Saturday, July 23, 2011

SenSiTiviTY ADds Me CheeR : StrIctLY DOa

DOA SUPAYA TIDAK BERPUTUS ASA 'Ya Tuhanku ,sesungguhnya tulangku telah lemah dan  kepalaku telah ditumbuhi uban ,dan aku belum kecewa dalam berdoa kepada engkau Ya ALLAH ." Maryam 19:4




ALLAHUMMA INNI AS ALUKA HUBBAKA, WAHUBBA MAN YUHIBBUKA, WAL 'AMALAL LAZI YUBALLIGHUNI HUBBAK... YA ALLAH DAKU MOHON KECINTAAN MU, DAN KECINTAAN MEREKA YG MENCINTAI MU,DAN AMALAN2  YG MNDTGKN KECINTAAN MU



Mahar Sebuah Syurga

alt
Dalam hidup, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu kita lakukan. Kedua, perkara yang suka kita lakukan. Sudah menjadi "sunnatullah", kedua-dua perkara itu saling bertentangan antara satu sama lain. Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.
Untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak suka melakukannya.Tidak ada pilihan, paksa diri untuk melakukannya! Lawan godaan dan rangsangan yang menggamit hati kita untuk melakukan perkara yang suka kita lakukan.
Dalam hidup, untuk berjaya dan bahagia kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar daripada "zon selesa" menuju "zon mencabar" kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa depan.
Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu berubah. Tetapi perubahan itu "awkward"– yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.
Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah. Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama. Kesannya? Mereka terus gagal, hina, miskin, lemah atau jahil kerana enggan berubah.
Berlakulah apa yang sering diungkapkan:
"Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"
Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan.  Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.
Untuk melakukan perkara yang "perlu" dibuat walaupun kita tidak "suka" membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsisten). Ini semua seolah-olah "menyeksa"diri sendiri. No pain, no gain – tidak ada "kesakitan", tidak ada ganjaran. Berakit-rakit ke hulu, berenang-berang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Begitu yang dipesan sejak dulu. Justeru, untuk berjaya "mujahadah" itu adalah wajib.
Mujahadah ertinya "berperang" dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu. Hawa nafsu hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan. Sebaliknya, ia sangat bencikan kebaikan, peringatan dan ketaatan. Menentang hawa nafsu, samalah dengan menentang diri sendiri. Terseksa. Ini yang menyebabkan satu mujahadah selalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah. Terlalu sayangkan diri untuk "disakiti".
Padahal mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Letih sedikit, tak boleh. Hendaknya... banyak rehat. Pahit sedikit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengaduh.
Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk "menanam". Di sana (akhirat) nanti barulah kita menuai. Musim bertanam memanglah payah – mencangkul, membaja, menjaga dari serangga dan bermacam-macam-macam lagi kesusahan.  Bila menuai nanti baru terasa nikmat dan seronoknya.
Dunia diumpamakan  tempat "membayar". Di akhirat nanti tempat "bermain". Pay now, play later. Bayar di sini, "berseronoklah" di sana. Apa sahaja di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah, sama ada untuk membayar dahulu, atau membayar kemudian. Tetapi sekiranya kita membayar dahulu, kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti.
Orang mukmin sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan, kebajikan dan kebaikan. Hidupnya, terlalu sibuk dengan ibadah. Berpindah dari ibadah khusus kepada ibadah umum, berpindah lagi kepada ibadah sunat. Begitulah sehari semalam, sentiasa berpindah dari satu ibadah ke satu ibadah.
Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah SAW:
"Syurga dipagari dengan kesusahan, manakala Neraka dipagari oleh keseronokan."
Sebaliknya, bagi mereka yang lalai berpegang kepada konsep: Play now, pay later. Demikianlah kehidupan, tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga.
Justeru marilah sama-sama kita berpesan agar rela menerima "kepahitan" yang sedikit dan sementara demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Oh, alangkah jahilnya kita sekiranya rela menanggung seksa yang begitu dahsyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia.
Sebaliknya, kita bijak kalau terus bermujahadah untuk melakukan perkara-perkara yang perlu dilakukan sehinggalah tiba ketikanya kita boleh melakukan apa sahaja perkara yang kita suka melakukannya. Di mana? Bila? Jawabnya, di syurga. Dan mujahadah itu mahar sebuah syurga!

Biodata Kolumnis

Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta

RABU, 4 MEI 2011

.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Blog beliau adalahwww.genta-rasa.com.

RABU, 4 MEI 2011

Frekuansi Al-Quran Dapat Mengubati Berbagai Penyakit Berbahaya

Pembaca yang budiman! Saya dapat mengatakan dengan yakin menurut pengalaman saya suatu perubahan dalam hidup saya . Saya boleh mendapatkan hasil yang besar yang tidak terduga dapat mengubah hidup saya benar-benar seperti yang terjadi pada diri saya sebelumnya.

