Thursday, March 24, 2011

SPM 2010 ; aiRmATA ibU N guRU

Penat yg berbaLo...Itu saja yg dpt UMMi katakan bagi mnjelaskan suasana gembira plajar2 UMMi di sekolah 23hb yg lalu. Semalam yg bermakna. titisan airmata semua yg berjaya mencipta tinta2 indah di sLip peperiksaan SPM mggambarkan kegembiraan dalaman yg tidak ternukilkan. Ibubapa yg hadir juga menitiskan manik2 jernih sambiL memeluk erat zuriat kesayangan. Sempat UMmi abadikan potret kenangan bersama salah seorang yg saban malam mengungkapkan harapan terhadap ank2 belahan hati penyambung perjuangan...Allahuakbar. Indahnya pemandangan bila hasrat dipenuhi begini. Indah lagi perasaan bila diri dipagari senyuman sepanjang hari...

"Tahniah semua. Tinggalkanlah bumi SELAMA. Berjalan, bermusafirlah. Melihat keagungan Allah swt di luar sana. Cari pengalaman. Timba ilmu sebanyak mungkin. Luaskan pandangan dan kembangkan minda. Majukan diri dan pulanglah utk bangunkan daerah sendiri..." Melangkahlah hendaknya mereka dgn hasrat mencipta kejayan dan mmbawa pulang kebanggaaan buat seisi keluarga mereka. Airmata IBUbapa hari ini akan mmbakar semangat mereka utk terus melakar sejarah gemiLang dlm dnia pendidikan. Mereka yg akan mnjadi tunggak kekuatan keluarga. Mmg berbaLoi usaha kita semua selama ini apabila indah gred terpapar di slip peperiksaan.

Pada yg kecundang, sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya. Ini baru ujian di dunia.  Masih jauh perjalanan. Jgn putus asa. Teruslah berusaha, ya? SPM hanya wasilah. Tanpaya juga kalian bisa melangkah. meraih kejayaan yg mgkin lebih gemilang! kelalaian masa lalu jadikan pengajaran. Kerna selepas ini usia semakin mengajnak dewasa. Minda seharusnya seiring itu juga... Selamat Maju Jaya!

Maafkan UMMi utk segala bicara yg sia2. Marah yg tidak kenaL masa dan tempatnya. Teguran yg menghiris jiwa. UMMi sayangkan kalian semua. hanya kerna UMMi mahukan kalian di puncak jaya, UMMi tahan HATi mmbetulkan kesilapan kalian sebeLum airmata duka mencemar muka... UMMi hanya mahukan kalian berjaya dan bertebaranlah di muka bumi memajukan lagi diri. Mantapkan dgn ilmu pengetahuan dan pulang hanya dgn mmbawa bersama kejayaan utk mmbuatkan seisi keluarga kalian menikmati hanya BAHAGIA...

Utk kalian semua, tgjwb UMMi mengajar BI dah tamat kan? Lepas ini UMi nak fokus pada yg lain2 pula. Maafkan UMMi. Syukranwajazakillah erana utk seketika kalian hadir menceriakan hidup UMMi di instutusi ini... Assalamu'alaikum wbt semua! Allahuakbar3!

No comments:

Post a Comment