Wednesday, July 13, 2011

Sensitivity Returns : SiTTing , WaiTiNG n WisHiNg

Kenangan mengUSik JiWA...Ada perkara yg tak terungkapkan kata.
Namun demi tunTUTAn agama kita, UMMi berusaha menjernihkan yg keruh, meLeraikan yg kusut & mndamaikan yg bermusUH.
Tak tErtanggUng AZAB kuBUr jika mmutuskan siLatuRRahim.. Harap ramai yh memilIh jaLan damAi seumpama yg UMMi pameRKAN di BLOG UMMi ini...
LiLLahiTA'ALa...
Jika berlaku perceraian, jgn sampai bermusuhan. Putus hubungan keluarga kedua2 pihak & berpecah sanak saudara kerana sengketa, buruk sangka & adu dUMba yg tidak berkesudahan. Masing2 mahu menang dan menganggap benar dlm segala tindakan... Sampai lupa pada yg menerima tempias yg tidak tertanggungkan kesan kesedihan dan kekeciwaan mereka... ItUlah yg anak2 UMMi lalui dan IBU UMMi deritai bertahun2..angkara lidah2 yg tidak bermaruah. Suka meliHat manusia berpecah beLah daripada berusaha gigih utk memelihara & merapatkan  uKHuwah dan hidup rukun damai ceria bahagia...

UMMi lahir dlm keluarga org2 agama. REdHa ALLah swt diutamakan. Ini bukan soAL darjat atau kedudukan seseorang. Bukan juga kemahuan dan kesukaan peribadi. Ini sesuatu yg mnjadi tuntutan dlm agama. Nikah cerai itu lumrah yg tersaji di hadapan mata. Jika tidak pada kita, berlaku juga pada org yg kita sayangi atau sekitar kawasan tempat tinggaL atau mungKin jauh lagi amnya. Mana ada pasangan yg bernikah dgn azam utk bercerai dlm tempuh tertentu. Mana ada perempuan yg suka di geLar IBu TUNggaL.  Begitu juga seBaliknya.. tiada laki2 yg berimpian utk meraih Gelaran DuDa...meninggALkan kenangan dan kesayangan lama mereka. Namun jika ituLah takdirnya, KiTa para hambaNYA wajib saBAr dan redHA ! Menunggu sambiL berBaik sangka pd HIKMAt yg terSISip di sebaLik setiap ketenTuan...

Kita bukan siapa2 di dunia ini. Apa yg kita ada pown hanya sekadar pinjaman. Nikmat2 yg bakaL di pertanggungjawabkan di hadapan ALLah swt kelak. Kita munafaatkan guna utk memakmurkan dunia, pinjaman juga, dgn meletakkan syariatNYA mengetasi seGala kehendak manusia, biar apa pown juga gelaran pangkatnya. Jika faham semua ini, tidak akn timbuL masalah kata mengata dan mengadu dumba sehingga membawa kepada siri peristiwa yg menghiris HATi banyak jiwa yg tidak berdOSa... Atas kesedaran ini, UMMi merasa terpanggiL utk jadikan apa yg UMMi lalui sepanjang temPuh TRAUMATIC ini sebagai telada n pada semua pasangan di dunia. Jgn ambiL mudah perintah ALLah swt utk memelihara kesejahteraan hubungan... Jgn buruk sangka. Jgnka mengadu dumba sehingga dalam tidak sedar, yg disjukan cerita muncuL sebegai GEneRAL syaithan yg sgt hebat menusukkan jarUM2 merangsangkan kebencian dan menyemaraKKan api kemarahan ! 

PerJUangan ini bernoktahkan kematian... itu janji UMMi pd diri, pada anak2, pada mak, kakak dan abng dan pada ALLah swt semestinya!  UMMi tidak ada di bumi SELAMA ketika UMMI diceraikan. UMMi tidak menitiskan walau setitis airmata pown ketika seOrang rakan sejawat menyampaikan berita UMMi diceraikan. BuNga2 perPisaHAn sudah sgt jelas di hadapan setiap deria. Mudah sgt utk mghidunya kerna sepanjang masa UMMi hanya dgn anak2 cuma. BiaR pd saat2 paling sukar sekalI pown. Saat2 uMMi dan ank2 diancam nyawa dan harta benda... UMMi sudah dapat mnjangkanya kerana UMMi kenaL suami UMMi. Kelemahannya adalah pada 'bicara lidah yg lembut memujuk..." Kawan2nya bukan dari kalangan yg kaki mmberi nasihat baik mengukuhkan ksh saYang...antara sesama ahLi keluarga. UMMi percaya, Perceraian kami adalah pengajaran yg berkesan utk menyedearkan dia pada kesiLapannya mendengar tunjukajar yg merebahkan tugu perNIKahan yg dibina sekian lama... KeterlanjUARAn yg tidak terUndUrKan. BiLa nafsu mengatasi peranan akaL. BiLa IMAn diketePikan...Natijahnya mmg burUk menjurus kepada penyesaLan yg berpanjangan...