Apa yang telah saya lakukan adalah mendengarkan pembacaan Al-Quran sebanyak satu saat setiap pagi , petang, malam, ketika hendak tidur, ketika bangun dan sebelum tidur. Apa yang anda perlukan untuk mendengarkan Al-Quran adalah dengan memiliki media seperti Laptop, tape recorder, sebuah iPod atau mp3 dengan headphone, TV, radio atau lain-lain peralatan.
Bunyi bacaan Al-Quran memiliki gelombang suara yang memiliki frekuensi tertentu dan panjang gelombang tertentu. Gelombang ini menyebarkan medan gelombang yang mempengaruhi otak secara positif dan mengembalikan keseimbangannya. Ini mendukung kekebalan tubuh yang kuat untuk melawan penyakit atau bahkan penyakit seperti kanser.
Kanser adalah suatu kelainan pada pembinaan semula sel, sehingga memperdengarkan Al-Quran adalah bererti memprogram semula komputer yang penuh dengan virus yang “diformat berulang kali ” dan di-install dengan program-program baru agar dapat bekerja dengan efektif. Inilah program buatan yang mampu manusia lakukan untuk komputer. Bagaimana dengan program yang dilaksanakan dalam kata-kata Allah, Pencipta Semua manusia?

Gambaran Suara Al-Quran bertukar kepada Cahaya
Kesan yang menakjubkan dapat dihasilkan dari mendengarkan bacaan Al-Quran 

Terus-menerus mendengarkan bacaan Al-Quran memberi anda faedahyang nyata seperti berikut:
1– meningkatkan sistem pertahanan tubuh
2– meningkatkan daya kreativiti.
3– meningkatkan kemampuan konsentrasi atau penempuan dalam sesuatu bidang.
4– menyembuhkan penyakit kronik dan tidak mampu disembuhkan.
5– mengubah perilaku atau akhlak dan memungkinkan orang untuk
berkomunikasi dengan lebih baik dan mendapatkan kepercayaan dari semua
pihak.
6– menciptakan kedamaian dan menyembuhkan ketegangan saraf.
7– menyembuhkan kegelisahan dan merawat rasa irihati
8– meningkatkan kemampuan dan dapat membuat keputusan dengan tepat.
9– mengurangi rasa takut dan ragu-ragu.
10– meningkatkan dan memperkuat kepribadian seseorang.
11– menyembuhkan penyakit normal seperti alergi, sakit kepala, flu, dll
12– meningkatkan kemampuan berpidato.
13– melindungi diri dari penyakit seperti kanser dan sebagainya
14– Mengubah beberapa tabiat buruk seperti makan yang berlebihan dan
merokok.
Pembaca yang budiman! Hal-hal yang saya sebutkan di atas adalah hasil yang telah saya miliki : saya adalah seorang perokok tegar dan tidak pernah membayangkan untuk berhenti merokok, tetapi setelah terus-menerus mendengarkan Al-Quran akhirnya saya berhenti merokok tanpa usaha. Saya benar-benar terkejut “bagaimana hidup saya boleh berubah dan mengapa? Tetapi setelah saya membaca tentang teknik terbaru dalam penyembuhan, salah satunya adalah terapi oleh suara dan frekuensi suara, saya tahu rahsia ini perubahan besar dalam hidup saya. Itu adalah hasil daripada mendengarkan bacaan Al-Quran. Apa yang saya lakukan adalah hanya sekadar mendengarkan Al-Quran terus menerus.

Sebagai kesimpulannya, saya suka untuk menceritakan fakta yang saya temui dan benar-benar mencuba : apapun anda perlu menghabiskan waktu anda dalam membaca atau mendengarkan Al-Quran, Anda akan menemui bahawa kali ini tidak akan sia-sia atau menurun. Tetapi anda akan melihat bahawa anda akan selalu memiliki waktu tambahan. Anda akan menemui bahawa usaha-usaha yang sama kadang-kadang memerlukan waktu berhari-hari atau berjam-jam yang harus dilakukan untuk dapat menyselesaikan sesuatu perkara tetapi dengan berkat Al-Quran segalanya dapat diselesaikan dalam masa beberapa minit sahaja!
Alhamdulillah.
Bukankah Al-Quran itu Kalamullah.
Rujukan:
1- Brain cells tune in to music, www.nature.com
2- Neural oscillations,www.en.wikipedia.org
3- Brain wave therapy, Brain Sync Corporation, 2006.
4- Vibration, www.wordpress.com
5- Mike Adams, Vibrational Medicine, NewsTarget Network, July 14, 2004.
6- Simon Heather, The Healing Power of Sound.
7- Virginia Essene, You ar
e Becoming a Galactic Being.
8- Revolutionary nanotechnology illuminates brain cells at work, www.nanotechwire.com, 6/1/2005.
Dikirim dalam Frekuansi Al-Quran Dapat Mengubati Berbagai Penyakit Berbahaya
Sedutan : http://muhasabahdiraran Suara Al-Quran bertukar kepada Cahaya

No comments:

Post a Comment