Tuesday, March 29, 2011

29 Mac 2011 : Drama In ReaL Life

BiLa UMMi kata dia ada masalah...ckg tu tak pcaya., Bila UMMi suruh cepat2 pi tengOk apa dia dok buat kat plajar2...ckg tu masih tak berganjak. BiLa UMMi bagi tau, dia dah tampaQ budak tu sampai lebam...ckg tu ttap tak bertindak. Setiap hari UMMi ke  tempat kejer ada saja plajar yg jadi mangsanya.. Pun dia buat tak tau saja...

" kami tak tau apa salah kami pown"... " Salah sikit pown dia penampaQ kuat "... " " lalu kat dia pown kna panggiL. Boh penampaQ " ..." Salman tu dah banyak kali dah kna penampaQ dia. Dok kna selalu. Kesian dia..." Inilah antara yg UMMi dengar keluhan plajar2 sekitar sek UMMi bertugas ni. Heran jugak, dah banyak kali dia buat haL, masih juga dok dlm jawatankuasa disiplin?...

UMMi taklah ada psychic power tapi UMMi banyak pengalaman ngan oghang2 jenih ni. Kalau dah maghah tak tentu fasaL, mmg dia sendiri yg sebenarnya ada masalah peribadi. Kalau tak percaya, siasatlah sendiri. Bini dia lak dok maki hamun, tengking herdik dan ugut budak2. KaunseLor apa tu?   Celupar nya mulut. Laki bini dok kejer menyakitkan plajar2... Laki kaki pukui. Bini dok nak menjerit terloLOng2... Adakah anda sekelian fikir apa yg UMMi fikir sekarang?  Ada yg tak kena dgn pasangan muda beranak dua ni kan?...he2...cam tau2 lak!

HATi keciL UMMi ttap mengatakan mereka ada masalah peribadi. Ada masalah besar antara mereka berdua sampaikan datang sekolah dok kira nak ngerjakan bebudak sajaaa. SiLap plajar2 tak sedang mana tapi penampaQ mudah2 saja hinggap di muka! Yg si bini pulak terpekik terlolong dalam loud speaker. Naik bingit telinga dengaQ dia memaki hamun bebudak. lepas tu pi ngadu kat pentadbir...buat laporan yg mendedahkan hanya buruk dan kesalahan bebudak tuu... Kutuk pula di kantin! Habis satu sekolah leh tau kes tertentu jika berlaku! Hampeh! Akta Kerahsiaan apa tu?

Sedih tengOk nasib plajar2. Bukankah masih banyak pendekatan berhikmah yg boleh kita applikasikan. Kita dekatkan mereka dgn Allah swt. Kita didik mereka dgn kasih sayang. pujuk dan nasihat yg baik.? Macam yg RasuLullah saw dulu buat. walaupun ramai yg marah tapi mereka tak dapat nak nafikan akhlak penyampainya mmang terpuji. Ini tidak! sebut saja nama mereka berdua..plajar2 hanya ingat keceluparan mulut dan cepat tangan yg menyakitkan. Tidak hinggap ke muka dan kepala akan dilakarkan ke kertas... buat laporan yg menyusahkan masa depan! UMMi naik takut bila tengOk manusia berdua nii. takkah depa terfikir, " Doa orang yg teraniaya itu tidak ada hijab dgn Allah swt.." ???...

UMMi pernah bagi dia amaran, " hang muda lagi. dok beghanak lagi. hang tak takut ka kalau2 anak yg hang lahirkan nanti muka jin peghangai setan? ..." terkejut cikgu2 yg ada dekat UMMi waktu tu. Mereka gerun dengar ayat2 cinta UMMi.Hih! UMMi pown tak plan nak cakap macam tu. MeluncuuuuR saja keluar! Agaknya sebab UMMi dah geram sgt dengar dia dok kutuk2 bebudak yg lalu lalang dan yg jadi  mangsa keluar masuk bilik sesi kaunseling dia. Dia buka topik saja, maka akan bersahutanlah yang lain2nya. INi yg buat UMMi tak tahan duduk semeja dgn depa waktu makan dan di bilik guru sana. Tak ker depa tahu DOSA semua tuu. Takdak kaa sapa2 yg berani nak jerkah sikit supaya depa tersedak dan sedar sesedar2nya kesilapan depa?

Sedapnya ngumpatkan plajar2. Di depan ada nasi sepinggan. di hadapan rzki kurniaan Allah swt tak kenangkan jasa. Tanpa plajar2 siapalah kita? Boleh ka nak jadi guru? Boleh ka nak sampaikan ilmu sesistematik begini? Selesa naik kereta . Selesa duduk di rumah agam. Selesa seselesa selesanya! Semuanya ini hanya apabila Allah rzkikan kita semua ada plkajar2 ini. Yg kalian dok hina, dok maki dan dok tampaQ ikut sedap perasaan. HATi uMMi sgt sedih. Plajar2 ni bukan sahaja harapan dan amanah2 ibubapa semua tapi kita semua kna ingat, depa2 ni amanah2 langsung dari Allah swt. Jika kita salah layan...jika kita pecah amanah..UMMi bimbang akan mengundang BALA yg tak terhalangkan! Pernahkah warga sek ni fikirkan semua ni?