" Mana kawan2 abang sekarang?  Siapa yg mngiringi abang ketika turun naik mahkamah? Yg menumpangkan abang semalam dunia smentara siang utk ke mahkamah?... Yg mmbantu abang dgn keewangan tatkala kesempitan? " hah! Bahkan mereka sudah lari smuanya. DuLu mereka kata," Suami mithaLi nampak ! " tatkala melihat abang mmbantu isteri mengampaikan kain2 di jemuran. Pantang bertemu SAbtu, ada saja ' 'Ya'juj Ma'juJ ' hadir mengajak abang keluar bersantai menghabiskan masa  dgn agenda sia2. Jika tidak terus ke rumah mereka akn berLegar2 dgn MotOr bingit enginnya di hadapan rumah kita... Petanda memanggiL abng keluar dan mengiKut saja kemana hala tuju mereka! Sehinggakan abng percaya, ituLah sahabat berani MATi bersama atau sekurang2nya berdiri di sisi apabIla masa2 sukar mendatangi abang... hahaha! Cek mmg dapat sgt baca aliran fikiran goLongan begini...Mereka hanya akan cari semula abang jika mereka berkehendakkan sesuatu! ItuLah yg cek nampak sewaktu abnag mendampingi mereka dahuLu sehinggakan kami ank beranak diabaikan sedemikan dasyatnya. Dan... perCERAIan ini adalah pengAJARAN berkesan dariNYA utk hamba yg deGiL dan soMbOng seketika... TaKABBUR seKali sehingga berani mmbelakangi perintahNYA... InsyaALLaaah... HikMAh itu tersingkap akhirnya... Baru menunduk melihat rumput di bumi seteLah sekian lama mndoNGAk  mghitung bintang di langit..." 

JIka diletakkan buLAN dibahu kiriku, dan matahari dibahu kananku, Tidak akn ku tinggaLkan seruanku sehinggalah aku berjaya dgnnya atau aku musnah kerananya"... Ini prinsiP yg UMMi semadikan dlm diri UMMi dlm usaha mencari tituk penyelesaian dan penyatuan semula dua keluarga yg teruk cedera hubungan mereeka..UMMi dah puas baca tentang RasuLuLLah saw dan perjuangan baginda menyebarkan ajaran ISLAM. UMMi mgkin tidak sehebat itu. Tapi UMMi nk ikut sebanyak mgkin jejak2 tinggalan baginda kesayangan utk memelihara keutuhan keakraban hubungan dlm keluarga UMMi... Mahu tampaL2 semua keboCoRan dan baiki setiap kerosakn sebeLum UMMi pejam mata selamanya. Itu saja tinggaLan uMMi buat semua. Jgn pndang ringan pada kewajipan memelihara hubungan silaturrahim antara sesama ahli keluarga. dgn jiran tetangga dan masyarakat luas amnya... Biar apa bangsa dan pegangan agama sekali pown... mesti berbaik sangka dan mesra bicara sentiasa... Sikit2 luka pada jiwa, berusahalah utk merawatnya dgn memfOkUskan kepada REDHA dan keampunan ALLah swt...Bukankah itu tujuan kehidupan kita dan lama dibiarkan bernyawa?

ReDha ALLah swt maknanya bahgia kita di sYURGANYA... Lebih2 lagilah jaminannya jika segalanya beroLeh keamPUNAN kerna kita terselaMat dari ancaman siratALmusTAqIm yg menggOncang IMAn... Dgn kawah APi menyala2 menanti utk menerima tambahan bahan bakaran tanpa belas kasihan...Jika smeua fikirkan kebaikan dlm agama, tidak akn tumbuL soaL siapa salah dan siapa betuLnya... Perceraian terjadi, di penjuru matamu yg unggu lalu mmbiru. PeRniKAhan baru juga rezki yg termaktub di Luh MahfuZ. Jika semua faham, apa pentingnya lagi menguLas kejadian. Siapa kita utk mengatakan begitu lebih baik  dan jika begini trLebih baiknya lagii...sedangkan DIA Mh Mengetahui segala yg tersembuNyi..secermat2nya Lagi Mh BiJaksanan dLm SeTiap PenGAturaNNya...RUKUn IMAN mengatakan begitu. Kita WAJIB percaya. Penuh yakin tanpa ragu. Tanpa syarat! ...

