " Naper kat luar lagi. Pi masuk  kelas. hari ni kan periksa?.." Ummi menegurnya segera. Pelajar itu menoleh kepada UMMi. Dia menangis." Eh! Naper menangis niii. Apa dah jadi... awak dari kelas mana "... " Dia menggeleng2kan kepala. Jelas kelihatan kesedihan di wajahnya. UMMi bergerak hampir ke pintu kelasnya. " Oh! ada cikgu kaa? Saya ingat tak ada sapa tadi..." Guru itu bergerak pada pelajar itu... Masa sudah berlalu lama dan pelajar2 lain kusyuk dgnsoaln2 peperiksaan mereka. Tapi pelajar ini tercegat lagi di situ.

" Cikgu, hari ni budak2 priksa. Bagi la dia ambil ujian tu. Apa2 hal pown, kemudianlah selesaikan. Nanti susahkan guru lain pulak nak kena bagi dia buat sendirian hari lain..." UMMi cuba nasihati guru itu. Tapi UMMi nampak dia tidak berganjak. ada tambah dua pelajar lagi! tapi lepas soal siasat, mereka dibenarkan balik ke kelas. Budak ni masih sangkut di situ. Berdiri! Pang! Pang! " Allahuakbar! " Jantung UMi tersentak. Apa hal pulak niii ? UMMi bergerak ke pintu kelas. Pelajar tadi sudah dapat habuan lain pula! Allahuakbar! Allahuakbar! dada UMMi berombak2. UMMi rasa lemah... Naluri keibuan UMMi tidak mmbenarkan ini berlaku di depan mata UMMi. " Apa dah jadi ni? " Ummi tanya pelajar2 UMMi yg duduk di tepi pintu. Mreka tentu nampak lebih jelas apa yg berlaku. " Selagi tak dapat apa yg dia mahu, mmang akan kena saja lah budak tuuu... teruklah dia kali niii..." Salah seorang dari mereka menjawab. UMMi tak sedar siapa tapi UMMi yakin UMMi dengar ini semua!

UMMi nak bergerak ke kelas 4K3 pula. Berselisih dgn Cikgu 'R'..." Kak Ct ni GURU. Tapi Kak Ct ni juga IBU. Naluri keibuan Kak Ct tak sampai hati tengok budak tu diperlakukan begitu..." Tiba2 terpacuL saja ayat tu dari mulut UMMi. Cikgu 'R'  rupanya mendengar..." Apa hal Kak Ct?"... " Hang pi lah tengok cepat. Dah lebih 1 jam budak tu di denda . Tak buat langsung ujian. Dah tu dok tampaQ2 pulak. Jgn la macam tuuu..Jantung Kak Ct berdebar2 tengOk..." Dia senyum...Kami sama2 berlalu. UMMi ada tugas lain di kelas lain. Mungkin dia juga?

11.50pg... kelas UMMi tamat. UMMi memilih utk duduk2 bawah pokok. Ada tugasan lain pulak nak diselesaikan lepas ni. Perlu bersendirian seketika. 12.30pm... lebih ramai pelajar menghampiri UMMi.  Tup2 bersuara seorang dari mereka, " Tiba2 saja dia carut aku. Dia kata, " Pu...hang, tengok2 aku ! "...Padahal aku tak buat apa pown." jelasnya. UMMi tak tahu kepala ekor. " Tadi teacher, Cikgu 'KJ' tu lalu depan kelas kami. dia ni duduk tepi pintu. Tiba2 saja cikgu tu naik angin carutkan dia ni. benganglah dia. Tak tau sebab apa pown!" Terang pelajar sebelahnya. Baru UMMi faham. selepas 'melepaskan geram' pada pelajar laki2 di luar kelas tadi, cikgu itu berlalu begitu sahaja dan merasakan pelajar ini pula sedang emmerhatikannya... " Pipi budak tu lebam dua2 belah teacher.." sahut budak laki2 yang duduk berdekatan bawah pokok itu...

Allahuakbar! Apa nak jadi ni. hari2 ada saja budak kna lempang? UMMi ke kantin nak beli air. Dahaga bagai nak pecah rasanya anak tekak. Sedang UMMi meneguk air dari botol, datang pula pembantu di kantin tuu," Tadi cikgu, saya tengok satu guru laki2 tampaQ budak! Kecut perut saya... Hari2 ada saja budak yg kena dgn dia... Anak cikgu AbduLlah sekarang di mana?"... bla...bla...bla... Kesimpulannya, bukan seorang dua yang kena hari ni rupanya... Macam wabak. budaya melempang pelajar2 ni menjadi2.... UMMi hanya mahukan keamanan dan ketenangan bertugas setiap hari.  Separuh hari saja....

Baru dua hari lepas seorang Ibu mengadu anaknya tertekan sbb dituduh jadi PELACUR di hadapan kawan2nya. sampai diheret ke balai polis. bapa saudaranya ADO. Datang ke pejabat guru berkenaan dan bagi amaran," Cikgu nak bertugas lama di sini ka nak bertukar?.." Tapi kes tu selesai begitu sahaja sbb ADO pown bekas pelajarnya juga. Cuma pelajar berkenaan masih tidak dibersihkan namanya... GUru pown tak mahu merendah diri minta maaf! maknanya pagi petang pown ada masalah komunikasi... Baran sudah menuLar dan menguasai... apa sudah jadi pada sek UMMi dulu niii...Mana perginya guru2 yg berhemah dan berdedikasi? Jumpa kami malu. tak jumpa, kami perlu! Begitu sekali mulianya mereka di mata hati kami. UMMi sedih sek UMMi dulu ni dah jadi macam niii... tidak adakah siapa2 yg boleh membetulkan. perlukan kita tangani segalanya dgn kekerasan, penampar, penyepak, sepak terajang? Digantung dan dibuang sekolah?

Mudah2an semuanya tidak sampai menimbulkan situasi tragis kerana jika berlaku begitu, bermakna tragedi itu akan benar2 mncemarkan nama sekolah SMKDHH...  sekolah UMMi dulu, dari tingktan 1  -3 tapi UMMi sentiasa ceria di bawah bimbingan Guru2 semua yg sedikit sgt Melayu atau Islam...Kebanyakan mereka adalah CINa BIddha, India HINDu dan selebihnya Keristian! Namun... di sinilah UMMi dgn pencapaian sehingga tahap ini hasil sumbangan mereka smeua. tiada terajang sepak atau penampar depan mata. Sekadar rotan oleh Tn Pengetua sendiri!...Pown sudah menghsilkan ramai yg berjaya dan berjasa pada agama, bangsa dan negara...bahkan dunia! Allahuakbar3!!!...

No comments:

Post a Comment