UMMi sedih sgt sbb UMMi dulu pown pernah duduk di kerusi pelajar2. UMMi pernah dilayan buruk juga oleh beberapa orang guru. Bangsa Melayu! Hak Cinba Hindu, Keristian BUddha eLok memahami UMMi yg sejak lahir sudah anak yatim. Yg dok ngaku mengucap dua kalimah syahadah samap memalukan uMMi di depan kawan2 hanya kerana UMMi  tak gelak macam kawan2 lain ketika dia melalut mencarut dalam kelas. UMMi tak senyum pown. Bukan niat nak melawan atau tunjuk keras kepala tapi UMMi tak pernah dengar mak atau sapa2 dalam family UMMi bercakap kotor2 macam tu. Menyamankan yg halal dio makan dgn yg dlam pakaian. yg di lukis tulis pown berbau lucah! UMMi tunduk. Diam. Tak menguit sikit pown mulut UMMi utk tunjuk suka dgn apa yg cikgu tu buat.

UMMi takkan lupa apa guru tu buat pada UMMi dan kawan2 UMMi samapi mati. Dia suruh ketua darjah pergi kek pejabat dan ambiLkan kapas. Kami di suruh sumbat telinga ketika dia mula mengajar. Dia tak izinkan kami dengar apa yg dia ajar sbg hukuman tak snyum dia mncarut dan melalut! UMMi pown sumbat tapi menangis ... Aiemata otu sudah lama kering tapi UMMi hilang hormat pada guru itu! Inilah yg UMMi takut sgt terjadi pada guru2 sekarang. Plajar2 sekarang kelihatannya sgt aggressive. Tahu pendam dan tahu jugak balas dendam. tidak dgn aksi berani mati tunggu tepi jalan dgn samseng2 jalanan, mereka akan mendOAkan dgn lantang jahanamnya masa depan Guru2 yg menganiayai mereka... Bagaimana jika mereka bersumpah akan heret kita masuk neraka?

Jika kita hebat mengajar di kelas, ada juga maafnya. Ni tidak. UMMi tengOk depa nilah yg paling sellau tak nampak batang hidungdi sekolah. Keluar sana sini bawak bebudak ada juga maafnya tapi macamana dgn yg orang luar sanan dok sok-sek, sok sek nampak depa dok gebang di kedai Cafe No '1'? Masyarakat nampak tapi tak lah sampai pulas telunga tarik masuk semula ke kawasan sekolah suruh ngajar anak2 yg diamanahkan. Satu mulut menyumpah seranah, dah cukup utk kumpul sebab  musabab ditimpa macam2 kesusahan. Nikan pula ribuan mata yg selama ni jelas memandang. Plajar2 pown bukan taat sgt nak tinggal diam bila mereka berkali2 tak puas hati... UMMI sgt takut.

Akhirnya ALLah swt zahirkan keburukan peribadi dia.  Yg selama ini UMMi takuti dah terjadi depan mata. Awal2 pagi haghi ni UMMi tengOk depa dah berlonggOk di depan pondok guards. Nampak jugak plajar2 dlm uniform ahli sukan kerumun di situ. UMMi ingatkan depa nak pi mana. Rupa2nya ada agenda lain rancak di gelanggang! Luar kawasan. Jauh dari pandangan mata kami dan gapaian tangan semua. UMMi bergerak masuk ke kelas utk lanjutkan tugasan. sejurus uMMi melabuhkan ponggong nak selesa duduk ( mengah berjalan jauh antara blok ), plajar2 dah sok-sek, sok-sek... " UMMi, tadi naper ckg 'KJ' ngan ckg 'S' tu bergaduh.. Sorang carutkan  bahagian sulit ibu si lawan. Yg sorang lagi lantang  membalas , " haram jadah...???" Blaa... blaaa...blaaa... semuanya kesat dan memnjatuhkan martabat seorang gURU... di hadapan plajar2 semua yg menonton secara langsung di hadapan mata... tak jauh pown dari jasad mereka semua!

Mengapa? Apa reaksi pentadbir No 1? Bagaimana jika kes ni samapi ke PPD? Ke JPN? Adakah ini permulaan utk  satu2 perubahan yg menyelamatkan sek kesayangan UMMi ini dari terhumban maruah dan gah namanya sekian nama? Ya Allaaaah... bantulah hamba2MU yg lemah ini. Selamatkan plajar2KU... sahabat2ku yg masih mntaati perintahMU... Aku menyeru namaMU Ya Rabb...Aku memanggiLmu Ya Waduuuud... Aku mengharapkan rahmat dan kurniaMU Ya Rahmaaaan...Ya RahiiiM... Amounilah mereka, berilah mereka petunjukMU. sesungguhnya mereka tidak mengetahui....Ya Haiyuu Ya Qaiyuuuum...

1 comment:

  1. Dia jadi GURU disiplin? UMMi pown tak tau nak kata paa lagi daah. Banyak plajar2 jadi mangsa. adakah lajar2 sek kita sedasyat tu samapikan semuanya esti ditangani dgn tangan kaki hinggap di muka? pencuri sekali pown kita hukum sekaLi saja. dah jalani hukuman kita boleh buang daerah. Jika diulang lagi kesalahan, kita hukum sekali lagi... Tapi budak ni ditampaQ berkali2. Hanya kerana kesalahan tak pakai UniFOrm pd hari RABU... amk ayah dia tak dak kaaa? Tak dak sapa mmbela nasibnya. Berpuluh yg lain tak juga pakai unifOrm hari tuu! Tak kena tamPaQ pown! Kejadian ini menguatkan keyakian UMMi tentang Hakikat KIAMAT yg Mh AdiL neraca Timbangan dan bentuk2 hukuman...takkan terLepas tgn yg menyakitkan tanpa alasan kebenaran syarie...huh! Check ckigu tuu... " Dia ada masalah peribadi! " iNi kesimpuLan yg UMMi buat sendiri. Dan... tindakannya itu adalah salah satu bentuk mechanisme beLadiri!

    ReplyDelete