Siapa kita untuk nak balas membalas? Jgn sekali2 huLurkan, " padan muka, biar rasa" pada sesiapa pown jua. UMMI naik turun mahkamah kerana ramai yg mnyucuk pinggang dan belakangnya.... bila kesakitan, tentu bingkas dan menyepak terajang! Begitu kesimpuLan yg UMMi mmpu buat berhubUng dgn TRAUMA UMMi berdepan dgn ancaman demi ancaman di mahkamah... UMMi sanDARkan harapan dan keyakinan pada ALLah swt... Nak jawab menGapa dan sampai bila... UMMi sendiri hamba yg menanti keputusanNYa. UMMi cuma yakin seperkara, " Yg benar akn suatu hari menampiLkan diri mengalahkan yg BaTiL" dan sehingga saat itu UMMi pujuk HATi keciL UMMi utk bersabar dgn deretan ujian demi ujian yg menerjah dari segenap haluan. 360% ... Tidak secara fizikaL, UMMi terima tekanan eMOSi... Serangan bertubi2 tanpa henti... UMMi gayUtKan HaraPAn yg tinggi pada ihSAn dan limpah kurnianya ILAhi... UMMi hanya mahukan yg benar... dan kebenaran itu sgt lambat mengatur langkah mendatangi UMMi sehinggakan uMMi begitu dastyat makan HATi... terjejas pekerjaan dan hilang foKUs pada NAWAItu yg UMMI sendiri  garapkan di helaian kertas bernama ' akujanji'...

Mana ada yg datang tanya anak2 UMMi bagaimana keadaan mereka ketika kejadian ini menimpa dua kesyangan mereka. Bagaimana penerimaan mereka dan apa yg dapat mereka bantu untuk meredakan penanggunagn. UMMi lihat anak2 uMMi dianiayai berbagai lapisan masyarakat yg mereka depani.... dihina dan dilambakkan berbagai tuduhan yg tidak berasas sehinggakan ank2 uMMi tatkaLa melangkah utk ke sekOlah, menggeletar sekujur tubuh dan sekelian anggota..  tatkala balik, UMMi sambut dan benamkan muka mereka ke dada supaya mereka dapat menangis sepuas2nya memuntahkan segala penderitaan di premis pengajian! UMMi lihat itu semua. UMMi sendirian mntenteramkan mereka. " Jgn sedih. Jgn jawab apa org kata. Jgn lawan org yg lebih tua. Belajar bersungguh2. Buktikan pada depa, hanya dgn bantuan ALLah swt kita mmpu berjaya dan cipta nama lebih dari apa yg mereka lihat sebelum ini di bumi SELAMA..." PadahaL jantung UMMi sendiri lemah berdepan dgn sedu sedan pErMata Hati UMMi semuanya yg bernada sgt HiBA... hamba2 cilik yg baru ceLik utk kenaL dunia... tapi sudah disajikan kezaLiman yg sukar dimengertikan mereka!

Dan tembOk kesabaran itu kian luntur warna indahnya... haus sedikit demi sedikit kuLitnya dan serpih pecah sehingga sagt hodoh pada pandangan mata dunia... Hunjaman demi hunjaman UMMi tak mmpu tangkis lagii.. UMmi makin mggandakan pinta dan dOA... mengharapkan keajaiban berlaku di hadapan mata... Dlm hATi kUat bertanya," Ya ILahi, mengapa aku... yg lemah, dhaif lagi berDOSa ini ?" dan seiring itu HATi juga berbisik,:" Ya ALlah, berilah aku ganjaran yg besar dari seGaLanya ini dan gantikanlah dgn yg lebih baik lagi..." UMMi nak buat macamana lagi kerna setiap saat matahari naik, sudah seperti  ada saja ujian menanti utk menyapa di luar sana...jika tidak melangkah akan lebih banyak panahan senjata menembusi jantung... parah..tenat... sukar nak bernafas ! Hah...

Rupanya begitu indah UJAIN bila berjaya diaTasi... Bila keretakan dibaiki segera seberapa daya. Dgn hanya berbekaLkan keyakinan pd Yg Mh Esa... UMMi bertekad, UMMi sendiri akn menyataukan dua negeri ini... with or wiTHout UMMi arOund, kalian smeua akn senyum bersembang! UMMi sudah tidak pnting hadir di ana2 tapi peranan dan kmampuan uMMi mmbuat kejutan demi kejutan selama ini, akan uMMi apLykan pada usaha murni yg satu ini. N9 & Perak akn kembaLi berhubungan ! bekas suami UMMi bukan musih UMMi. Anak2 tidak akn berterusan menanggung kesedihan dan kekeciwaan kehilangan orang yg mereka WAJIB sayang! Ayah mereka juga tidak selama dapat MeLoLOskan diri dari melaksanakan tgjawabnya pada mereka!

UMMi tidak mgkin dapat mengembalikan puluhan tahun yg berlalu tapi UMMi akn berusaha sedayanya utk memeprbaiki yg akan datang... MencoRAkkan kanVas seindah yg UMMi bayangkan utk anak2 semua...Meski setiap lakaran, iMEj UMMi tidak boLeh ada sama! UMMi sudah ada dunia sendiri. UMMi sgt bahagia dlm dunia baru UMMi ini. UMMi bebas melakar dan mncorak knvas UMMi ...miLik peribadi dlm koLeksi paling sentimenTaL...UMMi satukan kalian demi anak2 dan IBu UMMi yg hanya tahu menyayangi... Untuk kalian smeua tapi HATi UMMi ..HATI UMMi jua... Hnya DIA Yg Mh Mengetahui... Tak mahu kembaLi ke pangkuan bekas suami lagi... Ini kepUtUsan MuKtamad UMMi.

 Kita akan berkawan, ya Bang...  Dik ramLah dan anak2 kalian yg UMMi kasihi semuanya meski kita tidak pernah dipersuakan muka. Jgn cemburu. Jgn aDa pown rasa bimbang UMMi akn mggugat r/tgga kalian. HuBungan Itu sudah jadi HIStOrY dlm diary hiduP UMMi... Tapi kita mesti kekaLkan hubungan dua haLa yg baik dan sejahtera sebab ini perintah dlm agama kita. Perintah ALLah swt melalui RasuLNYa... Kita WAJIB akur..tunduk..patuh! Jgn pertikaikan lagi! Utk itu UMMi paparkan lagi utk kalian semua : PoTReT bekas sUAMi UMMi dlm gaya seLAmba penamPiLan  TeRKini... Berbahagialah semua ank2 dan Ibu UMMI kerana UMMi sudah berjaya tamatkan TRAUMA bertahun ini dgn izin dan limpah kurnia ALLah swt.

Ini utk tatapan semua. Hati UMMi sgt sejahtera  dapat memujuknya utk memiLih  jln yg diredHAi.
Harap dunia sama tersenyum dan melafazkan syukur...
MenangisLah syaithan2 kerana UMMi memlih utk membesarkan REDHA Ilahi daripada janji2 nikmat dunia yg diwar2kan mereka...
ALHamduLiLLaahirabbiL'aLaaamiiiinnnn...

Utk anak2 uMi semua,
UMMi  sendiri sentiasa melafazkan syukur kerana Ayah kalian sudah temui jalan bahgia dlm kehidupan masa kininya. Anak2 uMMi wajib juga terima hakikat bahawa iniLah yg terbaik utk kita. InsyaALLah. Jgn diungkit kisah masa lalu kita. Jgn digUgaT r/tangga ayah yg baharu. UMMi sgt bahagia dgn kehidupan UMMi masa kini... UMMi dan ayah sudah bOleh duduk semeja berbicara 4 mata merancang kemajuan anak2 kami... Kalian smeua!
IniLah yg UMMi yakini lebih baik dari sebeLumnya.
UMMI sgt bahagia.
AlhamduLiLLahirabbiL'aLamiiiiiinnn...

The SiTTing... The waiTinG... & The WisHing ...
This is What I've been WOrKing fOr...
BriNGing back The MaNY SMiLes
In  botH FamiLies...
At Last..
We're aLL HaPPy !

Dan untuk semua yg UMMI sayangi, terimaLah secebis nukiLan yg ingin sekali uMMi kongsikan buat renungan dan bisikan di Jiwa kita. Mudah2an kita seGar mengingati DIa Yg Mh Pngasihani...


Thursday, October 29, 2009

Kedudukan Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya.

Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & Ibnu Majah)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Di dalam hadis Qudsi yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda: "Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada." (Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim)

Dalam Hadis Qudsi yang lain diriwayatkan oleh Ubadah As-Sahamit:
"Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang cinta mencintai keranaKu. Kasih-sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bernasihat keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling berziarah keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu membantu keranaKu. Orang yang cinta mencintai keranaKu berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Siddiqin dan Syuhada." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Qudha'i)

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Memang orang sifatnya demikian sangat sukar didapati pada zaman ini, meskipun tidak dapat dinafikan mereka itu ada dalam masyarakat kita masa ini, tetapi terlalu sedikit sekali bilangannya. Mereka tidak semestinya datang dari kalangan saudara-mara, atau kaum kerabat sendiri. Tetapi kalau ada memang itulah yang paling baik sekali, supaya hubungan keluargaan itu menjadi lebih erat dan berpanjangan. Memang itu merupakan suatu nikmat, apabila ada seorang saudara sedarah sedaging mengambil berat terhadap saudaranya, masing-masing memberikan perhatian kepada yang lain dalam serba-serbinya di kehidupan ini.

Yang anehnya, bila orang-orang seperti ini datangnya dari luar kaum kerabat, seperti teman rakan dan sahabat yang tiada hubungan darah di antara kita dengannya, tetapi hubungannya dengan kita dan pengambil-beratannya dengan diri kita justeru lebih teguh dan erat dari kaum kerabat sendiri. Itulah tandanya persaudaraannya kerana Allah Ta'ala, yang kerana ikhlasnya dalam persahabatannya itu, dia malah memandang kepada kita. Orang-orang yang semacam inilah yang sangat dikasihi oleh Allah Ta'ala, yang disebutkan dalam sabdanya di atas, bahawa 'Aku akan menaunginya nanti di Hari Kiamat di bawah naunganKu!', firman Allah Ta'ala.

Bertuahlah siapa yang sudah mendapat taufiq daripada Allah untuk bersifat dengan sifat ini. Ini adalah kurnia luar biasa, sebab itulah balasannya juga adalah luar biasa. Kalau sudah dijanji Allah akan mendapat lindunganNya di Hari Kiamat, tentulah hidupnya di dunia ini akan dilindungi Allah pula, supaya dia berjalan di atas jalan yang diridhaiNya, tiada menyelewang dari jalanNya yang lurus. Berbahagialah orang ini, dan mudah-mudahan kita juga akan diberi Allah taufiqNya untuk menjadi orang yang seperti ini, Insya Allah Ta'ala.

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya: "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu berkata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

Dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad :
1) Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.
2) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.
3) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.
4) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya.
5) Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia bisa hidup senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.
6) Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa menemannya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa itu adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga.
"Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan membina mahligai Islam di alam sejagat. Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam. Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam." (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.

Fahamkanlah maksud Hadis ini baik-baik, moga-moga Allah merahmati anda! Dan membimbing anda ke jalan yang diridhaiNya, agar anda disayangiNya, serta diberikanNya balasan besar yang memang telah disediakanNya untuk siapa yang disayangiNya. Amin.

Fatwa Saiyidina Umar r.a :
“Orang yang bijaksana,tidaklah dia mahu mencari sahabat melainkan orang-orang yang panjang fikirannya, kuat agamanya, luas ilmunya, tinggi akhalaknya, lanjut akalnya, dan di waktu mudanya bergaul dengan orang-orang yang soleh. Barangsiapa yang melalaikan keteguhan percintaan dari sahabatnya, maka tidaklah dia akan merasai buah persaudaraan orang itu terhadapnya. Barangsiapa yang memutuskan persaudaraan sebab takut dikhianati, maka hiduplah dia dengan tidak bersaudara. Tidaklah ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat, dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi kedukaan apabila putusnya persahabatan itu.”

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-Taubah:24)
Ya Allah, jauhilah aku dari cinta panahan syaitan, berikanlah cintaku ini kepada seseorang yang sangat mencintaiMu...lapangkanlah hati ku ini dengan cintaMu yg sejati...sekiranya dia bukan Kau ciptakan buatku, maka Kau jauhkan lah dia dari pandanganku dan berikanlah aku kekuatan untuk terus bercinta denganMu.

Doa Rasulullah s.a.w.: Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

No comments:

Post a Comment